At-10-Tion!

Break Time has finished its construction,
Now is the time for le author to update~

UPDATE

Sunday, December 05, 2010

Soul 5 : Why?


Anna memeluk lututnya. Peristiwa pagi tadi bermain dimindanya. Dia nampak dengan mata kepalanya, raksasa berwajah manusia itu muncul dari dinding. Dan dia sendiri pelik kerana yang lain, pelajar lain tidak menyedari satu apapun. Yang lebih menggerunkan, mereka tidak bergerak langsung. Dan masa, masa juga terhenti. Itu yang dia pasti.
“Cik Muda,  Tuan menanti dibawah,” Anna memandang wajah pembantu itu.
“Atuk atau papa?” soalnya.
“Tuan Muda,” Anna mengeluh. Dia bakal berdepan dengan papanya.  Dia bangun dari katil dengan rasa penuh malas.
“Ya, papa?” soalnya.  Michael memandang kearah anak gadisnya itu. Berpakaian seperti lelaki lagi.
“Kamu pakai macam ni lagi,” buka bicaranya. Anna menarik muka bosan.
“Tu je ke?Kalau tak ada apa-apa saya nak balik,” ujar Anna. Tak betah dia disini. Bukan dia tak tahu tujuan papanya suruh pulang. Entah perempuan mana pulak dia nak introduce sebagai calon pengganti mamanya. Anna mendengus perlahan.
“Annabella!” naik seoktaf suara Michael. Anna memandang wajah papanya itu. Lama.
“Annabella, lama atuk tak jumpa kamu...” suara George Rosellie menyebabkan mereka berpaling. Anna tersenyum dan memeluk erat datuknya itu.
“Anna pun rindukan atuk,” George mengusap kepala cucunya itu.
“Jadi apa yang baru disekolah?” soal George.
“Macam biasalah,” balas Anna pendek. Ingatannya kembali kepada lelaki itu.
“Anna tak bergaduh lagikan?” Anna menggeleng. Kalau dibilang bukan dia pun siapa yang percaya. Michael berdehem kuat sebelum berkata,
“Change to a dress Anna.” Anna menjeling ke arah papanya itu. George mengeleng melihat dua beranak itu, polar yang sama. Saling menolak.
“Anna, tukar baju yang sesuai ya,” ujar George. Anak gadis itu mengangguk. George dan Michael menghantar Anna dengan pandangan.
“Ayah manjakan sangat dia tu,” ujar Michael tak puas hati. George ketawa.
“Anna tu satu-satunya cucu ayah Beth.” Michael terdiam. Teringatkan mendiang isterinya itu. Anna persis isterinya. Terlalu serupa perangainya. Degil.
“Jadi, kamu dah jumpa pengganti Beth? Kamu rasa Anna boleh terima dia?” soal George. Risau benar pilihan anaknya itu akan membuatkan satu-satunya cucu yang dia ada memberontak.
“Saya pasti ayah. Lydia boleh mengisi tempat Beth.”
“Tak, Anna tak setuju!” ujar Anna. Michael memandang wajah anaknya itu.
“Papa tak minta pendapat kamu,” balas Michael.
“Jadi, papa suruh saya balik ini untuk tengok je? Apa kata kalau papa dah kemaruk sangat, papa tak payah tanya pendapat saya, tak payah suruh saya balik sini! Biarkan saja saya hidup sendiri dekat sana, saya gembira macam itu!” Hambur Anna.
“Annabella!” naik seoktaf suara Michael. Anna memandang wajah papanya itu.
“Maaf, jika saya mengganggu,” suara perempuan itu membuatkan dia berpaling. Kepalanya mula berdenyut. Wanita itu tersenyum. Anna memandang kearah datuknya. George juga kelihatan merestui pilihan ini. Tapi kenapa kepalanya sakit disaat, dia melihat, bukan, disaat perempuan dihadapan mereka melangkah masuk? Dia perlu pergi dari sini. Dan itu yang dilakukannya. Berlari keluar dari rumah agam itu. Dia berlari dan terus berlari hingga dia terlanggar seseorang.
“Anna, kau ok ke?” suara Prue menyebabkan dia mendongak.  Dia sendiri tidak tahu bagaimana wajahnya sekarang. Yang pasti wajah Prue kerisauan. Anna memegang kepalanya. Apa yang berlaku.  Prue menggoncang tubuhnya, tapi kenapa dia tak merasakan apa-apa? Dia memandang wajah Prue. Kenapa? Kenapa Prue kelihatan takut? Dia tak tahu apa-apa hingga HyunMin dan Mika muncul. HyunMin seolah sedang bercakap sesuatu dengan Prue dan Mika berada disisinya. Menilik sesuatu. Baru saja tangan lelaki itu mahu menyentuh kepalanya, tangan Mika tertepis. Mika kelihatan marah kenapa?
Dengan matanya dia nampak Prue jatuh sebelum disambut HyunMin. Dan perkara terakhir dia ingat adalah HyunMin merapatinya. Selepas itu, dia disini.
“Kau dah sedar, baguslah. Kalau tak aku nak simbah air ni dekat kau,” ujar HyunMin. Anna memegang kepalanya.
“Macam mana aku ada dekat sini?” soal Anna. HyunMin menggaru kepalanya sebelum matanya memandang kearah Mika. Lelaki itu kelihatan sangat penat. Anna bangun menghampiri Mika. Tangannya secara automatik mengusap rambut Mika tapi sekejap cuma. Bagai terkena kejutan elektrik.
“Kau nak cerita apa yang jadi? Kenapa kau boleh lari?” soal HyunMin. Mug berisi coklat panas diletakkan didepan Anna. Mereka berdua duduk dimeja yang disediakan dibakeri HyunMin. Anna memandang wajah HyunMin lama sebelum akhirnya terkeluar kata yang menghantuinya.
“Why?”


P/S:  huhuh...nina memang mcm wat gapkn dkt cter nina..n sbb tu nk mintak maaf byk2...n nk minta maaf gak sbb maybe dlm mse terdekat ni, kalau ade update, entry maybe xbest....nina tgh dlm mood depression...

No comments: