At-10-Tion!

Break Time has finished its construction,
Now is the time for le author to update~

UPDATE

Monday, May 17, 2010

F.Y.I Crown 1 : The Princes and Their Princess...


­            Baru sahaja mereka melangkah masuk ke perkarangan Akademi Astolat, jeritan pelajar perempuan dan lelaki kedengaran.
            “The Princes dah sampai!!” antara kandungan jeritan yang kedengaran.Seorang gadis menarik tangan rakannya untuk bertanya.
            “Siapa The Princes?” soalnya dan yang paling mengerunkan secara tiba-tiba puluhan pasang mata memandangnya lagak ingin menelan si penanya.Si rakan segera menutup mulut si gadis.
            “Sorry, dia budak baru...” Keriuhan mulai beransur reda.
            “Lyd, aku tanya ni, siapa diorang tu?” soal Elaine. Suaranya ditegaskan lagi.
            “Isy, kau nie...Takkan kau tak pernah dengar pasal Astolat Academy’s 8 drop-dead handsome princes?”soal Lydia kembali. Elaine menjungkit bahu tanda tidak tahu. Lydia menepuk dahinya.

            “Geez, kau ni...Okey,okey aku akan terangkan dekat kau tentang mereka berlapan, bermula dengan Romeo Prince, nama sebenarnya Alfin Sigmore,pelajar tahun 2 Fakulti Perniagaan, Rambut kemerahan, senyuman yang sangat la manis semanis bicaranya dan dia merupakan pemain bola keranjang Astolat. Prince kedua, Playful Prince, atau Arredza Torreoli,Tahun 2 Fakulti Persembahan. Penari yang sangat hebat dan sangat kebudak-budakan.Oh ya, dia juga jumper terbaik Astolat.” Lydia berhenti untuk mengambil nafas. Elaine membelek Annual Student Guide.Biodata ringkas kelapan-lapan jejaka itu dibaca.
            “Ok, prince seterusnya, Mischief Prince atau Casey Adrule. Dia paling suka mengenakan orang, terutamanya Playful Prince, dia juga pelajar Fakulti Perniagaan. Prince keempat, Japanese Prince, Junichi Aoriyama,dari Jepun dan sangat baik. Ada khabar angi menyatakan Prince Junichi adalah keturunan Maharaja Akihito. Pelajar Tahun 2, Fakulti Seni dan kelas kita...Seorang Archer. Putera kelima, Lord Seth Adam IX, keturunan Bangsawan England, Prince Seth juga digelar Sweet Prince.Pelajar Tahun 2 Fakulti Kejuruteraan. Kau tahu, diantara mereka berlapan dia paling baik, well besides Prince Alfin.” Lydia berhenti lagi. Elaine merenung lama wajah Lydia sebelum gadis itu menyambung bicara.
            “Putera seterusnya, Prince Hector Draughtios, pewaris tunggal empayar Draughty. Dikenali juga sebagai Genius Prince. Wakil catur terhebat Astolat, pelajar tahun 2 Fakulti Perubatan. Seterusnya Perfect Prince atau Prince Eddy Eldrian, Pelajar Tahun 2 Fakulti Kejuruteraan. Dan terakhir sekali...”kata-kata Lydia dipotong.
            “Kenapa Perfect Prince?” soal Elaine.
            “Well, dia antara yang perfect, maksud aku, diorang semua ada kelebihan masing-masing, tapi Prince Eddy, dia boleh buat semua...Okey, the last prince, macam ada curse sikit kalau sebut nama dia, poof, out of no where, dia akan muncul depan kau, Ice Prince. Dia paling dingin dengan semua orang kecuali The Princes. Pelajar tahun 2, Fakulti kita, lebih tepat lagi, kelas kita. Nama Ice Prince ialah Zyrole Xavier, sangat berbakat da...lam..” kata-kata Lydia termati, sebaik saja dia merasakan kehadiran seseorang. The Ice Prince!!
            “Atas sebab apa kau sebut nama aku?” soal jejaka itu, tiada nada, monotone.Elaine meneliti lelaki yang bergelar Ice Prince itu. Kacak, tapi perlu ke attitude seperti itu?
            “Maaf, Prince,” tutur Lydia gelabah. Elaine mulai bengang.
            “Hei, kau tak ada hak untuk persoalkan apa yang kami bualkan..” marah Elaine. Seisi kelas terdiam, menjadi saksi pertengkaran itu. Zero mencerlung tajam ke arah Elaine dan gadis itu turut sama membalasnya. Masing-masing diam, bagaikan ada arus elektrik yang mengalir antara mereka.Lama hingga kedengaran tawa seseorang. Mereka berpaling arah.
            “Prince Junichi,” antara bisikan yang kedengaran.
            “Zero dah la tu. Dan cik maafkan kawan saya ni,” ucap Jun pada Elaine dan Lydia.
            “ Jun, dia yang mulakan dulu.” Bantah Zero. Jun tersenyum, manis.
            “We are gentlemen aren’t we? Saya Junichi Aoriyama, panggil saya Jun dan ini Zyrole Xavier panggil dia Zero saja. Dan cik?” Elaine memandang kearah Lydia. Tiada tanda dia akan menjawab.
            “Saya Elaine dan ini Lydia.”

            “Saya rasa bukan Lady Lydia Emerie bukan?” soal Jun.Elaine disaat itu pasti jika Jun dan Zero masih disitu, pasti Lydia pengsan. Pantas disiku lengan Lydia.
            “Lydia Eleanor Emerie,” jawab Lydia. Sebelum sempat Jun bersuara lagi, kedengaran suara lain memanggil dia dan Zero.
            “Jun, Zero cepatlah...”panggil Redz.Senyuman terukir dibibirnya.
            “Maafkan kami,Cik Elaine dan Cik Lydia,” ujar Jun. Elaine hanya mengangguk. Ed yang bersama Redz sempat melihat seluruh kelas itu sebelum terhenti pada Elaine. Pandangan mereka bertemu. Senyuman terukir dibibir Elaine.
            “Jom!!!” tarik Redz.Masih tak sedar akan kekakuan Ed. Mereka berempat berjalan meninggalkan kelas itu.
***********************
            “Ed!yo, Ed” panggil Al kuat. Ed berpaling.
            “Kau dah sampai mana? Nah, ambil ni,” reben berwarna ungu dihulurkan.
            “Untuk apa ni?” soal Ed.
            “Lah, kitakan nak siapkan hadiah untuk dia, adik kau,jangan cakap tiba-tiba kau hilang ingatan lupa kau ada adik.” Balas Kay. Dia bangun mendapatkan Jun, Redz, Hect dan Zero yang sedang rancak berbual.
“Wei, cerita apa?” soal Kay. Belum sempat Zero menjawab, nine melangkah masuk ke bilik khas mereka. Dek terlalu banyak bakti yang ditaburkan pada akademi itu, maka pihak akademi memberikan bilik itu kepada mereka sebagai sagu hati.
“Cerita apa?” soal Nine. Al dan Ed yang sudah selesai dengan kerja mereka menyertai kawanan itu.
“ Our Ice Prince done it again!” ujar Redz lantang. 3 pasang  mata terus memandang  kearah Zero.
“Tu je? Tak adalah best mana,” balas Kay.
“Well, kali ni, Zero hanya berjaya frozekan seorang je. You should see her!” tokok Jun. Zero menumbuk bahu Jun.
“Sakitlah!” jerit Jun.
“Siapa budak tu?” soal Al kelihatan berminat.
“Yang frozen tu, Lydia Emerie,yang seorang lagi tu Elaine.” Ujar Jun.
“Not a big deal pun.”bantah Zero.
“Oh, boo-hoo Zero!! Aku peliklah kenapa la saat happening ni jadi dekat Art je?”keluh Kay.
“Aku rasa macam dah jumpa my lady, aku nak pikat dialah.” Putus Al.
“Sorry, Mr Romeo, aku nak pikat dia dulu!” ujar Hect.
“Lets see siapa yang..”
“Jom balik kelas!!” ajak Ed. Masing-masing melihat jam ditangan. Waktu pertama hampir bermula.
Di Fakulti Seni,
“Maaf kerana terlambat,” ujar Jun. Zero hanya mendengar.
“Masuk Aoriyama, Xavier, kami baru saja bermula.” Ujar Mr Danvers guru sastera dunia mereka.Helaian latihan diedarkan pada mereka. Mr Danvers berhenti pada Elaine.
“Pelajar baru?” soalnya.
“Elaine, sir,” balas Elaine, senyuman manis terukir.
“Lady of Shalott.”
“The one and only, except for suiciding for Lancelot,” jawab Elaine.
“Kenapa?” soal Mr Danvers.
“ Well, lets just assumed that this Lady of Shalott don’t a knight and aimed for King Arthur herself.” Kali ini Mr Danvers ketawa.
“Keep it up, Lily Maid.”lembaran dihulurkan pada Elaine.
“Thank you, sir.” Jun memerhati penuh minat,hingga terlupa pada lembaran didepannya sehinggalah Zero menyikunya. Dan kelas berjalan seperti biasa.
“Bye, Elle, jumpa esok,” ujar Lydia. Elaine melambai.
“Cik Muda nak ke mana?” soal pemandunya.
“Hantar saya balik terus...”Senyuman yang diberikan pada Ed masih lagi kekal. Sementara itu dibilik rehat mereka, The Princes sibuk menyiapkan hadiah buat adik Ed yang akan pulang.
“Come on, that girl dah sampai rumah dah pun,” beritahu Ed.
DiRumah keluarga Eldrian, kelapan-lapan jejaka segera ke ruang tamu. Hadiah yang dipegang Zero jatuh disebabkan dia masuk  dahulu.
“Zero! Kenapa?” soal Al.
“Wow!” kini giliran Al terkaku.
“Cik Elaine or patut saya panggil Elle?”soal Jun. Baik Zero mahupun Al memandang kearah Jun.
“What?” serentak keluar dari mulut mereka. Elaine tersenyum.
“Eddy!”  panggil gadis itu. Zero pasti dia hanya bermimpi. Elaine memeluk Ed.
“So memang kaulah tadi?” soal Ed. Elaine tersenyum riang.
“Yup, the one and only, Elaine Guinevere Eldrian,” ujar Elaine sedikit angkuh nadanya.Ed menggosok kepala Elaine. Akhirnya dia balik juga.
“Wow, Ed kau bawa Ice Prince sekali balik, no wonder sangat sejuk,” sindir Elaine.
“Aku suka Elle yang ni!” ujar Kay tiba-tiba. Ketawa mereka semua pecah kecuali Zero. Jun menyiku rusuk Zero.
“Thanks, Jun”ujarnya sedikit marah.
“Jom minum petang, mak cik dah sediakan  teh dan kuih.” Ajak Elaine.
“Kejap, kau kena buka hadiah kitorang dulu!”paksa Redz.
“Kau memang childish kan Redz,” ulas Elaine. Redz tersenyum. 8 pasang mata memandangnya penuh mengharap.
“Okey, okey ,present time. Memang tak boleh pushy lagi lagi korang nie.”Masing-masing tersengih.
“Aku dulu!” beritahu Redz. Hadiah ditangan dihulurkan.
“Kau yang balut ke Redz? Cantik tapi aku tak suka pink la,” komen Elaine.
“Aku ingat kau dah tukar warna.” Kertas pembalut itu dilipat sekemasnya. Sebuah beg tangan ditunjukkan pada mereka.
“Thanks, Redz.” Elaine memeluk Redz.
“Aku pulak,” hulur Hect.
“Still bukan colour favorite aku, tapi seriously, Hect, aku suka,” terang Elaine. Gaun labuh berwarna biru muda itu diacu ketubuh. Seperti Redz, Hect turut dipeluk. Nine menghulurkan bungkusan berwarna putih.Seperti hadiah sebelum ini, bungkusan itu dibuka berhati-hati.
“Thanks, Nine,” ujar Elaine sambil memeluk Nine, pipi pemuda itu dicium. Kasut tumit tinggi berwarna perak itu diletakkan ditepi.
“Sebelum kau teremo, ni hadiah aku,” celah Kay. Bungkusan berwarna coklat itu bertukar tangan. Terletus ketawa Elaine sebaik saja kotak itu dibuka, penuh dengan kertas. Namun seketika kemudian dia berkerut.
“Kay kenapa...” Terdiam dia bila Kay mengkalungkan sesuatu dilehernya.
“Kay, thanks,”lama dia memeluk Kay.
“Aku terbuat kau menangis, maaf, Elle,” pujuk Kay. Elaine ketawa. Airmatanya dikesat.
“Ni, dari aku dan Al,” bungkusan sebesar dirinya. Elaine memandang kearah Ed dan Al.
“Macam mana nak buka?” soalnya. Kay tersengih.
“Aku rasa ada exception untuk yang ni, kau boleh koyak je,” cadang Redz.Elaine turut sama tersengih mendengar cadangan itu.
“Jom buat sama-sama.!” Masing-masing menarik satu sudut kertas hadiah itu.Teddy Bear bewarna putih sebesar dirinya. Elaine memeluk Ed dan Al serentak.

“Thank you very much Al, Ed! Sangat comel!!”Jun berdehem.
“Hadiah aku tak sehebat diorang berdua Cuma ni je,” kad jemputan bertukar tangan.
“Welcome back party  untuk aku?”Terima kasih Jun!!”
“Kau boleh pakai gaun dan kasut tu,” beritahu Hect. Elaine mengangguk.Pipi Jun dicium. Zero ditolak oleh Kay untuk menyerahkan hadiahnya.
“Ini untuk kau, aku harap kau suka.” Bungkusan berwarna biru itu beralih tangan. Elaine membuka hadiah itu berhati-hati.
“Zero, thanks!! Aku betul-betul sukakan hadiah ni,” 7 pasang mata yang lain cuba untuk melihat gambar yang dilukis Zero, Gambar mereka semua. Elaine memeluk Zero.
“Thank you very much, Ice Prince,” bisik Elaine. Zero tersenyum.

P/S : ngee...hope korg suke...

No comments: