At-10-Tion!

Break Time has finished its construction,
Now is the time for le author to update~

UPDATE

Wednesday, September 08, 2010

Diamond 7 : Secret Within Secret


            “Boleh saya bantu cik Crystal?” soal Rei. Dia tahu tujuan Crystal datang bertemu dengannya. Perangai Crystal sudah dikenalinya. Apakah dia masih seperti dulu.
            “Kyuu, tinggalkan kami,” perintah Crystal.
            “Cik,”protes Kyu.
            “Kyuu,” wajah butlernya dipandang.
            “Yes, my lady,” rasa ingin protes terpaksa disimpan.
            “Rei, Crystal minta tolong dekat Rei, bukan untuk Crystal, sebab Crystal tahu Luna penting buat Rei bukan?” soal Crystal.
            “Maaf, cik,”
            “Biar Crystal habis cakap dulu...Rei, kalau Rei bocorkan rahsia ni, Rei tahukan Luna juga akan kena tempiasnya...Rei tahukan apa hukuman Akademi. Dihilangkan dari muka bumi ni...”
            “Sekiranya melanggar aturan Akademi, saya takkan teragak-agak,” balas Rei.
            “Dan Luna akan hilang, kau tahukan?” tiada lagi Crystal.
            “Cik, Crystal, kau..”Rei kehilangan kata.
            “Aku tak kisah dilenyapkan, sebab aku akan dilenyapkan untuk jumpa keluarga saya...Tapi, Luna, dia tak layak untuk dilenyapkan. Kebanyakan Lady dalam kumpulan ini, dah kehilangan keluarga, termasuk Luna...Tapi Luna dia tak kenal siapa keluarga dia...Luna akan keseorangan,” ujar Crystal. Entah bila tangan Rei diangkat.
            “Pukullah, Rei, aku tak kisah. Aku hanya tempat kau lepaskan marah tu...Tapi kau kena ingat...Kalau kau pilih Akademi, Luna akan terima akibatnya,” serentak itu, wajahnya ditampar. Kuat. Dari bibirnya mengalir darah.
            “Cik Crystal,” ujar Kyuu. Crystal memegang pipinya. Bibirnya berdarah diabaikan. Melihat keadaan Ladynya menimbulkan berang pada Rei. Peduli apa dia dengan ranking itu.
            “Kyuu, berhenti. Rei, aku harap kau dapat fikirkannya.” Ujar Crystal. Crystal terus keluar. Pipinya diusap berkali-kali. Kyuu menarik tangan Ladynya. Menyandarkan tubuh gadis itu ke dinding.
            “Jangan sekali-kali awak buat macam tu lagi,” marah Kyuu. Terkejut Crystal dek sergahan itu. Air matanya tumpah. Dia menangis. Kyuu tertunduk. Dia menggosok kepalanya berkali-kali.
            “Maafkan saya, Crystal” Crystal masih lagi menangis. Kyuu memeluk Ladynya.
            “Maaf,maaf,” Tangisan Crystal masih kedengaran. Lama mereka begitu.
            “Cik, mari kita balik.” Ujar Kyuu. Tubuh Ladynya didukung.
Sebaik saja tubuh Ladynya dibaringkan diatas katil, Kyuu berpaling, namun tangannya ditarik.
            “Awak tak silap, Kyuu, Crystal yang salah,”ujar Crystal sebelum melepaskan tangan Kyuu. Lelaki itu berpaling. Crystal sudah lena.
            “Mungkin, tapi yang pasti, Crystal tetap akan saya lindungi.” Janji Kyuu.
            “Rei,” panggil Kyuu sebaik saja lelaki itu keluar dari bilik Luna.Lelaki itu berpaling.
            “Aku nak tahu, siapa Crystal pada kau,” Rei berjalan tanpa mempedulikan Kyuu. Baju Rei ditarik.
            “Kau, lepas...Crystal bukan sesiapa pada aku, dan aku tak terlibat dengan idea gila itu,” jawab Rei.
            Dan serentak itu, Kyuu menumbuk wajah Rei.
            “Aku takkan benarkan Crystal jadi orang terpenting buat kau,” marah Kyuu. Jake yang kebetulan lalu segera menahan Kyuu dari terus mempengapakan Rei. Walaupun dia tahu lelaki itu layak menerimanya.
            “Kyuu, sabar, Rei, pergi dari sini,” arah Jake. Rei mendengus.
            “Siapa kau untuk arahkan aku?” soal Rei.
            “Your best friend and your worst nightmare,” balas Jake.
            “Owh, betul ke, Bloodshed Jake? Sejak kau tinggalkan Akademi ni, 5 tahun dulu, aku tak kenal kau,” balas Rei. Kyuu terdiam, Jake seorang Bloodshed?
            Giliran Jake pula menarik kolar baju Rei.
            “Rei, aku kenal kau, kau tak melawan sebab kau rasa bersalah, sebelum Kyuu sedar tu, baik kau pergi,” bisik Jake keras. Rei menarik bajunya sebelum berlalu. Jake berpaling ke arah Kyuu.
            “Kau okay?” soal Jake. Bagaikan tersedar dari lena.
            “Kau Bloodshed?” Jake mengeluh.
            “YA, dan aku harap kau tak bagitahu sesiapa pun,”balas Jake. Kyuu mengangguk.
            “Jake, boleh aku tanya sesuatu?” tanya Kyuu. Jake mengangguk.
            “Kau dah lama dekat sinikan? Kau kenal Crystal dan Rei kan? Boleh kau ceritakan apa yang jadi? Bukan history yang semua orang dapat.” Terang Kyuu. Jake ketawa kecil.
            “Crystal tak keseorangan lagi aku rasa,” ujar Jake tiba-tiba. Kyuu memandang Jake pelik. Lama. Sebelum akhirnya Jake bercerita. Kyuu mendengar satu persatu mulai faham dengan hubungan Rei dan Crystal.
            Kyuu balik ke bilik Crystal untuk persiapan esok hari. Wajah polos Crystal yang lena. Kyuu tunduk mengucup dahi Crystal sebelum berbisik,
            “Awak tak keseorangan lagi Crystal, saya janji akan sentiasa dengan awak.”

Sunday, September 05, 2010

Soul 3 : Lending A Helping Hand


Mika duduk di bangku ditaman. Mindanya pelik. Bagaimana seorang manusia biasa mempunyai kebolehan telepath? Gifted? Atau keturunan magis? Lama dia termenung. Entah dari mana sebilah pedang jatuh didepannya. Dia mendongak. Raut serius Hunter menyapanya.
“Hunter,” dia bingkas bangun. Mika terkejut, cepat Hunter mengesannya.
“Mika, aku akan lengahkan masa, aku nak kau cari mereka secepat mungkin. Hanya 9 lagi kau perlu cari. Kau sendiri pengawal unsur api, Mika, “ ujar Hunter. Kekal serius.
“Hunter,” tangan pemuda itu mendekati kepalanya. Sihir melupakan kedengaran. Dan Mika  rebah.
“Kau lupa kau jumpa dengan aku, tapi kau ingat apa yang aku cakapkan,” ujar Hunter dan meletakkan Mika yang tidak sedarkan diri ke atas bangku. Lama Mika disitu, sehingga badannya digoncang kasar. Matanya dibuka. Wajah Anna menyapanya.
“Apa kau buat dekat sini?” soal Anna. Mika mengusap lehernya. Pertanyaan Anna tidak dihiraukan. Rantai yang tergantung dileher Anna menarik minatnya. Dia merapatkan dirinya dengan Anna, terlalu rapat hingga dia ditolak jatuh oleh gadis itu.
“Rantai tu, aku nak tengok boleh?”soal Mika. Anna berkerut.
“Weirdo!” jerit gadis itu sebelum berlari. Rantai bercorak phoenix itu dipegang. Namun langkahnya terhenti apabila sekelilingnya gelap. Mika yang terkejut dek jeritan Anna bingkas bangun. Dia merasakan ada kuasa magis yang kuat dari arah Anna berlari pergi tadi. Magis Dark Demon. Mika berlari kearah itu.
“Yoona lepaskan dia!” jerit Mika. Yoona tersenyum. Tangannya mencekik leher Anna. Anna kehilangan nafas.
“Anna!” satu suara lagi membuatkan Yoona berpaling. Mika bertindak pantas melemparkan bebola plasma kearah Yoona, leher Anna yang dicengkam terlepas. Mika menangkap tubuh gadis itu sebelum mengumam sesuatu. Anna tidur nyenyak. Mika berpaling. HyunMin?  Bagaimana seorang manusia boleh memasuk ruangan magis ini.
“Mika, apa jadi?”Yoona menghampiri HyunMin. Lelaki itu memejamkan mata dan entah dari mana muncul stalagmite. Yoona tercampak kebelakang namun sempat disambut Hunter. Mika menarik nafas lega.
“Bunuh dia!” keluar arahan itu dari mulut Yoona. Tangannya menunjuk ke arah HyunMin. Terkejut HyunMin dibuatnya. Hunter menghampiri HyunMin, terasa bersalah kerana akan membunuh lelaki itu. Mika yang cuba untuk menghalang di halang oleh Yoona.
“Oh tidak Mika. Aku takkan benarkan.” Sinis suara itu kedengaran.
