At-10-Tion!

Break Time has finished its construction,
Now is the time for le author to update~

UPDATE

Monday, May 24, 2010

Diamond 4 (i) : First Task

“Hei, bangunlah...Aku rasa first task kau dah sampai,” beritahu Jake. Gwen bingkas bangun. Pijama biru muda yang dipakainya dibetul-betulkan. Wajah Jake dipandang. Lelaki itu menghulurkan satu sampul merah.
“Kejap lagilah buka...Aku nak mandi dulu,” putus Gwen. Sengaja mahu mengenakan butlernya itu. Wajah Jake berubah.
“Yes, my lady,” ujar lelaki itu sedikit geram. Sebaik saja Ladynya menghilang ke bilik mandi, Jake mendapat idea untuk mengenakan Ladynya itu. Tuala mandi yang berada diluar bilik mandi diambil. Pewarna biru yang dibawa kemana saja di sapu diatas tuala itu. Pantas disediakan baju gadis itu sebelum menunggu diluar bilik.
Gwen menyanyi kecil sebaik saja keluar dari bilik mandi. Tuala muka diluar bilik mandi diambil dan dilap pada kepalanya. Tika dia berpaling menghadap cermin, kedengaran jeritan Gwen.
“JAKE!!!!” dan lelaki itu terus ketawa. Gwen membuka pintu biliknya, Jake yang sedang ketawa tidak sedar Gwen sedang memandangnya seolah-olah lelaki itu adalah hidangannya. Perlahan-lahan Jake berpaling. Sumpah itu tawanya paling lama. Wajahnya merah menaha tawa. Okey kalau dalam bayangan mindanya, gadis itu berwajah biru, tapi bagaimana kalau gadis itu berambut biru? Bukan navy blue, atau royal blue, tapi biru fluroscent.
Hati Gwen bagaikan dibakar-bakar. Amboi suka benar dia ketawa...Dia ingat aku ni apa badut? Muka yang comel macam aku ni mana boleh jadi badut...getus hati Gwen. Benar-benar sakit hati. Habis rambutnya.
“Jake, kau kan...Habis rambut aku!”marah Gwen. Wajahnya masam semasam-masamnya. Rasanya susu masam pun tak semasam wajah Gwen saat ini. Nami muncul entah darimana.Turut ketawa melihat gaya Gwen. Namun sesaat cuma, kasihan pula timbul dihatinya. Tangan Gwen ditariknya ke bilik mandi. Rambut gadis itu dibilasnya sehingga bersih.
“Vince, Nami nak tuala bersih,” pinta Nami sebaik saja terlihat kelibat Vince. Vince mengangguk serentak itu tuala putih bersih dihulurkan pada Nami. Gadis itu tersenyum sambil mengelap kering rambut Gwen. Gwen terpinga. Tak pernah dalam hidupnya dia dilayan sebegini.Maklumlah sejak kecil dia hidup dirumah anak yatim dan baru empat tahun yang lalu dia diambil oleh keluarga Trevor untuk dijaga. Mrs. Trevor bukan tak cuba untuk memanjakan dia, tapi seringkali dia yang menjauhkan diri.
“Dah siap! Jake, awak ni, janganlah bergurau macam tu dengan Gwen...Kesian dia,” marah Nami pura-pura saja. Jake tersenyum. Entah mengapa dia gemar membuli Gwen.
“Gwen siaplah, kita kena ke kelas kejap lagi.” Pesan Nami sebelum keluar. Gwen merenung tajam ke arah Jake. Gerun juga lelaki itu. Jika Gwen menggunakan kuasanya, sudah tentu dia teruk dikerjakan. Akhirnya Gwen berpaling. Mengabaikan dirinya. Jake ternganga. Biar benar, Ladynya nak buat silent treatment.
“Gwen, nak apa untuk breakfast?” soal Jake. Cuba menguji Gwen. Tangan Gwen lincah mengambil sendiri roti bakar dan disuapkan ke mulut. Selamat sekeping roti bakar ke dalam perutnya. Sampul berwarna merah diatas katil diambil dan dibuka.
Tahniah, ini task pertama anda...Jangan sesekali tinggalkan pasangan anda jika diri disayangi...Tapi ingat, lambat laun dia akan membawa masalah. Pilihanmu harus dibuat sebelum tenggelamannya suria dibarat....
“HAH??” kuat suara Gwen itu menarik minat Jake untuk membaca task pertama gadis itu. Meledak tawa Jake. Nampaknya gadis itu terpaksa bercakap dengannya. Jika tidak, Jun akan jadi butlernya. Namun matanya membaca baris terakhir. Goldilocks benar-benar akan singkirkan dia. Gwen menjeling kearah butlernya itu. Jangan kata jika dia tidak kekali bersama Jake, lelaki gila itu akan menjadi butlernya. Tak mahu!Titik.Noktah.Nafas ditarik dalam-dalam.
“Ini kan yang kau nak, aku tak jadi butler kau lagi kan? Ambillah peluang ni, lepas ni kau tak payah jumpa aku lagi,”sayu suara Jake kedengaran.
“ Nami, jom pergi sama,” ujar Gwen. Jake ternganga. Ladynya benar-benar buat tak endah pada dia.
“ Selamat pagi,” sapa Gwen riang pada yang lain. Matanya menyoroti setiap Lady yang ada.
“Mana Rainie?” soal Gwen. Crystal yang baru turun menunduk hormat.
“Maaf pagi ini saya tak dapat menyertai kalian ke kelas. Task saya sampai. Lady Arthura ada menyatakan 2 orang akan mendapat first task hari ni, jadi saya ucapkan semoga berjaya. Minta diri,” ujar Crystal.
“ Maaf, saya terlambat,” ujar Rainie selepas Crystal berlalu.
“Tak mengapa..Bagi yang mendapat task sila lakukannya.Jangan terlewat dari masa yang ditetapkan.”pesan Aya, sebelum mereka bergerak ke kelas.
Semua mengangguk tanda faham.
“Rainie,”panggil Ryo perlahan. Rainie berpaling. Mujur dia dan Ryo dibelakang sekali. Ryo menghulurkan sampul berwarna biru muda dihulur.
“Maaf, saya baru terperasan tadi.” Rainie tersenyum. Sampul itu dibuka dan sehelai kertas dikeluarkan.
Barangan berharga dalam bahaya, orang ramai pasti mencari. Namun sayangnya tiada siapa yang sedar, barangan itu akan hilang nanti...Tik tok,tik tok, masa kamu hanya sehari, ayuh mencari dan pastikan ianya selamat...
“Ryo, dekat mana tersimpan barang terpenting orang ramai?” soal Rainie. Ryo mengambil surat itu dan membacanya. Lama sebelum dia memandang wajah Ladynya.
“ Kita boleh cuba bank atau...”
“ Peti simpanan barangan di bank...Ryo, kita kena ke bank, sebab, Rainie rasa,rompakan akan berlaku,” ujar Rainie.
“Yes, My Lady,” ujar Ryo sambil tersenyum. Mereka beriringan keluar dari kawasan akademi.
Sementara itu, Jake sedang mencuba sedaya upayanya untuk menarik minat Ladynya kembali.
“ Gwen, tengok ni,” tunjuknya. Sengaja wajah teruja ditunjukkan. Gwen mengabaikannya. Dek kasihan, Vince cuba melayan Jake.Akhirnya, Jake menjerit tertekan. Tika Lady mereka sibuk menelaah, para butler berkumpul untuk mengetahui masalah Jake.
Tawa mereka terletus sebaik saja mendengar cerita Jake. Jake menayangkan muka bengangnya. Rei tidak menyertai mereka.
“ Kau buat macam tu dekat lady kau?”soal Hans.
“Ya,titik noktah.” Tawa Hans kedengaran lagi.
“And sekarang dia tak bercakap dengan kau?” soal Hans lagi. Jake mengangguk. Sekali lagi Hans ketawa, kali ini Vince turut sama ketawa.
“Weiyh, korang nak tolong ke korang nak gelak ni?” sedikit berbara hatinya.
“Okey, kau cuba la buat lawak ke? Tak pun ko bagi dia coklat ke...” cadang Hans. Jake tersengih, mendapat idea dari idea Hans itu.
“Aku ugut dia,” ujarnya. Hans dan Vince ternganga.
“Gila!” terluah dari mulut Vince.
“Kau patut tengok gila dia pulak, sebab gila dia aku ada dekat sini,” balas Jake. Hans merenung tajam wajah Jake. Begitu juga Rei.
“Doakan aku berjaya ya,Vince, tengokkan lady aku sekali,” ujar Jake sebelum menghilang. Vince diam.
“Vince, nampak Jake tak?”soal Gwen. Akhirnya tunduk pabila kelibat butlernya tak kelihatan.
“Cik Gwen jangan risau, Jake ada hal sebentar.”jawab Vince. Gwen mengangguk.
Sementara itu,
“Rainie, awak pasti ke dekat sini?”soal Ryo. Rainie mengangguk.
“Abang Winter pernah cakap, peti simpanan di Bank Lunar adalah yang paling ramai penyimpan. Kebanyakannya barangan berharga.”
“Jom, masuk” putus Rainie setelah setengah jam disitu.
“Maaf, saya dari Goldilocks Academy, kami ada informasi menyatakan kemungkinan besar akan berlaku rompakan disini,”terang Rainie pada seorang lelaki kelihatan seperti pengurus.
“Betul ke? Perompak tu macam ni ke?” soal lelaki sambil mengeluarkan sepucuk pistol secara senyap dan dia bergerak ke belakang Rainie sambil pistol itu diacukan pada Rainie. Terkejut dengan tindakan lelaki itu, Rainie terkaku.
“Rainie,” Rainie mengisyaratkan pada Ryo agar bersabar dahulu. Busur ditangan dipegang erat. Risau akan keselamatan ladynya.
“ Tak sangka, pengurus Lunar Bank sendiri, perompak tu,” bisik Rainie perlahan. Namun sempat didengari oleh lelaki itu. Muncung pistol ditekan ke belakang Rainie.
“Hmmm, apa kata kau jadi pembantu aku hari ni?” soal lelaki itu lagi. Rainie tersenyum sinis. Mereka berjalan masuk ke kawasan peti simpanan barangan berharga. Tanpa disedari oleh lelaki itu, Ryo turut sama mengikuti mereka.
“Maafkan saya, saya bukan bekerja untuk awak, lagipun saya dah ada partner, Ryo,” serentak itu, pistol yg dipegang lelaki itu berada didinding bersama anak panah milik Ryo. Rainie segera melarikan diri dari lelaki itu pabila dia tergamam melihat pistolnya berada didinding.
“Ryo, selesaikan,” ucap Rainie.
“Yes, my Lady.” Ujar Ryo. Dalam sesaat saja, lelaki itu sudah berikat dan terduduk lesu bersandar dipintu besi. Rainie mengeluarkan telefon bimbitnya dan menelefon balai polis. Setelah memberikan banyak maklumat, Rainie mematikan panggilan. Lencana Goldilocks, ditekan,
“ Task, done,” ujarnya. Rainie tersenyum dan menunduk hormat kearah lelaki itu.
“Terima kasih, Ryo, jom balik,”ajak Rainie. Ryo tersenyum. Mereka beriringan keluar dari Lunar Bank, serentak dengan kemasukkan pihak polis.
“Ryo,terima kasih,” ujar Rainie, tika lelaki itu membawakan minuman padanya.
“Lain kali jangan buat macam tu lagi..”pesan Ryo. Hampir hilang separuh nyawanya bila Rainie diacukan pistol. Rainie mengigit bibirnya.
“Maaf,” ujarnya perlahan. Seolah menahan tangis. Ryo memeluk Rainie.
“Dah, jom kita tengok Winter,” ajak Ryo. Rainie mengangguk. Mereka berjalan hingga ke hospital.
“Maaf, kami nak tengok Winter,” ujar Ryo tika dikaunter.
“ Winter, dibilik no 35.” Mereka berjalan kesana. Rainie terduduk sebaik saja tiba didepan bilik itu. Seorang gadis sedang menemani Winter. Yang mengejutkan dia, gadis itu terlalu iras dirinya dan lebih rapat dengan Winter berbandingnya.
“Abang,”panggil Rainie setelah mengumpulkan tenaganya untuk berdiri. Winter memandangnya lama.
“Rainie,”ujarnya sambil tersenyum Gadis disebelah hanya memerhati.
“Kenalkan ini, tunang abang, Trixie,” wajah Rainie berubah pucat, bibirnya mengeletar terkejut. Ryo memegang bahu ladynya.
“Nampaknya abang dah ok, Rainie balik dulu,” ujar Rainie sambil berpaling. Mereka berjalan keluar. Baru beberapa langkah mereka keluar dari bilik itu,
“Rainie kan?Saya minta awak tak datang lagi. Dia dah ada saya.Saya harap awak faham.” Ujar Trixie.
“Jangan risau, saya takkan tuntut setiap janji dia...” balas Rainie. Wajah Trixie bengang.
“Awak sedarkan, janji dia tu adalah untuk saya, awak macam replika saya saja,” sinis bicara Trixie. Mata Rainie berkaca.
“Ryo, jom balik,” ajak Rainie.
Di Akademi, senja makin menghampiri.
“Jake!!!”panggil Gwen. Bosan terasa bila butlernya tiada, risau pun ada juga.
“Yes, my lady?” soal Jake wajahnya cuba diseriuskan.
“Task saya, masa dah hampir tamat, saya patut pilih awak atau orang gila tu?” soal Gwen. Berpura-pura naif.
“Baik lelaki gila itu dari orang yang sakitkan hati cik kan?” soal Jake, pura-pura berjauh hati. Gwen menggaru-garu kepalanya. Nak kena pujuk ke? Dilihat pada jam, makin suntuk.
“Tapi saya tak nak orang gila tu, awak, nak jadi butler saya tak?” soal Gwen. Dibuat wajah comelnya.
“Awak kena janji dengan saya dulu,”dan sejak bila mereka menggunakan saya awak?Tak kisah, penting dia dan butlernya.
“Baiklah, awak pun sama,”
“Ok,”
“Sama-sama..”
“Saya, Gwen Adelaide, mahu kamu jadi butler saya..”
“Dan saya Jake Sternoest, mahu kamu jadi Lady saya...Dan saya juga berjanji tidak ada lawak seperti pagi tadi lagi,” janji Jake. Gwen tersenyum memeluk Jake.
“Task Done,” ucap Gwen pada badge Goldilocks.
“Awak butler saya?”soal Gwen.
“Yes, my lady,” uajr Jake.

No comments: