At-10-Tion!

Break Time has finished its construction,
Now is the time for le author to update~

UPDATE

Saturday, January 22, 2011

Dream 13 : The Ball




                “Sorry ye Yui...Tapi KiBum tu dah getting annoyed pulak. Erm, Yui, boleh akak masuk?” soal Jacky. Em mengangguk. Jacky duduk dikatil Em.
                “Kak, kak GiNa pun ada cakap hari tu...Senior KiBum dah pelik sekarang ni...Betul ke kak?” soal Em.
                “Hmmm..Dia memang dah pelik. Before this sangatlah stone cold dia tu...Tapi, since Yui datang perangai pelik dia muncul. Well, bukanlah pelik sangat. Cuma dia terlebih makan gula or terlebih romantik...”
                “Hah?” wajah blur Em wujud pula saat-saat ini.
                “He’s really in love with you...” sebaris ayat Jacky itu membuatkan Em terbatuk. Apa Jacky merepek ni?
                “Akak merepek apa ni?” soal Em setelah batuknya reda. Jacky tersenyum. Nampaknya gadis ini betul-betul naif dalam hal cinta ni. Macamlah dia hebat sangat.
                “Akak kenal KiBum dan akak tahu dia macam mana. And ni first time dia ajak some one ke Alphard Ball. Dan akak harap Yui tak hampakan dia boleh tak?” soal Jacky.
                “Jadi kalau ini first time, dia pergi dengan siapa sebelum ni?” soal Em.
                “Dia punca akak langsung tak dapat nak first and last dance dengan JinKi...” Em menutup mulutnya tak percaya.
                “Akak kena pergi dengan dia ke?” soal Em. Jacky mengangguk.
                “Sadiskan? Hai, orang lain yang kita sayang, orang lain kita kena menari dengan.” Keluh Jacky. Em tersenyum. Bahu Jacky dipicit. Jacky melihat wajah Em.
                “Hmm..JinKi betul-betul gembira dapat jumpa Yui. Dan akak pun betul-betul gembira dapat jumpa Yui...”beritahu Jacky tiba-tiba. Tentang JinKi itu dia dah tahu..
                “Kenapa kak? Sebab abang gembira?” soal Em.
                “Yang tu satu sebabnya. Satu lagi, KiBum dah tak kacau date akak...” ujar Jacky. Hidung Em dicuit. Ketawa mereka meletus. Pintu bilik Em sekali lagi diketuk. Kenapa dia cukup popular hari ni?
                “Hey, dah agak awak mesti dekat sini,” wajah JinKi menyapa.
                “Abang, masuklah,” pelawa Em. JinKi melangkah masuk. Duduk disebelah Em.
                “So, awak bawak Yui pergi mana tadi?” soal JinKi. Jacky memandang kearah Em. Gadis itu menggeleng. JinKi ketawa kecil.
                “Kiseop cakap tadi dia kena bawa awak, GiNa dengan Yuuki keluar. Then saya nampak Yui sekali dengan awak tadi...”terang JinKi. Jacky mengangguk faham. Em merebahkan kepalanya kebahu JinKi. Lelaki itu tersenyum.
                “So?” menunggu jawapan dari mereka berdua.
                “Bawa Yui jalan-jalan and shopping untuk ball tu..” jawab Jacky.
                “Yui okay tak?”soal JinKi tiba-tiba. Wajah Jacky berubah, kenapa pula ni?
                “Kenapa abang ni?”soal Em.
                “Yalah, Jacky kalau shopping bukannya boleh berhenti selalunya...”
                “Hei...” bahu JinKi dipukul perlahan. JinKi tersengih. Timbul niat untuk Em mengusik Jacky pula.
                “Betul tu abang...Penat kena ikut kak Jacky tadi...” Jacky membuntangkan matanya pada Em. Pura-pura marah.
                “Ala, akak, akak lawa la malam ni...Tak elok marah-marah.”usik Em. Jacky mencebik. Adik dan abang sama saja perangai. Denting jam menandakan sudah pukul 12 tengah malam. Jacky bangun.
                “Akak balik dulu la...Esok nak pergi hias dewan pula..Yui tolong akak tau...” pesan Jacky.
                “Okay akak...” janji Em. JinKi memandang wajah adiknya.
                “Tak nak masuk kelas la ni?” soalnya. Em memeluk pinggang JinKi.
                “Ala, abangkan ada?”ujar Em. JinKi menggosok kepala adiknya itu.
                “Melebih nampak?” jawabnya. Em tersengih. Tanda peace dinaikkan. JinKi ketawa kecil.
                “Abang, Yui lupa la masa kecil dulu, abang selalu ajak Yui pergi satu tempat ni...Apa nama tempat tu?” soal Em. JinKi tersenyum.
                “Avalon Gelato...” ujar JinKi. Rindu pula dia nak ke situ.
                “Nanti kita pergi boleh tak abang?” pinta Em.  Jinki mengangguk.
                “Nanti kita pergi...Tapi sekarang, abang nak Yui tidur okay...” Gadis itu segera bangun dan berbaring dengan elok. JinKi menyelimutkannya dan mencium dahi adiknya.
                “Sleep well...” Lampu bilik itu dimalapkan. Em memeluk lengan JinKi. JinKi duduk disitu hingga akhirnya kedengaran helaan nafas Em perlahan. JinKi masih enggan berganjak. Wajah Em yang sedang tidur itu dipandang. Rindu sungguh dia pada adiknya dan juga mama. Dia tahu mamanya tak bersalah. Neneknya sendiri ada datang berjumpa dengannya setahun selepas dia masuk ke Alphard.
Flashback.
                “JinKi maafkan nenek.Nenek bersalah dalam hal ni...Kalaulah nenek tak mengungkit langsung tentang status mortal mama JinKi pasti semuanya masih seperti dulu...” menangis nenek meminta maaf darinya. Entah mengapa dia bekukan hatinya. Enggan menerima maaf dari neneknya. Dia mahukan Yui dan mamanya serta papa kembali. Itu saja.
                “JinKi..”panggil Neneknya.
                “Nek, baliklah, JinKi tak boleh terima maaf nenek tu selagi mama, papa dengan Yui tak balik...”ujarnya. Dia bangun dan berjalan masuk kedalam Alphard. Dia dengar esakkan dan raungan neneknya. Tapi dia tak mahu untuk berpatah balik. Dia marahkan neneknya pada saat itu.
                Rengekkan Em mengejutkan dia dari khayalan, kelihatan gadis itu benar-benar terseksa. Tangannya cuba menyentuh bahu adiknya tapi ada sesuatu yang menghalang.
                “Mama!!”Gadis itu terbangun. JinKi memegang bahu Em. Gadis itu terus memeluknya dan menangis.
                “Yui..Semuanya dah lepas. Abang takkan tinggalkan Yui.” Belakang gadis itu digosok perlahan. Dalam mindanya dia menggumam charms penenang. Pelik juga kenapa charms Eli seolah-olah tidak berfungsi saat itu. Gadis itu beransur tenang. Esakkan kecil masih kedengaran.
                “Dah, Yui tidurlah. Abang ada dekat sini.” Pujuk JinKi. Gadis itu mengangguk perlahan. JinKi membantu adiknya untuk berbaring kembali. Sebaik saja Em benar-benar tidur dia bangun. Dia perlu tahu sesuatu. Wajah Em dipandang sekali lagi. Jangan mimpi buruk-buruk lagi... JinKi pergi ke bilik salah seorang Legendary Masters. Mereka itu saja yang boleh membantunya.
                “Eli!” Mujur lelaki itu tak tidur lagi.
                “Yes? Kenapa ni JinKi?” soalnya.
                “Rantai tu kau punyakan?” Eli pasti mereka sedang berbicara tentang rantai amethyst itu.
                “Bukan...”
                “Aku tahu tu bukan rantai Yui...” balas JinKi. Eli diam. Ketika itu mereka sudah berada didalam biliknya.
                “Ya, rantai itu bukan milik dia, aku letakkan calming spell dan juga traces,” akui Eli akhirnya.
                “Tapi charms kau tak berfungsi tadi,” ujar JinKi. Wajah JinKi dipandang. Tak mungkin.
                “Tipu...”
                “Betul, kalau charms kau berfungsi dia takkan setakut itu tadi...”jawab JinKi.
                “Shadow dah hampir memanipulasi dia JinKi...” ujar Eli. Hanya itu sahaja jawapan yang dia ada.
                “Takkan Eli...”JinKi tak mahu itu terjadi.
                “Dan aku juga harap itu adalah salah.”
                Akhirnya hari yang dinantikan tiba,
                “Kara, cepatlah!Nanti lambat.” Gesa Suzy. Gadis itu sudah bergaun pendek berwarna maroon dengan reben hitam terikat dipinggang dan corsage putih hijau tersarung ditangan. Dilehernya dia memakai rantai yang diberikan oleh Dongho. Kara melangkah keluar. Ditangannya tersarung corsage yang lain dari corsage yang ditempah oleh jawatankuasa Ball itu. Dia memakai gaun berwarna putih dan hitam. Corsagenya pula berwarna merah putih. Gabungan ros merah dan reben hitam yang cantik. Pasti ada magik yang melindungi bunga itu dari layu.
                “Kau ada date? Dengan siapa?” soal Suzy. Tak pernah sekalipun dia melihat Kara mengajak atau diajak sesiapapun.
                “Dah tu, kau nak aku tengok je la kau dengan Yui dengan Senior Dongho dan senior KiBum?”balas Kara.Sebenarnya dia sendiri tak tahu siapa datenya. Seorang yang misteri, mengajaknya menggunakan nota dan corsage ini baru dia dapat semalam.
                “Jom lah,” gesa Kara. Dia tak mahu terus nervous.
                “Yui?” soal Suzy. Takkan tak mahu menunggu teman mereka yang satu itu.
                “Senior Jacky cakap Yui pergi dengan dia dan Senior JinKi.”jawab Kara. Kasut bertumit tinggi disarungkan dan mereka berpimpinan tangan ke dewan besar.
                “Wow, tengok siapa yang main dress up hari ni..” suara Emily kedengaran.
                “Oh, tengok, budak-budak dalam kostum halloween...”balas Suzy. Kara segera menarik tangan Suzy. Takut dia untuk berjumpa dengan temannya hari ini. Teringat kata-kata dalam surat yang dia terima semalam.
      Jangan lupa pakai corsage ni...Kalau tak awak takkan jumpa saya. Jumpa awak dekat pintu masuk.
                “Yuuki cepatlah!Nanti lambat” gesa Kiseop. Yuuki pelik melihat telatah abangnya.
                “Kenapa abang gelisah sangat ni?” soal Yuuki. Gadis itu menyarungkan kasut tumit tingginya.
                “Jom.”Corsage yang dipilih oleh Jacky hari tu sudah tersarung ditangannya.
                Sementara itu,
                “Kak Jacky, Kak GiNa tak nak lah...” silau matanya dekat flash kamera Jacky dan GiNa.
                “Abang!”rengek Em. JinKi tersenyum.
                “Sekali sekala, bukan selalu Yui cantik macam ni...Mesti KiBum tak lari dari sisi Yui malam ni,” usik Jacky.
                “What? KiBum date Yui malam ni?” soal JinKi.
                “Oh no,no,no,no...Awak jangan nak spoilkan malam ni...”pesan Jacky. GiNa tersengih.
                “Saya pergi dululah...Kevin dah tunggu tu...And Yui, Yui cantik sangat malam ni...”puji GiNa sebelum berjalan keluar dari biliknya. JinKi memandang ke arah Jacky. Gadis itu menggeleng.
                “Okay, sini abang pakaikan corsage tu...”Corsage hijau itu disarungkan ketangan Em.
                “Thanks abang. Jom,” tangan JinKi dan Jacky ditarik.
                “Nope...KiBum nak jumpa Yui dekat sini...So Yui tunggu dulu dekat sini...Kakak dengan JinKi pergi dulu...”baru saja JinKi mahu bersuara, Jacky sudah menariknya keluar.
                “Hmm..Saya ingatkan JinKi nak bunuh saya tadi...”
                “Ki..”Dadanya diusap agak terkejut dengan kemunculan lelaki itu. KiBum tersenyum.
                “Wow, GiNa tak tipu bila dia cakap Yui cantik malam ni...” Tangan dihulurkan pada gadis itu.
                “Jom...”Em menyambut huluran itu.
                “Oh saya lupa pulak...”Satu kotak kecil dikeluarkan.
                “Pejam mata awak dulu...” Em akur, entah mengapa malam ini dia ikut saja kata-kata KiBum. Sesuatu disarungkan kelehernya. Dia membuka mata. Rantai Angel dan Star itu... Tubuh KiBum dipeluk.
                “Terima kasih..” KiBum tersenyum tangan gadis itu ditarik untuk menyertai mereka di dewan besar.
                “Kara tak masuk lagi ke?” tegur Em yang baru sampai bersama KiBum. Kara menggeleng.
                “Kau masuklah dulu. Nanti aku masuk.” Menara jam diseberang Alphard dilihat. Teman misterinya sudah lambat 15 minit. Dia berpusing-pusing didepan dewan itu hingga terlanggar seseorang, seseorang ketawa kecil. Matanya tak mampu memandang kearah lain. Melainkan bunga yang tersemat dituxedo lelaki didepannya. Kara menarik nafas dalam-dalam.  Perlahan-lahan dia mendongak. Tangannya naik ke mulut. Menutup mulutnya dari menjerit. Tak mungkin. Dia pasti bermimpi. Kenapa Suzy tak mengejutkan dia kini? Mungkin ini bukan mimpi.
                “Maaf, saya lambat. Actually bukan saya lambat tapi Yuuki.” Ujar Kiseop. Kara masih lagi seperti itu. Tak percaya. Tak mungkin. Dia memang bermimpi. Kiseop pelik melihat telatah gadis itu.
                “Saya tak mimpikan?” soalnya. Suara agak kedengaran dan tidak. Kiseop ketawa mendengar soalan itu.
                “Nope, you are not. Depan awak sekarang ni memang Legendary Kiseop, senior awak...”
                “Then, am I dead?” soal Kara. Kali ini Kiseop ketawa besar.
                “Not without a dance. Jom masuk...” Tangan gadis itu digenggam dan ditarik masuk kedalam dewan. Baru saja mereka melangkah masuk kedalam dewan. Kedengaran bunyi sesuatu pecah. Wajah Kiseop berubah. Tak mungkin. Terlalu awal untuk ianya terjadi.


Nukilan,

1 comment:

fallenmoon said...

Mesti Kiseop handsome giler! :D Hehe