At-10-Tion!

Break Time has finished its construction,
Now is the time for le author to update~

UPDATE

Sunday, December 20, 2009

2 : Chris

            Casey duduk dibangku yang disediakan ditepi gelanggang. Tuala kecil digunakan untuk menutup mukanya. Penat. Itu sejujurnya. Dia mengaku, permainan ini lebih senang dari bola sepak yang digemarinya, namun apakan daya, dia tak mahu kehilangan Chris dalam dirinya. Baju yang dibasahi peluh itu dibiarkan. Derapan kaki yang menghampirinya membuatkannya terfikir, pasti Natalia.Apalah yang perlu diberitahu pada gadis itu, dia bukan gadisnya. Hanya Maryposa. Casey tersenyum sendirian. Posisinya yang menyandar sudah berubah kali ini , dia duduk seolah menopang dagu, tuala kecil itu masih menutupi kepalanya. Derapan itu semakin hampir. Sebaik saja pemiliknya berada disisinya, dia segera mendongak. Tindakan refleksnya, dia terus terbangun. Maryposa!
            “Erm, Chris, tahniah. Pasukan awak hebat tadi. Awak pun bermain hebat, macam dulu.” Puji gadis itu. Wajahnya berubah sedikit.
            “ Tapi saya bukan...” saat itu matanya menangkap isyarat yang diberi Stefan.  Dia tersenyum.
            “ Saya rindukan awak, Lilac...” ucap Casey akhirnya. Dia akur, jika itu yang harus dibuatnya agar gadis itu gembira. Biarlah hal sebenarnya menjadi rahsia. Wajah Lilac direnungnya. Wajah itu mulai merah. Casey tertawa. Sejak dahulu lagi gadis itu cepat malu bila diucapkan kata-kata begitu terutamanya dari Chris. Chris... Nama yang hilang jasadnya, tapi masih ada disisinya. Bibir gadis itu menguntum senyuman manis untuknya.
            “ Adrian!! We have briefing!” laung Kei.
            “ Coming. Jumpa awak nanti, Lilac.” Segera dia berlari anak ke arah bilik bola keranjang. Dia bertemu Stefan sebelum melangkah masuk kedalam bilik bola keranjang.
            “Casey, dia tak tahu lagi bout Chris,” beritahu Stefan. Casey berpaling dan mengangguk.
            “ As long as she is happy, aku akan jadi Chris.” Janji Casey. Stefan tersenyum.
            “ Good job Casey...Game tadi sangat bagus.” Puji Stefan. Casey tersenyum dan segera bergerak ke bilik perjumpaan. Stefan memaut bahu Lilac sebelum berlalu keluar dari gym. Casey yang sedang leka memerhatikan langkah kedua beradik itu terkejut pabila bahunya ditepuk oleh Jay. Casey tersenyum sebelum berlalu dengan Jay. 
            “ Adrian, good job on leading the team...And guys good job tadi, tapi saya ada berita baik untuk kamu semua...” beritahu Coach Damien. Kesemua enam pemain menadah telinga menanti perkhabaran dari coach mereka itu.
            “ Hmm...berita pertama, pihak kolej memberi tajaan untuk kamu beraksi dalam International BasketBall Tournament...” pengumuman itu disambut dengan sorakan mereka berlima. Casey hanya tersenyum. Ryyan memerhati dengan perasaan benci.
            “ Okey, silent, seterusnya, Chrissy terpaksa berpindah, jadi kita perlukan manager baru untuk team kamu dan akhir sekali,” Coach Damien berhenti seketika.
            “ Kamu akan menerima jurulatih baru yang akan menggantikan saya...Saya akan berpindah ke UK minggu depan.” Freddie mengangkat tangan ingin bertanyakan sesuatu.
            “ Siapa coach baru kami?” Saat itu pintu bilik itu terbuka. Seorang lelaki yang berpakaian seolah-olah baru saja pulang dari satu tempat yang sangat sejuk melangkah masuk.
            “ Maaf Damien...Aku lambat...Tak da teksi tadi...” Wajah kelima-lima pemain NDC berubah.
            “ NDC, meet your new coach, Daniel Reid.” Kenal Coach Damien.
            “ Abang Daniel?” ujar Kei. 7 pasang mata berpaling kearahnya. Daniel tersenyum dan segera memeluk tubuh adik teman baiknya dahulu.
            “ Well, seems like we are going to have some fun...Selamat berkenalan NDC...Mulai minggu depan saya akan menjadi jurulatih kamu.” Kenal Daniel.
            “ Tapi bukan ke...” ujar Jay.
            “ Dia nie,” sambung Ryyan.
            “ Ahli SecretLover?” dan akhir sekali dari Jimmy. Ternyata mereka semua tergamam. Clueless. Damien tersenyum.
            “ Okey, meeting is over...Balik buat homework semua!!” arah Chrissy. Mereka segera melangkah keluar.
            “ Kei, tunggu kejap!” panggil Daniel. Casey terus keluar. Destinasinya hanya satu. Chris. Casey duduk diam di depan kubur Chris.
            “ Chris, kau takkan percaya, Maryposa is here...Dia masih cantik macam dulu...Dan...dia rindukan kau, Chris...” dia tersenyum didepan kubur Chris. Seolah- olah kembarnya itu masih hidup.
            “ Oh ya, kau tahu, NDC nak taja team basketball kita ke International BasketBall Tournament....Aku janji dekat kau Chris, aku akan menang kejohanan tu untuk kau.” Lama dia berteleku didepan kubur itu. Titisan jernih mengalir dari sudut matanya dikesat.
            “ Casey,” panggil Jay perlahan. Lelaki itu duduk diam tak bergerak. Jay faham sangat dengan gelagat teman baiknya itu. Tubuh temannya itu dihampiri. Bahu Casey dipegang. Casey  berpaling. Cuba menguntumkan senyuman pada Jay.
            “ Chris, kami akan bawa balik piala tu untuk kau..”janji Jay pada Chris. Dia sendiri juga rapat dengan kedua kembar itu sebelum Chris pergi. 
            “ Casey jom...diorang nak pergi celebrate. Kau tak nak ikut? Coach Damien, Coach Reid dengan Chrissy pun ada sekali.” Casey mengangguk dan mengisyaratkan pada Jay untuk pergi dahulu.
            “ Idola kau, Daniel Reid jadi coach baru kita Chris...Dan jangan risau tentang Maryposa...Aku jagakan dia untuk kau...”  Casey bangun dan berjalan kearah Jay yang sedang menanti dengan topi keledarnya. Langkah yang diatur perlahan, seolah berat untuk meninggalkan Chris keseorangan. Itulah perasaannya setiapkali datang melawat kubur itu.
            Tika mereka tiba di restoran makanan segera yang dimaksudkan, kedengaran suara sinis Ryyan.
            “Muncul juga prince kita ni!”
            “ Kenapa, Ryyan? Kau nak jadi prince ke?” balas Jimmy. Ryyan terdiam.
            “ Maaf, saya ada hal tadi...” pemain yang lain faham bila Casey menyatakan ada hal. Pasti dia ke sana. Ke kubur kembarnya. Casey duduk hanya seketika. Dia meminta diri untuk pulang. Jay yang turut bangun mahu mengikutnya diisyaratkan untuk duduk.
            “ Aku jalan je balik,” ujar Casey. Langkah diatur keluar.Angin malam menyapa tubuhnya yang masih lagi memakai jersi NDC. Begitulah tradisi pasukan mereka,jika ada menyambut apa-apa peristiwa mereka akan memakai jersi mereka.
            Pening mindanya memikirkan kehidupannya. Ah betapa rindunya dia pada bola sepak. Tapi rindunya lebih pada kembarnya dan gadis itu... Lilac Maryposa.
            Di kediaman milik keluarga Lilac, dibilik gadis itu terutamanya, Lilac tersenyum senang. Gembira kerana akhirnya dia dapat bertemu jua dengan Chris. Lilac berlalu ke beranda biliknya. Bulan terang di dada langit. Casey turut sama memandang ke arah bulan yang terang.
            Perlahan bibir mereka menuturkan nama yang sama,
            “ Chris...”

No comments: