At-10-Tion!

Break Time has finished its construction,
Now is the time for le author to update~

UPDATE

Wednesday, January 12, 2011

Kisah Kita 8 : The Truth is Reveal


            “Lilac!” panggil Alexa tika temannya jatuh. Mujur Jay pantas memeluk tubuh gadis itu sebelum dia jatuh ke lantai.
            “Lilac,” pipi gadis itu ditampar perlahan. Tak ada reaksi. Alexa cemas disisi Jay.
            “Bawa dia ke bilik Rawatan.” Ujar Alexa dalam panik. Jay mengeluh. Alexa sudah dilanda panic-attack.
            “Alexa, dengar sini, saya bawa Lilac kebilik rawatan, awak tolong beritahu Sir Damon dan Sir Stefan ok? Saya minta awak tolong yang itu boleh?” soal Jay. Disebut satu persatu arahannya. Alexa mengangguk. Jay mendukung tubuh gadis itu. Dan Alexa berlari ke pejabat Sir Damon.
            Jay sudah mendengar segala yang diperkatakan Alexa, Lilac dan Ryyan. Dia mengeluh, sejak tidak lagi bermain, dia mengekor Lilac. Kerana dia merasakan Lilac perlu diperhatikan. Gara – gara kisah Freddie, dia mendengus. Gara-gara kisah itu dia seperti stalker Lilac pula. Jika boleh, saat Lilac pulang ke rumah pun dia mahu ekori. Wajah Lilac dipandang. Dia pernah mendengar nama gadis ini meniti dari mulut Casey dan Chris baik Lilac atau Maryposa. Dia mengerti gadis ini penting bagi kedua mereka.

(Flash back)
            “Hi, nama saya Chris Adam dan ini adik saya Casey Alexander.Kami kembar. So macam buy one free one la,” ujar Chris dengan nada berselorohnya. Wajah Casey disebelah masam.
            “Ok,welcome to NDC,”ujar pengajar mereka saat itu..
            “Hi boleh kami duduk sini?” soal Casey. Jay mengangguk. Dan disaat itu mereka mulai berkawan.
            “Apalah yang Maryposa tengah buat sekarang ni?” keluh Casey. Nampaknya dia kebosanan melihat practice bola keranjang itu.Chris mengetuk kepala Casey.
            “That’s hurt Adam!” ujarnya marah. Jay menahan ketawa.
            “Kau pun tahu, Lilac tak suka kita idle je, pergi main bola kau tu!” marah Chris sambil tersenyum. Casey menggosok kepalanya yang sakit dan berjalan sambil mengomel perlahan.
            “Alexander, kau dah macam nenek tua,” ujar Chris dari jauh.
            Di bilik rawatan.
            “Kenapa dengan dia ni?” soal doktor bertugas.
            “Tak pasti, dia pening kepala dan terus jatuh.” Doktor itu memeriksa Lilac. Jay termenung. Mengingat kembali bagaimana kejadian itu berlaku.

(Flash back)
            Dia dan Casey berjalan beriringan ke gim.Chris awal-awal lagi sudah menghilang. Dia mengagak memang rutin harian Casey untuk melalui gim. Kedengaran suara Chris berbual dengan seorang perempuan. Wajah Casey bercahaya. Langkahnya dilajukan ke gim.
            “Maryposa!” panggil Casey. Gadis itu berpaling. Senyuman manis terukir.
            “Alexander,” tubuh Casey dipeluk.Dia hanya memerhati. Meneliti raut gadis itu. Cantik, dan comel.
            “Lilac, ini kawan kami...Jay..”kenal Chris. Dia mengangguk. Gadis itu pun turut sama tersenyum menyapa.
            “Adrian!”panggil Ryyan. Chris berpaling. Dia tahu panggilan itu untuknya. Telefon bimbit milik Jay berbunyi. Dia segera mengangkat panggilan itu. Ibunya dimasukkan ke hospital.
            Saat dia kelegaan kerana tiada yang serius terjadi pada ibunya, matanya menangkap susuk tubuh Casey. Lelaki itu menunduk.Dihampiri teman baiknya itu. Terkejut dia melihat wajah lelaki itu basah. Casey Adrian menangis?
            “Chris,” matanya menyorot ke arah ER.
            “Alexander!!Tipukah?” soal Lilac. Wajah gadis itu sudah basah dek air mata.Pintu ER itu terbuka. Casey segera bangun. Doktor yang keluar tadi sekadar menggeleng. Lilac rebah disaat itu juga. Casey terbungkam.
            “Jay,” panggil Casey. Jay menghulurkan senyuman pada Casey.
            “Feymore, macam mana dengan Lilac?” soal Damon.
            “Dia okay...Maybe ada sesuatu yang bermain dimindanya,” balas doktor yang bertugas. Stefan tersenyum mengangguk.
            Wajah polos Lilac yang terbaring itu dipandang lama. Jay menepuk bahu Casey.
            “Aku keluar dulu. Sir,” Stefan dan Damon hanya mengangguk. Tanpa mereka tahu apa yang bermain dalam kepala Lilac.
            ”Adam!” panggil Lilac. Pemuda itu tersenyum. Lilac menghampiri Chris. Tubuh pemuda itu dipeluk erat.
      “Rindunya Lilac pada Adam,” aku Lilac. Chris mengusap lembut rambut gadis itu. Tangan gadis itu digenggam erat.
      “Lilac, kenapa ada dekat sini?” soalnya. Sudah lama rasanya mereka disitu. Lilac tersenyum. Bau lilac memenuhi ruang udara itu. Taman mereka. Dia memfokuskan pada kerjanya. Dia mahu tinggal disini buat selama-lamanya.
      “Lilac tak mahu tinggalkan Adam lagi,” ujarnya setelah sekian lama. Chris mengusap pipi Lilac.
      “Lilac tak rindukan Alexander? Stefan, Damon? Mereka tengah tunggu Lilac tu,” balas Chris. Apa cara sekalipun, Lilac perlu kembali ke alam nyata. Disini bukan tempat gadis itu. Tubuh Chris dipeluk.
      “Tak mahu...Lilac nak duduk dengan Adam...”balasnya. Chris menghela nafasnya.
      “Lilac, Adam dah tak ada sayang. Lilac kena terus hidup. Adam nak Lilac hidup. Hidup...Bukan disini dengan Adam. Adam dah tak ada..Kesian Casey...Dia dah tak ada sesiapa,”pujuk Chris. Lilac menggeleng.Pelukkannya dieratkan. Air matanya menitik perlahan.
      “Tapi Lilac sayangkan Adam. Lilac tak mahu tinggalkan Adam...”
      “Betulkah sayang tu untuk Adam. Sebab Adam rasa, sayang Lilac kini untuk Casey.Seekor rama-rama Maryposa hinggap ditangan Chris.
      “Betulkan?” balas Chris. Lilac diam. Air matanya masih mengalir. Chris mengelap airmata itu. Tangan Lilac dicapai dan dibawa ke dadanya.
      “Sini, Adam akan sentiasa disini...Adam nak Lilac lepaskan Adam...Dan Adam nak Casey juga lepaskan Adam. Lilac saja yang boleh tolong dia. Boleh kan?Demi sayang Lilac pada Casey?”pinta Chris. Sudah terlalu lama Casey berpegang padanya. Lilac merenung wajah Chris. Lelaki itu tersenyum.
      “Jadi matahari Casey, Lilac. Paksi untuk dia berputar...Itu sahaja permintaan Adam...Lilac boleh lepaskan Adam kan? Tolong cakap itu pada Casey, lepaskan Adam...Dah terlalu lama,” Lilac mengangguk. Chris tersenyum. Perlahan-lahan, lelaki itu menghilang.
      “Adam tetap disini Lilac. Sayang Lilac bukan untuk Adam, tapi Casey...”Lilac mengangguk.

            Matanya dibuka perlahan-lahan. Silau mentari menyukarkan tugas itu. Dia mencuba lagi, matanya berkelip mendaftarkan segala benda yang wujud dalam pandangannya. Biliknya.Tangannya sesuatu menahan tangannya dari bergerak. Dia memandang ke sisi. Casey. Bibirnya tersenyum. Tanpa dia sedari air matanya menitis. Teringat pesanan Chris. Benar kata lelaki itu. Terlalu lama mereka berpegang pada dia. Sudah tiba masanya untuk mereka melepaskan dia.
            Tangan kirinya mengusap lembut rambut Casey. Pemuda itu bergerak dan matanya terus memandang kearah Lilac. Tubuh Lilac dipeluk. Spontan.
            “Maryposa,” lirih suaranya.
            “Dah berapa lama, saya macam ni?”soalnya. Casey menjarakkan sedikit tubuh mereka.
            “2 minggu...Nak masuk tiga minggu. Saya ingat saya akan kehilangan awak lagi,”jawab Casey. Lilac menggeleng.
            “Bukan tempat saya dekat sana...”





Nukilan,

No comments: