At-10-Tion!

Break Time has finished its construction,
Now is the time for le author to update~

UPDATE

Saturday, January 22, 2011

Dream 16 (FINAL) : All Ends Well, Maybe...


                Setahun berlalu,              
Yui berjalan disekitar Serenity Dew. Sudah lama dia tak kemari. Untuk kesini, dia merubah wajah kepada seseorang yang lain. Cafe Serene menjadi destinasinya. Dia memesan chocolate latte dan duduk diluar.  Diperhatikan orang yang lalu lalang sambil menghirup lattenya. Seseorang berhenti didepannya. Dia hampir kehilangan nafasnya. Dia perlu bertenang.
                “Maaf, boleh saya duduk dekat sini kejap? Saya tengah tunggu kawan,” Yui hanya mampu mengangguk. Untuk berbicara dia kehilangan kata. Jacky tersenyum.
                “Awak bukan orang sini kan?” soalnya. Yui menggeleng.
                “Saya datang melawat saja...” Jacky mengangguk. Cincin dijarinya dimainkan.
                “Sorry aku lambat, make-up artist kesayangan kau tak nak bagi aku keluar...” Yui terus terdiam. Kalau boleh dia mahu hilang. Suara itu dirinduinya selama ini. Ya dia sudah mengerti, dia sayangkan KiBum. Lelaki itu duduk betul-betul didepannya. Dia hanya mampu mengukir senyuman sumbing. Dihirup lagi lattenya. Cuba mengurangkan gugup. Dia menilik lelaki itu dalam diam. Lelaki itu bertambah kurus. Kenapakah?
                “JinKi mana?” soal KiBum. Yui memandang wajah Jacky. Gadis itu diam.
                “Nenek dia sakit, ada kemungkinan dia tak balik lagi hari ni,” ujar Jacky. KiBum mengangguk. Matanya tertancap pada gadis yang leka menghirup minumannya.
                “Siapa awak?” soalnya. Jacky juga seolah-olah tersedar akan kewujudan dia.
                “Maaf, buat awak dengar apa yang kami bincangkan...” Cawan latte itu diletak kembali diatas meja. Mata KiBum memandang satu arah. Dia kenal rantai itu. Penjual itu pernah memberitahunya rantai itu hanya ada satu saja. Jadi gadis itulah yang dicarinya selama ini. Dan Jacky takkan menyedarinya.
                “Tak mengapa...” Yui mengukir senyuman.  Lebih senang begitu. Jam ditangan dilihat. Dia sudah lambat. Dia berjanji dengan Kris untuk menemani gadis itu ke kampungnya. Dia bingkas bangun.
                “Erm, saya minta diri dulu...Ada janji dengan teman. Erm, awak model tu kan? Jacky dan KiBum? kawan saya mesti bunuh saya lepas ni kalau saya cerita saya jumpa awak...Saya minta diri dulu...”ujar Yui. Cuba berlakon seolah-olah dia mengenali mereka begitu. Dia sedar KiBum asyik merenungnya. Tak mungkin lelaki itu tahu. Dia membuang kemungkinan itu. Dia sepatutnya membiarkan rambutnya panjang. Apabila benar-benar jauh dia masuk ke sebuah tandas awam. Penampilannya diubah. Menyerupai dirinya yang sebenar.
                “KiBum kau nak pergi mana?” soal Jacky. Pelik tiba-tiba lelaki itu bangun.
                “Kau balik sendiri okay!Aku ada hal.” Jacky tak sempat bersuara dan lelaki itu sudah menghilang.
                “Yui!” Yui berpaling. Tak mungkin. Dia mempercepatkan langkahnya. Saat ini dia mahukan rollerbladenya. Lupa dia yang dia ni wizard. Bladenya dijelmakan dikakinya dan dia meluncur terus ke arah Kris. Gadis itu kelihatan gelisah menantinya.
                “Boo!” Gadis itu berpaling. Berkerut wajah gadis itu. Yui tersengih. Lengan gadis itu dipaut. Cuba menstabilkan diri dengan blade.
                “Kenapa kau pakai blade ni?” soal Kris.
                “Hehe...Lambat sangat tadi. Aku takut kau marah...so aku sarung la blade ni...Supaya cepat sampai dekat kau...”dalih Yui. Kris mengangguk menerima apa saja alasan gadis itu.
                “Kau ni kenapa? Date je pun...”
                “Date je? Mama aku harap aku jadi dengan date yang dia set upkan ni dan kahwin cepat. Dia tak suka aku kerja dekat Avalon tu...”Yui memeluk bahu temannya itu.
                “Isy, Danny ni pun satu...Tak nampak lagi ke kau suka dekat dia?” ngomel gadis itu. Kepalanya diluku oleh Kris.
                “Aku suka dekat dia, tapi dia suka dekat kau...” ujar Kris. Yui tersengih. Bukan dia tak tahu itu.
                “Tapi aku suka dekat orang lain..So kau kena fighting betul-betul pikat Danny...Hmm..Langkah pertama, kita ditch date mama kau ni...Kita pergi siasat apa Danny suka, nak tak?” soal Yui. Kris diam.
                “Tapi aku dah tahu benda tu...” Yui memandang wajah Kris.
                “Kalau macam tu, jom kita wat surprise...Sebab aku rasa aku tak boleh lama dekat sini.” Kris pelik mendengar statement temannya itu.
                “Kenapa?” Yui memilih untuk diam. Mereka melewati sebuah kedai aksesori.  Yui berhenti. Sepasang cincin couple dibelek. Cantik. Dia mahukan cincin ini.
                “Untuk siapa, Yui?” soal Kris. Yui menggeleng.
                “Tak ada siapa. Cantik sangat...Tak mahu orang lain beli...”jawab Yui. Penjual aksesori itu menyatakan,
                “Eternal Couple Ring...Satu-satunya didunia ni...” Yui tersenyum. Seperti rantainya satu-satunya didunia ini. Bagaikan terkena renjatan eletrik, Yui tersedar. KiBum memang sedar itu dia. Lelaki itu sedar itu rantai yang dihadiahkannya.
                “Yui, kau okay tak ni?” Yui cuba mengukir senyuman.
               “Makcik saya nak rantai hitam tu sekali ye,” cepat-cepat dia membayar. Dia pasti KiBum ada berdekatan dengannya.               
“Kris, aku balik dulu ya...Kepala aku sakit la...”dalih Yui. Kris hanya mengangguk. Wajah temannya itu kelihatan agak terganggu. Yui meluncur hinggalah dia tiba dikawasan yang teramat sunyi.
                “Apa awak nak KiBum?” Lelaki itu tersenyum. Yui menghilang roller blade yang diwujudkannya tadi.
                “Impressive...Awak mahir dengan magik...”puji KiBum. Dia selama ini tak pernah mengetahui kemahiran gadis itu.
                “Thanks...Jadi kenapa awak ikut saya?” soal Yui.
                “Rindu,” Dia bersedia untuk apa saja jawapan kecuali itu. Hampir terduduk dia segera diwujudkan kerusi untuk dia duduk.
                “Kenapa, terkejut?” soal KiBum.  Yui merenung wajah lelaki itu.
                “Apa awak buat dekat sini,Ki...”persoalannya dipotong oleh KiBum.
                “Ki...Ki dekat sini sebab dia rindu pada Yui...”
                “KiBum...Saya tak nak ada kaitan dengan dunia tu lagi...”ujar Yui. KiBum ketawa kecil.
                “Betulkah? Kenapa saya rasa awak masih gunakan magik?” Yui diam. Bukan itu yang dia maksudkan. Sebolehnya dia tak mahu mereka tercedera kerananya.
                “Sebelum awak tanya apa-apalagi, saya nak tahu, ada tak tanda-tanda Shadow mulai nak kuasai awak balik?” Yui menggeleng.
                “Kenapa dengan abang?” soal Yui. Tak mampu menahan keinginan untuk tahu.
                “Macam awak tahu, Annabeth adalah makcik awak dan JinKi. Dia juga punca awak, JinKi, mama awak dan papa awak menderita dulu...JinKi bencikan nenek awak kerana disogok cerita oleh Annabeth tentang punca mama awak bawa awak lari dulu...Jadi dia cuma bayar balik kesilapan dia...Dan ada kemungkinan, JinKi tak balik Alphard. Keadaan nenek awak makin teruk.”cerita KiBum seringkasnya.
                “Yui, tolong balik...Kami semua rindukan awak..Bukan saya je, GiNa, Jacky, Suzy, Kara dan Yuuki juga...”pujuk KiBum.
                “KiBum, saya tak mahu...Saya tak mampu...Tolonglah...Saya rayu...Tinggalkan saya, lupakan yang awak dah jumpa saya...” separuh merayu suara Yui.
                “Kenapa? Kenapa awak nak saya lupakan awak?” soal KiBum. Yui diam.
                “Saya tak mahu peristiwa yang sama lagi berulang...”
                “Dan awak tak nak pastikan yang ia takkan berulang lagi..”
                “Tolong pergi...” Yui segera berpaling dan berjalan ke bilik yang disewanya. Dia bersandar pada dinding. Dia tahu kakinya tak mahu berganjak. Dia tahu dia mahu memeluk lelaki itu dan mengikutnya pulang. Tapi dia tak mahu kejadian itu berulang. Dia tak mahu mempengapakan abangnya. Dia dengar, abangnya mahu menukar tempat dengannya.
                Biar dia keseorangan begini dari orang yang dia sayangi menderita... Dia pasti abangnya akan tersenyum kembali selepas ini. Dia pasti Kara dan Suzy akan sentiasa ketawa bersama. Dia pasti GiNa akan gembira bersama Kevin. Dan dia pasti KiBum akan melupakan dia juga satu hari nanti...
                “All ends well...”bisiknya perlahan. Langkah terus diatur ke bilik yang disewanya diatas Avalon Gelato. Mengharapkan hari esok boleh membuatkan dia lupa apa yang terjadi.



Nukilan,

THE END>>>heheh...saje wat ending cmni..jgn marah ek....eheh,...thanks for reading ~~~~

7 comments:

fallenmoon said...

Ada sambungan tak, Nina? :D Nak lagi.Blh?

Nina Aziz said...

@fallenmoon
maybe ad kot moon...xpasti lgi...

Cheun-nai aka Ain said...

@Nina Aziz

Hayya ! ni yg x puas nih , nape gini jer ending dia , smbung lah lagi .... plis !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! baru tengah nk shok + nk fokus cite ni sampai ending , but akhirnya ... ni ending dia ?? huhu .. cpatlah sambung lagi ... bestlah citer nih ... kita kasi 50 star tau , tapi kalu awk sambung lagi kita kasi 100 star , plis smbunglah lagi , plish , plish ,plish !!

Nina Aziz said...

@Cheun-nai aka Ain
bru nk kasi suspen..hehe...dlm perancang...cme tgh cri idea je skang nie...

pinkpurle amie said...

erk???? apa nie??? sambung la ... jgn la wat ending dia cam nie... ngah sedap2 baca ending dia.. alih2 cam nie.... sambung la .. plis..plis..plis...plis... ^__^

love amie :)

Nina Aziz said...

@pinkpurle amie
bkn xnk smbung...skang ni nk exam...so idea nina ttbe hilang kjap...maybe by jumaat nina start wat smbungan dia...shadow master pn xdireveal lgi kn??heheh

NadhiKu92 said...

kalau awk smbg citer nie mesti lg best.. tq