At-10-Tion!

Break Time has finished its construction,
Now is the time for le author to update~

UPDATE

Tuesday, November 23, 2010

Diamond 10 : Lady Phantom


            Mata Rainie melilau sekeliling. Sudah lama dia tak pulang, betulkah dia sudah pulang? Papa dan Winter tidak lagi menantinya. Tapi ini rumahnya bukan. Jadi, dia sudah pulang bukan? Dia duduk ditaman yang dibina bersama papa dan mamanya. Dia mengeluh. Teringat akan mimpinya semalam.
            “Mama! Papa!” laungnya. Puas dia mengelilingi taman itu.
            “Mama, papa,” nadanya bertukar menjadi sedu. Dia menangis teresak. Lama.
Sehingga ada sepasang tangan memeluknya. Dia mendongak.
            “Mama!” tubuh wanita itu dipeluk erat.
            “Mama, papa dah tinggalkan Rainie...Mama, Rainie rindu mama,” adunya. Wanita itu tersenyum. Tangannya mengusap lembut kepala Rainie. Rainie sibuk bercerita tentang hidupnya.
            “Ma, Rainie penatlah...Rainie nak tidur dekat riba mama boleh?” Storm tersenyum melihat wajah polos anak gadisnya itu. Dia menepuk pehanya. Mengisyaratkan agar Rainie berbaring disitu. Sambil tangannya mengusap rambut Rainie, bibirnya menggumamkan lullaby yang dikarangnya bersama Trevor. Dilihatnya Rainie nyenyak tidur. Masanya makin suntuk. Perlahan-lahan dia menghilang. Kembali ke tempat asal.
Storm mengetap bibir geram dengan akademi itu. Membunuh suaminya dan mengambil anaknya tanpa rela. Tanpa dia mampu pantau anaknya. Mujur anaknya meninggalkan akademi itu.
Kini fokusnya teralih kepada anak muda yang masih tak sedarkan diri itu. Rambut hitam anak muda itu diusap lembut. Dia bangun dan berjalan ke arah cermin. Kesan parut dimukanya diusap. Tanda dia tak berhenti mencari Rainie. Dia mengetap bibirnya geram kerana Rainie ditipu lelaki itu. Sesaat kemudian dia menangis.
“Trevor, saya, saya rindukan Rainie.” Tangisnya. Lama dia berkeadaan begitu sehingga dia terasa ada tangan memegang bahunya. Storm kenal sentuhan itu. Trevor.
Dia bangun perlahan-lahan. Banyak yang perlu dia lakukan untuk menyambut kedatangan anaknya dan Lady – Lady yang lain. Anak muda yang terbaring itu dipandang buat kesekian kalinya. Dia ingat bagaimana dia menjumpai, bukan jumpa lebih tepat dia menyelamatkan anak muda itu.
Dia nekad. Ilmu merentas mimpi yang diajar Trevor akan digunakan sepenuhnya. Biarpun dia tak dapat ketemu anaknya pada malam nanti. Diusap lembut kepala anak muda itu. Pintu rumah kecilnya diketuk. Storm berpaling.
“Puan Fantamitte?” seorang gadis lebih kurang sebaya Rainienya tersenyum menyapa.
“Ya, Anna?” soalnya.
“Mama dan papa ada dirumah utama,” beritahu gadis kecil itu. Storm mengangguk. Dia memandang kearah bilik yang menempatkan Vince. Menggunakan kuasanya, bilik itu dihilangkan. Tangannya mencapai kearah selendang biru dan terus mengikut Anna ke rumah utama.
“Maaf, mengganggu,” ujar Storm. Pasangan suami isteri itu tersenyum.Masih muda pada pandangannya.
“Tak mengapa, kami minta maaf sebab tak dapat berjumpa puan lebih awal..” ujar si suami.
“Terima kasih kerana sudi memberi saya menyewa rumah kecil itu. Saya minta diri dulu. Ada hal yang perlu saya lakukan,” Storm meminta diri. Banyak persiapan yang perlu dilakukannya. Tanpa dia sedari, dia diperhatikan seseorang.
“Phantom masih hidup...”
“Pastikan dia tidak masuk campur dengan hal enam Lady itu,” balas seseorang melalui earphone yang dipakainya.
“Baik Lady Arthura,” Trixie mematikan talian. Winter disisinya dipandang.
“Kali ini kita pastikan mereka tak terlepas lagi, Winter, aku nak kau pergi intip apa yang Phantom cuba lakukan.” Arah Trixie atau identiti sebenarnya Elena Trixie Forfeit.
“Yes, my lady,” Winter menghilang dari sisi Trixie.
Malam menjelma. Storm mewujudkan kembali bilik yang menempatkan Vince. Dan bilik itu hilang dari pandangan umum. Storm memejamkan matanya. Mengingat kembali cara berhubung melalui mimpi. Wajah Nami dibayangkan.
“Nami Saora.” Ujarnya perlahan dan secara perlahan-lahan dia memasuki mimpi Nami.
Terang. Lama kelamaan, dia menyesuaikan diri dengan keadaan itu. Kedengaran tawa. Dia berjalan kearah suara itu. Seorang gadis, sepasang suami isteri dan seorang pemuda.Dia mengamati wajah pemuda itu. Sama seperti lelaki yang tidak sedarkan diri itu. Ini pasti destinasinya.
“Nami,” panggilnya perlahan. Gadis itu berpaling.Senyuman manis terukir seketika sebelum berubah. Perlahan-lahan pasangan suami isteri dan anak muda itu menghilang.Wajah Nami berubah sugul. Storm menarik nafas, dia faham mimpi merupakan cermin diri. Dan dia pasti Nami sedang mencipta ilusi kerana kehilangan. Storm mengetap bibir, seorang lagi terpaksa berdepan dengan kehilangan kerana Goldilocks.
“Nami,tolong dengar. Nama saya Storm. Storm Phantom-Fantamitte. Saya tahu kalian mencari saya.” Nami memandang wajahnya kosong. Masih membisu. Storm cuba memegang bahu Nami namun ditepis oleh gadis itu.
“Bohong,”perlahan. Storm menarik nafas.
“Nami, awak kawan Rainie bukan? Dia anak saya.” Terang Storm. Nami memandangnya meminta kepastian. Storm mewujudkan satu cermin. Kelihatan dia, Trevor dan Rainie.
“Jadi apa yang awak nak?” soal Nami. Storm memegang kepalanya yang tiba-tiba sakit.
            “Saya nak awak locate keluarga Granger, dan bawa kesemua Lady kemari. Tolong ya Nami..” Nami berpaling. Suasana mimpi itu berubah, mereka kini berada didalam sebuah makmal.
            “Jika, jika saya bawa mereka semua, apa jaminan saya takkan kehilangan mereka pula?” soal Nami. Storm menggeleng.
            “Saya tak ada jaminan itu Nami, tapi saya janji yang kamu takkan kehilangan mereka.Saya akan pastikan itu.” Kepalanya makin sakit. Tanda dia perlu mengakhirinya.
            “Nami, saya dah tak mampu untuk bertahan. Kamu perlu kemari, ada sesuatu yang menanti kamu disini...”Perlahan-lahan dia menghilang...
            Storm cuba bangun. Namun terjatuh. Nampaknya perjalanan itu benar benar memakan tenaganya.
            Telinganya menangkap bunyi bising diluar bilik rahsia itu. Dia mewujudkan tingkap.
            “Winter.” 

No comments: