At-10-Tion!

Break Time has finished its construction,
Now is the time for le author to update~

UPDATE

Thursday, September 17, 2009

6 : Pilihan Ezra?

         
Motor miliknya itu dibonceng ke pinggir Bandar Chrono. Ke destinasi yang mana tiada seorang pun ahli SecretLover mengetahuinya. Hanya dia saja.  Motornya diparkir betul-betul dihadapan  sebuah bangunan kecil yang kelihatan sangat retro dan unik. Langkah diatur masuk kedalam bangunan yang tertulis Café Serenity. Seorang gadis yang sedang menyediakan minuman di bar menyapanya
“Lama kau tak kemari Ezra.” Ezra tersenyum. Bar itu dihampiri. Kerusi yang ada disitu diduduki Ezra. Gadis itu menghampirinya.
“ Kenapa ni?Kau ada masalah ke?”soal gadis itu lagi. Tangan gadis itu lincah menyediakan minuman kegemaran Ezra.
“Heart, aku, aku, aku dah jumpa Delaila.”  Tangan Heart terhenti. Gelas berisi minuman itu dihulurkan pada Ezra. Heart Edree masih ingat akan sebaris nama itu. Delaila Emerald. Satu-satunya gadis yang berjaya membuatkan kembarnya itu jatuh cinta.
“ Ezra, siapa perempuan hari i tu?”soal Heart sebaik saja wajah Ezra muncul di Cafe Serenity. Ezra memandang wajah Heart.
“Perempuan mana ni?” soalan Heart dijawab dengan soalan. Wajahnya masih menunjukkan riak tak tahu.
“Oh tolonglah Ezra Edree...Siapa perempuan yang bergaun putih hari tu dengan kau?” Ezra tersengih.Nampaknya tiada satu rahsia pun boleh dia simpan dari Heart.
“Err..”
“Ezra, aku masih tunggu jawapan,” gesa Heart. Ezra menggaru-garu kepalanya yang tak gatal itu. Wajahnya kelihatan sangat comel. Heart memandang wajah kembarnya tidak sabar.
“Okey, okey...Namanya Delaila Emerald. Dia...”
“Satu-satunya yang berjaya membuatkan Ezra Edree jatuh cinta.”sampuk Heart.Ezra tersengih. Heart menggosok kepala kembarnya itu.
“Hey!”
“Heart!Kau mengelamun.”marah Ezra. Heart tersengih.
“Macam mana kau pasti yang kau jumpa tu dia?”soal Heart, cuba menutup kekhilafannya tadi.
“Hanya dia akan tanya siapa aku pada dia. Dan hanya dia saja yang mampu untuk buatkan aku tertawan. Aku kenal dengan Delaila.Aku sayangkan dia sepenuh jiwa aku.Heart ,hanya dia saja yang mampu buat aku begini.”luah Ezra. Sukar untuk jatuh cinta dan jika dia sayang, makna nya itu adalah untuk satu jangkamasa yang panjang atau mungkin untuk selamanya.
“ Dan kau tak nak jumpa dia?” soal Heart.Dia tahu mereka sedang bercerita tentang Delaila tapi siapa dia yang dimaksudkan Ezra.
“Setiap hari kami berjumpa, tapi Dia dah tak ingat siapa aku. Heart, dia dah lupakan segalanya. Segalanya tentang kami.” Nada Ezra berubah menjadi sayu.Mukanya disembam ke meja bar.
“Ezra, adakah Selene Delaila?”soal Heart meminta kepastian. Ezra diam dan mengangguk. Heart diam. Dia ingat lagi cerita Ezra tentang gadis itu melalui perbualan telefon mereka.
“Kau patut tengak Selene melayan kami. Kesian dia...”
“Selene?Siapa tu?”soal Heart.Pertama kali mendengar nama itu.
“Oh, dia pembantu baru SecretLover.” Beritahu Ezra.
“SecretLover ada pembantu baru? Dan kenapa baru sekarang kau nak cerita dekat aku?” rajuk Heart.
“Hey, aku tak sukalah layan rajuk kau, Heart.”sengaja nadanya ditinggikan.
“Ezra!Kaukan...Eh ceritalah lagi macam mana perangai Selene tu?” pinta Heart.
“Hmm..Selene tu aku ringkaskan kadangkala dia naif. Dan itu membuatkan dia comel.”tawa Ezra menutup penerangannya.Heart tergamam.Sudah terlalu lama dia tidak mendengar tawa Ezra. Sejak Ezra memberitahu, Delaila hilang, sejak ituu juga tawa Ezra Edree hilang.
“Hello!!Heart kau dengar tak ni?”
“Hah?”
“Kau ni...Selalu saja mengelamun. Okeylah.Aku ada show hari ni.Bye, Heart.” Akhir Ezra.
“Jadi berterus-terang pada dia...”
“Daniel cintakan Selene, Heart.Aku tak mampu nak lukakan hati kawan baik aku.” Beritahu Ezra. Heart diam. Dia kini duduk disebelah Ezra. Kepala Ezra dilentokkan ke bahunya.
“Jadi, apa kau nak buat?” soal Heart.
“Pergi jauh dari mereka,” perlahan saja jawapan Ezra. Heart berpaling.
“Maksud kau, tinggalkan SecretLover?”
“Itu sebaiknya.”
“Ezra, itu tindakan bodoh.Hanya kerana seorang Selene, kau nak tinggalkan Daniel, Victor dan Travie?”soal Heart.Dia betul-betul tak setuju dengan keputusan Ezra.
“Lagipun mummy suruh aku ke US.” Jawapan Ezra menyebabkan Heart terdiam. Lady Ferra, ibu mereka yang menjaga syarikat keluarga Edree. Seorang yang sangat tegas. Namun satu yang Heart pasti ibunya itu mampu buat apa saja untuk memastikan syarikat itu hidup. Itulah sebabnya dia dan Ezra berada di Deseree.
“Jadi kau akan ikut...”
“Mungkin...aku perlukan masa untuk berfikir.” Denting jam membuatkan mereka berpaling. Pukul 10.30 malam. Ezra segera mengambil topi keledarnya.
“ Kau nak balik sekarang ke?Kenapa tak tidur sini ?”
“Aku ada show esok.Jumpa kau nanti. Bila aku dah buat keputusan.”
“Ezra, kau takkan biarkan Daniel, Victor dan Travie bertiga sajakan?” soalan Heart itu dibiarkan tidak berjawab. Ezra terus keluar dan membonceng motornya ke apartmentnya. Di pintu apartmentnya, Daniel dan Travie bersama Victor menunggunya.
“Ezra, kau ke mana?” soal Daniel sebaik saja mereka masuk kedalam ruang apartment Ezra.
“Aku jumpa Heart.” Mereka diam. Mereka tahu siapa Heart tapi dimana?
“Jadi kenapa korang terjah apartment aku malam-malam ni?”soal Ezra. Menukar topik sebelum mereka bertanya tempatnya.
“ Err..Kami nak ajak kau keluar minum-minum...”ajak Travie. Jam ditangannya dilihat.
“ Pukul 11 malam. Kau nak keluar minum ke mana?”sindir Ezra.
“ Bukanlah. Kami nak tanya kau, kau dah jumpa dia ke?” soal Daniel. Ezra diam. Mukanya berubah seketika.
“Dia? Kau nak aku jumpa siapa?” dia pura-pura menguap.
“Hey, aku dah mengantuk la...Esok kita ada show kan? Aku pergi lambat sikit. Jumpa korang dekat South Decade Hall..” Tubuh ketiga-tiga temannya itu ditolak keluar.
“Ezra, kitorang tak habis cakap lagi.”
“Nanti kita sambung.”elak Ezra. Dia segera menutup pintu apartment. Dia bersandar dipintu apartmentnya.  Tiba-tiba pintu apartmentnya diketuk perlahan.
“Ezra, awak ada di dalam ke?” Selene.
“Kenapa awak datang kesini, Selene?”
“Saya hanya nak cakap dengan awak.”
“Cakap apa?Kita dah cakap banyak hari ni,”bidas Ezra.
“Ezra, saya tak tahu kenapa, jawapan awak petang tadi tentang siapa awak pada saya. Saya rasa tidak benar.Awak bohong. Saya pasti awak, Ezra seseorang yang sangat bermakna dalam hidup saya. Bukan seseorang yang mahu saya lupakan. Kenapa Ezra?” Ezra diam.
“Ezra mungkin awak dah benci dekat saya. Saya minta diri dulu,” ujar Selene. Ezra bingkas bangun. Pintu apartmentnya dibuka.
“ Selene...” Gadis itu telah pergi.
“Saya masih sayangkan awak seperti dulu...”bisik Ezra perlahan. Lama dia disitu. Perlahan-lahan dia masuk kedalam apartmentnya kembali. Perlahan kedengaran lagu  nyanyian Daniel Bedingfield. If You’re Not The One.

If you're not the one then why does my soul feel glad today?
If you're not the one then why does my hand fit yours this way?
If you are not mine then why does your heart return my call?
If you are not mine would I have the strength to stand at all?

I never know what the future brings 
But I know you're here with me now
We'll make it through 
And I hope you are the one I share my life with

I don't wanna run away but I can't take it, I don't understand
If I'm not made for you then why does my heart tell me that I am?
Is there any way that I can stay in your arms?

If I don't need you then why am I crying on my bed?
If I don't need you then why does your name resound in my head?
If you're not for me then why does this distance maim my life?
If you're not for me then why do I dream of you as my wife?

I don't know why you're so far away 
But I know that this **much** is true
We'll make it through 
And I hope you are the one I share my life with
And I wish that you could be the one I die with
And I'm praying you're the one I build my home with
I hope I love you all my life

I don't wanna run away but I can't take it, I don't understand
If I'm not made for you then why does my heart tell me that I am
Is there any way that I can stay in your arms?

'Cause I miss you, body and soul so strong that it takes my breath away
And I breathe you into my heart and pray for the strength to stand today
'Cause I love you, whether it's wrong or right
And though I can't be with you tonight
You know my heart is by your side

I don’t wanna run away but I can’t take it, I don’t understand
If I’m not made for you then why does my heart tell me that I am
Is there any way that I can stay in your arms?

2 comments:

Hanana Banana said...

...daniel reid milikku...
huha!!~
nway, ske la kmbar si ezra tu...

Haruno Hana 하나 said...

biar hana jd selene la^^
minat betul dgn soeul couple nie
:D