At-10-Tion!

Break Time has finished its construction,
Now is the time for le author to update~

UPDATE

Wednesday, October 27, 2010

Diamond 8 : Goldilocks Attacks


Keenam-enam orang Lady itu mengikuti siaran berita penuh teliti.
            “Crystal, Aya, macam mana Akademi ni berfungsi?” soal Gwen. Luna tiba-tiba menyampuk,
            “Rei mana?” soal Luna pada Jake. Jake melihat sekeliling.
            “Hans, Ryo, Vince, Kyuu, bawa balik semua Lady ke bilik Lady Luna.” Arah Jake tiba-tiba.
            “Kecuali Lady Gwen.”putus Jake. Pelik dengan arahan Jake itu, Hans cuba membantah tapi di sampuk oleh Kyuu.
            “Bergerak sekarang.” Para Lady yang mendengarnya turut sama kerisauan. Apa yang terjadi.
            “Bloodshed Jake, apa yang jadi?” soal Crystal.
            “Bakal, Lady sila bergerak ke bilik Lady Luna kecuali Gwen.”  Arah Jake lagi.
            “Bloodshed?”
            “Itu bukan halnya sekarang. Sila bergerak sekarang.” Jake kedengaran agak bengang. Mereka bergegas ke bilik Luna.
            “Kita nak buat apa ni Jake?” soal Gwen. Butler-butler lain menanti arahannya.
            “Butler, sila bersama Lady kamu. Protect them at all cost, termasuk Lady Luna.Gwen kau dan aku akan berlakon tiada apa – apa yang berlaku okay,” arah Jake. 4 orang butler itu mengangguk dan bergerak ke bilik Luna. Tanpa mereka sedari Luna masih berada di ruang legar itu. Pintu tiba-tiba dibuka. Lady Arthura bersama 3 orang lagi pihak pentadbiran melangkah masuk.
            “Lady Adelaide,” tegur  Lady Arthura. Gwen menunduk hormat. Arahan Jake sebentar tadi dilakukan.
            “Bloodshed Jake,” tegurnya lagi. Jake menunduk hormat.
            “Tak sangka, seorang macam kamu dapat jinakkan butler macam Jake ni,” perli Lady Arthura. Tangkai cawan teh ditangan Gwen digenggam kejap.
            “Atau, kamu masih dengan cerita gila kamu itu? Mana Lady yang lain?” soalnya. Wajah Gwen dipegang  kasar. Gwen mendengus kasar. Jake pantas bergerak untuk membantu namun dihalang oleh Rei. Luna tergamam. Rei, tak mungkin. Lelaki itu tak mungkin begitu. Dia kenal Rei. Itu bukan Rei.
            “Rei,” perlahan namun didengari Jun. Dan entah bagaimana Jun berada dibelakangnya dan mengilas tangannya kebelakang. Luna menjerit sakit.
            “Rei,” panggil Luna perlahan. Gwen terkejut.
            “Arthura! Kau dah janji, Luna takkan diapa-apakan.”marah Rei.
            “Oh, dia juga satu ancaman bagi akademi. Sebarang ancaman perlu dihapuskan.” Gwen yang mendengar pelik. Seolah-olah bukan manusia insan didepannya. Dipandang ke arah Jake yang sedang berusaha melepaskan diri dari Rei.
Perlahan-lahan dia mengarah pandangannya ke pasu kecil yang mengandungi pokok milik Aya.Tiba-tiba pasu tersebut bergetar. Tanah didalamnya mulai berterabur. Akar-akar dari pokok itu menghampiri Jun yang mengilas tangan Luna. Terkejut dek serangan itu, Rei teralpa. Jake mengambil peluang dan meloloskan diri membantu Luna.
            Sementara itu Gwen berdepan dengan Lady Arthura.
            “Gwen Adeilade. Menarik kuasa kamu. Malangnya, kamu harus mati!” Tangan Lady Arthura naik untuk menyerang. Gwen tergamam. Dia tak mampu untuk bergerak.
            “Gwen!!” Tiba-tiba muncul satu dinding dari ais. Kyuu menarik tangan Gwen manakala Hans mencempung tubuh Luna yang pengsan.
            “Luna,” Jake terus mendukung Ladynya.
            “Dia selamat. Kita kena pergi dulu.”beritahu Jake. Tanpa mereka sedari, Rei turut mengekori mereka.
            “Gwen!Awak ok?” soal Crystal. Raut wajahnya penuh gusar. Gwen mengangguk.
            “Terima kasih Aya.” Aya tersenyum. Wajahnya kelihatan pucat. Hans menghulurkan segelas air kepada Ladynya.
            “Saya rasa kita akan selamat buat sementara waktu. Di sini,” ujar Rainie. Wajahnya kaku tanpa ekspresi. Ryo kekal disisinya.
            “Cik Nami,” panggil Vince. Nami menghampiri butlernya. Skrin komputer ribanya diteliti. Nami mengeluh.
            “Nampaknya, kita semua adalah sekumpulan mangsa.” Crystal menghampiri Nami.