At-10-Tion!

Break Time has finished its construction,
Now is the time for le author to update~

UPDATE

Thursday, February 17, 2011

Kissed 1 : Pertemuan


                “Aish, dia ni tak ada kerja lain ke?” Yui mendengus sambil memandang kearah KiBum yang sedang enak menikmati gelato yang dihantar Kris. Dia memeluk tubuh sambil mencebik. Danny ketawa kecil melihat telatah pekerjanya yang seorang itu.
                “Saya rasa, dia betul-betul sukakan awak, Yui...Pergilah selesaikan apa saja masalah awak dan dia,” cadang Danny. Yui merenung tajam ke arah Danny. Lelaki itu ketawa kecil. Mata Yui menangkap bayang seseorang lelaki duduk dimeja. Belum diambil pesanan lagi. Dia meluncur kearah itu.
                “Welcome to Avalon. What’s your flavor today?” soalnya. Rautnya dimaniskan. Lelaki itu membalas senyumannya.
                “Gotcha~~” perlahan nadanya. Hampir saja tak didengari. 
                “Maaf, apa perisa encik hari ni?”  Lelaki itu ketawa kecil.
                “Apa yang terbaik hari ni...” Yui mencatit.
                “Kejap ya,” Dia meluncur kedalam kembali. Kertas pesanan dihulurkan pada Danny. Lelaki itu segera membuat gelato itu. Krys sudah berada disisinya.
                “ Handsomelah lelaki dekat meja kau tu...” puji Kris. Danny sudah mengangkat keningnya.
                “Ai, awak saya ada dekat sini je,” Danny bersuara. Kris ketawa kecil dan mencubit pipi Danny.
                “Dan saya sayang awak je,” Yui segera mengambil pesanan itu dan berlalu sebelum mendengar bicara mereka. Tak mahu mendengar mereka berkasih sayang.
                “Ni, gelato encik...” Yui tersenyum tika meletakkan mangkuk yang dihias cantik itu.
                “Cantik...” Perlahan lelaki itu bersuara. Yui tersenyum. Sebelum meluncur ke dalam. Lelaki itu terasa ada seseorang sedang memandangnya. Dia tersenyum bila melihat kearah KiBum.
                “Legendary Masters...” dia tersenyum lagi. Jadi Shadow Girl miliknya diminati oleh Legendary Masters. Menarik. Pastinya gadis itu miliknya. Baru saja dia mahu bangun bahunya ditepuk.
                “Niel,”
                “Kau dah jumpa dia?” soal lelaki yang dipanggil Niel itu.
                “Hati-hati, ada Legendary Masters tunggu dia,” satu suara lagi menyampuk. Lelaki itu masih tersenyum.
                “Aku nak korang uruskan master tu...Aku nak jumpa dengan Shadow Girl aku...” 5 kepala mengangguk.  KiBum masih tak berganjak. Dia merasakan ada sesuatu yang tak kena. 6 lelaki itu masih lagi direnung. Dia merasakan ada sesuatu yang tak kena pada mereka itu, tapi tak mampu diutarakan. Tangannya mendail nombor  Kevin, nalurinya mengatakan dia memerlukan seorang teman sebentar lagi. Perhatiannya beralih kearah Yui. Dia masih rindukan gadis itu.  Matahari semakin menghilang dari kaki langit.
                “Bye, jumpa esok, Kris, Danny, awak jangan buat bukan-bukan dekat kawan saya tau, pergi date je,” pesan Yui. Kris dan Danny ketawa kecil.  Yui keluar dari kedai. Memeluk tubuh. Cuaca agak sejuk malam ini. Dia mendongak ke langit. Dua butir bintang bersinar terang.
                “Mama, papa, tengok Yui boleh je hidup seorang diri,” bisiknya perlahan. Entah mengapa dia enggan pulang lagi saat ini. Dia melangkah ke taman. Dia duduk dibawah sebatang pohon sebelum berbaring.
                “Tapikan, mama, papa, Yui rindukan abang. Mesti abang benci dekat Yui kan, yalah, Yui tinggalkan dia, tanpa sebarang pesan... Ma, pa, Yui ni adik yang jahatkan? Tapi Yui tak nak abang tukar tempat dengan Yui. Ma, Yui penatlah, mama tengokkan Yui kejap ya,” dia terlelap disitu. Lelaki yang sama di Avalon tadi menghampirinya, dan duduk disebelahnya. Bibirnya mengukir senyuman.
                “You are mine, forever...” dia berbisik. Yui terjaga, entah berapa lama dia terlelap. Jantungnya berdegup kencang. Mimpinya tadi, ada seorang lelaki menghampirinya dan berbisik,
                “You are mine, forever...” perlahan dia menuturkannya. Matanya menangkap kelibat seseorang disebelahnya. Segera ditutup mulutnya sebelum dia menjerit.
                “Maaf, kalau saya terkejutkan awak...” Lelaki itu bersuara sambil tersenyum. Yui menggeleng. Dia cuba menenangkan diri. Nafas dihela perlahan...
                “Salah saya...Erm, saya Yui awak?” soalnya cuba beramah.
                “Awak tahukan bahaya awak tidur dekat sini, macam mana kalau ada orang jahat kacau awak tadi?” soal lelaki itu lagi. Yui menjungkit bahu. Memang salahnya.
                “Sini saja saya boleh nampak bintang...Awak nampak bintang dua dekat atas tu?” soalnya. Sambil menunjuk kearah dua bintang yang bersinar terang. Entah mengapa, ringan saja mulutnya bersuara dengan lelaki asing itu. Lelaki itu mendongak sekilas sebelum mengangguk.
                “Itu mama dengan papa saya, dekat sini saja saya boleh nampak dengan jelas mereka. Saya rindukan mereka.” Lelaki itu tersenyum. Gadis ini benar-benar menarik minatnya. Seperti gadis yang menukarkan soulnya untuk Legendary Masters yang ditemuinya dahulu.  Mungkin dia perlu bermain. Mendapat kepercayaan gadis ini, untuk mengikat gadis ini dengan dirinya. Dia tersenyum. Dia akan pastikan gadis ini menjadi miliknya.
                “Saya rasa awak patut balik sekarang. Dah lewat sangat ni, mari saya hantarkan,” Yui melihat jam ditangan. Sudah menginjak ke pukul 12 tengah malam. Dia bingkas bangun. Dia menggeleng.
                “Tak apa, saya balik sendiri...”
                “Yui, nama saya L.Joe...Dan kita akan berjumpa lagi lepas ni, bukan?” soal lelaki itu. Yui mengangguk. Sebelum berlari ke arah bilik sewanya. Jantungnya masih lagi berdegup kencang.
                “L.Joe...” ujarnya perlahan.

Nukilan,








P/S : Yeay first chapter~~~Sila la komen ye~~~~

2 comments:

fallenmoon said...

Sape L.Joe ni? Macam jahat je dia ni, Nina...

Nina Aziz said...

@fallenmoon
moon, maybe...hahaha....dia shadow masters, tpi nina xmo cter lebey~~~hehee