At-10-Tion!

Break Time has finished its construction,
Now is the time for le author to update~

UPDATE

Wednesday, January 12, 2011

Crown 5 : SOS


            Suara Isya itu membuat Jacqueline berpaling. Rautnya tersangatlah marah. Dia meninggalkan mereka. Pintu berdentum kuat. Kemudian barulah mereka tersedar rupanya mereka dibawa ke satu gudang lama.
            “Pssstt,” mereka memandang sekeliling. Raut ceria terlukis.
            “Ed,” lega terasa.
            “Wo, jangan lega lagi. Aku tak tau SOS tadi dapat ke tak,” ujar Ed. Wajah mereka berubah pucat.
            “What kau datang sini tanpa back up plan?” Kay bersuara. Ed menjeling tajam. Bengang kalau mereka membuat pertimbangan yang sewajarnya mungkin ini takkan berlaku.
            “Stop it. Ed, apa apa pun kita kena make sure Elle selamat. Perempuan tu dah nampak Elle sebagai perampas tempat dia dulu,” ujar Jun secara rasional.
            “Kita harap Isya sampai dekat Nine dah sekarang,” ujar Ed perlahan.
            “Kau biar Isya sendirian Ed?” marah Elle. 
            “Elle,kau kena risau diri kau dulu. Perempuan tu bukan macam Lydia...Dia tu lagi gila dari tu!” marah Redz. Kedengaran suara seseorang dari belakang.
            “Isy, isy, kau cakap aku gila Redz?Zero, tengoklah Redz ni, dia cakap Jac gila,” adunya pada Zero manja.
            “Owh, Eddy, kau join kami juga,rindunya aku dekat kau,” Jacqueline memeluk Ed. Ed mengkakukan tubuhnya. Enggan merapati Jacqueline. Jacqualine terpandang akan Elaine.
            “Aku lupa pula, kau, apa patut aku buat dekat kau supaya tak dekat dengan Prince lagi?” Jun menggenggam tangan Elaine cuba menenangkan gadis itu.Elaine memandang wajah Jacqueline. Dia tak gusar dengan apa tindakan gadis itu. Yang dia lebih risaukan adalah Isya. Tangan Jacqueline memegang sebilah pisau. Wajah Prince yang lain sudah berubah.
            “Pisau lagi?” terlepas pula ayat itu. Sungguh tidak ada cara lainkah untuk mengertak, mencederakan dirinya?Jun menahan ketawanya. Elaine boleh pula memilih saat ini. Jacqueline memandang wajah gadis itu. Agak pelik dengan reaksi gadis itu.
            “ELLE!!Serius boleh tak?” marah Ed. Kepalanya yang tak gatal digaru. Elaine ni, time genting macam ni boleh lagi buat lawak. Elaine mencebik. Bukan ke selaku yang kena threat disini, sekurang-kurangnya dia boleh la demand bukan-bukan.
            “Kau pelik,” ujar Jacqueline. Perempuan itu menghampirinya. Elaine menelan liur. Baru terasa gerun berdepan dengan pisau itu.
            “Kejap,kejap...Before kau buat apa-apa dekat aku, boleh siapa buat kau macam ni? Sekurang-kurangnya nanti bila aku dah mati boleh aku balas dendam dekat orang yang menjadi punca aku mati,” ujar Elaine. The Princes bertukar pandangan. Apa masalah dengan princess mereka kali ini?
            Jacqueline diam. Kemudian tersengih.
            “KAU.” Elaine menunjuk kearah dirinya.
            “Aku?” soalnya
            “Dia?” kedengaran suara Prince yang lain. Elaine berpaling kebelakang. Tanda annoyed dengan tindakan mereka.
            “Sorry,” ujar Redz.
            “Kenapa aku?” soal Elaine. Cuba membeli masa. Ed sudah hilang sabar. Cuma membataskan pergerakan dia adalah, posisi. Dia bertentangan dengan Elaine dan Jacqueline ditengah-tengah mereka.
            “Kau nak ambil Zero aku,”balas Jacqueline. Jawapan tulus gadis itu membuatkan Elaine mencerlung tajam kearah Zero. Lelaki itu menunduk. Elaine menghela nafasnya.
            “Owh, kalau aku cakap aku tak pernah berminat dengan dia?” soal Elaine. Mata Jacqueline bercahaya.
            “Aku lepaskan kau,” balasnya riang. Elaine menarik nafas dalam. Baju Jun ditarik dan pipi lelaki itu dicium. Jun terkejut yang amat dengan tindakan Elaine itu termasuk The Prince yang lain. Zero sudah merenungnya tajam. Elaine sekadar membalas renungan itu. Mencabar Zero. Jacqueline memandang tak percaya. Masakan dia dibohongi selama ini...
            “See, aku sukakan The Prince lebih-lebih lagi Jun, bukan Zero...”ujar Elaine. Jacqueline tersenyum. Pisau ditangannya jatuh. Dan entah dari mana, seseorang muncul dan menyuntik sesuatu ke bahu Jacqueline. Gadis itu rebah.
            “Terima kasih sebab lengahkan masa,” ujar pemuda itu. Elaine hanya mengangguk.
            “Abang Greg, jangan lupa janji abang tau!” pesan Elaine. Lelaki itu mengangguk. Tubuh Jacqueline didukung.
            “Oh ya, ada budak kecik tengah tidur dalam kereta abang. Anyone nak ambil?” soal Greg. Al segera mengekori langkah Greg.
            “Elle,explain.”arah Ed.
            “Mata korang tak peka dengan keadaan sekeliling. Dah dekat 15 minit abang Greg ada dekat situ. And Jun, sorry sebab kau paling dekat. And aku takkan kiss abang aku sendiri, Kay” jawab Elaine. Lelaki itu terus menutup mulutnya.
            “Can we go now?” soal Elaine. Tiba-tiba dia merasakan teramatlah penat. Mungkin kerana terlalu banyak yang berlaku, mungkin? Mereka mulai keluar dari gudang itu. Zero menarik tangan Elaine dan...






Nukilan,




1 comment:

Cik Sabby said...

Dan...? alaaa sambungan la.. how sad :(