“Mika, kau nak bagitahu aku sesuatu ke?” soal Yoona. Wajah Mika yang ralat memikirkan sesuatu menarik minatnya.
“Kau tahu kau takkan cederakan tubuh ni,” provok Yoona. Mika tersenyum.
“Siapa cakap? Kau tak tahu ke betapa aku tak suka pada Yoona yang selalu membebel tu, pada Yoona yang sangat bising tu?” balas Mika.
Entah mengapa Yoona terduduk. Mika tersenyum. Yoona tak pernah berubah. Melihat keadaan Yoona yang entah apa terjadi itu, Hunter meninggalkan HyunMin. Mika terus mendapatkan HyunMin. Di telinga lelaki itu bersinar. Berwarna coklat. Mika ralit memerhatikan subang ditelinga lelaki itu. Yoona menyerang dengan menghantar satu bebola tenaga berwarna hitam. HyunMin menolak Mika ke tepi dan membina perisai dari tanah dihadapannya. Tindakannya berjaya mematahkan serangan Yoona.
Mika terkejut dek serangan itu membentuk satu bebola api, lantas menguatkan teori dia adalah pengawal unsur api. Bebola api itu dilontar ke arah Yoona sebelum dihentikan oleh Hunter. Raut lelaki itu serius.
“Mika,” panggil HyunMin. Bagai memahami isyarat mata HyunMin, Mika menyerang Hunter bertubi-tubi manakala HyunMin menyerang mengunakan batu-batu kecil. Tiba-tiba kedengaran jeritan Yoona.
“Yoona!” panggil Mika dan Hunter serentak.Hunter menghentikan serangannya dan mendapatkan gadis itu.
“HyunMin, jom,” Mika menarik tangan pemuda itu. Tubuh Anna didukung. Mereka duduk disebuah pondok.
                “Mika, apa yang terjadi, siapa diorang tu? And apa yang aku dah buat tadi?”soal HyunMin bertubi-tubi. Mika menarik nafas dalam. Biarlah dulu perempuan bising ini tidur dulu.
“Kau, pengawal unsur tanah. Salah seorang daripada 9 orang yang aku perlu cari.”
“Jawapan kau tak cukup lengkap.”
“Ok, ok..Persistent. Nama sebenar aku, Mika Amouris, aku bukan dari dunia ni, tapi dari Dunia Magis. Aku melarikan diri dari sana, sebab aku hampir dibunuh oleh Dark Demon. Tragis, keluarga aku semuanya dah dibunuh. Perempuan dan lelaki tadi tu, kawan baik aku, dan kekal sebagai kawan baik aku, Yoona dan Hunter.” Mika berhenti seketika. Kemudian dia menceritakan segala yang terjadi.
“Jadi kau dah jumpa 2 pengawal dan 0 virtue lagi..Api dan Tanah...Dan kau perlu kumpul kesemua ni, untuk Yoona? Ok, aku akan tolong kau.” Ujar HyunMin. Mika tersenyum.
“Jangan sesekali kau buka subang tu,” pesan Mika sebelum keluar. HyunMin memegang telinganya. Ridiculous, dia tak pakai...oh, tidak, dia memang pakai subang.