At-10-Tion!

Break Time has finished its construction,
Now is the time for le author to update~

UPDATE

Saturday, January 22, 2011

Dream 14 : The Time



                “Kenapa senior?” soal Kara. Matanya turut sama memandang ke satu sudut. Kelihatan KiBum dan JinKi sedaya upaya menarik perhatian Em dari melakukan sesuatu pada seseorang. Dia memfokuskan pandangannya.
                “Yui!”
                “Yuuki, kosongkan hall ni, mintak tolong Jacky dan GiNa. Kara you go with them too...”arah Kiseop. Yuuki mengangguk.
                “Abang, abang akan balikkan?” soal Yuuki. Kiseop diam tak tahu jawapannya.
                “Yuuki, cepat,” gesa Rue. Mereka segera mengosongkan dewan itu. Kini yang tinggal hanyalah 7 orang Legendary Masters, JinKi, Emily yang masih lagi terbaring dan Em yang sudah dikuasai sesuatu.
                “Kenapa lebih awal dari timing kita?” soal Kiseop.
                “Bukan awal, dia dah terlebih lambat. Dia dah lewatkan proses tu untuk beberapa tahun.” Jawab Kevin.
                “What?”  soal Xander.
                “Tu yang dia buat selama ni... Dia tangguhkan proses tu...”ujar SooHyun. Wajah JinKi dipandang. Lelaki itu kelihatan agak tertekan.
                “Biar aku tukar tempat dengan dia...”ujar JinKi.
                “No way! Kau stay situ...” bantah KiBum. JinKi memandang wajah KiBum. Lelaki itu seolah-olah mempunyai rahsia sendiri. Dia tak pedulikan semua itu. Yang penting kini adalah Yui.
                “Eli, Xander, selamatkan Emily. Kevin!” arah KiBum. Kevin sudah mengetahui maksud panggilan itu. Mereka sudah berbincang dengan cara ini. Masters yang lain masih tak tahu apa yang mereka perlu lakukan. Eli dan Xander membina satu shield dan cuba menghampiri Emily, Kevin dan KiBum menarik perhatian Em. Wajah gadis itu berubah perlahan-lahan. Riaknya yang ceria, manja beberapa hari ini berubah menjadi dingin dan kejam. Emily berjaya mereka selamatkan. Xander mengenakan spell tidur dan pelupa pada Emily, manakala, Eli mengenakan charms penenangnya. Gadis itu tak sedarkan diri. Xander mendukung tubuh gadis itu keluar dewan. Wajah cemas Suzy, Kara, Jacky, GiNa, Yuuki, Rue dan Tiffany  menyapa pandangannya.
                “Take her...”ujarnya. Yuuki dan Rue segera membantu. Tiffany menghampirinya.
                “Hati-hati...”ujar Tiffany perlahan. Xander mengangguk. Pintu dewan itu ditutup kembali.
                “KiBum apa rancangan kau?” soal Kiseop. Mereka tak mungkin akan berada dalam posisi berjaga-jaga selamanya.
                “Selain dari mengambil tempat dia sebagai Shadow Girl, kita boleh kunci dulu Shadow dia dan fikirkan cara untuk hapuskan Shadow itu tanpa mempengapakan dia.” Ujar KiBum.
                “Macam mana kau tahu? Tak pernah termaktub dekat mana-mana pun,” logik Xander membantah.
                “Aku ada hilang seminggukan? Bukan masa untuk kita berbincang apa, semua tu...Kita kena fikirkan caranya,” ujar KiBum. Tanpa dia sedari Em sudah berada dibelakang Eli. Tersungkur lelaki itu apabila dipukul oleh Em dengan tenaga dari Shadow. Kali ini mereka mengambil langkah berjaga-jaga sepenuhnya. Em sudah hilang dari pandangan. JinKi memandang tak percaya. Tak mungkin itu adiknya. Dia tak pernah menyaksikan sesuatu seperti itu. Kuasa sebenar Shadow.
                “JinKi!” panggilan Kevin itu menyedarkan JinKi. Em baru saja mahu memukul lelaki itu. Mujur dia sempat mengelak.  Kiseop segera membantu JinKi berdiri.
                “Back to back!” laung DongHo. Masing-masing mengambil posisi back-to-back. Kedengaran suara yang teramat dingin.
                “Hahaha...Comelnya kalian sebelum mati,” Em muncul dimana-mana saja. Mereka pasti itu bukan suara Em.
                “Annabeth!” laung Eli. JinKi memandang wajah Eli. Tak mungkin. Tak mungkin...
                “Boo! Terkejut JinKi?” Annabeth muncul didepan mereka. Pucat wajah lelaki itu.
                “Makcik.” Dia merasakan matanya sedang menipunya saat ini. Annabeth berjalan kearah Eli.
                “Macam mana seorang Legendary Masters boleh tahu siapa aku?” soalnya. Eli tersenyum sinis.
                “Kau patut berhati-hati bila menggunakan kuasa Shadow kau...” balas Eli.
                “Bila?Sejak bila makcik?” soal JinKi. Annabeth ketawa. Ketawa yang sering dibuatnya setiap kali bersama JinKi.
                “Tak mungkin...”
                “JinKi, JinKi...Punca dia jadi macam ni, dari aku...Aku yang cadangkan dengan Emerald untuk buat pertukaran dengan Shadow...Hasut dia dengan ayat David benci pada dia sebab dia mortal. Kata-kata perempuan tua itu langsung tak memberi kesan seperti apa yang aku cakap...”cerita Annabeth.  JinKi terdiam. Selama ini dia salurkan kemarahan kepada neneknya. Sedangkan yang menjadi punca adalah makciknya.
                “Kenapa?” soal JinKi akhirnya. Em masih diam ditempatnya. Matanya masih tajam memandang kearah Legendary Masters dan JinKi. Dalam dirinya itu, dia berperang. Ini bukan dia...Kenapa dia tak bertahan lagi? Itu abang yang dia rindui, keluarga yang dia ada kini. Ini bukan dirinya...Dia mahu keluar.
                “Kenapa? Hmm..Aku benci David. Dia wizard yang hebat, tapi sebab cinta kononnya pada Emerald dia mati...Sebab kononnya cinta sejati dia lupa impian dia untuk menjadi wizard yang terulung. Jadi, aku nak tunjukkan dia, Emerald hanyalah manusia yang cintakan magik. Tiada cinta sejati...”
                “Silap...Cinta sejati mereka buatkan mama menyesal buat perjanjian itu...” balas seseorang. Mereka berpaling. Wajah Annabeth berubah. Tak mungkin. Tiada siapa yang mampu melepaskan diri dari kekuasaan Shadow.
                “Kevin,”panggil KiBum perlahan. Kali ini dia menyeru Sword of the Earth. Kevin pula menyeru Sword of the Sky. Annabeth terkejut melihat kewujudan pedang kedua terkuat selepas Sword of Light.
                “Terkejut. Masters kali ni, ada Guardian of the Sky dan Guardian of The Earth..”ujar Kevin. Mereka menghampiri Em.
                “Ini akan menyakitkan...Tapi untuk menahan Shadow ambil alih tubuh awak lagi...”bisik Kevin pada Em. Gadis itu memandangnya. Riak takut jelas kelihatan.
                “Kejap saja Yui,” suara KiBum kedengaran. Mata Em yang tadinya penuh ketakutan berubah dingin. Seolah gadis itu punya split personality. Kevin sedang menggumam sesuatu. KiBum cuba menarik perhatian gadis itu. Annabeth cuba menghalang tetapi dihalang oleh Masters yang lain dan juga JinKi.
                “Hmm...Awak tinggalkan saya sekejap dan awak jadi macam ni...Awak memang sayang sangat dekat saya kan?” soal KiBum. Em memandang sinis ke arah lelaki itu.
               “Kenapa awak rindukan kiss kita ke?” soal lelaki itu. Kevin hampir terhenti membaca spellnya. Mata Em terbuka luas. Wajahnya berubah merah.
                “Ya, awak masih disitukan Yui...Jangan pergi lagi...” ujar KiBum.
                “Sekarang KiBum!” ujar Kevin tiba-tiba. Kedua-dua bilah pedang itu dibenam ke sesuatu dikiri dan kanan gadis itu. Kedengaran jeritan sesuatu dan Em rebah. Mujur sempat disambut KiBum.
                “Tak mungkin...”suara Annabeth kedengaran. Sepatutnya dia membunuh kesemua mereka. Itu arahan dari Shadow Master.Dia begitu pasti dengan Em dia dapat membunuh kesemua mereka namun kini...
                “Jangan ingat kau dapat lari.”ujar Kiseop. Reaper muncul disekeliling Annabeth. Menjerit wanita itu kerana dibayangi kematian yang telah dia sebabkan.
                “Light prison...sekarang Reaper. Pastikan dia tak terlepas atau korang akan terima akibatnya. Xander, jom.” Mereka mengekori jejak kumpulan Reaper itu. JinKi menghampiri KiBum dan Em. Wajah adiknya itu diusap perlahan. Eli turut sama menghampiri. Menggunakan kelebihannya dia menenangkan jiwa gadis itu. Disaat itu, tubuh Kevin dan KiBum melemah dan mereka jatuh tak sedarkan diri. 



Nukilan,

P/s:ada 2 lgi b4 end...sabar ye....

1 comment:

fallenmoon ( Liya Zafrina ) said...

Jahatnya Mak cik Annabeth tu.