At-10-Tion!

Break Time has finished its construction,
Now is the time for le author to update~

UPDATE

Thursday, August 19, 2010

Soul 2 : New Admission


Kecoh suasana di Akademi Roselle Rollis. Kecoh dengan cerita tentang pelajar baru. Anna menyumpah-nyumpah dalam hati.
Mesti mamat pelik tu lagi...
“Wei, korang tak memekak pagi-pagi tak boleh ke? Aku nak jadi baik sikit pun susah,” marah Anna. Prue segera menenangkan temannya itu. Krys memandang tajam ke arah sekumpulan perempuan gedik yang terkinja-kinja melihat pelajar baru itu.
“Anna, tu bukan pak cik yang kau tolong tu ke?” soal Krys. Anna memandang sekilas.Kan betul. Kumpulan pelajar perempuan yang tergedik ditepi tingkap memandang tajam ke arah Anna. Merancang konspirasi mengenakan pelajar itu.
“Wei, perempuan, daripada kau plan nak kenakan aku, baik kau pergi belajar apply foundation ke, buat catwalk ke...”perli Anna kuat. Pelajar lelaki yang mendengar hanya ketawa. Pantas lima orang gadis itu melangkah keluar dengan wajah mencuka.
“Anna, tak baik tau,” tegur Prue.
“Hey, aku cakap benda yang betul,kan Krys?” Krys mengangguk. Prue menepuk dahi bukan dia tak kenal mereka berdua satu kepala. Ikut kehendak diri sendiri.
“Roselle, Rollis, do take your seat...” Satu fakta tentang Roselle Rollis Academy, pelajar perempuan akan dipanggil sebagai Roselle manakala pelajar lelaki dipanggil Rollis.
“Okey, hari ni, kita ada guru pelatih baru dan juga pelajar baru,” ujar guru yang sedari tadi berbicara.
“Krys, nampak HyunMin tak?” soal Anna. Dia perlu mengorek cerita dari jejaka itu.
“Miss Rosellie, nak kongsi sesuatu ke?” soal si guru. Anna tersengih.
“Okey balik kepada tujuan asal saya, dijemput pelajar baru, Mika Fantamitte.” Wajah Anna bertukar seiring dengan suara pare Roselle.
“Handsomenya,” puji satu suara.
“Part mana yang handsome?” soal Anna lantang. Krys ketawa kuat. Mata Mika mencerlung ke arahnya. Anna membalas kembali.
“Roselle sila bertenang. Baiklah Rollis, kamu boleh duduk disebelah Miss Rosellie.” Mika mengangguk, nampaknya dia akan berjumpa lag dengan gadis itu.
“Okey, seterusnya, ini pengajar kamu yang baru. Miss Alexandra.” Rollis mulai bising. Wajah comel Alexa dipuji-puji.
“Miss, Miss dah berpunya?” soal HyunMin. KaRam disebelah menyikunya. Alexa tersenyum. Dia tahu HyunMin sengaja mahu mengenakannya.
“Saya dah bertunang dah pun. “Jawab Alexa. Keluhan kecewa kedengaran. HyunMin tersenyum.
“Haha, Mr Romeo melepas la kau,” usik seorang Rollis. HyunMin hanya tersengih.
Loceng waktu rehat berbunyi.
“Mika, kau tak cakap pun kau masuk sini,” ujar HyunMin. Agak terkejut juga melihat Mika sebentar tadi. Mika tersenyum. Agak kepenatan kerana banyak menggunakan mana untuk menguruskan kemasukkan dan kewujudan dia disini.
“Kebetulan.”Ringkas jawapannya.
“HyunMin!!” lantang suara Anna kedengaran. Prue dan Krys yang asyik bersembang turut terkejut dengan laungan Anna.
“Eii, aku pun tak tahu apa yang HyunMin nampak dekat perempuan tu, dah lah kasar,” kedengaran bisikan-bisikan halus. Anna mendengus. Benci, setiap hari dia mendengar suara- suara itu. Masalahnya, dia bukan mendengar orang berbisik, tapi mendengar suara hati mereka.
“Kau kenapa?” soal Krys. HyunMin mengisyaratkan dia akan datang sebentar lagi.
“Bisinglah!”getus Anna. Prue dan Krys faham. Mereka tahu Anna punya kebolehan mendengar suara didalam minda orang lain, kata mudahnya telepati.
“Kenapa?”soal HyunMin. Mika disisinya hanya membisu.
“Wei, kau memang tak nak bercakap ek?” soal Krys. Terkejut Mika dibuatnya. Namun dibaiki ekpresi wajah dan mengangkat bahu.
“Aku tak dapat datang petang ni, papa suruh aku balik rumah,” beritahu Anna separuh hati. Mika berkerut.
Balik rumah? Apa perempuan ni lari dari rumah ke?
“Kau lari dari rumah ke?’ terkeluar juga soalan itu. Anna memandangnya tajam.
“Wah ,kau ada suara jugak rupanya,” perli Krys. Prue menyiku temannya itu.
“Well, itu hal aku, jangan menyibuk!” Tangan Krys ditarik Anna.
“Hi, Prue, kenapa dengan kawan awak tu?” soal HyunMin sambil mempamerkan skil romeo terpendamnya. Mika disebelah sudah seram sejuk mendengar nada HyunMin.
“Nak buat macamana, perempuan-perempuan tu tak habis-habis mengutuk dia,” tunjuk Prue ke satu arah. Mika pelik namun mindanya mencerna maklumat itu.
“Dia telepath ke?”soal Mika. Sunyi sepi dalam kalangan mereka bertiga.
“Mana kau tahu?” soal HyunMin.
“First, kau, aku, dia dan mereka semua ada dekat sini, jauh dari ‘perempuan-perempuan tu’ and dia boleh dengar...Maknanya dia telepath la kan?”konklusi Mika dibalas dengan renungan tajam Prue.
“Okeylah, saya pergi dulu,” ujar Prue. HyunMin hanya menghantar pandangan. Mika lain dari yang lain. Itu konklusinya. Mika seolah-olah bukan dari sini.
“Dari mana?”
“Apa?”soal Mika. HyunMin tersengih tercakap pulak.

No comments: