At-10-Tion!

Break Time has finished its construction,
Now is the time for le author to update~

UPDATE

Saturday, August 14, 2010

Diamond 6 : Crystal's Story


“Selamat pagi,”sapa Crystal. Senyuman terukir. Rainie membalas senyuman itu. Begitu juga Nami.
            “Selamat pagi, Crystal,” sapa Aya. Crystal berpaling. Terkejut dengan sapaan Aya itu. Wajah manis Aya menyapanya. Crystal tersenyum.
            “Kyuu, sediakan sarapan pagi kami,” arah Crystal.
            “Yes, my lady.” Mata Crystal memandang sekeliling. Pandangannya jatuh pada Aya dan Hans yang beraut serius.
            “Maaf, Crystal, saya nak bertanya sedikit,” tegur Nami.
            “Silakan.” Senyuman manis terukir lagi. Sehelai kertas berwarna hijau dihulurkan.
            “First task awak?” Nami mengangguk. Tidak perlu berahsia baginya.
            Ilmu didada tiada guna kalau tanpa aplikasi. Sistem SOS perlu kiraannya. Jika bahaya melanda.
            “Jadi?”soal Crystal. Aya turut sama mendengar masalah Nami.
            “Pertama sekali, Sistem SOS adalah sistem pertahanan negara. Dan task saya adalah untuk hack sistem ini. Jika sistem ini berjaya dihack, yang mana kemungkinan jika saya yang buat adalah tinggi, maklumat rahsia negara kita akan diketahui umum. Ini membahayakan. Saya tak boleh buat task ini.” Terang Nami. Vince mengangguk bersetuju dengan Ladynya. Lama mereka terdiam.
            “ Saya akan cuba sehabis baik untuk membatalkan task ini,sekejap ya.” Ujar Crystal.
            “Kyuu, saya perlukan folder itu,” pintanya. Kyuu menghulurkan satu folder berwarna putih. Crystal membelek satu persatu.
            “Kyuu, cari Jun. Yang lain sila ke kelas.” Putus Crystal akhirnya.
            “Crystal, apa awak nak buat?” soal Aya. Satu diamond di gelang tangannya dikeluarkan.
            “Cik Crystal,” sapa Jun. Crystal berpaling. Raut yang seringkali tersenyum langsung tidak mengukir senyum.
            “Task Nami, batal,” pendek jawab Crystal. Jun menghulur tangan. Diamond bertukar tangan. Jun tunduk hormat. Butiran diamond itu disimpan didalam bekas khas. Sebutir batu Onyx diberi sebagai ganti. 5 butiran permata di gelang Crystal bertukar warna. Hitam seperti batu Onyx itu. Jun berlalu pergi.
            Aya yang menjadi saksi peristiwa itu tergamam. Dia tahu dengan pertukaran batu utama itu, level Lady itu turun kesatu peringkat. Seperti Crystal, kini dia bertaraf Onyx.
            “Aya,” perlahan suara Crystal. Senyuman terukir. Dia tahu Aya melihat peristiwa itu.
            “Kenapa?” soal Aya. Crystal tersenyum.
            “Aya, will we be comrades?” soal Crystal. Aya terdiam sejenak. Sebelum mengangguk.
            “Crystal perlukan teman untuk tentang visi dan misi Goldilocks, dan Crystal tak boleh buat seorang diri. Mereka nampak Nami sebagai threat kini, Crystal tak boleh hilang seorang pun Lady kumpulan kita.”terang Crystal.
            “Hingga hilang status Diamond?” persoal Aya.
            “Aya, Crystal tak peduli. Itu hanya status.Teman untuk perjuangan tak dapat diganti.” Balas Crystal.
            “Crystal minta diri dulu,” ujar Crystal tiba-tiba. Kyuu muncul disisi Ladynya.
            “Cik, Rei...” Crystal diam. Wajahnya kini tak beriak. Bayang Rei berlalu. Crystal tahu dia perlu bersemuka dengan Rei suatu masa, dan baginya kini adalah lebih sesuai.
            “Kyuu, saya mahu berjumpa Rei,Aya, Crystal minta diri dulu.” Kepala ditunduk sedikit. Perilaku itu turut dibalas Aya.
            “Aya,” sapa Hans.
            “Hans, apa yang  awak dapat?’ soal Aya. Satu fail dihulurkan, Aya membelek fail tersebut. Crystal Van Reid.
            “Hans, dia bukan..” ayat Aya tergantung. Hans menyambung.
            “The only heir left from Van Reid.” Mata Aya meneliti informasi tentang Crystal.
            “Clan Van Reid entah bagaimana terbunuh semuanya kecuali cik Crystal tika itu dia berusia 10 tahun. Namun seminggu selepas kejadian itu, Cik Crystal hilang tanpa dikesan. Menurut seorang saksi, dia ternampak cik Crystal bersama seorang budak lelaki diusia sekitar 10 – 12 tahun dan ditemani 3 orang bersut lengkap dengan lencana Goldilocks. Penduduk sekitar percaya Cik Crystal dibawa ke Akademi ini sejak itu.” Cerita Hans kembali. Aya mengangguk.
            “Siapa budak lelaki itu? Kyuu ke?” soal Aya. Timbul tanda tanya dalam dirinya tentang itu.
            “Bukan Kyuu, tapi Rei,” jawab Hans. Aya diam. Cuba menghubung kaitkan situasi tadi. Lama akhirnya dia faham. Faham kisah Crystal dan Rei.


P/S : Sorry post nie pendek skit....

No comments: