At-10-Tion!

Break Time has finished its construction,
Now is the time for le author to update~

UPDATE

Saturday, January 22, 2011

Dream 12 : Shopping Spree


                “Kak, kita nak pergi mana ni?” soal Em pada ketiga-tiga gadis didepannya.
                “Yuuki tak termasuk kategori kakak okay..Yuuki sebaya Em je...”ujar Yuuki bersungguh – sungguh. Hingga mengundang tawa Em. Jacky dan GiNa masih merahsiakan hala tuju mereka.
                “Kak, tak pe kita keluar ni?” suar Em kedengaran lagi. Hendak atau tidak, mereka perlu menjawab. Salah seorang.
                “Yes! Provided, we are going with you,” suara Kevin menyebabkan dia berpaling.Senyuman segera diukirkan. Pada Kiseop disebelah turut sama dilemparkan senyuman. GiNa tersenyum melihat Kevin. Lengan lelaki itu dipeluk.
                “No way, Yuuki nak jalan dengan abang macam tu, jom Em,” tangan gadis itu ditarik. Mereka berjalan didepan sekali.
                “Yuuki naik kereta la” kedengaran suara Kiseop. Yuuki pula tersengih.
                “Ya ke? Jom, Em...”MPV hitam milik abangnya itu dihampiri.
                “Abang cepatlah buka!!” gesanya. Kiseop sengaja melambat-lambatkan pergerakkannya.
                “Kiseop cepatlah..”gesa Jacky pula. Takut manusia yang cuba dia elakkan ternampak kelibat mereka. Kunci kereta itu ditekan. Segera Yuuki menarik Em masuk dan terus kebelakang.
                “Abang Kevin tolong drive please!!” pinta Yuuki. Tak sanggup dia menghadapi pemanduan Kiseop. Walaupun dia sendiri tak pernah naik kereta yang dipandu Kevin dia rela mengambil risiko itu.
                “Yuuki, Kiseop bawa kereta paling selamat antara mereka bertujuh,” ujar Jacky. Serius, antara mereka bertujuh, Kiseop lebih berhati-hati berbanding yang lain. Namun ikutkan sebenar, tak satu pun antara mereka membawanya dengan selamat.
                “Okay! Abang, abang kena ingat, ada 4 orang anak dara tak kahwin lagi dekat belakang ni...”pesan Yuuki. Kiseop sudah menghamburkan tawanya. Kevin disebelah turut sama ketawa. GiNa memukul perlahan bahu Kevin.
                Selepas 15 minit, mereka tiba didestinasi mereka.
                “Kak Jacky, please lepas ni guna portal...Yuuki tak nak naik kereta dah. Wajah Jacky juga hampir hijau. Begitu juga dengan GiNa. Kevin mengusap lembut belakang gadis itu.
                “Second the motion,” ujar Em. Mereka menarik nafas dalam dalam sebaik saja menjejak kaki keluar dari MPV milik Kiseop.Selesai mengambil angin dan mengembalikan diri ke keadaan asal mereka memulakan misi mereka.
                “Kedai bunga dulu. Kita kena tempah corsage.” Ujar Jacky.
                “Erm, Senior Tiffany tak ikut sekali ke?” soal Em. Bukan tadi JinKi ada memberitahunya tentang itu.
                “Saya dah ada dekat sinilah. Cepat la...”gesa Tiffany. Florist itu dimasukki mereka berenam. Agak sesak suasana dalam florist itu. Namun tak langsung mereka persoalkan. Jacky, GiNa dan Tiffany serius berbicara mengenai corsage itu sesekali Kiseop turut serta manakala Em dan Yuuki menikmati keindahan bunga yang ada manakala Kevin cuba mengusik GiNa.
                “Okay done, jom next on our list pula,” ujar Jacky. Mereka sudah sepakat memilih corsage. Namun enggan menunjukkan designnya pada mereka. Yuuki mencebik, tanda tak puas hati. Jacky terus menarik tangan kedua mereka untuk terus berjalan. 
                “Done for today list...”
                “Kak Jacky, Yuuki tak nak ikut dah besok...”ujar Yuuki dia benar-benar kepenatan.
                “Hei, jom kakak nak treat kamu berdua something. Tiffany kamu pun sama...Kevin Kiseop, just be an earshot away...Tak payah ikut pun tak apa....”
                “Suits you...”Mereka berdua pergi ke cafe berdekatan dan duduk disitu. Jacky dan GiNa menarik mereka ke sebuah butik.
                “Untuk apa ni?” soal Tiffany.
                “Dress untuk ball tu la...” ujar GiNa. Menolak mereka bertiga masuk kedalam butik itu.
                “Cik Jacky, Cik GiNa selamat datang...”ujar pengurus butik itu. GiNa dan Jacky tersenyum.
                “Saya perlukan tiga dresses untuk mereka bertiga.”ujar GiNa. Pengurus butik itu mengangguk. Tangannya ditepuk dan 3 orang pembantunya keluar.
                “Kita pilih satu persatu ya...mulakan dengan gadis manis ini...”Tangan Yuuki ditarik. Beberapa minit kemudian, Yuuki keluar dengan memakai gaun paras lutut berwarna soft pink dengan perincian manik sekitar gaun itu dan sehelai reben terikat dibawah dada. Jacky membawa tangan ke dadanya.
                “Comelnya Yuuki...”puji Jacky. GiNa mengangguk bersetuju.
                “Jadi cik berdua bersetuju.Untuk cik ini pula...” Giliran Tiffany pula.
                “Kakak, Yui tak suka yang sarat-sarat macam ni...”kata-kata Em didengari oleh pengurus butik itu.  Jacky memandang kearah pengurus butik yang dia percayai itu. Pasti wanita separuh umur itu mempunyai sesuatu agenda. Tiffany merasa segan untuk keluar. Sehingga GiNa membuat keputusan untuk menolak gadis itu keluar. Wow...Benar-benar sesuai dengan gadis itu. Gaun separa lutut berwarna hitam putih sedikit kembang dan bercorak ala-ala Victorian membuat gadis itu kelihatan lebih jelita.
                “Saya rasa cik berdua suka dengan pilihan ini juga kan...” Kali Em ditarik. Wajah Jacky dan GiNa dipandang meminta belas. Kedua-duanya membuat muka tiada perasaan.
                “Jangan risau cik, saya rasa pilihan ni pasti okay juga,” yakin pengurus butik itu. Em keluar dengan memakai gaun labuh berwarna biru.
                “No, tukar!”ujar Jacky.Langsung tak sesuai dengan gadis itu. Em mengeluh dia masuk kembali. Beberapa minit kemudian dia melangkah keluar semula.  Kali ini bergaun pendek berwarna merah putih. GiNa pula menggeleng.
                “Macam Santa Helper..No way...” bangkang GiNa. Pengurus butik itu tersenyum. Kedua gadis ini amat hebat berlakon. Em mengeluh sekali lagi. Dan dia masuk kembali ke bilik persalinan. Sepasang gaun berwarna lilac dihulurkan oleh pembantu butik itu. Sebaik saja selesai menyarungkannya. Em meneliti dirinya dicermin. Simple. Tapi cantik. Tolonglah kakak tak reject baju ni...Dalam hati dia meminta. Dia melangkah keluar dengan penuh harapan.
                “Perfect!”suara Kevin dan Kiseop kedengaran. Jacky dan GiNa sudah tersenyum. Pasti gadis itu malu.
                “Kakak!” jerit gadis itu. Em berlari masuk ke bilik persalinan. Mulutnya mengomel tak berhabisan.

                “Okay..Kami ambil tiga-tiga dress tadi.” Ujar Jacky. Tiffany dan Yuuki sudah memakai pakaian mereka kembali.
                “Awak tak beli dress ke?” soal Kevin pada GiNa. GiNa tersenyum.
                “Saya punya special la...” jawab GiNa enggan memberitahu. Kevin membuat muka comelnya. GiNa mencubit pipi Kevin.
                “Nope...Tunggu je la malam ball nanti...” balas Jacky. Tahu sangat dengan perangai Kevin itu.
                “Kau pun nak rahsiakan la Jacky?” soal Kiseop.
                “Of course...Kalau tak korang mesti bagitahu JinKi punya.” Balas Jacky selamba.
                “Terima kasih cik,” beg kertas berisi gaun itu dihulurkan pada mereka bertiga.
                “Okay kita boleh balik..” ujar Jacky. Yuuki dan Em menarik nafas lega. Akhirnya. Kevin dan Kiseop hanya menggeleng melihat telatah Yuuki dan Em. Nampak sangat mereka tak biasa dengan Jacky dan GiNa. Shopping tak ingat dunia. Dan yang pelik mereka boleh berjalan dan berdiri lama dengan kasut tumit tinggi entah berapa inci itu.
                Sesampai diAlphard, Kara dan Suzy mendapatkan Em.
                “Wei, kau pergi mana?”soal Kara agak cemas sebenarnya bila langsung tak menjumpai Em dimana-mana. Kemudian baru dia tersedar, ada beberapa orang senior bersama mereka.
                “Maaf, senior.” Dia terkejut bila Kiseop juga ada disitu. Terus ditarik tangan Suzy untuk pergi.
                “Kak, pergi dulu ek...Terima kasih senior...” ujar Em. Dan dia turut sama menyertai Suzy dan Kara.
                “Okay...Yui jangan bagitahu sesiapa pun tau...JinKi pun tak boleh tahu...”pesan  Jacky. Em mengangguk.
                “Kau keluar dengan senior tadi ke? Macam mana senior Kiseop boleh ada sekali?” soal Kara.
                “Suzy! Kenapa dengan Kara ni?” soal Em. Sudah gaya polis pencen temannya itu.
                “Jealous. Kau dapat keluar sekali dengan senior Kiseop.”jawab Suzy.
                “Wait, aku keluar sebab Kak GiNa and Kak Jacky....Bukan keluar dengan senior Kiseop pun...”balas Em.
                “Tipu!” ujar Kara. Okay, sekarang temannya betul-betul cemburu pada dia.  
                “Kara, aku tak suka senior Kiseop in the way kau suka dia...Lagipun, aku dah ada orang yang aku suka okay...”dan wajah KiBum yang gemar mengusik dia menjelma didalam fikirannya. Wajah Kara berubah.
                “Senior JinKi kan?” soal Kara. Terbuntang luas mata Em begitu juga Suzy. Tapi difikirkan kembali. Mereka tak pernah bercerita apa-apa tentang rahsia itu. Em sendiri tak pasti kenapa Suzy bereaksi sama dengannya. Tak mungkin Suzy tahu.
                “Kau merepek apa ni?” soal Suzy.
                “Betul la..Lagipun tadi senior JinKi risau sangat dekat Em. Mesti diorang ada apa-apakan?” rumus Kara. Em diam. Tak boleh nak salahkan Kara dalam hal ini. Dia sendiri tak mahu bercerita.
                “La...Mesti la senior risau kalau keluar kelas...Lagipun senior JinKi kan ketua Legendary Wizards mesti la dia kena ambil tahu siapa yang ada ke tak dalam kelas...”bantah Suzy mengikut logik.
                “Kara, Suzy! Kita balik bilik aku boleh tak dulu?” bukan dia tak perasan kelibat seseorang dibalik pokok pine sana. Tubuh Kara ditolak ke bangunan Alphard. Emily mengetap bibir. Tak puas hati kerana dia tahu senior JinKi dan senior KiBum takkan pergi ke ball tu dengan dia.
                Em memerhatikan sekitar biliknya. Memastikan tiada siapa bersembunyi atau berdekatan dengan biliknya. Dia mengambil risiko ini.
                “Okay, Kara Suzy, duduk dulu. Biar aku fikir macam mana nak bagitahu...” ujar Em. Katil ditunjuk. Kara segera duduk tanpa bersuara. Suzy membuka mulut.
                “Aku dah tahu la Yui...” Wajah Suzy dipandang.
                “Aku gifted in reading people life line hanya dengan sentuhan. Dan aku ada pegang kau masa kau mula-mula masuk dulu.” Terang Suzy. Em mengangguk. Jika Suzy memberitahu saat itu, sumpah dia akan cakap Suzy gila tapi, kini...Tak lagi.
                “Kejap..Kenapa Yui?” soal Kara. Tak mahu ketinggalan dalam hal ini. Em memandang Suzy. Gadis itu mengangguk
                “Kau boleh janji takkan bagitahu sesiapa?Tak ada sesiapa pun boleh tahu okay?Hinggalah masanya tiba.”                Pinta Em. Kara mengangguk.
                “Here goes nothing. Nama aku bukan Emerald, or Em...Nama sebenar aku Yui, dan abang JinKi is abang aku mainly...”
                “Macam mana boleh jadi macam tu?” soal Kara. Memandang wajah Em dan Suzy silih ganti.
                “Panjang ceritanya...Tapi in short, senior JinKi adalah abang Yui yang dah lama hilang. Dalam kes ni, bukan senior JinKi tapi Yui...” ujar Suzy.
                “Kejap! Kau tahu?” soal Kara pada Suzy.
                “Whoa...Yui tak cerita dekat aku pun la! Aku kan gifted dalam bidang reading life line. Sebab tu mula-mula aku macam benci dekat kau, Yui. Sebab aku ingat kau double face. Sorry, Yui,” ujar Suzy.
                “Pelik sebenarnya kau panggil aku Yui...”
                “Tu nama sebenar kau, Yui?” soal Kara. Em mengangguk.
                “Aku rasa kau dah boleh terima la sekarang ni kan Kara?” soal Suzy. Gadis itu mengangguk.
                “Ya, baru separuh. Aku boleh panggil kau Yui kan?” soal Kara. Em mengangguk. Mungkin tiba masanya nanti orang akan memanggilnya Yui.
                “So, kau akan cerita juga satu hari nantikan?” soal Kara. Em mengangguk.
                “Okay..Then aku tak kisah.”Kara memeluk tubuh Em. Mereka ketawa.
“Oh ya, aku ada belikan sesuatu untuk kau tadi,” kotak kecil itu dihulurkan pada Kara. Gadis itu segera membuka kotak itu dan tersenyum. Charms berbentuk hati yang comel.
“Thanks, Yui...” segera dipasangkan pada charms braceletnya.
Pintu bilik Em tiba-tiba diketuk. Suzy membuka pintu itu. Terkejut melihat senior KiBum didepannya.
                “Erm, mana...”
                “Yui? Ada dekat dalam. Kenapa senior?” soal Suzy. Wajah KiBum berubah merah. Baru terasa malu.
                “KiBum!Kau buat apa dekat sini?Dah panggil Yui ke belum?” soal Jacky. Cuba menyelamatkan teman baiknya itu.
                “Err..Boleh panggilkan Yui?” soalnya. Dalam hati dia berterima kasih pada Jacky.
                “Yui, senior Jacky dengan senior KiBum nak jumpa kau...Kara jom balik bilik...” ajak Suzy selepas menyampaikan pesanan. Pasti ada yang mahu dibincangkan.
                “Jumpa kau esok Yui” pesan Kara. Mereka berlalu keluar sambil menyapa Jacky dan KiBum.
                “Kak kenapa?” soal Em. Tidak mempedulikan KiBum disisi gadis itu.
                “KiBum ,apa kau nak cakap dekat Yui cakap sekarang. If not, sila pergi...”ujar Jacky. Em pelik melihat telatah mereka berdua.
                “Kau ni..Nak jadi jaga dekat sini ke?” soal KiBum kembali.
                “Ni adik aku of course la aku kena jaga dia...Kau ingat aku tak nampak apa kau buat tadi petang?” balas Jacky. Serentak itu wajah Em berubah warna.
                “Senior ada apa lagi ni?” soal Em. Malunya sudah tak terkata. KiBum melihat wajah Jacky sebelum beralih ke Em.
                “Pasal petang tadi...Awak nak tak pergi dengan saya?” soal KiBum. Wajah KiBum dipandang tak berkelip.
                “Senior, bukan ramai lagi ke yang nak pergi dengan senior? Kenapa senior pilih saya?” Soalnnya. Pelik betul dengan seniornya ini. Ramai yang mahu pergi ke ball ditemani senior ini.
                “Yui akan fikirkan dulu, and kau balik bilik!!” halau Jacky. KiBum memandang wajah Jacky mencabar gadis itu.
                “KiBum! Balik bilik sekarang.” Wow..Hampir pekak Em dibuatnya. KiBum tersengih. Dan berjalan ke biliknya.



Nukilan,

1 comment:

fallenmoon ( Liya Zafrina ) said...

Yui, pergilah ball tu dgn kibum! :D Hehe..Nak Kara dgn Kiseop.Double K!