At-10-Tion!

Break Time has finished its construction,
Now is the time for le author to update~

UPDATE

Wednesday, October 07, 2009

9 : Yang Hilang tetapkan Hilang...


Motor Ezra dipandu ke satu tempat yang tidak asing lagi baginya. Tempat yang tak pernah dia kunjungi selepas kehilangan Delaila. Kali terakhir dia kesitu, adalah pada kali terakhir dia berjumpa dengan Delaila, sebelum gadis itu tiba-tiba menghilang. Ezra tersedar dari lamunannya apabila dia merasa pelukkan Selene padanya makin erat. Terlupa dia akan keadaan Selene, mungkin trauma kerana sesuatu yang pernah berlaku dulu.
            “ Ezra, kita nak kemana?” soal Selene. Ezra masih membisu. Motornya berhenti disatu kawasan lapang, di puncak bukit.
            “ Ini...” Selene tergamam. Indah dan nyaman, seperti dia pernah kesini, satu ketika dahulu.
            “ Ini adalah Soul’s Peak, Delaila...” beritahu Ezra sambil merenung wajah Selene. Ah, betapa rindunya dia pada seraut wajah itu.
            “ Ezra...”
            “ Awak tak ingat Delaila Emerald...Awak takkan ingat. Ini tempat kita berdua,” beritahu Ezra. Nadanya hampa. Hampa kerana gadis dihadapannya itu gagal mengingati dirinya.
            “ Ezra,” bahu jejaka itu cuba dipegang. Ezra memandang letaknya tangan gadis itu sebelum menurunkannya.
            “Awak adalah Delaila walaupun awak tak ingat, dan saya sedar sesuatu Selene,” wajah gadis itu direnung dalam.  Wajah Selene tak sabar mendengar kata Ezra seterusnya.
            “ Even if my soul are ripped apart, I still love you. Walaupun, awak tak ingat siapa Ezra dalam hidup awak...” Mata coklat milik Ezra direnung lama. Selene masih lagi terpinga. Sesaat kemudian Ezra tersenyum. Perlahan-lahan, dahi Selene dikucup, lama.
            “ Ezra, tolong jangan pergi,” pinta gadis itu akhirnya. Tubuh Ezra dipeluk erat. Ezra mengusap lembut rambut gadis itu. Dia akui betapa dia akan merindui gadis itu. Tak kira sama ada itu Selene atau Delaila.
            “ Selene, perkara terakhir yang saya mahu adalah sesuatu terjadi pada awak atau mereka. Tapi saya percaya, jika sekalipun saya ke penjuru dunia mana sekalipun, mereka akan lindungi awak, untuk saya.”
            “ Kenapa bukan awak?”soal Selene. Buat kali ini, dia merasakan hanya Ezra yang diperlukannya. Bukan Daniel, Victor mahupun Travie. Hanya Ezra.
            “ Mungkin kerana yang hilangkan tetap hilang. Dihadapan saya kini, bukan lagi Delaila Emerald, tapi Selene.” Selene merenung wajah itu.
            “ Jadi kita bina yang baru. Kehidupan yang baru, Ezra, mungkin Delaila dan Ezra sudah hilang tapi kita bina Ezra dan Selene.” Ezra tersenyum. Segera tangan Selene ditarik. Biarlah Selene berfikir dia akan tinggal disini, tapi untuk saat ini, dia mahu mencipta kenangan untuk dibawa bersama. Topi keledar dipakaikan kepada Selene. Matanya sesekali merenung ke mata milik Selene. Betapa mata hazel itu akan dia rindui juga.
            “ Jom,” ajak Ezra.Selene akur dengan ajakkan jejaka itu. Kemana? Entahlah, baginya jika dapat bersama Ezra, itu sudah cukup. Cukup untuk dirinya. Terasa seolah dia pernah melaluinya. Suatu masa dahulu. Pelukkan pada Ezra dipereratkan lagi. Tak ingin kehilangan lagi. Malam kian menjelma. Hanya ada satu tempat sahaja lagi yang Ezra mahu pergi bersama gadis itu. Motornya dibonceng ke Cafe Serenity.
            Tangan gadis itu ditarik ke dalam cafe itu. Heart hanya memandang. Pengunjung cafenya malam itu menyapa Ezra.
            “ Hi, semua...It’s been long time since saya perform disini dan malam ini, Heart please let me sing,” pinta Ezra sebaik saja dia mencapai mikrofon. Selene terpinga disebelahnya.
            “ Aku tak tahu apa kena dengan kau, but the pleasure it yours, bro. Selene, mari saya tunjukkan awak tempat untuk duduk.” Ezra mengambil gitar kesayangannya yang telah lama tersadai di cafe itu.
            “ Lagu ini, saya tujukan khas untuk, gadis yang bersama saya tadi. Inevitable by Anberlin,” beritahu Ezra. Selene yang baru duduk itu memandang kearah Ezra sebaik saja mendengar namanya. Pengunjung cafe itu bersorak. Ezra mulai memetik tali gitarnya.
Do you remember when we were just kids
And cardboard boxes took us miles from what we would miss
Schoolyard conversations taken to heart
And laughter took the place of everything we knew we were not

I wanna break every clock
The hands of time could never move again
We could stay in this moment (stay in this moment)
For the rest of our lives
Is it over now hey, hey, is it over now

I wanna be your last, first kiss
That you'll ever have
I wanna be your last, first kiss


Mata Ezra memandang wajah Selene tanpa henti.

Amazing how life turns out the way that it does
We end up hurting the worst, the only ones we really love

I wanna break every clock
The hands of time could never move again
We could stay in this moment (stay in this moment)
For the rest of our lives
Is it over now hey, hey, is it over now

I wanna be your last, first kiss
That you'll ever have
I wanna be your last, first kiss

            Pengunjung café itu menumpukan perhatian mereka pada Selene. Mereka dapat meneka pasti gadis ini sangat disayangi Ezra
Is it over now hey, hey, is it over now
Is it over how hey, hey, it's not over now

I wanna be your last, first kiss
That you'll ever have (that you'll ever have)
I wanna be your last, first love (that you'll ever have)
Till you're lying here beside me with arms and eyes open wide
I wanna be your last, first kiss for all time.

            Ezra menamatkan nyanyiannya itu. Seketika Selene dan pengunjung terbuai dengan irama itu. Selene merenung wajah Ezra hinggalah lelaki itu duduk disisinya.



p/s : sorry mungkin pendek skit kot...


2 comments:

the writers said...

best! ^^
nak tau sambungan..


visit blog kitorang
http://pioneerwriters.blogspot.com

tunjuk ajar apa yg patut,
thank you :)

Haruno Hana 하나 said...

just one word i wanna saya
romantic!!!
^^