At-10-Tion!

Break Time has finished its construction,
Now is the time for le author to update~

UPDATE

Tuesday, January 18, 2011

Dream 7 : A date?


                “Em, petang ni tolong abang boleh?” pinta JinKi. Em mengangguk.
                “Kalau Em ajak Kara dengan Suzy boleh?” JinKi mengangguk.  Sejak dari bulan lepas gadis itu memanggil dia abang dan dia sendiri senang dengan panggilan itu. Merasakan dia gembira dn rindunya pada Yui terubat. Gadis itu menyapa Kara dan Suzy. Kertas ditangannya ditunjuk, Kara menunjukkan wajah teruja manakala Suzy hanya mengangguk. JinKi hanya menggeleng kepala melihat telatah Em. Gadis itu benar-benar gembira disini. Seolah-olah kehidupannya dikawasan homeless tak pernah wujud.
Jacky memeluk tangan JinKi. Lelaki itu tersenyum. Sudah lama rasanya lelaki itu tak tersenyum seperti itu.
“Tak ada shooting ke hari ni?” Jacky menggeleng. Dia memandang kearah Em, Kara dan Suzy.
“Awak nak keluar tak?” soalnya. JinKi memandang kearah Jacky.
“Kemana?” Jacky tersenyum
“Adalah, jom!”Jacky menarik tangan teman lelakinya itu.
“DongHo! Tolong aku, Em, Kara dengan Suzy nak ke bandar petang ni...Tolong tengokkan mereka...”pesan JinKi. Jacky ternganga disebelahnya.JinKi ni biar betul. Nak suruh bandar itu meletup dek pergaduhan Suzy dan DongHo. Tubuh JinKi ditolak kedepan.
“Awak gila ke?Macam tak tahu DongHo dengan Suzy tak boleh jumpa...Saya tak kira, saya nak suruh KiBum tengokkan diorang sekali,” bising Jacky. JinKi tersengih. Sengaja mahu memberi peluang DongHo berbaik dengan Suzy, walaupun peratusan untuk mereka berbaik sangatlah rendah.
“Manalah saya tahu KiBum free hari ni,” balas JinKi.
“Dia tak free tapi dia pandai cari masa. Lagipun dia memang dekat bandar tu.” JinKi tersengih. Kalau dia tahu awal-awal, tak adalah dia membahayakan nyawa orang lain.
Petang itu, Em dan Kara sedang asyik berbual manakala Suzy mencebik. Kenapa tak diberitahu awal-awal mereka ditemani DongHo? Rosak moodnya. Suzy menarik nafas dalam-dalam. Cuba bertenang. Tidak membiarkan DongHo mengganggu waktunya.  Dia berhenti dihadapan satu kedai aksesori. Nampaknya Em dan Kara juga berminat dengan kedai ini. Rantai berloketkan bintang dihujungnya benar-benar menarik perhatian. Dibelek rantai itu. Kemudian dia meletakkannya kembali. Terlalu mahal untuk dia beli. DongHo kebetulan melihat tingkah Suzy itu. Segera mengeluarkan duit dan membeli rantai itu. Tanda perdamaian, mungkin. Sementara itu, Em memegang seutas rantai yang agak unik.
“Angel dan bintang.” Ujar penjaga kedai itu. Rantai itu benar-benar menarik minatnya tapi dia tidak berniat langsung untuk membelinya. Segera diletakkan kembali. Hanya Kara saja membeli sesuatu.
“Kenapa ambil yang hanya ada dua charms saja?” soal Suzy. Bracelet itu hanya ada charms serigala dan kristal berbentuk hati.
“Sebab, charms tu lebih bermakna kalau aku sendiri kumpul.”balas Kara. Em hanya tersengih. Sesuatu yang kita kumpul sendiri sentiasa lebih bermakna.Matanya mencari jam. Nampaknya sudah sejam mereka disitu. Teringat pula permintaan senior JinKi. Kertas yang mengandungi senarai barang Wizards itu diteliti sebelum dia bertanya pada DongHo.
“Erm senior, dekat mana kita nak cari benda ni?” soalnya. DongHo tersengih. Kedai Wizardry didepan mereka ditunjukkan. Kara dan Em kelihatan makin teruja. Mereka berjalan laju tanpa mempedulikan Suzy dan DongHo. Bagi DongHo pula, ini satu peluang untuk memberikan rantai itu pada Suzy.
“Nah,” ujarnya. Suzy memandangnya pelik. Kotak kecil berisi rantai itu diunjukkan. Suzy mengambilnya. Namun belum sempat dia membuka kotak itu, kedengaran jeritan Kara dan Em. Kotak itu tergenggam erat dalam tangan Suzy. Suzy menelan liur. Shadow menyerang mereka. DongHo sendiri kalut. Dia perlu melindungi 3 orang Neophyte. Bayangan itu mulai mengambil bentuk manusia.
“Hmm...Neophyte dan Shadow Girl,”ujar salah satu dari Shadow itu. Suara mereka bergemersik. Seolah-olah berbisik. Em menelan liur. Teringat akan peristiwa lalu. Wajahnya berubah pucat.  Baru saja mereka mahu menyentuh Em, mereka dihalang seseorang. DongHo menarik nafas lega.
“KiSeop, Yuuki...KiBum” Nasib mereka baik nampaknya.
“Baik korang pergi sekarang atau korang akan mati satu persatu,” KiSeop memberi amaran. Yuuki segera menarik Em jauh dari mereka.
“Kami hanya mahukan Shadow Girl kami,”ujar mereka.Seolah mengetahui siapa yang mereka maksudkan.
“Kau memang teringin nakkan kiss of the death kan?” soal Kiseop. Mendengar pertanyaan Kiseop barulah satu persatu mereka itu menghilang. Mereka terus menghampiri Em. Wajah gadis itu benar-benar pucat.
“KiSeop, Yuuki, DongHo bawa Kara dan Suzy balik Alphard. Biar aku uruskan Em.”arah KiBum. Risau juga melihat Em. Pitam tidak, bergerak pun tidak.
“Betul ni?” soal Yuuki. KiBum mengangguk. Dia segera membantu Em untuk bangun. Seolah-olah baru dikejut dari tidur, Em terus memeluknya. Mereka yang lain telah pun berangkat pulang melalui sebuah portal. Lama mereka begitu hingga gadis itu sendiri tenang. KiBum menyarungkan jaket yang dipakainya ketubuh Em yang masih menggigil ketakutan itu. Mereka duduk ditaman. KiBum menghulurkan segelas coklat panas yang diwujudkannya. Rantai berbatu amethyst yang tersarung dileher gadis itu, bersinar. Pasti charms milik Eli. Dikalangan Legendary Masters dan Legendary Wizards, charms yang dibuat Eli selalunya lebih baik dari yang lain. Mungkin kerana dia seorang Healer.
“Dah okay?” soal KiBum. Em menghirup perlahan coklat panas itu.Kemudian mengangguk.
“Aku nak tanya sesuatu,kenapa diorang panggil kau Shadow Girl?” Em diam. Dia pernah mendengar nama itu disebut mamanya. Kepalanya digeleng. Dia sendiri masih tak faham dengan perkataan dunia wizard itu.
“Kenapa korang kena ke bandar hari ni?” soal KiBum. Sengaja mahu mendengar suara Em. Bukan dia tak tahu tujuan ketiga-tiga orang gadis itu.
“Abang JinKi minta tolong.” KiBum memandang ke arah Em. Salah mendengarkah dia? JinKi dipanggil abang?
“Dah siap ke kerja tu?” soalnya. Em menggeleng. KiBum bangun.Tangan dihulurkan.
“Jom,kita selesaikan urusan tu, then baru kita balik Alphard.”putus KiBum. Em memandang wajah KiBum. Mengikut cerita Kara, KiBum susah untuk baik dengan orang.  Melihat Em masih tak berkelip memandangnya membuatkan KiBum menarik tangan gadis itu.
