At-10-Tion!

Break Time has finished its construction,
Now is the time for le author to update~

UPDATE

Friday, July 23, 2010

Crown 3 : Alfin's Surprise!!



Lama Elaine termenung. Peristiwa seminggu lalu masih bermain. Rambutnya sudah pendek, tapi dia sukakan gaya itu. Tak tersangka, Kay berbakat dalam mendandan. Bukan setakat Kay, Redz dan Al juga. Tapi yang paling dia tak tersangka, Jun sanggup membelanya.
            “Hey, Elle. Nak pergi bilik tak?”soal Kay. Elaine tersenyum.
            “Aku nak ke kafe kejap...” tolak Elaine. Selepas peristiwa itu, setiap hari salah seorang Prince akan datang melawatnya. Seolah-olah dia dalam bahaya.
            “Jom, aku pun nak ke cafe,” ajak Jun. Zero sudah lama berlalu ke bilik mereka. Jun dan Elaine beriringan ke kafe.
            “Jun, aku tak sempat lagi nak ucapkan terima kasih. Thanks sebab protect aku hari tu,” ujar Elaine tika mereka dalam perjalanan ke kafe. Jun tersenyum.
            “ Bukan aku seorang saja Elle. Zero pun. Kalau dia tak ada dengan kau before this, mungkin damagesnya lebih besar bukan?”soal Jun. Elaine terdiam.
            “Elle, aku rasa kau cuba jauhkan diri dari Zero...” terang Jun.
            “Apa maksud kau?” soal Elaine. Jun menjungkit bahu. Senyuman kekal terukir.
            “Kau nak makan apa?”soal Jun. Elaine masih bungkam.
            “Elle, Elle..”panggil Jun. Elaine hanya mengangguk. Tawa Jun kedengaran.
            “Kenapa?”
            “Aku tanya kau nak makan apa, sayang?” soal Jun.
            “Erm...Apa-apa sajalah.” Wajah Elaine memerah. Jun ketawa besar. Sekaligus mengundang puluhan mata memandang.
            “Okey. Jom,” ajak Jun.
            “Huh, kemana?” soal Elaine. Jun menepuk dahinya sambil menahan tawa.
            “Elaine Guinevere Eldrian! Kau mimpi apa nie?” soal Jun. Serentak itu tangan Elaine ditarik ke bilik mereka. Jun berdiri lama didepan pintu bilik mereka menikmati bau yang dirinduinya.
            “Sado, siapa yang buat?” soal Jun tika melangkah masuk.
            “Nine...Dia nak cuba lagi sekali,” beritahu Kay.  Elaine menggaru kepalanya.
            “Kenapa nak cuba lagi?” soal Elaine.
            “Nak cuba kemampuan diri,” balas Nine.
            “Ke nak buang masa?” sindir Zero. Kedengaran tawa Ed. Elaine memerhatikan sekeliling. Ada sesuatu yang kurang.
            “Al mana?” soalnya. Bagaikan tersedar, mereka melihat sekitar mereka.
            “Kay, Al mana?” Kay diam cuba mengingat kembali.
            “Oh, pengetua panggil tadi.”balasnya setelah seketika. Mereka mengangguk.
            “Korang nak tengok ke tak?” soal Nine. Yang lain hanya tersengih. Sedang asyik meneliti perlakuan Nine, pintu bilik mereka dibuka.
            “Ba, ba,” Mereka pelik, budak kecil? Sejak bila ada budak kecil. Mereka berpaling. Ternganga sebentar tujuh orang prince.
            “Baik korang tutup mulut tu,” pesan Al geram. Anak kecil berpakaian merah itu menghampiri Elaine.
            “Ka,ka...”ujarnya.
            “Oh, comelnya,” segera tubuh kecil itu didukung.
            “Siapa ni, Al?”soal Ed. Jun mendekati Elaine dan mengagah anak kecil yang comel itu.
            “Ni ke sebab kau kena panggil oleh pengetua tadi?” soal Kay pula.
            “Al?” panggil Hect. Al mengeluh. Dia duduk disofa. Malunya dia tadi tika membawa budak itu kesini.
            “ Kenalkan Alisya Sigmore.” Ujarnya perlahan.
            “Kejap, rewind balik, Sigmore? Adik kau ke?” soal Redz. Teruja. Budak kecil yang comel.
            “Is,ya,” ucap anak kecil itu.
            “Comel la Isya nie. Jom ikut kak Elle nak?” ujar Elaine. Alisya mengangguk. Pipi comel Alisya dicubit geram.
            “Cakitt la..” pelat Alisya menuturkannya.
            “Sorry la, Isya comel sangat...”
            “Al, aku nak tanya something,satu, kenapa Alisya ada dengan kau?dua, macam mana kau nak jaga dia? Tiga, kau kena bawa dia datang Akademi ke?” soal Nine.
            “ First, papa aku sengaja, second, nak tak nak kena jaga jugak dan lastly, kalau perlu...If not, Ed, Elle, tolong boleh?”pinta Al.
            “Okey.”
            “No.” Serentak jawapan mereka berdua.
            “Elle,”
            “Ed.”
            “Siapa yang nak tengokkan dia?” soal Ed. Cuba rasional.
            “Mak Cik Ana ada. Plus waktu sekolah je kan? Lepas tu aku boleh jaga,” putus Elaine. Ed megeluh.
            “Okey, tapi semua kena tolong,” putus Ed sambil tersenyum jahat.
            “What???” suara enam putera lain kedengaran kuat. Elaine leka bermain dengan Alisya.
            Loceng berbunyi. Mereka saling berpandangan. Alisya menggosok matanya. Tanda mengantuk.
            “Sayang dah mengantuk ya, hmm...” Elaine memikirkan dimana mahu menidurkan anak kecil itu, terkejut apabila Zero mendukung tubuh kecil itu dan mendodoinya tidur. Sekejap saja, Alisya tertidur. Yang lain ternganga.
            “Zero,kau, kau...”
            “Shh, Isya tengah tidurkan,” ujar Zero. Alisya dibaringkan diatas sofa bed yang dibuka oleh Nine sebentar tadi.
            “Ermm, aku rasa, kelas, semua balik kelas...” arah Ed sedikit tergamam. Mereka mulai bergerak keluar.
            “Aku tunggu sini. Jun bagitahu Sir aku tak masuk kelas,” pesan Zero. Dia duduk ditepi Alisya. Leka memerhatikan anak kecil itu.
            “Aku pun!” putus Elaine tiba-tiba. Jun mengangguk. Sebaik saja Jun melangkah keluar.
            “Surprise betul, Uncle Greg.”ujar Elaine perlahan. Zero tersenyum. Betul-betul terkejut mereka dibuatnya.

No comments: