At-10-Tion!

Break Time has finished its construction,
Now is the time for le author to update~

UPDATE

Wednesday, January 19, 2011

Dream 8 : Don't Run...



               KiBum mulai gelisah. Dari tadi dia berpusing sekitar bandar mencari gadis itu. Keriangan yang dirasakan tadi mulai hilang. Macam mana  la dia boleh cuai. Tengok apa dah jadi sekarang. Wajahnya diraup berulang kali. KiBum menarik nafas dalam-dalam. Dia berpusing kembali untuk mencari kemana Em telah pergi. Dan pandangannya terhenti pada 3 orang yang sedang minum di cafe Serene. Dia kenal ketiga-tiga mereka, Kevin, GiNa dan Em. Dia menghela nafas lega. Untuk mendekati dia tak tahu apa alasannya hinggalah,
                “KiBum!” panggil Xander. KiBum tersengih. Kenapa hari ni ramai sangat turun ke Serenity Dew? Hari ni hari berkunjung ke Serenity Dew Sedunia ke?
                “Eh, Kevin dengan GiNa dekat sanalah, Em pun ada. Gadis itu sudah memandang kearah. Riak tak mahu berada dekat dengannya kelihatan jelas. Tangan Xander terus ditarik menghampiri mereka.
                “Kevin! Kau dating dengan GiNa ke?” soal Xander. GiNA sudah menunduk malu. Em yang tadinya turut sama berbual diam. KiBum tersengih. GiNa cuba menukar topik perbualan.
                “KiBum, hal awak tadi dah selesai ke?” KiBum terkejut dek pertanyaan itu segera mengangguk.
                “Boleh aku pinjam Em kejap tak?” soalnya. Tak betah lagi diapit mereka semua.
                “Awak kena pulangkan dia cepat, sebab saya nak bawa dia shopping.”
                “Kak GiNa, tak boleh pergi sekarang ke? Saya dah penat la,” pujuk Em. Sebolehnya dia tak mahu berduaan dengan KiBum. GiNA memandang ke arah KiBum dan Em berulang kali, dan akhirnya dia membuat keputusan.
                “KiBum lain kali je lah...Tadi pun saya tengok Yui dah penat sangat...”ujar GiNa. Terbit juga kasihan pada lelaki itu. Lagipun bukan dia tak kenal jaket yang tersarung pada tubuh Em itu. Bahu KiBum ditepuk lembut.
                “Kami pergi dulu ya,” ujar GiNa. Pipi Kevin dicium sebelum dia pergi.
                “Senior Kevin, nanti ajar saya main gitar ya,” pesan Em. Cuba menjadi ceria. Kevin hanya mengangguk. Bukan dia tak dapat hidu suasana tegang tadi.
                “Kevin, sejak bila kau couple dengan GiNa?”soal Xander. Mahu mendapatkan kepastian bahawa rumor yang didengarinya benar-benar berlaku. KiBum diam. Takkanlah dia nak mengekori mereka. Ketawa Kevin kedengaran.
                “Kau bukan ada hal ke?” soalnya. Xander menilik jam ditangan.
                “Opps...aku dah lambat.”ujar Xander segera bangkit dari kerusi itu. Bayangan lelaki itu semakin menghilang dan setelah Kevin benar-benar yakin lelaki itu telah tiada, dia terus bertanya,
                “Apa kau buat dengan Em?” soalnya.KiBum mengeluh. Entah berapa lama dia boleh menyimpan rahsia dari Kevin.
                “Macam mana kau tahu?” soalnya kembali. Seorang pelayan menghampiri mereka.
                “Encik nak minum apa-apa ke?” soal pelayan itu. KiBum terus memesan Iced Latte kegemarannya. Sebaik saja pelayan itu berlalu, Kevin terus menyambung bicaranya.
                “Aku tahu yang tersarung dekat Em ,tu kau punya jaket dan aku rasa GiNa pun cam. Kau ada shooting dengan dia sepatutnya, then kau menghilang. So nak aku explain lagi ke?” soal Kevin. Serta merta dia teringat kejadian sebelum dia berjalan dengan Em.
                “Apa kau tahu tentang Shadow Girl?” soalnya. Kevin berkerut. Pernah dia baca tentang itu.
                “Seingat aku, Shadow Girl adalah soul yang dah dijual pada Shadow oleh pihak ketiga untuk mendapatkan sesuatu. Dan selagi mereka tak menyerah diri pada Shadow, selagi itu mereka diburu...Mana kau dengar perkataan itu?” terlupa pada perkara asal.
                “Tadi, Em, Suzy, Kara dan Dongho kena serang dengan Shadow dan mereka mahukan Shadow Girl mereka.Kebetulan aku, Kiseop dan Yuuki lalu disitu. Kalau tak aku tak tahu apa yang akan terjadi...”cerita KiBum. Kevin tersenyum.
                “Kejap, macam mana kau boleh terada dekat situ?”soal Kevin. KiBum tak pandai dalam bab mengalih topik ini.
                “Jacky suruh aku tengokkan diorang. Takut Suzy dan DongHo letupkan Serenity Dew ni,”jawabnya.  Kevin diam seketika. Iced Latte KiBum diletakkan dengan elok diatas meja.
                “Then macam mana kau boleh dengan Em je?”
                “Kau memang nak jadi polis ke?Cita-cita tak kesampaian?” perli KiBum. Kevin tersengih. Tanda-tanda teman disisi mulai berang sudah kelihatan. Akhirnya mereka diam, menikmati angin petang. Baru saja KiBum mahu meneguk Iced Lattenya, telefon bimbitnya berbunyi. Nama JinKi tertera diskrin
                “Hello!”
                “KiBum, kau dengan Kevin kan? Balik Alphard sekarang. Andrew nak bagitahu something,” ringkas, padat dan tepat suara JinKi berbicara. Talian segera dimatikan.
                “Jom cari portal...Andrew suruh balik, ada benda penting,” ujarnya. Kevin bangun. Not duit diletakkan diatas meja. Portal berdekatan dengan cafe itu dihampiri. Naluri KiBum menyatakan dia perlu membawa Em juga ke perjumpaan ini. Dan bagaikan tahu apa yang dirasakan, sebaik saja mereka melangkah keluar dari portal itu. Mereka bertembung dengan Em.
                “Perfect, jom,” tangan Em terus ditarik. Kevin menggeleng kepala. KiBum ni suka hati dia saja main tarik anak orang. Em memandang kearahnya. Dia hanya mampu menawarkan senyuman. Pintu bilik mesyuarat dibuka.
                “KiBum, Em, Kevin, masuk,” suara Andrew memberi arahan. Mereka duduk dikerusi yang masih kosong. Bersebelahan dengan JinKi. Posisi Em diapit oleh JinKi dikirinya dan KiBum disebelah kanan. Kebanyakkan mereka disini, bukanlah kebanyakan, kecuali dia dan Jacky, semuanya Legendary Wizard.
                “We got very deadly dan serius situation sekarang ni,” mukadimah dari Andrew tak wujud lagi, terus ke klimaks masalah. Em sudah tak senang duduk apabila tiba-tiba pandangan Andrew tertancap  padanya. KiBum menggenggam tangan gadis itu. Tingkahnya itu menundang terkejut pada Em dan JinKi.
                “JinKi!” panggil Andrew. JinKi mengalih pandangannya ke arah Andrew.
                “Kami dah jumpa Yui...” Em tersentak. Dia segera memandang kearah Andrew sebelum kembali menekur ke lantai. KiBum mulai dapat mencerna maklumat itu. Gadis disebelahnya adalah Yui yang dicari JinKi.
                “Siapa?” soal JinKi. Riaknya sangat teruja. Andrew menarik nafas dalam.
                “Saya tak pasti dia nak orang tahu ke tak tentang siapa dia.” Balas Andrew. KiBum akhirnya bersuara.
                “Legendary yang lain, kecuali saya, Kevin, SooHyun, Eli, Dongho, Kiseop, Xander dan JinKi, boleh keluar kejap?” Legendary Wizard yang lain berlalu keluar. KiBum melepaskan genggaman pada Em dan mengungkapkan sesuatu.
                “So, Andrew, tolong bagitahu kami dengan jelas.” Pinta Soohyun. Jacky turut serta dalam perbicaraan itu.
                “Emerald Roosevelt, bukan nama awakkan?” soal KiBum tiba-tiba. Andrew terkejut dengan pertanyaan itu, bukankah tiada siapa yang tahu. Em diam.
                “Jadi? Tak salah menggunakan nama lain,” bela Eli. Em masih diam. Dia tak tahu bagaimana untuk berbicara.
                “Em,” suara JinKi membuatkan dia mendongak. Dia tak tahu bagaimana untuk bercerita. Air matanya menitis. JinKi segera mengesat air mata itu. Em menarik nafas dalam. Dalam nada yang agak berbisik namun dapat didengari mereka semua,
                “Nama saya, bukan Em, Emerald macam senior KiBum cakapkan. Nama saya Yui, tu nama sebenar saya. Emerald tu nama mama saya yang dibunuh oleh bayang itu.” JinKi diam. Emerald bukankah itu nama mamanya?
                “Andrew!” panggil JinKi.
                “JinKi, dia Yui yang saya maksudkan itu,” jawab Andrew. Fail diatas meja melayang ke arah JinKi. JinKi masih memandang ke arah Em.
                “Kenapa abang cari saya?” soal Em.
                “Apa yang mama Yui selalu sebut?” tanyanya. Em memandang ke arah KiBum. Mengharapkan lelaki itu membantunya.
                “Nama JinKi dan David kan?” soal KiBum. Em mengangguk.
                “Yui, betul-betul tak ingat siapa JinKi?” soal JinKi lagi. Di isyaratkan pada KiBum untuk tidak membalas. Em diam, cuba mengingati kembali kisah lama.
                “Abang JinKi!Tengok belon Yui ni, cantik tak?” soalnya. Budak lelaki yang lebih besar sedikit itu. Abangnya.
                “JinKi, Yui sini sayang, makan,” panggil mama mereka. Mereka berlumba ke rumah. Sengaja abangnya membiarkan dia menang.
                Em memandang ke arah JinKi. Tak mungkin. JinKi memandangnya penuh mengharap. Dia berpaling ke arah KiBum lelaki itu juga mendiamkan diri.
                “JinKi, hentikan, jangan bebankan fikiran dia,” ujar Jacky. Tangan gadis itu memegang lengan JinKi. Lelaki itu mengeluh. Em bangun tiba-tiba. Mahu menuju ke pintu.
                “Don’t run,” perlahan saja kata KiBum. Em berdiri berhadapan dengan lelaki itu.
                “Yui, kamu dalam bahaya kalau kamu keluar kawasan Alphard. Saya dah dengar cerita tadi dari Kara. Shadow Girl.Kamu akan diburu.” Suara Andrew menyapa gegendang telinga mereka semua. Wajah SooHyun berubah.
                “Shadow Girl?” 


Nukilan,

4 comments:

Witch a.k.a Okie said...

suspen2x...sambung lg~

fallenmoon said...

Wow, suspens! :D

eija said...

mkin mnarik..xsbr nk bca n3 br

Haruno Hana 하나 said...

akhirnya... JinKi dah tau Em tu adik dia^^
sukalah ngan KiBum tu
part dia tarik tgan Em..
suka atie aje, cam Kevin cakap^^