“List?” pintanya. Em menyeluk poket seluarnya dan memberikan kertas itu pada Kibum. Lelaki itu tersenyum. Tangan Em digenggam lebih erat.  Tangan kanannya memegang list yang diminta Jinki dimasukkan ke dalam poket. Dia tersentuh sesuatu dalam poket seluarnya. Sekali lagi dia tersenyum.
Kedai Wizardry menjadi tujuan mereka. List yang dipegang tadi dihulurkan pada penjaga kedai.
“Selamat datang, oh KiBum rupanya. Dah lama kamu tak datang kesini.” Sapa perempuan tua di kaunter. KiBum tersengih.
“Sibuk dengan photo shoot, Nenek Sapphy.” Balas KiBum. Terasa bersalah pula. Selalunya kedai itu menjadi tempat dia melepak.
“Tak apa, model memang macam tu, eh ni siapa?Girlfriend kamu ke? Melepas nenek nak tackle kamu,” usik Nenek Sapphy. KiBum ketawa. Em sudah memandang pelik.
“Nenek jangan risau nenek tetap dihati saya,” balas KiBum. Nenek Sapphy tergelak. Senang dengan perangai KiBum yang pandai mengambil hati.
“Ni junior saya,”jawab KiBum akhirnya. Seorang perempuan muda membawa keluar dua beg kertas berisi barangan yang diminta oleh JinKi.
“Abang KiBum, ni semuanya.” Ujar gadis itu. Kemudian mata gadis itu tertancap pada Em.
“Yui?” Em menelan liur. Menafikan atau mengiakan? Bagai menyedari kegelisahan gadis itu, KiBum bertanyakan sesuatu.
“Nek, portal delivery boleh guna lagi tak?” soalnya. Nenek Sapphy mengangguk. Sehelai kertas diwujudkan dan ditulis sesuatu diatas kertas itu.
“Jumpa lagi nenek!” ujar KiBum. Em terus ditarik keluar dari kedai itu. Angin sejuk mula menyapa tubuhnya. Terlupa pula, jaketnya pada Em. Kedai pakaian pula menjadi destinasi mereka. Em pelik untuk apa pula ni?
“Selamat datang,” kemudian kedengaran beberapa jeritan kecil dan bisikan lain. Antaranya,
“Itu KiBum kan? Model tu?”
“A’ah, siapa perempuan sebelah dia tu? Bukan dia couple dengan Jacky ke?” balas seorang lagi.
Kali ini baru KiBum melepaskan tangannya. Dia berpusing sekitar kedai itu. Seorang gadis menyapanya.
“Cik, boleh minta tolong tak? Saya minat sangat dengan boyfriend cik tu, boleh tak mintakan autograph dia?” Em pelik. Sejak bila dia ada boyfriend ni? Dia mengikut pandangan gadis itu dan bertembung mata dengan KiBum. Baru saja dia ingin menjawab KiBum sudah berada disisinya.
“Awak nak autograph saya?Kertas pen?” soal KiBum. Gadis itu bagaikan star struck tergamam. Pen dan kertas ditangan dihulurkan.
“Nama awak?” soal KiBum lagi.
“Daisy,” balasnya. KiBum sibuk menconteng sesuatu. Dan kali ini, Em dapat melihat apa yang dia tulis. Tergamam dia sebentar. Wajah KiBum dipandang. Sebaik saja gadis itu berlalu. Em terus bersuara.
“Awak, awak Ki!” KiBum memandang wajah gadis itu. Nampaknya hubungan rahsia selama sebulan lebih itu telah diketahui.. Em sudah berlari keluar. Malunya dia. Bermacam-macam dia ceritakan pada Ki. Secret Spiritnya..
“Yui, tunggu dulu.” Duit diletakkan diatas kaunter.



Nukilan,





p/s sorry ye post awl pgi nie...sbb jap lgi nina nk kuar..xtau balik pkul brape lpas klas nnti...

4 comments:

fallenmoon ( Liya Zafrina ) said...

Haha...suka2 :D Kiseop! <3

Witch a.k.a Okie said...

alalala...rahsia dah bocor. Kibum mmg tau Em tu Yui?

Nina Aziz said...

@Witch a.k.a Okie

a'ah okie...kibum mmg dh tau yg Em tu Yui...tp dia wat2 xtau...

Unknown said...

haha
dah terbongkar^^
la da di da~