At-10-Tion!

Break Time has finished its construction,
Now is the time for le author to update~

UPDATE

Saturday, January 22, 2011

Dream 15 : Disappear

     
           KiBum membuka matanya. Silau mentari menyukarkan dia untuk melihat. Digosok matanya. Cuba menyesuaikan pandangan dengan cahaya yang ada.
                “Senior dah bangun? Baguslah...Sekejap, saya panggil senior Eli.”ujar Rue. Bibirnya terukir senyuman. Eli melangkah masuk. Lega akhirnya temannya yang seorang itu bangun jua. KiBum cuba untuk bangun namun tenaganya seolah-olah hilang.
                “Woah...Kau kena relaks dulu. Jangan paksa diri kau bangun...”ujar Eli. KiBum kembali berbaring. Mindanya cuba bekerja mengingati kembali apa yang terjadi.
                “Berapa lama aku dekat sini?” soal KiBum. Eli tersengih.
                “Lebih kurang 5 hari...” KiBum diam.
                “Kevin?”
                “Dah lama bangun dari kau...” jawab Eli.
                “Yui?” Eli terdiam. Senyuman Eli termati. Dia tak tahu bagaimana untuk menjawabnya.
                “Eli...Aku tunggu jawapan kau...”
                “Yui dah lari,” jawab Jacky. KiBum berpaling.
                “Bohong..”
                “Motif?” soal Jacky kembali. Lelaki itu bingkas bangun. Diabaikan sakit yang menyerang, dia berlari ke bilik Yui. Kosong. Seperti sudah lama tidak dihuni. Jacky sempat memegang tubuh KiBum sebelum dia terjatuh.
                “Bila?” Jacky diam. KiBum memandang wajah Jacky. Bahu gadis itu digoncang.
                “Bila, Jacky?” soal KiBum. Nadanya sudah naik seoktaf.
                “Dua hari lepas...”jawab Jacky. Pertama kali sepanjang tempoh persahabatan mereka, dia melihat KiBum menangis.  Tubuh lelaki itu dipeluk.
                “Kak,” tegur Yuuki. Dia sendiri ralat melihat keadaan teman baik abangnya itu. Jacky tersenyum. Namun dia pasti senyumannya itu sumbing.
                “Kita tidurkan dia dan bawa dia balik bilik...” Suara Kevin membuatkan mereka berpaling serentak. Kevin menggumamkan spell tidur. SooHyun yang berada disisi Kevin membawa KiBum kebilik dengan teleport.
                “Kevin...Sampai bila KiBum nak jadi macam ni?” Derapan kaki membuatkan mereka berpaling.
                “Andrew.”Jacky memeluk tubuh lelaki yang sudah dianggap sebagai bapa itu. Lega sedikit rasanya.
                “Kami masih tak jumpa apa-apa...Dia mungkin berubah menjadi orang lain untuk bersembunyi,”ujar Andrew.Kevin mengeluh.
                “JinKi tak balik lagi?”soal Andrew.
                “Belum. Dia ke rumah nenek dia...Ada sesuatu yang perlu dia lakukan.” Jawab Jacky.
                “Seorang diri?”Andrew bertanya lagi. Kevin menggeleng.
                “Dengan Kiseop dan DongHo.”
                “Trial tu macam mana Andrew?” soal Kevin pula. Andrew terdiam.
                “Annabeth masih tak memberitahu siapa Shadow Master. KiBum dah bangunkan?” soalnya.
                “Kami tidurkan dia balik. Ke manalah Yui menghilang...”keluh Kevin. Bukan setakat KiBum saja yang jadi begitu, GiNa, Suzy, Kara dan juga JinKi seolah-olah mayat hidup. Telefon bimbit Jacky berbunyi.
                “Hello...Maaf KiBum tak dapat join...Dia  ada masalah sedikit. Kejap lagi saya sampai...”Talian diputuskan.
                “Maaf, kena pergi dulu...”pinta Jacky. Langkah diatur keluar bangunan Alphard.
                “Jacky, aku hantar kau,” Jacky mengangguk dengan pelawaan SooHyun itu. Dia sendiri rasa tak bersemangat bila melihat KiBum tadi. Apatahlagi JinKi.
                “Thanks, SooHyun...Nanti aku balik sendiri...”ucap Jacky sebaik saja mereka tiba dilokasi photoshoot mereka.
                “Kamu cakap apa ni Jacky? KiBum dan GiNa nak cuti?Kenapa tak suka dah kerja ni?” soal agen mereka.
                “Mereka ada masalah peribadi...”jawab Jacky. Agen itu mendengus.
                “Mereka sepatutnya professional..”balasnya. Jacky mengetap bibir. Jika diikutkan hatinya, dia mahu menyumpah perempuan ini kepada katak.
                “Bukan dalam deal yang kami bertiga buat, kami berhak ambil cuti bila-bila masa saja?” soal Jacky. Terdiam agen itu. Tak menyangka mereka membaca butir perjanjian.
                “Jacky!”
                “Datang...”Jacky tersenyum sebelum berlari ke arah juru make-up itu.
Sementara itu,
                “Yui, kamu tinggal dekat mana?”soal Danny. Em tersenyum. Dia berani menggunakan nama sendiri dan wajah sendiri. Kerana dia pasti mereka takkan mencari disitu. Avalon Gelato. Rindunya dia pada tempat ini. Bahunya ditepuk. Dia tersengih.
                “Maaf...Saya tinggal tak jauh dari sini...”jawabnya.
                “Yui tolong Kris, meja depan sana...”dia mengangguk. Buku nota kecil dikeluarkan. Pen bewarna seperti mint. Di kafe itu pelayan dikehendaki memakai kasut roda untuk mempercepatkan pergerakan mereka.
                “Hai, selamat datang ke Avalon Gelato. Apa perisa anda hari ni?” soal Yui. Pasangan itu tersenyum.
                “Erm , kami nak triple scoop, flavor mixed berry, mint chip and tiramisu.”
               “Saya ulang, triple scoop, mixed berry, mint chip and tiramisu?” Pasangan itu mengangguk. Em bergerak ke kaunter. Pesanan yang dicatit dihulurkan pada Danny. Lelaki itu melihat sekilas pada pesanan itu dan terus membuat gelato yang dipinta.
                “Triple scoop siap,” Bekas berisi gelato yang terhias cantik dengan biskut home-made Avalon dibawa ke meja pasangan tadi.
                “Enjoy your gelato...” Jam yang tersangkut didinding dipandangnya.
                “Danny, Yui ambil break kejap!” dia membuka apron Avalon yang dipakainya dan bergerak ke belakang kedai. Malas untuk membuka roller bladenya. Dia duduk dibalik pintu belakang Avalon. Mengeluh. Rindunya dia pada Alphard. Agaknya apalah yang abangnya sedang lakukan. Tangannya memegang rantai yang dipakainya itu. Angel dan bintang. Bagaimanalah lelaki itu sekarang. Rindu dia pada KiBum. Mulutnya ditutup. Tak mungkinlah. Dia tak fikir begitukan.
                “Kenapa Yui?” wajah Danny hampir dengannya. Mujur saja dia tak menjerit.
                “Danny!” Lelaki itu tersengih.
                “Dah makan?” Em menggeleng.
                “Tak lapar?”
                “Tak penat je...” Danny mengangguk faham hari ini ramai pelanggan.
                “Okaylah saya masuk dulu..” Em mengangguk. Dia teringat malam dia memutuskan untuk melarikan diri dari Alphard. Tiada siapa yang tahu. KiBum sendiri masih belum sedar. Dia tak mahu lagi menyusahkan mereka
Flashback.
                Dia terjaga. Keadaan sekelilingnya dipandang.Bilik tidurnya.Bajunya yang dipakainya, gaun yang dihadiahkan oleh Jacky. Dia cuba mengingati apa terjadi. Emily, gadis itu memakinya itu dia ingat, kemudian, dia merasakan sesuatu cuba mengambil alih dirinya. Dia ingat lagi bagaimana kalutnya mereka mengosongkan dewan itu. Dan dia juga ingat bagaimana dia memukul Eli sehingga lelaki itu terjatuh.
                Tangannya naik ke kepala. Dia perlu lari dari sini. Dia tak mahu kejadian itu berulang lagi. Dia kena lari.  Dia tak boleh berada disini lagi. Dia akan menyebabkan entah apalagi kerosakkan. Dia segera menukar pakaiannya. Jam dimeja sisi menunjukkan pukul 3 pagi. Pasti semuanya sudah lena tidur. Dia mengemas barang seadanya. Telefon bimbit yang diberi GiNa diletakkan bersama surat yang ditulisnya. Dia terus berjalan keluar tanpa memandang belakang untuk sedetik pun.Dia berhenti mengambil nafas setelah dia benar-benar jauh dari Alphard.
                Tepukan dibahunya menyedarkan dia dari khayalan itu. Dia bangun, senyuman dihulurkan pada Kris. 
Dia bergerak ke dalam Avalon Gelato kembali. Sudah seminggu dia disini. Dan dia lega. Kerana tak ada seorang pun antara mereka mencarinya.






 Nukilan,
 

No comments: