At-10-Tion!

Break Time has finished its construction,
Now is the time for le author to update~

UPDATE

Wednesday, March 03, 2010

Diamond 2 : Welcome to Goldilocks, Aya & Crystal



            Seorang wanita anggun berdiri di anak tangga teratas sekali diruang legar itu. Empat orang gadis berdiri bersama butler mereka memandang tepat ke arah wanita anggun itu. Riak masing-masing berbeza namun satu yang sama pastinya keinginan mereka.
            “ Selamat Datang, cik-cik dan butler sekalian. Saya Lady Wendy Arthura, pengetua anda disini. Harus diingatkan segala tindak-tanduk anda melambangkan kemegahan akademi ini. Dan juga, kami memberikan kepada anda kebebasan untuk mengatur sendiri kelas anda...Kenal rakan anda disini, kerana hanya mereka saja yang boleh membantu...Kamu saling memerlukan.” Tiba-tiba saja wanita itu terdiam.
            “ Maaf, Lady Arthura, kami terlambat.” Suara lembut seorang gadis menyapa mereka. Seorang gadis melangkah masuk dengan gemalai. Lady Arthura tersenyum. Gadis itu menunduk. Butlernya menunduk hormat.

            “ Lady, ini Aya Hitomi, dan seorang lagi kamu akan ketemu tak lama lagi,” kenal Lady Arthura. Aya menunduk hormat. Senyuman masih terukir.
            “Lady, biarlah saya mengambil alih disini. Biar saya tunjukkan mereka kawasan sekitar. Lady Arthura mengangguk. Lantas ditinggalkan mereka berlima.
Sebaik saja Lady Arthura berlalu, Aya melepaskan keluhan. Hans segera berlalu kesisi Aya.
“Aya?” Aya mengangguk.
“Hai, saya Hitomi Aya, panggil saya Aya, ini butler saya, Hans,” kenal Aya. Lelaki disisinya menunduk hormat.
“Maaf kerana kepura-puraan saya. Tapi sebelum saya bercerita lebih lanjut, saya ingin mengingatkan kamu, jaga percakapan didepan Lady Arthura dan dia...” Nami mengangkat tangan ingin bertanyakan soalan. Lagak seperti budak sekolah.
“ Siapa Dia?”
“ Seorang lady seperti kita, tapi levelnya lebih tinggi dari mana-mana kita disini. Dia seorang Diamond.”terang Aya. Mereka mengangguk. Aya tersenyum manis.
“Hans,boleh kita mulakan sekarang?” Hans mengangguk.
“Baiklah, Lady sekalian, Akademi Goldilocks adalah sebuah akademi yang dibina khas untuk mengumpulkan gadis-gadis dari serata dunia yang mempunyai kemahiran luar biasa seperti ini,” dari tangan Aya muncul satu ukiran angsa dari ais.
“Mereka disini turut ditemani oleh butler-butler yang berkemahiran tersendiri. Setiap kemasukan akan dibahagikan mengikut kumpulan. 6 dalam satu kumpulan. Setiap lady dan butler mempunyai tahap tersendiri. Bagi Lady, tahap ini dikenali sebagai Level, dan ada 5 level bagi Lady iaitu Amethyst, Sapphire, Emerald, Onyx dan tertinggi sekali Diamond.” Terang Aya.
“Dan bagi butler pula, ada 5 tahap atau  Rank, iaitu Dynamic, Charisma, Phantom, Tyrant dan Bloodshed. Macam, Rei,dia adalah contoh Butler Rank Bloodshed. Dikalangan butler, kamu akan dipanggil mengikut rank dan diikuti nama kamu. Contohnya, seperti saya, Tyrant Hans. Setiap seorang mempunyai rank tersendiri dan mungkin rank itu tak bersesuaian dengan level lady kamu. Seperti Cik Luna dan Bloodshed Rei.” Terang Hans pula. Empat orang gadis itu terangguk-angguk. Butler saling bertukar pandangan, namun lebih tertumpu pada Rei.
“ Baiklah, sekarang kita akan tour seluruh kampus.” Ujar Aya ceria. Baru saja mereka mahu bergerak, satu suara lagi menyapa.

“Hitomi, ini kumpulan kita ke?” soal seorang gadis berpakaian serba hitam kontras dengan Aya.
Aya mengangguk. Gadis itu bersuara lagi, sedikit berbisik namun masih dapat didengari semua dengan jelas.
“Selamat datang. Saya Crystal, ini Kyuu, butler saya...”kenal gadis itu. Mereka berbalas senyuman. Kyuu tertunduk hormat.
“ Maafkan saya, saya ada task perlu diselesaikan. Jumpa nanti ya,” ujar Crystal tiba-tiba. Kyuu mengikut langkah Ladynya. Setelah Crystal menghilang, barulah Aya bersuara.
“Itu Crystal, Diamond dalam kumpulan kita. Diamond boleh dikira bilangannya disini.Hati-hati dengan dia tahu,” pesan Aya.
“ Baiklah mari kita ke Great Hall,” ujar Aya. Dia dan Hans berada didepan sekali. Hans sempat berbisik pada Aya.
“ Aya, salah seorang butler baru tak diketahui ranknya.” Aya mengangguk. Hans melangkah setapak didepan Ladynya dan membuka pintu Great Hall.

