At-10-Tion!

Break Time has finished its construction,
Now is the time for le author to update~

UPDATE

Friday, December 17, 2010

Crown 4 : Crossing a Psychopath

            “Maaf kami tak boleh buat macam tu,” berkali-kali permintaan mereka ditolak. Sehingga akhirnya Hect bengang.
            “Baik kau bagi kami tengok CCTV tu, atau kau akan menyesal nanti.” Pengawal keselamatan itu memandang angkuh ke arah Hect.
            “Lagipun budak budak macam kamu ini akan menyusahkan saja.”
            “Kau! Butler Shin, pecat dia ni!” amuk Hect. Pengawal keselamatan itu menelan liur sambil menyumpah kerana tak menyedari itu adalah Hect. Pemilik pusat membeli belah itu. Lima minit kemudian, mereka meneliti CCTV. Namun hampa. Alisya tidak kelihatan dimana-mana. Al sudah menyesal kerana membawa Alisya. Elaine menangis didada Ed. Masing-masing mampu memandang.
            “Hect, tunjukkan gambar Isya dalam mall sekarang,” arah Zero. Laju tangan Hect menekan butang yang sepatutnya. Pengumuman kedengaran. Tak lama kemudian, kebanjiran perempuan berlaku dibilik itu.
            “Tak semua benda free.” Ujar Nine perlahan. Ditangan masing-masing ada memegang gambar Isya. Seorang demi seorang gadis itu disoal mereka.
            “Aku dah penat!!” beritahu Kay. Yang lain juga turut mengah. Al masih tidak tersenyum lagi. Pintu bilik itu diketuk. Seorang perempuan yang kelihatan biasa saja menjengah masuk.
            “Saya ada nampak dia, ni topi milik dia kan?” topi berwarna merah itu dihulur. Mata Alfin terbuka luas sebaik saja melihat topi milik Isya itu.
            “Dekat mana? Awak pasti dia ni?” soal Zero. Gadis itu mengangguk. Ed diam. Cuba meneliti dimana dia pernah jumpa gadis itu. Dia pasti gadis ini pernah dilihat. Dia memandang kearah Princes yang lain. Hanya dia dan Nine memikirkan sesuatu. Pasti tentang gadis didepan mereka. Matanya menangkap sesuatu dari beg gadis itu. Lambang. Lambang yang mereka cukup kenali. Dia memandang kearah Nine. Lelaki itu turut sama melihatnya. Nampaknya Prince lain terlalu mahu mengetahui kedudukan Isya. Elaine pun turut sama teruja.
            “Aku tunggu sini,” ujar Ed dan Nine serentak. Yang lain enggan mempersoalkan lebih risaukan Isya hanya mengangguk.
            “Kau nampakkan Ed?” soal Nine sebaik saja yang lain menghilang. Ed mengangguk.
            “Aku ingat keluarga tu dah pergi, dan tak kembali.” Ujar Ed. Nampaknya kenangan mulai mengoyah mereka.
            “Dekat mana ni?” soal Elaine. Mereka sudah memasuki kawasan yang tak dikenali. Elaine memegang baju Zero, dia mulai takut. Prince yang lain turut sama berasa gentar.
            Langkah perempuan itu berhenti. Dia berpaling. Cermin mata tebal yang dipakainya dibuka. Kay tergamam. Dalam diam dia mengutuk diri sendiri mengapa tak mengenali perempuan itu.
            “Kenapa, terkejut Prince? Aku dah balik, dan dendam aku bukan sedikit...” Yang lain hanya diam. Hingga akhirnya Al bersuara. Adiknya dan Elaine tak terlibat dalam hal ini. Ini adalah kerja mereka.
            “Isya mana?” soalnya. Perempuan itu ketawa kuat. Elaine memegang erat baju Zero. Dia takut. Zero sedar betapa takutnya gadis itu.
            “Oh, kau nak aku buat apa lepaskan dia?” soal perempuan itu. Jun berdiri di tepi Zero cuba melindungi Elaine dari ditemui oleh perempuan didepannya. Namun percaturannya ada kesilapan. Perempuan itu masih menggilai Zero. Lelaki itu dihampiri.
            “Zyrole Xavier, awak dah lupakan saya ke?” soal perempuan itu. Wajahnya cukup innocent. Matanya menangkap kelibat Elaine yang memegang erat baju Zero. Bibirnya diketap. Tangan gadis itu ditarik kuat. Elaine terdorong kedepan. Prince yang lain berubah wajah. Bimbang jika princess mereka dipengapakan.
            “Jacqueline, lepaskan dia, dan mereka semua. Aku kan yang buat kau macam ni,” ujar Zero perlahan. Perempuan itu atau Jacqualine berpaling. Senyuman manis terukir dibibirnya. Zero dirapatinya. Pipi lelaki itu diusap lembut. Jun segera mendapatkan Elaine. Kay menggenggam erat sebelah tangan Elaine cuba memberi semangat manakala Al memegang tangannya sebelah lagi. Redz dan Jun berdiri melindungi Elaine. Jacqualine yang melihat tingkah mereka berang.
            “Bukan dia korang patut buat macam tu, tapi aku!!” jeritnya. Dan kedengaran tangisan anak kecil. Bilik yang menempatkan mereka bertujuh itu dipandang dengan teliti.
            “Isya,” panggil Al. Wajah Jacqualine berubah. Budak kecik tu! Ed menutup mulut Isya dari menjawab panggil Al. Dia membisikkan sesuatu ditelinga Isya. Anak kecil itu mengangguk dan membalas.
            “Abang Al jahat!!”

No comments: