At-10-Tion!

Break Time has finished its construction,
Now is the time for le author to update~

UPDATE

Thursday, December 16, 2010

Diamond 11 : A Visit Turn Wrong


            Nami terjaga pagi itu dengan setiap detail mimpinya dikepala. Dia memandang sekeliling. Di mana dia? Pintu bilik dibuka. Rainie masuk.
            “Nami, awak dah sedar, baguslah...Kami risau sudah dua hari awak tak sedarkan diri.” Beritahu Rainie. Nami memicit kepalanya mengingati kembali kejadian itu.
            “Saya betul-betul hilang diakan?” soalnya perlahan. Rainie terhenti pergerakannya. Lambat dia membalas,
            “Ya,” Nami tertunduk. Perlahan-lahan tangannya bergerak ke dadanya.
            “Tapi kenapa Nami rasa Vince masih hidup?” soalnya. Rainie memegang tangan gadis itu.
            “Nami, tak kira apa berlaku, Vince tetap hidup dihati Nami.Macam papa Rainie,” ujar Rainie. Ingatan Nami berpusat pada mimpinya. Wajah Rainie dipandang.
            “Rainie, siapa nama papa Rainie?” soal Nami.
            “Trevor, Trevor Fantamitte, kenapa?”
            “Dan betul ke nama mama Rainie, Storm Phantom?” soalnya meminta kepastian.Rainie mengangguk walaupun sedikit pelik dengan soal Nami.
            “Kita kena cari mama Rainie. Mesti,” beritahu Nami. Rainie pelik tapi sekurang-kurangnya Nami tak bersedih. Rainie cuba mengingat kembali.
            “Nami, Nami tahu mama dekat mana?” soal Rainie. Nami mengangguk. Dan terus berlari keluar.
            “Nami, kamu dah ok?” soal Aya. Nami memegang bahu Aya.
            “Lady Phantom. Kita kena cari dia, Carrie mana?” soal Nami. Hans melihat keghairahan Nami hanya menghulur komputer riba Nami.
            “Lady Phantom?” kuat suara Crystal kedengaran. Nami mengangguk. Dia mahu segalanya selesai.
            “Carrie locate keluarga Granger,” arah Nami. Lady yang lain masih memerhatikan Nami. Luna yang tak tahu apa-apa memeluk Nami dari belakang. Nami tersenyum.
            “Nami, lama Luna tak nampak Nami,” ujar Luna. Nami tersengih.
            “TIIIT, Granger ditemui.”
            “Good, jom kita pergi,” ujar Nami. Yang lain hanya memandang. Nami mengeluh.
            “Saya tak tahu bagaimana nak terangkan, tapi please, percayakan saya,” rayu Nami. Crystal diam. Dia memandang kearah Kyuu. Kyuu mengangguk.
            “Besok. Saya rasa Nami masih perlu berehat.” Ujar Crystal. Masing masing kembali melakukan aktiviti mereka. Crystal menghampiri Nami.
            “Awak pasti Nami?” Nami mengangguk. Dia pasti memang mimpinya itu benar.
            “Kami percayakan awak Nami, Kyuu, sediakan apa yang sepatutnya.” Kyuu mengangguk. Tanpa disedari sesiapa pun, Rei keluar. Dia tahu lokasi itu. Nalurinya mengatakan ada sesuatu yang bakal terjadi.
            Rei berdiri tegak didepan rumah kecil itu. Dia merasakan aura Storm, dan juga seseorang yang lain. Matanya cuba melihat kedalam rumah itu. Tiada pergerakan, terlalu mencurigakan. Lama dia berdiri disitu hingga dia sedar ada seseorang dibelakangnya. Dia berpaling.
            “Winter,” Lelaki itu berekspresi dingin. Sedingin namanya. Rei faham siapa yang didalam itu. Shifter terhebat Goldilocks, Trixie Forfeit.
            “Kau dah lupa tugas kau,” ujar Winter senada. Bukan dia tak tahu, Rei sudah meninggalkan akademi demi Ladynya itu. Rei memandang wajah Winter yang sudah dianggap abang itu.
            “Kau sendiri pernah bagitahu, walau apa pun, Lady tetap nombor 1.” Winter memandang wajah Rei. Dulu, wajah itu tak pernah mempunyai ekspresi, kini, semuanya dah berubah. Ada kesan lelaki ini mempunyai perasaan.
            “Aku harap, kau tak sekejam dulu, Winter. Trixie dekat dalamkan? Jangan apa-apakan Phantom, kalau tak, aku akan kejar kau untuk dia dan Trevor,” beritahu Rei sebelum berlalu. Winter memerhati dari jauh langkah Rei. Dia akui, Rei adalah butler terbaik selepas Trevor, dan dia sendiri tak mampu untuk menandingi kedua mereka.
            Tanpa mereka berdua sedari, Ryo turut hadir dalam perbincangan itu. Dia terdiam. Rei benar-benar berpatah arang dengan akademi, dan lebih penting lagi, siapa Storm pada Rei?
            “Ryo!Awak pergi mana tadi?” soal Rainie, tubuh lelaki itu dipeluk. Bagaikan satu addiction pula, Rainie perlukan Ryo sentiasa disisinya. Dia tersenyum. Mungkin ini perasaan mamanya pada papa. Ryo mengusap lembut rambut Ladynya itu. Rainie istimewa baginya, tapi bolehkah dia terus lindungi gadis itu. Dia tahu Winter, dia tahu siapa Lady Winter. Shifter. Perempuan yang dia jumpa hari itukan.Perempuan yang melukakan hati Ladynya dengan kenyataan palsu. Dalam dia Ryo berjanji, Ladynya akan tetap dilindungi sepenuhnya. Biarpun dia juga akan merana.
            Keesokkan harinya. Rei dan Ryo berada dalam keadaan berjaga-jaga, tidak ada sedetik pun mereka meninggalkan Lady mereka. Yang lain agak pelik melihat mereka berdua. Nami menghampiri Rainie. Tangan gadis itu digenggam erat.
            “Rainie, logik tak kalau Nami cakap, Nami nak jumpa Vince dengan mama Rainie?” Rainie terdiam. Ya, dia pun berasa ada sesuatu lagi yang menunggu mereka selain dari mamanya.
            “Sini!” jerit Gwen. Jake mengetuk kepala Ladynya itu. Gwen mengomel sambil menggosok kepalanya. Ryo memandang kedepan, bila dia merasakan tangan Rainie memegang tangannya baru dia sedar dia menahan nafas. Dia tahu Winter ada disekitar sini saja. Rei disisi Luna turut dipandang. Lelaki itu lebih berwaspada.
            Pintu cottage itu terbuka. Storm berjalan keluar. Itu pada pandangan mereka tanpa mereka ketahui, Storm yg berada diluar itu adalah Trixie.
            “Ma,”perlahan suara Rainie, tapi hanya Ryo saja yang mendengarnya. Dia pasti itu bukan Lady Phantom yang mereka cari. Tapi bagaimana nak membuktikan. Senyap-senyap dia menghantar isyarat pada butler yang lain untuk berjaga-jaga. Nami ditarik Hans ke belakangnya bersama Aya. Trixie tersenyum. Kesemua butler dalam keadaan berjaga-jaga. Mereka tetap juga masuk ke dalam rumah itu. Pintu berdentum tertutup. Rainie memegang belakang Ryo. Takut dan terkejut.
            “Nampaknya, kamu akan berada disini, sehingga, Phantom menyerah,” dan dihadapan mereka Trixie bertukar rupa ke rupa asalnya. Masing-masing terkejut kecuali Rei dan Ryo. Winter turut menampakkan diri dengan beberapa orang dari akademi. Wajah Rainie berubah. Pucat.
            “Abang, Winter,” perlahan suaranya. Winter mengekalkan ekspresi tak berperasaannya.
            “Rainie, belakang saya, Kyuu, Hans, Jake, Rei” panggil Ryo. Mereka membentuk bulatan melindungi Lady mereka.
            “Oh jangan risau, aku tak nak apa-apakan korang lagi, sampai Phantom keluar dari persembunyiannya, Phantom kau dengarkan! KELUAR atau mereka akan terima akibatnya.” Storm yang hanya memandang dari dalam bilik ciptaannya. Dia tak mampu untuk membentuk apa-apa bentuk yang untuk membantunya dan mereka. Trixie tahu segala helahnya, Trixie teman yang menikamnya dari belakang. Storm memandang kearah Vince yang masih tak sedarkan diri, dalam diam dia berdoa agar lelaki itu segera bangun.
            “PHANTOM! Kau nak tengok mereka ni diperapakan ke?” Aya mula mengira apa yang boleh dilakukan...Gwen turut sama memerhati mana-mana tanaman terdekat.

9 comments:

Atie Irzatie said...

1) biler nak habis ni? setiap hari aku bukak blog kau semate2 nak bace sambungan yes! my lady ni...

2) macam mana kau pisahkan tajuk2 cerita ek? ajar ar aku... aku ingat nak mula menjinakkan diri dalam bidang penulisan...

Nina Aziz said...

@Atie Irzatie
aq tgh mengetuk cri idea ni nk abhkan....

mcm yg tepi ni ek??
add gadget, utk yg list tu add link list,,,

utk tajuk tu, add image...

Ridz Atie Irzatie said...

okey... pas add link list tu, aku nak isi ape kat dalam tu??? kau kene ajar aku step by step... aku ni agak ketinggalan sikit bab ni...

Nina Aziz said...

@Ridz Atie Irzatie
link list ni ko biar je title kosng,
then ko msukkn url post ko dkt new site url tu...
lpas tu ko ltak la name pos ko tu...cm aq aq ltak *1* tu ke....
nk adjust die plak ko nmpkkn ade yg arrow naik n kwn dier tu...ko klik la stu utk ssun...

then klo yg picture tu plak, die ade 3 form kna isikn, title, caption n link...ko isi la dkt stu tajuk post ko, caption die ape..n klo cm ko ad wat sinopsis add url dier dkt stu....then msuk la image yg ko gne....

Ridz-PearlSapphire said...

yang link list tu aku dah dapat tangkap dah nak buat mcm maner... yang image tu aku masih tak faham lagi... mule2 isi tajuk dulu, pastu caption.. caption tu ape bende? pastu url tu maner aku nak dapat?

Nina Aziz said...

@Ridz-PearlSapphire
ok ko tgk aq pnye yes my lady tu, bwh gambar tu kn ade aq tlis our soul has intertwined by fate, yg tu caption...
klo xletak pn tak pe...
url plak, ble ko dh publish post, kan die bgi option tuk view post kn? so ko view post ko, thendkt address bar nnti kuar url ko tu...tu pun klo ko nak klo org klik gmbar tu, trus bwk ke sinopsis cter ko ke...cm tu la...

Ridz-PearlSapphire said...

ooo... i see... thanks a lot, friend atas panduan2 yang diberikan tu... klu sudi, kau follow la aku k!

Nina Aziz said...

@Ridz-PearlSapphire
hahha...xde bnda pun...
ko bgi la url nnti aq follow...

Ridz-PearlSapphire said...

@Nina Aziz k! url aku ridz-pearlsapphire.blogspot.com