At-10-Tion!

Break Time has finished its construction,
Now is the time for le author to update~

UPDATE

Friday, July 23, 2010

Crown 2 : Where is Our Princess?

Seisi kelas masih lagi memandang Elaine yang sedang bergurau senda bersama Jun dan Zero. Yang paling menakjubkan ialah Zero turut ketawa. Sesuatu yang jarang dilakukan didepan umum oleh Ice Prince.
“Selamat pagi kelas,” ujar Mr Danvers sebaik saja melangkah masuk ke kelas. Dia turut sama terkejut melihat Zero ketawa.
“Wow, you are not an ordinary Lady of Shalott.”
“Well, sir, I did say I don’t want Lancelot...”Mr Danvers ketawa mendengar ayat itu.
“Yup, you are one of the kind,okey, class today we are going to learn Beowulf...” Kedengaran keluhan dari pelajar-pelajar lain. Elaine diam. Pelik melihat tingkah Lydia yang menjauhkan diri darinya. Loceng rehat berbunyi. Zero dan Jun yang sedang sibuk berbincang mengenai sesuatu tidak menyedari Elaine telah tiada ditempatnya.
“Jun, mana Elle?”soal Zero. Jun berpaling. Wajah Zero dipandang pelik. Sebenarnya dia juga pelik mana Elaine menghilang.
Sementara itu,disatu tempat yang lain, tubuh Elaine terhemtak kuat pada loker-loker.
“Aku tak tahu kenapa, semalam kau boleh tak kenal diorang dan hari ni, kau lebih-lebih pulak dengan Prince ye?”marah seorang gadis. Elaine berkerut. Agak sakit belakangnya dek terhentak tadi.
“Kejap,kejap, kamu marah sebab Jun? Zero?”soal Elaine. Entah mengapa, pipinya ditampar seseorang. Elaine mengetap bibir. Siapalah yang baik sangat menghadiahkan sesuatu untuknya. Wajah dihadapannya tersenyum sinis.
“Untuk apa pulak ni?”Soal Elaine. Si gadis masih tersenyum sinis.
“Kau kena ingat mereka itu prince. Perempuan macam kau ni, tak layak panggil mereka dengan nama itu..”
“Cop,cop, dan kau layak?Wow, aku tak sangka pulak,” nada suara Elaine bertukar sinis. Geram dengan bicara si gadis itu.
“Kaukan, spesies perempuan murahan. Tak malu,” jerkah si gadis. Pipi Elaine ditampar lagi.
“Woah, kau dah tampar aku dua kali, dan aku harap itu cukup untuk kau menjauhkan diri dari mereka. Mereka decide sendiri siapa mereka patut berkawan. Dan Lyd, aku harap kau jangan jadi stalker mereka lagi.Aku buat silap percaya dekat kau, tapi tak apa tu silap aku, cuma ingat jangan jadi stalker mereka lagi...” Ujar Elaine sebelum bangun.
“FYI, aku sayangkan diorang semua dan aku akan cuba sehabis baik untuk biarkan mereka hidup normal,” beritahu Elaine sebelum melangkah keluar. Tanpa disedari dia terlanggar Zero.
“Maaf,”Serentak itu tangannya menarik rambut menutup pipinya. Zero pantas menarik tangan Elaine.
“Siapa?”soal Zero. Elaine memilih untuk membisu.
“Elle, bagitahu aku sekarang,”paksa Zero. Elaine masih membisu. Helaian rambut yang menutup pipi Elaine dikuak.
“Dia orang buat apa lagi dekat kau? Aku dah dengar Elle,”terang Zero. Elaine masih berdiam. Zero menghampiri gadis itu, Tangannya mengusap lembut kepala Elaine
“Elle,” panggil Zero lembut.
“Jangan Zero, aku tak nak diorang tahu, please...Aku nak selesaikan sendiri...”dalih Elaine.
“Elle, diorang ada hak untuk tahu...”
“No, Zero, please,”pinta Elaine. Zero serba salah. Ditelan mati emak, diluah mati bapak.
“Elle!! Kat sini pun kau, jom!”tarik Kay. Zero masih membisu.
“Zero, kau pun, jangan nak ambil Elle untuk kau saja!”marah Kay sambil ketawa.
“Dah jom!” ujar Zero sedikit marah.
“Ta da, Welcome to our room!!” ujar Kay. Nine tersenyum menyambutnya.
“Masuk, Elle..”
“Elle, ok tak kalau tema parti tu kita buat masquerade?” soal Redz. Riaknya agak teruja.
“Boleh jugak,”balas Elaine.
“Elle kau nak ajak berapa ramai?”giliran Hect pula bertanya. Elaine menjungkit bahu, tak tahu.
“Elle, kau rasa...”belum sempat Al menghabiskan soalannya.
“Kejap, kejap, kenapa korang tanya aku?”soal Elaine.
“Sebab kami nak parti ni, parti yang kau paling suka,” terang Ed bagi pihak temannya. Elaine mengangguk faham.
“Korang tahukan, apa saja korang buat aku akan suka...” ujar Elaine sebelum menghampiri Zero yang sedang asyik melukis.
“Zero,maaf...”
“Elle, kau tahu diorang patut tahu,”balas Zero.
“Ya, tapi aku tak mahu kalian terlibat. So biar aku uruskan sendiri, ok...Lagipun,”
Zero memandang wajah Elaine menanti kata-kata seterusnya. Mata Elaine memerhatikan The Princes yang sedang bergelak ketawa.
“Diorang tengah gembira uruskan parti ni,aku tak mahu diorang risau.” Zero kehilangan kata.
“Elle!” panggil Jun. Elaine memandang Zero meminta dirahsiakan.
“Kenapa, Jun?”soal gadis itu. Zero hanya memerhati sebelum kembali ke kanvasnya.
Keesokkan harinya, tika Elaine masuk ke kelas, dia terkejut mejanya penuh dengan contengan dan sampah.
“Hai, ingatkan dalam komik saja jadi macam ni,” bisiknya perlahan.
“Kau nak biarkan lagi?”soal Zero.
“Jun mana?”soal Elaine mengabaikan soalan Zero. Pemuda itu mempamerkan muka bosannya.
“Dia cuti hari ni...Ada hal.” Elaine menarik nafas lega.
“Elle...”
“Aku tahu Zero, tapi aku selesaikan sendiri.”
“Waktu rehat, kau jangan kemana-mana ikut aku,” putus Zero.
“Tapi..”
“Sebarang tapi-tapi tidak akan dilayan. Dengar cakap aku, Elle.” Elaine diam. Akur.
“Kelas kita dibatalkan hari ni!”laung ketua kelas. Zero segera menarik tangan Elaine.
` “Elle, Zero!”panggil Al. Dengan selambanya Al mengucup tangan Elaine. Tindakan refleks Zero, mengetuk kepala pemuda itu.
“Zero!” marah Al. Elaine ketawa. Sungguh yang mampu membuat dia ketawa tika ini adalah tingkahlaku kelapan-lapan orang putera ini.
“Jun mana?”soal Al.
“Cuti,” pendek jawapan Zero. Al mengangguk faham.
“Jom, hari Nine nak cuba sado,”ajak Al.
“Bukan senang tau, nak tengok bangsawan Inggeris cuba,” promosi Kay. Elaine mengangguk tanpa menyedari ada beberapa pasang mata memandang penuh benci.
**********
“Korang, mana Elle dengan Zero?” soal Hect. Semua memandang ke arah Jun.
“Aku tak tahu, diorang tak masuk kelas pun dari pagi tadi,” beritahu Jun. Ed memandang Nine, Kay dan Redz yang sudah berkerut dahinya.
Sehingga waktu terakhir pun, Zero dan Elaine tidak muncul-muncul.
“Dah call handset El...”
“Ed!!” panggil Elaine sebelum memeluk erat kembarnya.
“Elle?” Kay segera menarik kolar Zero.
“Bukan Zero, dia dah tolong aku,” beritahu Elaine dalam sukar. Kay melepaskan kolar Zero.
“Sorry,” Elaine mengesat air matanya.
“Zero,” panggil Jun.
“Elle, kenapa dengan dia?” soal Jun. Tika itu hanya mereka berdua yang tinggal.
“Buli,” ringkas jawapan Zero.Nadanya tetap tak berpuas hati.
“Meaning bila dia hilang waktu rehat..” Zero mengangguk. Jun terdiam.
“Dia tak nak kita tolong dia,” tambah Zero.
“No worries, aku tahu siapa kita nak jemput.”
*********
Di Hotel La Gardenia, malam parti Elaine,
“Guys, ada nampak Elle tak?”soal Redz. Ditangannya ada set alat solek. Jun dan Zero saling berpandangan.
“Jun,”
“Go!” arah Jun. Zero segera berlari.
“Zero, kau nak pergi mana?” tegur Kay. Zero masih terus berlari tanpa mempedulikan soalan Kay.
“Jun, kau dan Zero ada sembunyikan sesuatu dari kitorang ke?” soal Hect. Redz, Kay, Ed dan Al memandang Jun, menanti jawapan. Dalam hati Jun berbisik “Sorry Elle.”
“Elle kena buli, since second day.”
“Dah seminggu kau baru nak bagitahu!” marah Ed. Dia sendiri sebagai abang tak mengetahui apa-apa.
“Aku pun baru tahu, Ed. Elle tak nak sesiapa pun tahu.” Bela Jun.
“Dia hilang sekarang ni...”suara Redz terputus, Takut untuk membayangkan kemungkinan itu.
“Kemungkinan besar,” ujar Hect.
“Split guys! Jun, Redz korang tunggu sini,” arah Ed. Al, Nine, Kay dan Hect segera berlari mencari Elaine.
Sementara itu,
“Kau ada hati nak datang sini? Memang tak sedar dirikan?” tengking Lydia. Elaine diam. Di tempat yang masih asing ini apa yang mampu dia lakukan. Di saat ini, dia mengharapkan Zero muncul.
“Elaine, kau cakap apa dekat aku? Stop jadi stalker, aku bukan stalker aku lindungi diorang dari perempuan tak sedar diri macam kau.” Entah dari mana, Lydia mengeluarkan pisau kecil. Gaun Elaine dipijak. Rambut gadis itu ditarik. Elaine menjerit sakit. Lydia dan teman-temannya ketawa.
“Cakap selamat tinggal pada rambut kau,” serentak itu rambut Elaine dipotong.
“Tsk,tsk...Kau memang tak nak dengar cakap aku kan?” hampir saja pisau itu dileret ke wajah Elaine.
“Zero!!” jerit Elaine. Dan seperti magis, Zero muncul entah dari mana.
“Elle,” dia menghampiri gadis itu.
“Prince!” sebut Lydia. Zero merenung tajam kearah Lydia.
“Baik kau pergi sekarang sebelum aku rasa nak bunuh kau,” ucap Zero. Kot tuxedonya dibuka dan diselimutkan ke tubuh Elle. Lydia terus berlari tanpa sedar menjatuhkan pisau kecilnya itu.
Di bilik persiapan, ketujuh-tujuh jejaka itu menanti penuh resah. Pintu bilik dibuka.
“Zero, Elle!” Ed segera menghampiri adiknya.
“Jun, aku harap plan kau menjadi,” ujar Zero. Ed membelek rambut adiknya yang terpotong.Geram bertamu dalam dirinya.
“Berapa cepat kita boleh dapat hair stylist, make-up artiste dan new dress?” soal Nine.
“Paling cepat sejam. Dan kita tak ada masa banyak tu,” jawab Hect.
“Kay, Al, Redz! Do what ever you need,” arah Ed.
“Ay, ay, captain. Elle tukar baju, biar Al outer,” arah Kay. Elaine masuk ke tandas dan keluar semula dengan memakai bathrobe. Gaun bertukar tangan. Al segera melakukan tugasannya. Begitu juga Kay dan Redz. Hampir 30 minit berlalu.
“Gentlemen, we present to you, our Elle,” Elaine menilik dirinya dicermin.
“Wow!”
“The pleasure is ours.”
“Guys, wear your mask,we have a party to host.” Ingat Jun.
“Ed, kau masuk dengan Elle, the others akan keluar dulu. Ingat your mask,” atur Hect.
“Selamat datang ke Party ini, tujuan parti ini diadakan adalah untuk menyambut kepulangan seseorang yang amat penting,” Nine, Al, Hect, Kay, Redz dan Zero keluar terlebih dahulu. Kedengaran sorakan kecil. Wajah mereka ditutup demi-mask berwarna putih dengan perincian emas.
“Our Princess, Elaine Guinevere Eldrian!” ucap mereka serentak. Ed dan Elaine melangkah keluar bersama. Kedengaran bisikan dari yang hadir.
“Prince Jun cakap Eldrian?”
“Kembar Prince Eddy,” suara lain kedengaran. Wajah Lydia pucat tak berdarah. Dia kenal warna gaun itu. Bertambah pucat wajahnya apabila Jun mengeluarkan pisau kecil dari poketnya.
“The crest, milik keluarga Emerie. Sila tuntut semula, Lady Emerie,” ujar Kay. Kini puluhan mata memandang Lydia mahu mengetahui kaitan pisau itu.
“Please, enjoy our party.”
“Wow, revenge does taste sweet.” Ujar Kay. Redz tersengih bersetuju dengan pendapat Kay.
“Elle, untuk acara kemuncak, kau kena dance dengan setiap seorang kitorang,” beritahu Nine. Elaine memandang wajah setiap mereka yang sudah kembali memakai demi-mask mereka.
“Okey.”
“First Ed, Nine, Kay, Hect, Redz, aku, El dan akhir sekali Zero.” Atur Jun pula.
“Kenapa Zero dapat last dance?” soal Al tak puas hati.
“Sebab Zero yang jumpa Elle,” balas Hect. Al menunjukkan riak tak berpuas hatinya. Yang lain hanya ketawa.
“FYI, Elle, jangan buat macam tu lagi. Kalau ada apa-apa masalah bagitahu kami,” pesan Ed, serius. Elaine menunduk dia tahu itu salahnya.
“Ed, let bygone, bygone,” ujar Zero. Elaine tersenyum.
“Thanks Zero,” ucap Elaine tika mereka menari. Zero tersenyum.

No comments: