At-10-Tion!

Break Time has finished its construction,
Now is the time for le author to update~

UPDATE

Sunday, November 29, 2009

13 : Pahit Madu, Manis Hempedu

            “ Ezra, Heart,” panggilan itu membuatkan mereka berdua berpaling. Riak benci terlukis diwajah mereka.Rebbecca dan Sebastian tersenyum sinis disisinya. Lady Ferra tertunduk. Dia sedar salahnya jua kerana memaksa kedua-dua anaknya itu mengikut katanya. Dia gagal sebenarnya walaupun dia berjaya dalam perniagaannya. Air matanya menitis jatuh. Mutiara jernih itu bagaikan menarik kedua anaknya menghampirinya.
            “ Maafkan mama, Ezra, Heart...mama gagal jadi mama yang baik untuk kamu. Maafkan mama...” pinta Lady Ferra.Heart dan Ezra berpandangan. Lama.
            “Maafkan mama, mama tak kisah kalau kamu tak nak kahwin dengan Rebbecca, Ezra...Heart pun sama.”Berubah riak wajah kedua-dua adik beradik Richmore itu.
            “ Lady Ferra!!Awak dah gila? Rela hilang kontrak tu?” soal Rebbecca nyaring. Sedikit bengang.

            “ Saya lebih rela hilang kontrak dengan Richmore, dari anak-anak saya,” beritahu Lady Ferra tegas. Rebbecca pantas menarik rambut Lady Ferra sebelum menampar wanita itu kuat. Tamparan itu menyebabkan tubuh Lady Ferra terjatuh namun sempat ditampung Ezra.
            “ Mama,” panggil Heart. Sebelum dia menghampiri Rebbecca dan menampar wajah gadis itu.
            “ Tolong keluar dari Serenity! Kau tak layak untuk berada dekat sini.”marah Heart.Rebbecca segera menghampiri Ezra. Wajah lelaki itu lebih marah dari yang disangkanya.
            “ Travie, Victor, tolong tunjukkan perempuan ni dengan abang dia sekali jalan keluar. Jangan bagi diorang datang sini balik!” laung Ezra pada Travie dan Victor yang berada dimuka pintu.
            “ Heart, awak perempuan paling tak guna saya pernah jumpa. Jalang!” Kata-katanya itu didengari oleh Victor.  Kolar baju lelaki itu ditarik.
            “ Bro, kau tak puas lagi ke kena ngan aku dulu? MR Richmore? Tolonglah.” Marah Victor sebelum menolak kasar lelaki itu keluar.
            “ FYI, that girl have much more dignity than you. And additional information for you, she’s mine.” Bisik Victor pada Sebast ian.  
            “Well, that’s the last of them. Travie, jom balik!Kerja kita berlambak lagi dekat office tu.” Ajak Victor.  Blazer disangkut ke bahu sebelum dia keluar. Heart serba salah, wajah Lady Ferra dilihat silih ganti dengan wajah Ezra. Keduanya mengangguk. Dia berlari keluar.
            “ Victor,  saya lapang hujung minggu nie,” beritahu Heart. Wajahnya merah, malu barangkali. Victor mulai blur. Travie sedikit bengang berkata,
            “ She’s free, ask her on a date!” Victor tersenyum sumbing.
            “ Awak nak keluar dengan saya? We can go somewhere,” ujar Victor perlahan.
            “ Jangan cakap, awak tengah malu.Awak memang one of the kind,” ujar Heart dari jauh. Victor makin tertunduk. Heart ketawa.
            “ Ahad, pukul 3, saya tunggu awak.” Beritahu Heart sebelum masuk kedalam.
            “ YES!!!”jerit Victor sambil melompat persis kanak-kanak yang baru mendapat gula-gula. Travie menemplak.
            “ Kau tahu, kau one of the buaya ever live, tapi kenapa kau naive sangat dalam kes nie?”
            “ Just drive, Mr Simms.” Arah Victor, senyuman masih terlukis diwajahnya.
            “Okey, okey...” Travie tertawa kecil sebelum keaadaan kembali sunyi.Lama mereka terdiam.
            “ Kau rasa, Daniel akan marah ke?” soal Travie tiba-tiba.
            “ Mungkin, tapi aku rasa dia akan faham. Dia sayangkan Delaila, dan dia tahu satu-satunya benda  yang mampu buat Delaila tersenyum adalah Ezra,” balas Victor.   Travie mengangguk sambil memandang sekilas pada wajah Victor.  Kadangkala dia pun pening dengan masalah ini.
            “ Actually apa yang kau bincangkan dengan Lady Ferra?” soal Victor. Travie tersenyum.
            “ Hey itu rahsia aku...”
            “ Siapa kau sebenarnya Travie?” soal Victor. Bukan dia tak kenal dengan Mr Evans. Lelaki itu merupakan salah seorang daripada peguam cara yang terkenal di Deseree.
            “ Aku dari keluarga Simms. A branch dari keluarga Edree.” Victor berpaling.
            “ Kau bergurau kan Travie?” soal Victor lagi.
            “ Mr.Evans pun dari keluarga Edree, one of family branch...” beritahu Travie.
            “Kau bohongkan?” Travie ketawa kecil.
            “ Victor, that’s the truth.” Kereta dipandu ke anak syarikat milik keluarga mereka berdua.
            “ Mama, dah la tu jangan menangis lagi. Heart dengan Ezra tak kisah apa yang mama dah buat as long as mama dah sedar.  Bagi kami itu dah cukup.”
            “ Ezra mama minta maaf...Maaf yang menyebabkan kamu kehilangan Delaila dulu...” Ezra hanya menggeleng.
            “ Ma, apa yang berlaku antara Ezra dengan Delaila adalah yang ditulis oleh takdir. Ezra tak kisah ma...Biarlah Ezra kehilangan Delaila, tapi Ezra dapat mama Ezra balik,” luah Ezra. Senyuman terlukis di wajah Ezra.  Heart tersenyum.
            “ Ma, mama dah penatkan, pergilah tidur dekat bilik.  Marie, tunjukkan bilik pada mama saya,” arah Heart.Gadis itu tersenyum dan mengajak Lady Ferra ke bilik.  Sebaik saja Lady Ferra menghilang, Heart memegang bahu kembarnya.
            “ Ezra,” wajah lelaki itu masih terukir dengan senyum.
            “ Heart, aku tak kisah kalau hilang my love, tapi aku gembira sebab dah dapat mama balik.” Hart memeluk kembarnya itu. Ezra menangis teresak-esak dibahu Heart.
            “ Ezra,come on, bro...Please jangan menangis lagi.” Pinta Heart.
            “ Heart, aku hilang dua benda terpenting hidup aku demi kasih mama...aku tak kisah Heart,aku tak kisah kehilangan Daniel dan Delaila untuk mama...Untuk kau...” ujar Ezra dalam tangisnya itu.
            “ Shh...kau tak hilang lagi semua tu, Ezra...Jangan mengaku kalah sebelum masanya...” pujuk Heart.Tanpa mereka sedari, seseorang telah mendengar luahan itu. Lady Ferra menangis teresak-esak...Semuanya salah dia. Terlalu sombong. Terlalu angkuh, terlalu pentingkan diri tanpa menghiraukan putera dan puterinya itu.
            Dalam tangis itu, Lady Ferra nekad. Segalanya perlu dibetulkan. Segalanya. Dia mahu anak-anaknya gembira. Sudah banyak kesilapannya pada mereka.
            Sinar suria pagi itu membangunkan menerangi kamar yang didudukinya. Tanpa pengetahuan sesiapa, Lady Ferra menyusup keluar. Namun tidak disedarinya, langkahnya diperhatikan seseorang. Seseorang yang  tahu, Lady Ferra akan memperbetulkan segalanya. 

Friday, November 27, 2009

Kisah Kita : The Cast




Lilac Maryposa Andrews – Pelajar baru North Diamond College . Dia merupakan teman sepermainan Casey dan Chris sewaktu kecil. Seorang yang suka menyendiri sehingga dianggap pelik oleh sebilangan besar pelajar North Diamond College.Menyukai Chris sejak dari kecil lagi.



Casey Alexander Adrian – Kapten pasukan bola keranjang. Bermain bola keranjang kerana tidak mahu melupakan kembarnya, Chris. Menyukai Lilac namun beralah demi Chris. Gemar memanggil Lilac, Maryposa. Mencadangkan Lilac menjadi pengurus pasukan bola keranjang NDC.




Ryyan Deniss – Saingan utamanya Casey. Pemain jersi no 6.Rapat dengan Lilac untuk menjatuhkan Casey. Membenci Casey kerana mahu menjadi kapten pasukan bola keranjang. Membina satu pasukan bola keranjang sendiri untuk menyaingi pasukan pimpinan Casey.



Suzana, Alexa dan Natalia – Tiga gadis yang menganggap mereka adalah Ratu North Diamond College. Mereka juga menganggap Lilac sebagai lalat yang cuba menganggu kedudukan mereka. Digelar Wicked QBees oleh sebahagian pelajar North Diamond College. Natalia merupakan ketua pasukan sorak North Diamond College iaitu Sparkle Buzz.



Chris Adam Adrian – Kembar Casey, meninggal dunia kerana kemalangan ketika cuba menyelamatkan Casey dari dilanggar oleh seseorang. Amat meminati sukan bola keranjang, memasuki North Diamond College kerana mahu menyertai pasukan bola keranjang sekolah itu yang sangat hebat.



Stefan Matthew Andrews – Abang Lilac, kembar kepada Damon. Tua tiga tahun dari Lilac. Rapat dengan Casey berbanding Chris. Sangat menyayangi Lilac.



Damon Madread Andrews – Abang kepada Lilac dan Stefan. Anak sulung  keluarga Andrews. Seorang yang pendiam dan sangat berbeza perwatakannya dengan Stefan. Mengetahui rancangan Ryyan untuk mempergunakan Lilac dan juga rancangan Wicked QBees. Berkomplot dengan Stefan dan Casey untuk melindungi Lilac. Dia dan Stefan telah lama menetap di Deseree.



Kei Trevor Simms - Pemain jersi no.7. Setia pada Casey dan seringkali memihak kepada Casey dalam setiap pertelingkahan diantara Casey dan Ryyan.




Jay Raymond Feymore - Pemain jersi no.8. Teman baik kepada Casey. Hanya dia saja yang mengetahui rahsia Casey.



Freddie Greg Trinity - Pemain jersi no.9. Pemain simpanan yang menggantikan Ryyan apabila lelaki itu tegar meninggalkan pasukan untuk membina pasukannya sendiri. Seorang yang lantang bersuara dan sering mengkritik tindak-tanduk Ryyan.




Jimmy Anthony Salvatore - Pemain jersi no.5. Sering kali lantang mengkritik kepimpinan Casey namun disebalik sikapnya yang lepas cakap itu, dia seorang yang setia pada ketua dan orang yang dipercayainya.

Special Appearances by some Cast of Kau Muzikku:



Daniel Reid - Jurulatih sementara pasukan bola keranjang NDC diatas permintaan Kei.



Secret Lover -  Membuat kemunculan semula dalam siri ini??Mungkin...Tapi seringkali muncul juga atas permintaan Kei yang merupakkan adik Travie...

12 : Kejutan

            Kesemua mereka terdiam.Tergamam, baik Heart mahupun Ezra. Airmata Delaila mulai menitis. Pantas saja tangan Ezra mengesatnya. Rindu sungguh dia pada seraut wajah didepannya itu. Tanpa mempedulikan orang disekelilingnya, tubuh Delaila dipeluk erat. Gadis itu menangis teresak-esak dibahunya. Yang lain hanya membisu.
            " Ezra, sayang!"panggilan itu menyebabkan pelukkan itu terungkai. Delaila memandang tak percaya wajah Ezra. Seorang gadis berpakaian ala seorang model memeluk erat lengan Ezra.
            " Rebbecca?" soal Heart tak percaya. Lady Ferra memang kejam. Delaila hanya diam.
            " Hi, Heart. Ezra, kenapa tinggalkan I?" soal gadis itu. Travie berdehem.
            " Maaf, ini, Rebbecca."kenal Ezra.
            "Tunang Ezra.Hi." sapa gadis itu sedikit angkuh.
            "Tah..niah..Ezra.Semoga..awak bahagia." ucap Delaila dalam suara tertahan. Dan dia terus berlari keluar.
            " Delaila!" panggil Daniel.
            " Ezra, you owe us lots of explanation..."beritahu Victor.
            " Aku harap kau takkan cari dia lagi, Ezra. Dah lama dia tunggu dan ini hadiah untuk dia? Jangan sesekali cari dia lagi..."pesan Daniel ketika berselisih bahu dengan Ezra.Wajah lelaki itu dipandang sekilas sebelum dia berlari mengejar Delaila. Travie, Victor dan Heart hanya melihat adegan itu. Tak menyangka Daniel akan berkata begitu. Namun sedikit sebanyak mereka mengerti. Daniel yang sentiasa berada disisi gadis itu sejak Ezra pergi dahulu, pasti lelaki itu enggan melihat lagi titisan air mata Delaila. Mereka juga begitu.
            " Sayang, kenapa nie?Kenapa you diam je?" soal Rebbecca sengaja mengeratkan lagi pelukkan ditangan Ezra. Geram kerana melihat adegan antara Ezra dengan perempuan yang dipanggil Delaila itu. Ezra segera merentap tangannya.           
            " Kau, jangan dekat dengan aku lagi...Dan ini, cincin nie, yang Ferra ikatkan aku dengan kau, ambil balik. Selamanya, hanya dia seorang dihati aku. Dia bukan kau. Leave!" lantang suara Ezra memarahi Rebbecca. Travie dan Victor terkejut. Pelik.Jarang sekali mereka mendengar Ezra marah sepanjang perkenalan mereka.
            " Hello, I'm your fiancee!" marah Rebbecca kembali.
            " Yang akan jadi tunang aku adalah orang yang aku cintai, bukannya orang macam kau. Now please leave," arah Ezra. Kali ini lebih tegas. Heart segera menyampuk,
            " Kau tahu, Becca, aku kesian dekat kau dan Sebastian. Pesanan buat kedua-dua pewaris Richmore, kedua-dua pewaris Edree, takkan sesekali menyerahkan hati dan rela berkahwin dengan mereka." Wajah Rebbecca berubah. Putih pucat.
            “ Lady Ferra pasti akan membuat keputusan kalian berubah,” ugut gadis itu. Heart tersenyum sinis. Ezra mencerlung tajam.
            “ Unfortunately, seingat aku, once Ezra finished in US, Lady Ferra Dreamer Michaelis doesn’t matters in our life. Dia nak pewaris? Kami ada, tapi kami buat keputusan sendiri. Sekarang, sila keluar dari Serenity, ini bukan untuk orang macam kau.”
            Rebbecca mencebik sebelum keluar. Dia akan pastikan Ezra menjadi miliknya. Sebagaimana Heart akan menjadi hak Sebastian. Lady Ferra mampu menguasai mereka berdua.
            Sementara itu, Daniel mengejar Delaila sehingga keluar dari Serenity. Terus dipeluk tubuh gadis itu. Delaila menangis didada Daniel. Tangan Daniel mengusap lembut rambut Delaila. Cuba menenangkan gadis itu.
            “ Delaila, selagi saya ada, selagi saya disisi awak, saya akan jaga awak.Saya janji,” bisik Daniel. Delaila diam. Dia pelik mengapa lelaki ini begitu tulus berada disisinya.
            “ Jom kita balik. Saya hantar awak balik..” pelawa Daniel. Nombor pejabat Delaila ditelefon dan memberitahu gadis itu tak dapat masuk kembali dan mahu mengambil cuti. Papanya pasti faham. Sebaik saja enjin kereta dihidupkan, mereka melihat Rebbecca berjalan keluar, wajahnya masam. Seketika kemudian ketika Daniel cuba untuk mengeluarkan kereta, Ezra berada didepan Serenity, memandang ke arah Delaila.Sayu pandangannya.
            “Ezra,”panggil Heart. Bahu lelaki itu ditepuk lembut. Ezra berpaling, tersenyum lemah. 
            “ Heart, will I lose her again?” soal Ezra perlahan. Heart memeluk kembarnya itu.Membiarkan lelaki itu menangis dibahunya. Heart kenal Ezra. Ini kali kedua lelaki itu menangis. Dan kali ini, Heart sendiri buntu, bagaimana mahu memujuk abangnya itu. Victor dan Travie saling berpandangan. Mulai faham, hidup kedua beradik ini, banyak dirosakkan oleh ibu mereka sendiri. Dan mereka akan memperbetulkannya.
            “ Ezra, kami tahu kau tak bersalah... Maybe it’s time we help you,” putus Travie sebelum dia dan Victor meninggalkan kedua beradik itu. KeretaTravie dipandu keluar dari Serenity. 
            “ Travie, macam mana kita nak buat?” soal Victor. Memang dia pun setekad Travie untuk membantu Ezra dan Delaila, tapi bagaimana.
            “ Tiba masanya Lady Ferra rasa apa yang mereka rasa...” tangannya ligat mendail nombor seseorang.
            “ Hello, En Evans? It’s Travie, I need a favour.” Kereta Travie dipandu laju kearah pusat bandar Deseree.

Sunday, November 22, 2009

11 : Gembira?



“ Miss Delaila, Mr. Reid is here to see you?” ujar setiausaha Delaila.
“Send him in,” jawab Delaila.
“Morning, Selene” usik Daniel. Delaila tersenyum. Selene, nama yang digunanya sewaktu hilang ingatan dahulu.
“ Daniel!”Delaila berpura-pura marah.
“ So, awak nak lunch mana hari ni?” soal Daniel.
“ Miss, Mr Simms and Drea is here,” suara setiausahanya kedengaran lagi melalui interkom.
“ Delaila, jom!” ujar Travie terus menarik tangan gadis itu.  Namun sesaat kemudian lelaki itu mengaduh sakit. Rupanya, Daniel mengetuk kepala Travie.
“ Kau ni, macam tak tahu, kalau Daniel ada, our Delaila is unavailable.” Ujar Victor. Delaila tersenyum sudah 6 tahun mereka berkenalan. Sejak peristiwa dia memasuki bilik latihan mereka untuk mencari Ezra. Ezra, satu nama yang sangat dirinduinya.
“ Kau tengok Daniel, penat kita bercakap dekat sini, dia boleh berangan entah ke mana,” sungut Victor. Delaila tersengih.
“ Sorrylah, Victor. Saya teringat macam mana saya boleh tersesat dekat bilik latihan SecretLover dulu.” Ujar Delaila. Travie mulai tergelak. Begitu juga Daniel. Victor cuba mengimbas kembali kenangan-kenangan itu.
“ Okeylah, whatever. Jom kita ke Serenity.” Ajak Victor sedikit bengang.
“ Hai aku tahulah kau nak pikat Heart, tapi takkan lah nak pergi sana lagi,” perli Daniel. Kali ini giliran Delaila pula ketawa. Sejak bersama mereka, tak kering gusi dibuatnya.
“Lets go Miss Emerald,” ajak  Daniel dengan gaya gentlemannya. Delaila segera menyambut tangan Daniel.
“Woi, nak pergi mana tu?” soal Victor. Sedikit marah kerana diabaikan.
“ La, kau kata nak pergi Serenity, we are heading there,” beritahu Daniel. Victor dan Travie saling berpandangan. Rancangan mereka menjadi. Kebetulan Daniel nampak perilaku mereka itu.
“ Hah!Korang berdua ni kenapa?” sergah Daniel.
“ Weiyh, aku muda lagi la untuk mati.” Marah Travie. Daniel tersengih sebelum mengambil tempat pemandu disebelah Delaila.
“ Tak naik sekali ke?” soal Delaila. Victor menjawab,
“ Kitorang naik kereta baru Travie.”
“ Bila kau beli kereta baru?” soal Daniel. Victor kegeraman. Daniel ni banyak soal pula.
“ Isy, kau ni, banyak tanya la. Pergi je la cepat.” marah Travie. Hampir juga hilang sabarnya. Daniel dan Delaila hanya ketawa mekihat wajah cemberut kedua teman didepan.
Kedua buah kereta dipandu ke Serenity.
" Bro, aku tengok sama je kereta kau dengan yang dulu," tegur Daniel. Delaila mengiakan sambil itu cuba melihat apa yang baru pada kereta milik Travie.
" Welcome, guys, and for you Delaila,suprise!!" sambut Heart. Lagu Happy Birthday berkumandang. Delaila tergamam.
" Happy Birthday Delaila," ucap mereka bertiga serentak. Delaila tersenyum. Ketiga-tiga mereka dipeluknya.
" Terima kasih. Saya sendiri pun tak ingat hari ni, birthday saya." suaranya mula kedengaran sebak.
" Eh, janganlah menangis..." Victor,Daniel dan Travie mulai kalut.
" Jom, Delaila. Kita potong kek. And because today is your special day the three of them are willing to sing for you. Baik awak decide nak suruh nyanyi lagu apa" gesa Heart. Delailai diam.Cuba memikirkan satu lagu yang digemarinya.
"Erm...Love Like This by SS501." beritahu Delaila.
" Hah?Korea lagi." getus Travie.
" As you wish my lady." ujar Daniel dan Victor. Kot dan tie yang dipakai mereka dibuka begitu juga dengan 2 butang atas kemeja mereka. Gaya kasual.
Love like This…

Victor memulakan lagu itu,
"Hey Girl, ijen neoreul boyeojwo naege
geuman neoui mameul
Won’t you, my girl (my girl)

hangsang mangseorineun neon jeongmal babo
jeongmal neoneun babo
o~ malhaejwoyo

wae, neon moreuni
neon nal moreuni
neol wonhaneun nae mam modu da gajyeogajwo"

"naege geochim eobsi
tteollim eobsi your love!


Love, naege wa. neon, like this.
So Love, gidarin neoran girl
True love, dagawa neon like this.
One Love, neon naege neon naegero,"
sambung Travie. Kemudian Daniel menyambung,
"Love, naege wa. neon, like this.
So Love, gidarin neoran girl
True love, dagawa neon like this.
One Love, neon naege neon naegero

Hey Girl! oneul ttara deo yeppeo boyeo.
nae mamui Key~juin baro neon Girl~

neol tteoollimyeon, naneun neomu tteollyeo
sojunghan neo baro naui Baby Baby"
Dan serentak mereka menyanyikan,
"wae, neon moreuni, wae
neon nal moreuni wae
neol wonhaneun nae mam modu da gajyeogajwo.

ttan geon pillyo eobseo
ojik wonhaneun geon Your Love!"
Daniel terus menyambung sementara Victor dan Travie terus bermain dengan gitar,
"Love, naege wa. neon, like this.
So Love, gidarin neoran girl
True love, dagawa neon like this.
One Love, neon naege neon naegero

Love, naege wa. neon, like this.
So Love, gidarin neoran girl
True love, dagawa neon like this.
One Love, neon naege neon naegero"
Dan mereka bertiga mengakhiri lagu itu,
"I need you,
You need me.
urineun gyeolguk hamkke hal kkeoya
mangseorijima, naman ttarawa
ijen~~~yeah~".
" Wow, Heart!" suara itu menyebabkan mereka semua berpaling. Tergamam.

Saturday, November 21, 2009

The Cast of Kau Muzikku...


Gambar merupakan  gambaran nina terhadap watak dalam cerita ini...




Secret Lover.
@ Dianggotai oleh Ezra Edree, Daniel Reid, Travie Simms and Victor Drea.
@ Diuruskan oleh Selene atau Delaila.
@ Berpecah ketika Ezra ke USA.



@ Ezra Fredinand Edree
@ Seorang yang berpendirian tetap
@ Kembar kepada Heart.
@ Ahli Kumpulan SecretLover.
@ Sanggup berkorban demi orang yang disayanginya.
@ Akur pada Lady Ferra kerana tak mahu cintanya dipengapakan.




@ Selene atau Delaila Emerald.
@ Mengalami amnesia akibat kemalangan yang dirancang Tiffany Triniad.
@ Secara tidak sengaja menjadi pengurus SecretLover ketika tersesat mencari satu-satunya klu hidupnya.
@ Setia menunggu Ezra tanpa memikirkan apa yang mungkin terjadi pada lelaki itu.




@ Daniel Reid.
@ Salah seorang ahli SecretLover.
@ Terjatuh cinta pada Selene tanpa mengetahui Selene adalah gadis yang dicintai Ezra.
@ Rela melepaskan Selene demi melihat kegembiraan mereka berdua.
@ Seorang yang berfikiran positif.




@ Travie Simms.
@ Salah seorang ahli SecretLover.
@ Seorang yang berperwatakan gentleman.
@ Percaya pada rakannya.




@ Victor Drea.
@ Salah seorang ahli SecretLover.
@ Merupakan seorang charmer.
@ Tertarik pada kembar Ezra.
@ Seorang yang juga gentleman.




@ Heart Gwennieviere Edree.
@ Kembar Ezra.
@ Pemilik Cafe Serenity dimana Ezra seringkali membuat persembahan.
@ Membuka Serenity kerana mahu membuktikan pada Lady Ferra dia juga mampu.
@ Percaya pada tindakan kembarnya walaupun tak masuk akal.
@ Turut tertarik pada Victor dan menyifatkan Victor sebagai playboy one of the kind.

Watak yang turut membantu --> once again, it just what i potrayed them...




@ Lady Ferra Dreamer Michaelis.
@ Ibu kepada Heart dan Ezra.
@ Memaksa Ezra ke USA untuk tujuan memisahkannya dia dari teman-temannya.
@ Bertanggungjawab atas pertunangan Ezra dan Rebbecca.




@ Rebbeca Slyvia Richmore.
@ Anak tunggal kepada pemilik perniagaan Richmore.
@ Menjadi tunangan Ezra.
@ Amat menyukai Ezra dan cuba untuk memutuskan hubungan Ezra dan Delaila.
@ Seorang yang nampak lembut tetapi sangat pendendam.




@ Tiffany Triniad.
@ Menyukai Ezra.
@ Menjadi dalang dalam kemalangan yang mengakibatkan Delaila hilang ingatan.




@ Sebastian Edmund Richmore.
@ Abang kepada Rebbecca.
@ Ditunangkan dengan Heart atas arahan Lady Ferra.
@ Seorang lelaki yang berpendapat dia lebih baik dari orang lain.


P/S: I'm so sorry because I can't post new entry due to some technical problems...

Thursday, November 05, 2009

10 : Untukmu

Jarum jam menginjak ke pukul 12. Dari tadi mereka duduk berdua diatas bumbung Cafe Serenity menikmati pemandangan diangkasa. Ezra berbaring di atas hamparan rumput karpet yang ditanam Heart. Selene duduk memeluk lutut. Sesekali Ezra mencuri pandang ke arah gadis itu.
“Selene,” panggilnya lembut. Selene memandang kearah Ezra yang sudah duduk menghadapnya.Entah bila lelaki itu bangun dia pun tak pasti. Ezra mengambil sesuatu dari poket seluarnya.
“Dah, lama saya simpan benda ni, tak kisahlah, sama ada awak Selene atau Delaila, yang pasti awak adalah satu-satunya gadis yang saya cintai,”beritahu Ezra, sampai memakaikan rantai emas putih ditangannya.Selene diam. Dan perkara terakhir yang diingatinya sebelum tertidur adalah Ezra memeluknya erat.
Sinar mentari pagi mengejutkan Selene dari tidurnya. Pelik dia pasti sebelum dia tertidur semalam Ezra ada disisinya, namun dimana lelaki itu? Dia duduk, jaket yang menyelimutinya terjatuh. Ezra...Selene berlari turun. Seorang pelayan yang berada dibelakang bar menegurnya.
“Selamat Pagi, Cik Selene.”
“Ezra, where is he?” soal Selene. Nafasnya tidak teratur penat berlari turun.
“ En Ezra dah bertolak ke airport sebelum matahari terbit lagi.” Beritahu pelayan itu.
“Dia dah pergi ke?”soal Selene perlahan.
“Not yet, kalau awak nak kejar dia sempat lagi sekarang Selene,” jawab Daniel.
“ Apa awak buat dekat sini Daniel?”
“Heart telefon saya sebelum dia dan Ezra keluar pagi tadi. She said you may need my help,” balas Daniel.
“ Terima kasih, Daniel.”
“Jom, kita pergi sekarang.”Daniel menarik tangan Selene. Benar dia cintakan gadis ini, dan kerana itu dia mahu gadis itu terus tersenyum gembira biarpun gadis itu tidak mencintainya.
“ Daniel, maafkan saya.” Kereta Daniel dipandu laju ke Deseree International Airport. Travie dan Victor sedia menanti mereka didepan pintu masuk.
“Daniel, Selene, jom cepat.” Gesa Travie. Dari tadi lagi mereka memerhatikan Ezra dan Heart dari jauh.
“Kenapa kau tak tunggu dia tadi?”soal Heart pada Ezra. Dia pasti tika itu, SecretLover dan Selene berada berdekatan dengan mereka.
“Who?”soal Ezra acuh tak acuh.Namun begitu dia tahu siapa yang dimaksudkan Heart.
“Oh, please, Ezra Fredinand Edree...Kau tahu siapa.”marah Heart. Sebetulnya, dia bingung dengan tingkah Ezra.
“ Aku tak mampu untuk tengok dia menangis. Aku tak kuat untuk itu,”ujar Ezra perlahan. Baik Heart mahupun SecretLover mendengar pengakuan Ezra itu.
“Sekurang-kurangnya ucapkanlah selamat tinggal.”esak Selene. Ezra berpaling. SecretLover yang dari tadi cuba menenangkan gadis itu memberi ruang pada Ezra. Ezra berdiri.Dia tergamam. Wajah Selene yang basah dek airmata itu direnungnya.
“Selene,” panggil Ezra perlahan sebelum tubuh gadis itu dipeluk erat.
“ No, Ezra, saya bukan Selene, saya Delaila. And, tolong jangan pergi.” Pinta Selene. Ezra memandang wajah gadis itu. Sesaat, kemudian dia tertunduk.
“ Maaf, saya tak boleh.”
“ Ezra, awak janji dulu, no matter what happens if we are meant for each other, we will be together,” ungkit gadis itu.
“ Dan kerana itu saya perlu pergi.” Balas Ezra.
“ Then leave Ezra, leave and never expect anything from me. Because the reason I lost my memory is bout should i wait or not.”
“ Delaila,” namun sia-sia saja panggilan itu. Gadis itu telah berlari pergi.
“ Daniel, tolong jagakan dia untuk aku. And kalau korang bersama pun aku tak sebab aku tahu, dia bersama seseorang yang aku percaya.” Pesan Ezra, panggilan terakhir untuk penerbangan ke US kedengaran.
“ Victor, Travie, good luck guys,” ucap Ezra sambil memeluk teman-temannya itu.
“Ezra, kau kena pergi ke?” soal Victor. Ezra terdiam.
“ Ini rahsia aku dengan korang, kalau aku tak pergi, Lady Ferra akan cederakan Delaila, dan korang. Tapi aku akan balik, dan perginya aku, bukan bermakna akhirnya SecretLover. Ye la mana tahu, dengan perginya aku, SecretLover terus meletup..”seloroh Ezra. Yang lain hanya tersenyum sedikit.
“Hey, bro, kau tetap SecretLover tak kira mana kau pergi.”
“ Yeah...”
“ Panggilan terakhir bagi penerbangan ke US. Para penumpang diminta masuk ke balai berlepas.”
“ That’s my cue. Daniel, Victor, Travie, tengokkan Delaila untuk aku okey. Aku janji aku akan balik.” Ezra tersenyum sebelum memasang earphonenya dan berjalan pergi. Dari mp3nya, lagu dendangan Shayne Ward, No Promises berkumandang. Dia menyanyikan lagu itu perlahan menghayati liriknya. Lagu yang didedikasikan kepada Delaila walaupun gadis itu marahkan dirinya.

Hey baby, when we are together, doing things that we love.
Every time you're near I feel like I’m in heaven, feeling high
I don’t want to let go, girl.
I just need you to know girl.

I don’t wanna run away, baby you’re the one I need tonight,
No promises.
Baby, now I need to hold you tight, I just wanna die in your arms

Here tonight

Hey baby, when we are together, doing things that we love.
Everytime you're near I feel like I’m in heaven, feeling high
I don’t want to let go, girl.
I just need you to know girl.

I don’t wanna run away, baby you’re the one I need tonight,
promises.
Baby, now I need to hold you tight, I just wanna die in your arms

I don’t want to run away, I want to stay forever, through Time and Time..
No promises

5 pasang mata kekal memandang langkah Ezra sehingga dia hilang dari pandangan.
“ Heart, will he come back?” tiba-tiba saja suara Selene menyapa mereka.
“ He will. He will come back for you Delaila.” Balas Heart.Tangan Selene menggenggam erat rantai yang dikalungkan Ezra semalam.