At-10-Tion!

Break Time has finished its construction,
Now is the time for le author to update~

UPDATE

Monday, December 20, 2010

Legendary Masters Casts 2


Jacky – Savant wizard. Teman perempuan rapat KiBum. Sama aktif didalam dunia modelling. Sesiapa yang tidak mengenali Jacky pasti mengatanya sombong. Seorang yang sukar untuk bergaul. Seorang Elementer yang mampu mengawal elemen air. Perwatakannya seperti pantai. Tak mampu diduga.



Suzy – Neophyte Wizard. Seorang yang sangat pendiam. Kewujudannya hampir tidak disedari kerana terlalu diam hinggalah DongHo tertumpahkan air keatasnya. Kerana itu dia dan DongHo hampir tidak boleh bertemu. Ini juga menyebabkan dia dikecam kerana mencari pasal dengan Legendary Wizard. Tanpa pengetahuan umum, Suzy boleh mengetahui sejarah hidup sesuatu benda baik hidup atau mati.


Kara – Neophyte Wizard. Seorang yang sangat ceria dan optimistik. Teman baik Suzy yang seringkali berpihak pada DongHo. Alasannya adalah kerana KiSeop.Namun begitu disaat Suzy ditimpa masalah dia sudi membantu.  Disebalik perwatakannya yang ceria Kara boleh melihat garis kematian seseorang.

Rue – Adept Wizard. Seorang yang sangat baik. Seringkali terlibat dalam pertengkaran DongHo dan Suzy bersama Eli. Tugasnya lebih kepada memastikan adiknya tidak membunuh DongHo dan sebaliknya. Merupakan kakak kepada Suzy. Berlainan dengan Suzy dia berkebolehan sebagai Healer.


Tiffany – Savant Wizard. Berasal England. Sangat bijak dan seringkali membantu sesiapa yang memerlukanya. Kadangkala dia bersikap angkuh. Kepandaiannya kadangkala menimbulkan rasa jengkel pada Xander. Tiffany mampu merubah bentuk objek.


GiNa – Seorang model dan juga Adept Wizard. Seorang yang sangat komited pada dunia modelling hingga kadangkala gagal dalam ujian wizard. Daya usahanya sangat menakjubkan sehingga menarik minat Kevin untuk memerhatikannya. Tanpa dia sedari dia seorang Elementer yang mampu mengawal unsur angin yang berada dibawah kawalan Kevin.


Yuuki – Wizard bertahap Legendary. Seorang yang bersikap agak keanak-anakan. Merupakan adik kepada KiSeop. Kerana dia sangat rapat dengan Legendary masters dia banyak menyimpan rahsia mereka dan juga mempelajari banyak teknik dari mereka. Yuuki seorang nullifier. Nullifier adalah seorang yang mampu mematahkan mana-mana kebolehan kecuali kebolehan Reaper, Teller dan Shifter.

Em – Emerald Roosevelt atau nama sebenarnya Yui. Seorang Neophyte Wizard. Bukan berketurunan wizard tetapi manusia yang diangkat sebagai wizard kerana mampu mengubah bentuk dirinya menyerupai sesiapa saja. Em merupakan seorang Shifter dan satu satunya shifter yang wujud. Dia sebenarnya adik JinKi yang telah lama hilang.

JinKi – Wizard pertama yang mendapat status Legendary. Seorang yang sangat periang dan seringkali disalah anggap sebagai tak serius. Dalam diam dia dan Jacky berteman. Dia dilihat sangat selalu dimarah oleh KiBum namun sebenarnya dia banyak membantu KiBum. JinKi juga amat rapat dengan Em sebaik saja gadis itu melangkah masuk. JinKi merupakan Elementer yang mengawal unsur api. Dia sering berpesan pada Em dengan menggunakan api sebagai contoh. 
 

Nukilan,










P/S : bykkn watak dier...ehehhe....dkt teaser tu nina tak dpt fikir lgi ape yg diorg akn ckp....tpi semua watak tu akan hidup la...ehehehe

4 comments:

Haruno Hana 하나 said...

hehe~
tq^^
ada gak pic ntuk watak2 len^^

fallenmoon said...

Comel2 watak dlm citer ni :D Suka2!

Nina Aziz said...

hana, nk wat satu page tkut panjang sgt...nnti jdi boring plak org nk belek...

moon, hehe thanx!!!

OkiE a.k.a WitcH said...

Ohhhh!!!!!
Dubu!!!!
OMG...Nina, saya excited!