At-10-Tion!

Break Time has finished its construction,
Now is the time for le author to update~

UPDATE

Thursday, July 01, 2010

Diamond 5 : Emotion Overload


Rainie berjalan ditaman itu seolah tiada arah. Kenyataan tadi benar-benar mengejutkannya. Akhirnya, dia terduduk diatas hamparan rumput. Tangan menutup muka. Dan dia menangis. Menangis semahu-mahunya. Ryo serba salah.
            “Rainie,” panggil butlernya lembut. Perlahan dia mencangkung dia sebelah ladynya itu. Tubuh gadis itu ditarik kedalam pelukannya. Rainie masih menangis. Rintik hujan mulai turun. Ryo diam. Dia tahu itu kuasa Ladynya.
            “Ryo, kenapa dia buat saya macam ni?Kenapa?” soal Rainie dalam tangisnya. Ryo diam. Tak tahu apa yang perlu dijawab. Lama mereka begitu. Hingga tangisan Rainie reda. Hujan telah mengkuyupkan mereka berdua. Tanpa mempedulikan diri yag basah, Rainie dan Ryo menaiki bas untuk ke Akademi Goldilocks.
            “Rainie, kenapa ni?” soal Aya. Risau dengan keadaan Rainie yang kuyup. Ryo membisu.
            “Hans, sediakan air panas, awak berhujan ke?”soal Aya sambil memberi arahan pada butlernya.
            “Yes, My Lady,” Hans segera menjalankan arahan Ladynya.
            “Cik Aya, biar saya bawa Rainie ke bilik,” ujar Ryo. Aya mengangguk. Ryo mendukung tubuh Ladynya. Rainie terlalu penat untuk bertengkar hatta sedikit pun.
            Sesampai saja, dibilik, Hans baru saja melangkah keluar dari tandas. Ryo tersenyum.
            “Terima kasih,” ucapnya. Hans hanya mengangguk sebelum melangkah keluar.
            “Rainie, sila bersihkan diri dahulu,awak dah bermandikan hujan tadi.”pujuk Ryo. Lembut nadanya.  Rainie masih membisu. Bahu gadis itu disentuh lembut. Rainie memandang mukanya.
            “Boleh saya pinjam bahu awak, Ryo?”soal Rainie. Ryo terkejut, namun dia mengangguk.Rainie sekali lagi menangis dibahunya.
            “Kenapa dia buat macam ni dekat saya?” soal Rainie dalam sendu.
            “Rainie, dia bukanlah seorang yang sedar kehadiran awak dari awal lagi,” pujuk Ryo. Rainie mengeleng.
            “ Dan, dah lama dia buat macam tu dekat awak kan,”ujar Ryo tanpa sedar.
            “Awak, tahu Ryo?”soal Rainie. Wajah lelaki itu dipandang.
            “Maaf,” Ryo marah dengan diri sendiri. Terlajak kata. Rainie masih merenung wajah itu. Ryo menunduk.
            “Malam acara kemasukkan. Saya melawat dia, dan saya dah berjumpa dengan Trixie awal lagi,” terang Ryo. Rainie masih memandang wajah butlernya.
            “Awak tahu dan awak tak bagitahu saya?”soal Rainie. Ryo mengangguk.
            “Ryo!” marah Rainie. Sakit hatinya bila mengetahui rahsia itu. Lantas dipukul-pukulnya bahu lelaki itu.
            “Maaf, cik,” ucap Ryo pantas.
            “Ryo, sebagai denda, awak kena temankan saya malam ni,”arah Rainie. Berkerut dahi Ryo mendengar perintah itu.
            “Ingat! Dah saya nak mandi, tolong keluar,”arah gadis itu. Wajah Rainie yang mendung sudah beralih ceria. Pelik, tapi itu akan dia persoalkan malam ini.
            Sebaik saja dia keluar dari bilik itu, Rainie duduk bersandar dikatil.
            “Dia cuba untuk menjaga aku, tak macam Winter!Aku benci kau, Winter!!” marah Rainie dalam hati. Lama dia duduk begitu sebelum masuk ke bilik mandi.
            Crystal memicit kepalanya. Dia tahu, harapannya pada teman-teman barunya itu.
            “Crystal,” panggil Kyuu. Crystal tersenyum. Sedaya upaya disorokkan masalahnya itu hatta dari butler sendiri. Namun, tindak tanduk Crystal sudah difahami Kyuu. Dia tahu ada sesuatu yang menganggu fikiran Ladynya.
            “Adakah, Rei masih menganggu fikiran, cik?”soal Kyuu. Crystal menggeleng. Rei sudah menjadi sejarah untuk kini.
            “ Bukan,”balasnya pendek. Tangan Kyuu lincah menyediakan teh camomile kegemaran Ladynya itu.
            “Kyuu, boleh ke, kita lawan?”soalnya. Lebih kepada diri sendiri biarpun nama butlernya disebut. Kyuu mengenggam erat tangan Ladynya.
            “Cik, kita mesti boleh...Kita semua dah lengkapkan?”pujuk Kyuu. Bukan dia tak tahu tanggapan Aya pada Ladynya. Entah mengapa, satu persatu kenangan menerpa. Air matanya jatuh. Mummy, daddy. Rintih hatinya.
            “Cik,” panggil Kyuu, bahunya ditepuk lembut. Crystal menyembamkan muka ke bahu Kyuu. Dia menangis semahunya. Lama. Kyuu faham. Pintu bilik mereka diketuk.
            “Jun,kenapa?”soal Kyuu sebaik saja membuka pintu.Jun menunduk hormat.
            “Lady Arthura mahu berjumpa cik Crystal,” ujar lelaki itu. Dan terus meninggalkan bilik Crystal.
            “ Cik, Arthura menunggu dibiliknya,” sampai Kyuu. Crystal mengesat airmatanya dan menukar pakaian ala kadar. Terkejut dia apabila bertembung dengan Aya. Dia mengangguk tanda menyapa.
            “Awak nak kemana?”soal Crystal. Rasa ingin tahu membuak-buak.
            “Lady Arthura panggil.” Terang gadis itu pendek. Crystal pelik. Kenapa mereka serentak ingin ditemuinya? Berbagai soalan bermain dibenaknya sehingga dia tak sedar kakinya sudah menjejak didepan bilik Winslet Arthura.
            “Selamat petang lady,” ucap mereka serentak. Arthura mengangguk.
            “ Aya, saya dapat laporan ada dikalangan ahli kumpulan awak melencong ke tempat lain sebaik saja tasknya selesai. Sila ingatkan mereka untuk terus balik ke Akademi...” Sebelum sempat Lady Arthura menyambung kata, Crystal menyampuk.
            “ Tanggungjawab memimpin kumpulan itu juga terletak pada saya, Lady...” Wajah Lady Arthura berubah.
            “Baiklah, Aya, kamu boleh keluar,” arah Lady Arthura. Dia perlukan time alone dengan Crystal. Aya menunduk hormat sebelum berlalu ke biliknya.
            “Coklat, Aya?”soal Hans sambil menghulurkan segelas minuman coklat panas. Aya diam. Hans pelik.
            “Aya, Aya, Aya,”panggil pemuda itu. Masih tiada reaksi. Pelik Hans dibuatnya.
            “ Hans, saya rasa saya dah silap perhitungan.” Ujar Aya tiba-tiba.
            “Kenapa, Aya?” dia duduk berlutut dihadapan Aya.
            “ Crystal....Aya rasa,dia bukanlah seperti yang Aya fikirkan.” Lama dia terdiam.
            “Hans, tolong siasat perkara ni,” arah Aya. Hans mengangguk.
            “Tapi Aya perlu berehat...” beritahu Hans. Aya bangun dari kerusi itu dan bergerak ke katil sebelum merebahkan diri dan tidur. Namun soalan-soalan dikepala masih membeban.
            “Selamat malam, Aya,” ujar Hans sebelum dia melangkah keluar. Terkejut dia bila terlihat kelibat Jun berlalu dari bilik legar kumpulan ladynya.

No comments: