At-10-Tion!

Break Time has finished its construction,
Now is the time for le author to update~

UPDATE

Thursday, January 20, 2011

Dream 9 : Shadow Girl



                “Suruh Legendary yang lain masuk,”arah Andrew. Pelindung yang dipasang KiBum tadi dihilangkan. Beberapa orang Legendary yang keluar tadi melangkah masuk.
                “Shadow Girl dah ada di Alphard dan kita kena lindungi Alphard lebih lagi,” ujar Andrew.
Em bangun untuk keluar dan diekori oleh KiBum. Tindakan mereka berdua diperhatikan JinKi.
                “Boleh tak, awak tak ikut saya lagi?” soal Em. Sedikit bengang. KiBum menggeleng. Em terus berjalan kebiliknya.
                “Awak sedarkan Legendary boleh je masuk bilik awak bila-bila masakan?”soal KiBum. Em terpana.
                “What??” KiBum tersengih, Em bengang. Senang sangat ke dia ditipu.
                “Yui tunggu dulu,”tangan gadis itu ditarik. Nampaknya dia benar-benar dah berubah. Dalam sehari, sudah tiga kali tangan gadis itu ditarik.
                “Tolong, tolonglah kenapa lagi?” soal Em. Nadany sudah hampir merayu. Kepalanya benar-benar berserabut kini.
                “Ikut saya dulu. Jumpa Rue,” ujar KiBum. Em hanya mengangguk. Tak mampu lagi untuk melawan. KiBum cuba untuk memegang tangan Em, namun cepat gadis itu menolak.
                “Saya boleh jalan sendiri...” namun seketika cuma, dia jatuh. Mujur sempat disambut KiBum.Tubuh Em didukung ke bilik rawatan.
                “Senior,”tegur Rue. Wajah KiBum agak cemas. Tubuh Em diletakkan dengan penuh berhati-hati diatas katil. Rue segera memeriksa tubuh Em. Dia menarik nafas lega. Tiada apa yang berubah kecuali chi gadis itu. Kejutan dan kepenatan barangkali.
                “Senior, dia tak apa-apa.” Kata-kata Rue itu menenangkan KiBum sedikit sebanyak.
                “Senior, betulkah, Shadow girl adalah Em?” soal Rue. Dia terdengar dari mulut beberapa orang Legendary tadi.
                “Kita tak boleh nak agak. Kita kena dengar cerita Em dulu,” jawab Eli yang baru melangkah masuk.
                “Rue, Eli boleh keluar kejap tak?” pinta KiBum. Mereka berdua bertukar pandangan. Sebelum melangkah keluar.
                “Yui, saya tahu awak dengar. Awak dah jagakan tadi?” soal KiBum. Em mengetap bibir tak boleh nak berlakon sikit.
                “Apa itu Shadow Girl?”soal Em. Itu status yang dia pegang sekarang.
                “Malam ni, awak tunggu dekat beranda bilik awak tu. Saya akan bagitahu awak semua benda yang awak nak tahu...”putus KiBum. Em menarik tangan lelaki itu saat lelaki itu berpaling untuk keluar.
                “Kenapa awak macam ni dengan saya?’ soal Em. Tak mampu ditahan lagi soalan itu.
                “Sebab saya Ki awak...” KiBum mengusap lembut kepala gadis itu dan berlalu keluar.
               “Senior, saya tak tahu saya patut beritahu senior atau tak, tapi saya dah nampak kisah hidup Em atau Yui,” ujar Suzy. Rue dan Eli segera berpaling.
                “Maksud awak?”
                “Saya nampak kisah hidupnya. Dia bukanlah berdarah manusia tulen. Dia punya keluarga wizard, tapi dia tak tahu apa-apa...”
                 “Siapa?” soal Eli.
                “Senior JinKi dan,”mata Suzy singgah ke pintu bilik rawatan itu.
                “Soulnya dijadikan pertukaran dalam Shadow...” KiBum diam.  Satu-satunya cara untuk meneutralkan barter itu, adalah jika ada soul lain sanggup mengambil tempat itu. Tapi siapa yang sanggup menjadi ruthless.Kejam seperti Shadow. KiBum menumbuk dinding.
                “Suzy, balik bilik sekarang,” arah Rue. Eli memegang bahu KiBum.
                “Seribu charms kau tak dapat kurangkan apa yang aku rasa ni, Eli.”
                “Tak salah mencuba. Kau tak boleh ikutkan perasaan sangat KiBum. Adik kau dah berkorban untuk kau lead happy life...Kau jangan buat kerja gila...”ujar Eli kembali. KiBum memandang wajah Eli.
               “Rantai yang dia pakai itu, charms kau kan?”soal KiBum. Eli mengangguk. Saat itu jua telefon bimbit KiBum berbunyi.
                “Maaf saya terpaksa tolak. Saya ada komitmen lain sekarang ni,”tolak KiBum.
                “Ya, saya tahu ini peluang one of a life time, tapi komitmen saya lebih penting...Terima kasih,”akhir KiBum.Talian diputuskan.
                “Kau tolak?”
                “Legendary Masters lebih penting dari dunia modelling,” balas KiBum. Dan dia terus melangkah.
                “Kau nak pergi mana?” soal Eli.
                “Library,”balasnya. Tangan hanya dilambai tanda tak mahu melayan soalan berbagai. Eli diam. Sudah sampai masanya untuk mereka fokus pada tanggungjawab utama merekakah?
                “Selamat petang senior, boleh saya tanya sesuatu?” sekumpulan Neophyte mengerumuni Eli.
                “Kak GiNa!” ceria suara Em kedengaran. GiNa menghampiri Em, tangannya memegang dahi Em.
                “Akak, Yui okaylah!Tapi, Yui nak cerita sesuatu dekat akak boleh?Akak janji jangan bagitahu orang lain tau, pinky promise?”pinta gadis itu.Mujur mereka dibiliknya kini. GiNa mengangguk dan mengaitkan jari kelengkeng mereka bersama.
                “Kak, Yui tak keseorangan lagi. Yui ada abang...”
                “Siapa?”
                “Abang JinKi,” ujarnya perlahan. Mata GiNa terbuntang luas.
                “Betul ke?” Em mengangguk. Keluhan kedengaran. GiNa mengusap lembut kepala Em.
                “Then, kenapa Yui risau?” soalnya.
                “Senior KiBum,”
                “Yui ada apa-apa dengan KiBum ke?” soal GiNa tiba-tiba. Em segera menggeleng.
                “Tapi Yui pelik kenapa dia layan Yui macam tu?”
                “Sepanjang kakak kenal KiBum, dia tak pernah macam tu,”ujar GiNa. Pintu bilik Em tiba-tiba diketuk. Wajah Jacky terjengul dari balik pintu.
                “Boleh saya masuk?” soal Jacky. GiNa memandang kearah Em. Gadis itu mengangguk.
                “Tak boleh nak tahan niat nak mengata KiBum. Sorry sebab ganggu...”ujar Jacky.
                “Sebenarnya, saya nak minta maaf, sebab KiBum heret awak kehulu ke hilir tadi,” pinta Jacky. Em menggeleng.
                “Senior, saya...”
                “Jangan panggil saya senior, nampak terlalu formal. Apa kata awak panggil saya kakak macam GiNa dan boleh saya panggil awak Yui?” cadang Jacky. Em diam.GiNa pelik.
                “Kalau bukan Yui, awak nak panggil dia apa lagi?” soal GiNa. Nampaknya GiNa tak tahu nama yang Em gunakan.
                “Boleh saja, kak,” jawab Em. Menutup kekalutan itu.
                “Good. Erm, Yui dengan KiBum kemana tadi?” soal Jacky. Em sudah pelik operasi mensoal siasat diakah mereka berdua ini?
                “Senior tolong saya uruskan hal abang...” suaranya perlahan saat menyebut perkataan abang itu.
                “Yui, tak boleh terima JinKi sebagai abang ke?” soal Jacky. Em diam. Kemudian GiNa menyampuk.
                “Yui memang nakkan seorang abangkan? Dari mula kakak kenal Yui lagi. Yui siap suruh kakak jadi abang...Merajuk dengan akak sebab kakak tak nak jadi abang Yui.” Mukanya merah. Baru dia teringat ketika kecil dulu, dia sering memaksa GiNa menjadi abangnya. Entah mengapa, dia mahukan seorang abang saat itu. Kini baru dia faham mengapa, kerana dia ada seorang abang sejak mula lagi. Sebab dari awal dia ada seorang abang. Em mengeluh. Kenapa nasibnya begini?
                Melihat gadis itu bagai ditempat lain, Jacky dan GiNa segera berlalu keluar. Jacky gembira, dia tahu walauapapun, kehadiran JinKi sangatlah gadis itu nantikan. Em masih didalam dunianya. Langsung tak menyedari kehadiran KiBum didalam biliknya.
                “Yui,”panggil lelaki itu. Em terus memandang kearah lelaki itu. Kemudian dia memandang ke arah GiNa dan Jacky sepatutnya berada. Kosong.Pelik, ke mana mereka menghilang. Wajah KiBum dipandang.
               “Dah lebih sejam awak termenung macam tu, awak okay tak?” soalnya. Em mengangguk. Patutlah dia keseorangan. KiBum duduk ditepi tingkap. Melihat keluar pemandangan dari bilik Em.
                “So apa yang awak nak tahu?” soal KiBum.
                “Apa itu Shadow girl?” soalnya. Soalan yang begitu mengganggu fikirannya kini. KiBum mengeluh.
                “Shadow girl, adalah gelaran untuk mereka yang soul dah dijadikan pertukaran untuk sesuatu dari Shadow.”
                “Tapi saya tak pernah buat pertukaran itu pun,” ujar Em.
                “Itu tricknya. Pertukaran itu bukan awak yang buat, tapi orang lain.Menjadikan mereka sebagai cagaran. Walaupun bukan awak yang buat pertukaran itu, tapi boleh jadi kerana mungkin orang lain yang terdekat dengan awak buat macam tu...”
                “Saya mangsa keadaan?” KiBum mengangguk.
                “Sebab tu, saya perlu awak untuk pastikan betul betul, pernahkah sesuatu yang awak tak tersangka terjadi. Bukan yang boleh diterima akal seorang mortal?” soal KiBum. Dia mendekati gadis itu. Em cuba mengingat kembali.
                “Maksud awak apa yang saya buat ke?”
               “Bukan, orang sekeliling awak, orang yang awak tahu mortal..” Em cuba mengingati kembali. Kemudian dia bersuara,
                “Takkan mama?” perlahan. KiBum memegang bahu gadis itu.
                “Kenapa dengan mama Yui?”
                “Mama pernah buat something. Mama pernah wujudkan sesuatu dekat rumah.” Suaranya lirih.
                “Yui,” panggil KiBum. Gadis itu menekup muka ke lutut.
                “Yui...”KiBum duduk disebelah gadis itu diatas katil. Kedengaran esak kecil dari gadis itu. KiBum tergamam. Tangannya cuba untuk mengusap bahu gadis itu.Tapi kenapa langsung tak bergerak. Dan terkejut dia bila Em memeluk dirinya.
                “Mama Yui yang jualkan soul Yui. Mama memang seorang mortal...” dalam esakkan dia berkata. KiBum mengusap bahu gadis itu lembut.
                “Yui, Yui, tengok Ki...Ki akan pastikan, Shadow takkan dapat sentuh Yui langsung...”ujar KiBum.
                “Kenapa baik dengan Yui? Kenapa tak biarkan saja Yui berlari?” soalnya. KiBum diam. Tangannya masih mengusap belakang gadis itu.
                “Kenapa awak layan saya macam ni?” soal Em perlahan. KiBum masih lagi diam. Hingga akhirnya dengkuran halus kedengaran dari gadis itu. KiBum membaringkan gadis itu seeloknya. Dia duduk memegang tangan gadis itu dan berkata,
                “Kalau awak terus berlari lagi, saya takut saya tak mampu untuk lindungi awak...Dan kalau awak nak tahu kenapa saya layan awak macam ni sebab saya sayangkan awak...” Dia mengucup tangan Em dan bangun. Dahi gadis itu turut sama dicium sebelum dia keluar.


Nukilan,

p/s: okay dh nk abh pun cter nier...ade dlm a few more post nk kna update n tulis then siap la...

4 comments:

fallenmoon ( Liya Zafrina ) said...

Wow, Kibum suka Em! Dia hero eh? :D

Nina Aziz said...

@fallenmoon
huk3..sbb kibum ske dkt em nina agk nk menangis tulis story nie~~ T___T
a'ah moon, kibum heronye~~~

fallenmoon ( Liya Zafrina ) said...

@Nina Aziz

Nape nak nangis, Nina? Haha..Nina suka Kibum eh? ;)

Unknown said...

hoho
so sweet~
:D