“Inilah Great Hall Goldilocks, dewan ini seringkali digunakan untuk acara-acara khas seperti acara kemasukan kamu berempat serta sempena satu kumpulan lagi dibentuk.” Terang Aya. Mereka meneliti ruang hall itu. Tangga berbentuk U, lantai marmar serta tiang seri bewarna emas. Cantik.
“Kita ke Cafe pula...” Langkah diatur mengekori gerak Aya. Tanpa disedari sesiapa kecuali Rei dan Jake, seseorang sedang memerhatikan mereka. Pintu kaca automatik itu terbuka sebaik saja mereka tiba didepannya. Wow...Interior cafe itu seperti cafe-cafe di UK.

Meja kayu solid menjadi penghias. Beberapa orang gadis dan butler mereka sedang enak menjamu selera. Gwen mengosok perutnya yang mulai mencucuk. Laparnya. Dia lupa lagi untuk makan. Eh, bukan lupa, baru saja dia hendak makan lelaki gila tadi menariknya. Salah lelaki itu. Seketika kemudian matanya beralih kepada Jake. Nasib baik lelaki ini ada...Kalau tidak..Eh kejap, nasib baik??Lelaki ini lebih gila dari lelaki tadi. Tapi mungkin juga lelaki ini savernya.
“Kau kenapa?” soal Jake, lebih kepada berbisik. Gwen mengeleng kepala.
“Jadi, boleh kita ikut mereka balik?” soal Jake. Gwen memandang sekeliling. Agak lama juga dia berkhayal tadi. Langkah pantas dilajukan menghampiri mereka yang lain.
“Ini, hmm..boleh dikatakan seperti bilik kumpulan.Dari sini kamu boleh kebilik masing-masing. Nombor bilik ada pada sampul surat masing-masing.” Beritahu Aya.
“ Butler dingatkan, kamu wajib tinggal bersama lady kamu dalam bilik yang sama.” Pesan Hans. Mulut Gwen ternganga.
“Duduk sebilik dengan lelaki ni?” hampir terjerit Gwen menyatakan ayat itu. Luna memandang gadis itu. Wajah blurnya sudah keluar. Rei tersenyum sedikit. Jake sedikit berang. Kepala Gwen diluku.
“Kenapa, kau ada masalah ke?” soal lelaki itu. Gwen mengeleng sambil mengosok kepalanya yang sakit. Bibirnya sudah memuncung.  Gadis-gadis lain kecuali Luna sudah tersenyum. Luna menghampiri Gwen,tangan gadis itu menggosok kepala Gwen. Lembut. Gwen tersenyum.

“ Terima kasih.” Nami dan Rainie sudah menaiki tangga ke bilik masing-masing. Yang masih tinggal hanyalah Gwen, Luna dan Aya. Hans sudah menghilang entah kemana. Rei masih lagi berdiri disisi Luna manakala Jake sesekali memandang tajam kearah Rei.
“ Aya, Task tu, macam mana?” soal Gwen. Luna yang duduk disisinya turut memandang Aya.
“ Kadangkala membahayakan nyawa. Kadangkala seolah tak ada apa...Saya dan Hans sudah mencuba sehabis baik untuk mengetahui mengapa kita setiap lady disini diberikan task mencabar. Setakat ni, masih NIL, tak ada apa-apa...”
“ Dah selidik dari semua cara?” soal Jake tiba-tiba. Mata Rei mencerlung tajam ke arahnya.
“Setakat yang kami tahu, dah,” beritahu Hans.
“Aya, lunch dah sedia.” Beritahu Hans. Aya bangun. Matanya menghantar isyarat agar Hans memanggil Nami dan Rainie. Hans mengangguk. Lima minit kemudian Nami dan Rainie turun sambil berbual. Vince merapati Ladynya.
“ Cik Nami, mini desktop cik berbunyi tadi.” Beritahunya. Nami mengangguk.
“Vince, jangan panggil Nami cik lagi boleh tak?Nami tak suka,”pinta Nami. Vince tersenyum.
“Sudah terbiasa cik, maaf Nami.” Mereka turun menyertai mereka yang lain. -Nami mengeluarkan I-Phonenya. Mujur sistem Carrie dahulu bersambung dengan I-Phonenya. Email? Nantilah akan dibeleknya.
“ Hai, saya Nami,” kenalnya pada Luna. Luna tersenyum.
“ Saya Luna,” Nami memaut lengan Luna dan berjalan bersama gadis itu. Gwen turut sama menyertai mereka berdua.
“Hi, saya Gwen...”
“Nami,” Gadis itu tersenyum lebar. Rainie dan Aya tenggelam dalam perbualan mereka.
            “Silakan menjamu selera,” jemput Aya. Mereka duduk dan butler masing-masing menghidangkan makanan.
            “Rei, duduklah, makan sekali dengan saya,” ajak Luna. Rei mengangguk.
            “Yes, my lady,” ujarnya perlahan. Rei duduk disisi Luna menemani gadis itu makan. Bukan dia tak kenal siapa Luna, biodata gadis itu adalah dalam ingatannya. Luna Dewmore, anak kepada pasangan Dewmore yang merupakan pengeluar tekstil terbesar disitu, namun sayang, keduanya mati akibat kebakaran ketika gadis itu berusia 5 tahun. Sejak itu Ladynya hidup sebagai anak yatim. Nasibnya dan Ladynya itu hampir sama, kecuali, Ladynya sempat merasakan kasih sayang keluarga sedang dia, dari kecil ditinggalkan diakademi itu dan dilatih menjadi butler.
            “Rei, awak okey?” suara Luna agak keanak-anakkan itu menyapa telinganya. Rei tersenyum. Janjinya pada dirinya, Luna akan dilindungi sepenuh nyawa, namun bagaimana dengan arahan akademi itu?Ah, ketepikan semuanya, yang penting ladynya gembira.
            “Maaf, saya minta diri ke bilik dahulu,” suara Rainie menyapa gegendang telinga semua disitu. Ryo perasan akan air muka ladynya yang sedih itu. Dia menunduk hormat sebelum berlalu.
            “Cik Rainie,” panggil Ryo sebaik saja mereka tiba dibilik tidur yang serba putih itu. Perlahan-lahan langkah diatur menghampiri Ladynya yang sedang menangis itu. 

