At-10-Tion!

Break Time has finished its construction,
Now is the time for le author to update~

UPDATE

Monday, September 21, 2009

8 : Rahsia Ezra

“Ezra, Heart, apa semua ni?” soal Lady Ferra. Ezra dan Heart berpandangan.
“Erm, mama, Heart boleh terangkan...”
“Jadi terangkan...”Heart terdiam
“It’s my fault. Saya yang salah.” Lady Ferra  memandang wajah satu-satunya
anak lelakinya. Ezra mempamerkan reaksi tidak bersalahnya.
            “ So, what is this all about? Mama tinggalkan kamu berdua disini, dan Ezra, kamu terlibat dalam dunia seni. Ini ke yang harus ditunjukkan oleh pewaris Demensia? Mencebur diri ke bidang  yang tidak mempunyai harapan ni?” soal Lady Ferra dengan nada sinisnya.
            “ Ini namanya Lady Ferra Dreamer Michealis, chasing your dream.” Balas Ezra sedikit geram. Lady Ferra memandang wajah Ezra dengan rasa marah. Suara jeritan kecil dari dalam dewan mematikan situasi tegang mereka berdua. Ezra kenal akan pemilik suara itu. Segera dia berlari ke dalam. Heart turut sama mengikut Ezra. Meninggalkan Lady Ferra keseorangan terkulat-kulat.
            “ Delaila!” panggil Ezra tika mereka masuk ke dalam dewan itu. 3 lagi ahli SecretLover memandangnya pelik. Mereka juga baru tiba dari luar dewan.
            “Delaila?Tapi itu Selene,” beritahu Travie. Ezra kaget.
            “Guys, aku tahu korang tengah confius, tapi boleh tak, SecretLover tolong Selene dulu?”soal Heart. Seolah-olah baru tersedar, keempat-empat ahli SecretLover mengalihkan perhatian mereka pada Selene. Nampaknya gadis itu dikepung oleh 5 orang lelaki yang berpakaian sut lengkap.
            “ Jap, kita berempat cuma, diorang berlima.” Beritahu Victor.
            “Terima kasih Victor...Kalau tak kerana kau, kitorang mungkin tak sedar,” sindir Daniel.
            “ Dan tolong jangan sesekali pandang rendah pada Heart Gwenieverre Edree okey?’ beritahu Heart. Gadis itu tersenyum. Lengan bajunya disinsing. Heart tersenyum.
            “Berhenti sekarang.” Arah Lady Ferra. Kelima-lima lelaki bersut lengkap itu menunduk hormat. Salah seorang daripadanya menyapa Lady Ferra.
            “ Lady Ferra.” Baik Ezra mahupun Heart terkejut besar. Ahli SecretLover usah dicakap. Bertambah bingung.
            “Ezra Fredinand Edree, kamu kena buat pilihan...Jika kamu mahu gadis ini selamat, tidak dicederai, kamu kena tinggalkan Deseree...Jika tidak, ingat, what am I capable of Ezra,” ugut Lady Ferra.
            “It’s not fair, ma. Apa salah Ezra kejar impiannya?” soal Heart tak puas hati.
            “ Heart, diam!!Ezra, make your choice.” Ucap Lady Ferra sebelum mereka berlalu.
            “Ezra, kau hutang kami satu penjelasan...” sebelum sempat Victor menghabiskan ayatnya, dia disampuk oleh Daniel.
            “ Bukan satu, Ezra, dua penjelasan. Tolong bagitahu kitorang.” Ezra berjalan keluar tanpa memandang sekalipun pada SecretLover,Heart mahupun Selene. Selene segera berlari keluar. Mengikut jejak Ezra.
            “Ezra!” panggil Selene. Ezra berpaling. Tika itu dia baru saja menghidupkan motornya.
            “Boleh saya ikut awak?”pinta Selene. Ezra diam, seketika. Topi keledar dihulur pada Selene. Segera disambut gadis itu. Motor dibonceng laju keluar dari laman South Decade Hall.
            “ Jadi Heart...Boleh awak ceritakan dan jelaskan apa yang berlaku tadi? Bermula dari...” kata-kata Travie.
            “ Kenapa persembahan kami dibatalkan hinggalah...” ayat Victor disambung oleh Daniel.
            “Wow, I’m impressed,korang nampak sangat berkerjasama.”
            “ Heart!”marah mereka bertiga.
            “ Okey, okey, saya akan cerita. Tapi bukan disini. Care for a drink?” soal Heart. Kunci keretanya dikeluarkan. Mereka berempat menaiki kereta Heart untuk ke Cafe Serenity.
            “ Welcome to Cafe Serenity.”
            “ Heart, kau balik juga. Tadi Mr. Right kau cari.” Beritahu seorang pekerjanya.
            “ Hey, dia bukan  Mr. Right aku okey. Apa lagi lelaki gila tu nak?” soal Heart penuh jengkel.
            “ IDK...Tapi dia tunggu kau dekat his usual table,”beritahu pekerjanya itu.
            “ Okey..Erm, tolong entertain them for a while. Sorry , kejap lagi saya datang balik. Make yourself comfortable at Serenity.” Beritahu Heart. Dia segera berlalu ke lelaki yang dimaksudkan oleh pekerjanya itu.
            “ Okey, En Sebastian, apa lagi yang perlu saya buat untuk awak faham, we are totally over?” soal Heart. Pemuda didepannya itu tersenyum. Saat itu dimata Heart, lelaki itu tidak kacak malah senyumannya juga sangat hodoh.
            “Heart, sayakan tunang awak?Tak boleh ke awak layan saya baik sikit?”soal Sebastian. Heart tersenyum sinis.
            “ Tunang?Erm, layak ke?” soal Heart dalam nada menyindir. Sebastian mulai bengang. Dia tidak lagi duduk, kini berdiri didepan Heart. Heart menyilangkan tangannya didadanya. Wajah Sebastian dipandang penuh benci.
            “Heart, awak akan jadi milik saya, tak kira apapun.”
            “Really? Lelaki macam awak, nak jadi suami saya? Dah bertaubat ke?” Serentak itu tangan Sebastian naik, hampir saja ditampar wajah gadis itu jika tidak dihalang oleh Victor.
            “Itu bukan caranya untuk melayan seorang perempuan,” bisik Victor. Travie dan Daniel masing-masing berdiri disisi Heart.
            “ Kau siapa?” soal Sebastian kasar. Victor marah.  
            “ Dan, cik Heart, silakan duduk. Kita lihat bagaimana mereka berlawan.” Ujar Daniel. Travie menarikkan kerusi dengan gaya gentleman untuk Heart. Heart akur dengan kehendak mereka berdua.
            Sementara itu, diantara Sebastian dan Victor,
            “ Aku teman lelaki Heart. Kau ada masalah dengan itukah?” soal Victor.  Serentak itu, satu tumbukan singgah diwajah kacak Victor. Bibirnya luka sedikit.
            “Victor,” panggil Heart.
            “ No worry, my lady. Dia akan okey. Jika tidak...”
            “ Jangan panggil dia Victor.” Sambung Travie. Daniel mengiyakan. Tika itu satu tumbukan balas hinggap di wajah Sebastian. Daniel dan Travie bertukar senyum. Heart melihat mereka berdua. Tak sampai lima minit, sudah teruk Sebastian dikerjakan Victor.
            “ Dan ingat, jangan sesekali kau ganggu Heart lagi.” Pesan Victor garang.
            “ Bye-bye,” sinis nada Daniel dan Travie. Heart tergamam. Namun segera dikuntumkan senyuman.
            “Awak memang one of the kind of buaya.Terima kasih, Victor.” Ucap Heart. Benar-benar berterima kasih.
            “Jadi boleh kita kembali ke tujuan utama kita?” pinta Daniel. Dia sudah tidak sabar ingin mengetahui siapa Ezra.
            “ Okey, nampaknya saya tak boleh nak lengah-lengahkan lagi. Ezra Fredinand Edree, lahir pada...”
            “ Heart!”
            “ Let me finish first. Lahir pada 7 Julai bersama adik perempuannya,saya, pada hari penubuhan Demensia Double Dimension, anak syarikat induk Demensia. Namun disebabkan saya seorang perempuan. Lady Ferra memandang rendah terhadap kebolehan saya. Sesuatu yang Sir Edward Edree tak pernah lakukan. Papa tak pernah memandang rendah terhadap sesiapa pun. Pada asalnya, baik saya mahupun Ezra, kami akan sama-sama menerajui Demensia...”
            “ Jadi apa yang berlaku?”soal Travie. Heart diam. Wajahnya mulai suram.
            “ Papa sakit...Sakit hingga membawa maut. Dan Lady Ferra, dia menerajui Demensia kerana kami ketika itu baru berusia 10 tahun. Dan Lady Ferra, tinggalkan kami berdua disini. Dan dia berada di US untuk menguruskan Demensia.” Setitis air mata Heart menitis jua. Sungguh dia rindukan papanya. Tanpa sedar, Victor menggenggam tangan Heart. Cuba memberi semangat.
            “ Dia tak sewajarnya dipanggil mama. Dan kenapa kini baru dia kembali?”soal Victor. Heart menarik nafas dalam.
            “ Tahun ni kan kita dah cukup 18, dia nak Ezra kembali menguruskan Demensia. Hanya Ezra.” Ketiga-tiga ahli SecretLover terdiam. Tak menyangka bahawa Ezra menyimpan rahsia sebesar itu.
            “ Dan Selene?’akhirnya Daniel bersuara jua. Heart tersenyum.
            “ Maaf, itu satu-satunya rahsia yang saya tak mampu untuk beritahu. Tunggu dan lihat sajalah,” seorang pelayan dipanggilnya. 4 gelas minuman dihidangkan.
            “ Kalian nak makan apa-apa?My treat,” beritahu Heart.

1 comment:

Haruno Hana 하나 said...

hoho
suka3 dgn heart ngan victor
tbyang2 jandi dgn jun pyo^^