At-10-Tion!

Break Time has finished its construction,
Now is the time for le author to update~

UPDATE

Thursday, January 06, 2011

Soul 6 : The Answer

HyunMin mendengar dengan teliti setiap cerita Anna. Tanpa mereka berdua sedari. Mika turut sama mendengar cerita Anna.
“Aku tak tahu HyunMin, if dia adalah betul atau tipu...” dia memandang kearah HyunMin.
“Yoona,” suara Mika kedengaran. Anna dan HyunMin berpaling.
“Siapa?” soal Anna. Wajah HyunMin berubah. Kenapa Anna jadi mangsa pula? Dia memandang wajah Mika. Lelaki itu mendengus atau mengeluh.
“Kau, kau boleh terima sesuatu yang mungkin diluar akal rasional kau?”soal Mika kepada Anna. Gadis itu berkerut.
“Mika, kau tak rasa...” HyunMin menyampuk.
“Aku ada satu soalan untuk kau, sejak bila kau boleh telepath?” soal Mika. Anna memandang ke arah HyunMin.
“Lepas birthday aku yang ke 15.” Mika mengangguk. Bukankah agak lambat dari kebiasaan bukan keturunan magis untuk mendapat kuasa mereka.
“Apa lagi yang kau rasa lain lepas tu?Aku nak kau cerita semua dari kau mula telepath hingga sekarang..” beritahu Mika. Anna mengangguk tanpa bantahan dan terus bercerita.
“Oh ya, dekat akademi baru-baru ni,” HyunMin memandang kearah Mika. Lelaki itu kelihatan tenang.
“Aku pasti mata aku tak salah nampak. Lagipun waktu, semua orang terhenti. “ Perlahan kejadian itu berulang kembali dimatanya.
“Krys, kau dengar tak ni?” tubuh gadis itu kaku. Anna berpaling mengadap Prue. Wajah gadis itu pun turut sama kaku.Dia memandang sekeliling. Semuanya kaku. Malah seorang Rollis yang sedang minum pun terhenti. Anna memandang kearah jam, jarum saat tak bergerak langsung. Kemudian dia mendengar jeritan seseorang. Sepenuh hati dia berlari kesana. Dan tak tersangka dia dikejutkan dengan kehadiran Mika dan HyunMin.
“Yoona!Hunter!” Mika segera berlari kearah jeritan itu diikuti dengan HyunMin.
“Alexa! InJun” lelaki itu terbaring disisi Alexa.
“Oh, kau memang lambatkan, Amouris! Aku jumpa mereka untuk kau selamatkan. Mungkin dia kau selamatkan, tapi, aku takkan biarkan.” Yoona ketawa. Hunter menyerang HyunMin. Tubuh lelaki itu terdorong sedikit kebelakang. Mika berdiri didepan Alexa.
“Yoona, berhenti!!Kau tak suka benda ni semua...Tolong berhenti Yoona,” rayu Mika.
“Yoona dah tak ada Amouris, kau patut sedar itu.” Tangan gadis yang dipanggil Yoona melibas kedepan dan satu tangan lutsinar menolak Mika kuat ke tepi.
“Sayangkan Amouris. Kau takkan berjaya,” Yoona menggumam sesuatu. Sebuah portal muncul.  Dan dari portal itu keluar seekor raksasa berkepala 3. Salah satu dari kepalanya adalah kepala Basilisk, kepala keduanya berbentuk kambing dan ketiga adalah kepala yang menyerupai manusia. Seluruh tubuh raksasa itu bersisik tebal. Bau meloyakan mula memenuhi ruang udara. Dia sendiri melihat raut Mika terkejut melihat wajah manusia itu.
Anna memilih untuk berhenti bercerita. Perubahan mikro sesaat diwajahnya disedari HyunMin tapi didiamkan saja.
“Kau boleh terima ke apa yang aku akan bagitahu?” soal Mika. Anna diam sebelum mengangguk.
“Aku bukan dari sini. Dan segala maklumat, data, info yang akademi ada hanyalah ciptaan aku... Nama sebenar aku, Amouris, Mika Amouris. Salah satu keluarga magis yang terkenal didunia aku, tapi malangnya semuanya dibunuh. Tak tinggal satu pun.  Kecuali aku, itu pun kalau kau nak details la...Dan perempuan tu ,kawan baik aku, malangnya,...” kata-katanya dipotong oleh Anna.
“Siapa?” soalnya sepatah.
“Dark Demon, makhluk yang disumpah sebagai lambang kejahatan selamanya didunia aku,” beritahu Mika ringkas. Matanya masih lagi merenung wajah Anna.
“Eternal Damnation macam vampire?” soal Anna. Mika mengangguk sedikit sebanyak sudah memahami dunia baru ini.
“Apa kaitannya dengan aku?” Mika tersenyum buat pertama kalinya. Anna terpaku. Senyuman yang manis kenapa disorokkan?
“ Matinya keluarga Amouris, maka dunia aku hilang pengawalnya. Jadi sebagai Amouris terakhir, aku kena mencari pengawal dan virtue. Untuk kembalikan Yoona pada asalnya, Hunter dan dunia aku.”
“Maksud kau aku salah seorang dari apa yang kau cari tu? Macam mana kau pasti?” soal Anna. Automatik tangannya menyentuh rantai phoenix dilehernya. Mika menunjuk kearahnya.
“Apa yang kau pegang tu, boleh aku tengok?” soal Mika. Anna agak keberatan, dipandang kearah HyunMin. Lelaki itu mengangguk. Rantai itu dibuka dan diserahkan pada Mika.
“Phoenix adalah haiwan suci bagi api, Macam  mana kau dapat rantai ni?” soal Mika. 
“Birthday aku yang ke-15. Aku dapat hadiah dari datuk aku. Dia kata, rantai ni, mama aku yang bagi. Sepatutnya datuk bagi dekat aku masa birthday aku yang ke-12, tapi dia asyik terlupa,” ujar Mika.
“Dan sejak kau pakai rantai ni, kau boleh telepath?” soal Mika. HyunMin hanya mendengar.
“Tak, aku pakai rantai tu untuk kurangkan gangguan yang aku dapat. Aku bukan saja dengar apa yang orang lain fikirkan, aku  juga dengar suara yang bukan-bukan.” Mika terdiam. Rantai ini menumpukan kuasa lebih tepat. Bukan menumpulkan kuasa. HyunMin automatik memegang telinganya.
“Apapun, rantai kau tu akan selamatkan kau. Kepala kau sakitkan masa perempuan tu melangkah masuk?” Anna mengangguk.
“Rantai kau cuba bagi amaran dan menjalankan tugas melindungi kau,” ujar Mika bersahaja.
“Aku adalah apa Mi..Mika?” Anna mengetuk kepalanya sendiri kerana tergagap.
“Virtue, atau lebih mudah kau pelindung aku,” balas Mika. Senyuman sinis terukir.
“WHAT!!Kau,,,” jarinya lurus menunjuk kearah Mika.
“Well, tu saja explanation terdekat aku...Lagipun rantai kau melambangkan api, aku adalah pengawal unsur api...” Anna terdiam tanpa kata. Mika bangun dan menghampiri penyangkut kot dan mencapai kotnya.
“Aku keluar kejap...” ujarnya. Nadanya agak perlahan. Kot disarung ketubuh dan dia meredah angin petang.
“Dia sedih,” ujar Anna perlahan sebaik saja tubuh Mika hilang dari pandangan.


Nukilan.










 P/S: sorry agk terbalik dgn post b4 this...bru terperasan yg 6 blom post lg~~~

No comments: