At-10-Tion!

Break Time has finished its construction,
Now is the time for le author to update~

UPDATE

Saturday, January 08, 2011

Dream 3 : Eye with Eye


               “Ok, hari ni, atas arahan dan kebenaran Andrew, kamu dibawa kesini,” ujar Xander. KiBum dari tadi memerhati reaksi Emerald. Sengaja dia meminta untuk dibawa mereka kesini. Kedengaran suara Neophyte yang lain.
                “Urgh, busuknya tempat apa ni?”
                “Betul tu, senior apa kita buat dekat sini?” soal seorang lagi. Kevin tersengih dibelakang mereka. Xander memandang KiBum. Lelaki itu juga diam.
                “Kamu disini, untuk melihat, dan belajar cara membersihkan selepas Shadow attack. Kamu juga akan membersihkan mess ini.” Ujar JinKi. Xander menarik nafas lega.  JinKi memandang kearah Em. Jelasnya gadis itu juga tidak selesa. Dia juga ingin tahu kenapa KiBum memaksa Andrew untuk membenarkan mereka kemari. Bukan setakat itu, habis semua Legendary dipaksa turun padang.
                “Okay, ada 21 org...kamu akan dibahagikan 3 satu kumpulan dan akan ikut Senior Legendary disini, Saya, Xander, Eli, Kiseop, DongHo, SooHyun, Kevin, KiBum dan Yuuki.” Kedengaran kekecohan dari kalangan mereka lagi. Em pelik.
                “Baiklah, Suzy, Kara dan Em, kamu dengan senior JinKi,” putus Xander akhirnya. Kumpulan pertama. Dan yang lain dibahagikan mengikut jumlah. Wajah DongHo kelat. Dia baru saja nak kacau Suzy. Xander ni! Berbeza pula dengan KiBum. Xander sengaja mencari pasal bukan dia tak tahu yang KiBum perlu untuk meneliti gadis itu. Jacky berdiri tak jauh dari mereka. Dia mengeluh.
                Kadang kala dia sendiri tak faham perangai KiBum. Rue menepuk bahunya. Dia tersenyum. Healer seramai 5 orang itu dalam keadaan berjaga-jaga. Mana tahu jika mereka diperlukan.  Rue memerhatikan adiknya. Dia sendiri risau untuk membiarkan Suzy kemari dengan mereka, bukannya dia meragui kebolehan mereka, cuma DongHo saja yang dia risaukan.
                Jeritan seseorang mengembalikan mereka dari khayalan. Jacky dan Rue segera menghampiri kumpulan itu. Emerald mengigil ketakutan. Tetapi yang lebih menakutkan mereka adalah, apa yang tinggal dari seorang manusia yang cukup sifat. Wajah Suzy turut berubah. Rue memeluk adiknya dan menarik gadis itu dari situ. Legendary Wizard yang lain berkumpul disitu. Healer yang turut berada disitu mengambil alih mengawal Neophyte yang lain. Kara sendiri terkaku disitu. Yuuki menghampiri gadis itu dan menarik ketepi. Tinggal Emerald satu-satunya Neophyte ditengah-tengah.
              “Eli, Kiseop, DongHo, uruskan mayat nie, Kevin, Xander, SooHyun pergi pantau mereka semua. KiBum kau ikut aku,” ujar JinKi. Tangan Emerald ditarik menjauhi mereka. Yang lain mengikut arahan JinKi.
                “Kau dah gila dengan bawa dia kemari.” Ujar JinKi marah. Entah mengapa kali pertama dia berbicara dengan gadis itu, dia merasakan gadis itu seperti adiknya. Risau dia bila gadis itu tak berhenti mengigil. Dia tahu Emerald tak ada keluarga lagi.
                “Kau boleh baca apa yang ada dalam memori dia?” soal KiBum. JinKi lebih mahir dalam membaca memori. JinKi bengang.
                “KIBUM!! Dia dalam trauma, aku tak nak hal ini dibangkitkan sehingga aku sendiri yang putuskan.” Beritahu JinKi. KiBum memandang wajah JinKi.
                “Kau pergi uruskan hal pembersihan.” Ujar JinKi dalam keadaan tenang. KiBum akur. JinKi ketua mereka. Tak sampai beberapa langkah dia berjalan kedengaran suara JinKi memanggil Emerald.
                “Em, Em, awak masih disini?” Soalnya. Tubuh gadis itu digoncang perlahan.  Emerald terpinga. Nafasnya tak teratur. Seolah-olah ketakutan. Gadis itu memegang bahu JinKi. Terkejut dengan reaksi gadis itu, Eli menghentikan langkah menghampiri mereka berdua dia hanya memandang dan mendengar cerita gadis itu.
                “Mama, mama, mama dalam bahaya, diorang kejar mama, mama suruh Yui lari. Yui tak tahu kemana. Diorang dapat tangkap Yui dan didepan Yui, mama, mama,” gadis itu menangis teresak-esak. JinKi memeluk gadis itu menenangkannya. Nampaknya tak perlu dicerita dia tahu apa terjadi. Emerald melihat sendiri ibunya dibunuh dan dia sendiri dibiarkan hidup. Shadow mahu dia mengikuti jalan yang gelap. Dengan menghitamkan diari hidup gadis itu. Rambut gadis itu diusap perlahan. Lagaknya seperti abang kepada Emerald.
                “Eli, aku bawa Em balik dulu. Kau selesaikan yang dekat sini dan pastikan semua Neophyte tak alami seperti tadi.” Eli hanya mengangguk. Namun sebelum mereka sempat pergi, Eli memberikan sesuatu.
                “Aku rasa ni dia punya dan aku dah masukkan calming spell dalam tu. Make sure dia pakai.” Ujar Eli. JinKi mengambil rantai itu dan menyimpannya didalam poket. Emerald dipapah ke portal yang dibuat terus ke Alphard Wizard. Andrew sudah menanti disebalik portal itu.
                “JinKi, bawa dia ke bilik rawatan, Rue dah ada dekat sana dengan Kara dan Suzy...” JinKi terlupa Suzy dan Kara juga terkena kejutan hebat tadi.  Dia hanya mengangguk. Em masih lagi teresak-esak. Beberapa orang Adept dan Savant yang melintas mereka segera membantu JinKi membawa Em ke bilik rawatan. Sebaik saja dia dudukkan Em, gadis itu menarik tangannya.
                “Maaf,” ujar Em perlahan. JinKi tersenyum. Rambut gadis itu diusap perlahan.
                “It’s okay, sepatutnya awak dikecualikan.” Balas JinKi. Poketnya diseluk. Rantai yang diberikan Eli tadi dihulurkan.
                “Pakai rantai tu...” pesannya sebelum keluar. Emerald menilik rantai itu. Bukan miliknya. Namun mengikut arahan JinKi dia memakai rantai itu. 


Nukilan,


P/S: ok xcover die??nina malas nk msukkn gmbar personal...so nina gnti dgn cover je la...

4 comments:

fallenmoon said...

Mayat sape tu nina? :D Kiseop ku keluar jugak :D HEHE..

Nina Aziz said...

salah seorang homeless tempat Em dijumpai...hehehe

Haruno Hana 하나 said...

nina~
jujurnya, hana xleh nak detect lagi sume skill diorang ada
pakat tertukar je
hehe
^^

Nina Aziz said...

@Haruno Hana 하나
uhuhuh...xpe2..nk wat cm ne byk sgt watak T__T hhehe....