            “Cik,” tubuh Ryo dipeluk Rainie, tangisan tumpah dibaju lelaki itu.
            “Ryo, saya rindukan dia...” Esakan ladynya makin kuat. Ryo mengusap lembut rambut Rainie.
            “ Cik, saya pasti dia sedang berusaha untuk terus hidup, untuk berjumpa dengan cik kembali. Saya pasti cik,”pujuk Ryo. Lama Rainie menangis didada Ryo. Perlahan tangisan gadis itu beransur. Lama juga mereka berdiri sebelum duduk didepan katil. Tanpa disedari, Rainie tertidur. Ryo mengangkat Ladynya ke katil menyelimuti gadis itu sebelum mengucup dahi gadis itu. Langkah diatur kepintu. Dia perlu ke hospital.
            “Maaf, kamu nak kemana?”suara seorang kanak-kanak menyapa gegendang telinganya. Ryo berpaling. Seorang anak kecil dalam usia 11 tahun memandang tepat wajahnya.
            “Saya ada hal. Boleh saya minta tolong kamu?” soal Ryo kembali. Gadis kecil itu mengangguk.
            “Tolong tengokkan Rainie boleh? Saya pergi sekejap saja,” pinta Ryo. Gadis kecil itu mengangguk. Senyum ikhlas terukir dibibir gadis itu. Ryo segera berlari keluar. Hospital itu destinasinya.  
          Tiba saja dihospital itu, dia terus ke meja pertanyaan.
            “Dr. Winter dibilik mana?” soalnya. Jururawat membuka catatan.
            “ Winter, telah lepas waktu kritikal, namun lecur tubuhnya mencapai lebih kurang 65%. Berdoa sajalah dia akan sedar. Itu saja yang kami dibenarkan beritahu. Arahan pihak atasan.”Ryo mengangguk faham. Langkah diatur untuk kembali ke Goldilocks. Risau juga meninggalkan Rainie terlalu lama.
            Ketika dia sampai saja dibilik Rainie, gadis kecil itu sudah tiada, namun seseorang yang lain ada disitu. Diamond Crystal.

            “Cik Crystal,” sapa Ryo sopan.
            “ Baguslah awak dah balik. Malam ni, Rainie ada acara kemasukan rasmi. Seeloknya dia bersiap sekarang. Oh ya, pastikan dia pakai evening dress ya,” pesan Crystal sebelum berlalu keluar. Ryo tunduk hormat sebelum menghampiri almari pakaian. Sehelai gaun paras lutut berwarna biru dikeluarkan bersama wedges ballerina berwarna sama dikeluarkan. Perlahan Rainie dikejutkan. Kesan air mata masih kelihatan diwajah itu.
            “Cik, cik, bangun, malam ini Welcoming New Arrivals,” beritahu Ryo.
            “Kalau awak terus panggil cik, saya tak mahu bangun,” ugut gadis itu. Ryo tertawa kecil.
            “Baiklah, Rainie, bangun, bersiap...Baju dah disediakan. Saya menanti diluar.” Beritahu Ryo. Sebaik saja Ryo keluar, Rainie terus bangun. Senyuman terukir dibibirnya.

No comments: