At-10-Tion!

Break Time has finished its construction,
Now is the time for le author to update~

UPDATE

Wednesday, March 24, 2010

Kisah Kita 6: Truth about Lilac


            Ternganga mulut empat pemain NDC mendengar perkhabaran dari pengurus baru mereka. Lilac mengiakan setiap kata Alexa. Casey terdiam lama. Kekecohan pasukannya tidak langsung menjentik emosinya. Freddie memegang bahu Lilac. Meminta gadis itu berterus-terang. Daniel yang baru tiba, terus meleraikan kekecohan itu. Lilac menghampiri Casey.
            “Alexander, awak nak diam je?”soal Lilac. Casey memandang wajah gadis itu.
            “ Semua, playball!!”laung Casey. Lilac diabaikan. Teringat akan kata-kata yang didengari secara tidak sengaja minggu lalu. Lilac mengeluh. Sudah seminggu Casey mengelak dari berbicara dengannya. Buntu dia memikirkan apa yang harus dilakukan.Dia rindu pada Casey yang petah berbicara meski tika itu lelaki itu menyamar sebagai Chris. Chris, dimana lelaki itu.
            “Adrian! Practice your fake atau tak payah buat langsung.” Laung Daniel dari tepi. Alexa dan Lilac saling bertukar cerita. Baru kini Lilac sedar, Alexa tidaklah seteruk mana. Cuma pengaruh Natalia menyebabkan dia begitu. Wisel yang ditiup Daniel menyebabkan mereka berpaling. Casey terduduk dilantai. Lilac dan Alexa berlari ke tengah gelanggang. Namun langkah Alexa tidak sepantas Lilac. Gadis berambut separas bahu itu duduk disisi Casey.
            “Alexander,” kaki Casey dibeleknya. Seingat Lilac, jarang dia melihat baik Casey atau Chris cuai tika bermain. Mutu permainan mereka sentiasa terbaik dipadang masing-masing. Terseliuh itu analisa pertamanya.
            “ Jay, Freddie, tolong Lilac papah Casey ke bilik sakit.”pinta Lilac. Freddie dan Jay segera membantu Lilac. Tubuh Casey dipapah Jay dan Freddie itu didudukkan dikatil. Wajah lelaki itu masih kekal beku.
            “Akak, akak bolehkan dengan Casey?”soal Freddie. Lilac mengangguk. Casey masih membatu. Bibirnya berat untuk berkata-kata. Lilac mulai berang.
            “Alexander. Awak tak pernah cuai macam ni? Kenapa?” Casey masih kekal membisu. Mukanya tak berperasaan, stone, heartless dan apa saja yang seangkatan. Lilac sedikit bengang.
            “ Casey Alexander Adrian!” naik senada suara Lilac. Wajah gadis itu agak masam. Casey merenung wajah gadis itu. Lama, sehingga gadis itu tertunduk. Malu.
            “ Kenapa awak risaukan saya? Bukan dihati awak hanya ada Chris?” soal Casey. Lilac tersentak. Benar, Casey terdengar perbualan itu. Casey mendengus.
            “Maryposa, kenapa susah sangat saya nak dapatkan hati awak? Kenapa dalam banyak-banyak Chris saingan saya?” soal Casey bertalu-talu. Lilac masih membisu. Casey bangun, kesakitan dikaki apalah sangat jika dibanding dengan kesakitan dihatinya.
            “Alexander,” panggil Lilac. Casey turun dari katil pesakit itu dan terus berjalan ke muka pintu.
            “Maryposa, saya mungkin tak sehebat Chris yang berjaya dapatkan hati awak, tapi saya juga mampu untuk terus menyayangi awak...” ujar lelaki itu sebelum melangkah keluar dengan terhincut-hincut. Ryan bertepuk tangan.
            “Drama of the year...Hmm, Casey Alexander Adrian, aku tawarkan dekat kau sekali saja, lepaskan posisi kau, and...”
            “Biar kau jahanamkan team tu? Dalam mimpi Dennis,” sinis suara Casey. Wajah Ryan berubah.
            “ Oh, aku lupa, kau lebih suka bertaruh bukan, apa kata, jika pasukan yang aku bawa ni berjaya kalahkan the unbeatable NDC, aku nak seluruh team NDC keluar termasuk kau,” Casey merenung wajah Ryan, hatinya mulai dibakar kemarahan.
            “ Oh, sebelum tu, aku mahu pengurus kau kekal...Tapi yang lain aku tak mahu...macam mana, okey tak?”
            “Dan kalau kami menang?” ujar Casey. Ryan tersenyum. Jeratnya mengena.
            “Apa saja yang kau nak...”ujar Ryan. Baru saja Casey mahu membuka mulut, Lilac muncul didepan mereka.
            “Casey Alexander Adrian, don’t do that...” Casey memandang wajah Lilac tepat. Wajahnya masih kekal tak berperasaan.
            “Okey, aku setuju, tapi kau kena ingat, kalau kau kalah, kau tak boleh dekat lagi dengan bola keranjang...” putus Casey.
            “Alexander,Alexander...Casey!!Awak tak boleh buat macam tu, mereka team awak...Mereka percaya dekat awak...Lagipun awak cedera...” Casey berpaling. Mengadap wajah Lilac.
            “Awak tak percayakan saya untuk menang?” soal Casey. Lilac diam.
            “ Awak cedera Casey, awak ingat dengan kondisi macam tu, awak boleh bermain dengan baik? Dan awak kena ingat, nasib empat lagi pemain yang ada...Kenapa awak buat macam tu?”selar Lilac akhirnya. Casey tersenyum sinis.
            “Sebab saya yakin dia takkan menang...” satu tamparan singgah diwajah Casey.
            “Itu yang membezakan awak dan Adam. Jangan sesekali underestimate anyone, Alexander...”marah Lilac. Casey memegang pipinya perit ditampar Lilac. Freddie yang menjadi saksi pentengkaran mereka memeluk bahu Lilac. Menenangkan kakak angkatnya itu. Casey hanya memerhati. Akhirnya dia menumbuk dinding. Marah dengan situasi itu. Marah dengan dirinya kerana terlalu ikutkan perasaan.
            Tanpa disedarinya, dirinya diperhatikan Jimmy. Perasaannya mulai berbara dengan tindakan Casey membahayakan posisi setiap mereka. Benar kata Lilac itu. Mungkin mereka berpeluang menang jika Casey tak cedera.
            Langkah diatur malas ke bilik persalinan. Biar Casey sendiri yang memberitahu mereka. Bukan tanggungjawabnya dan yang paling penting, bukan dia yang memutuskan keputusan itu.
            Freddie masih setia disisi Lilac. Memujuk gadis itu. Bukan dia tak nampak. Gadis itu mulai menyukai Casey. Tindak-tanduk gadis itu sudah membuktikannya. Tapi bagaimana gadis itu mahu sedar akan perasaannya itu jika dia asyik menyatakan hatinya hanya pada Chris. Chris. Nama yang menjadi lagenda. Masakan gadis itu tak mengetahui tentang lelaki itu. Pasti ada sesuatu yang terjadi pada gadis itu asalnya. Pasti Lilac sudah mengetahuinya, tapi kenapa gadis itu masih mengharap seolah-olah Chris Adam masih hidup ? Hanya dua orang saja yang mampu menjawab. Stefan dan Damon. Tekadnya, selepas ini dia akan mencari kebenaran dari mereka berdua.
            Jarum jam menginjak ke pukul 6. Lilac sudah berkemas-kemas. Sesekali tangannya itu direnung. Tegarnya dia menampar Casey tadi. Tapi seeloknya itu yang patut diberi pada lelaki itu. Membuat keputusan terburu-buru. Sakit teramat hatinya bila dia menampar wajah itu. Perit seolah-olah pernah dialaminya. Kepalanya mulai berdenyut- denyut sakit. Tapi digagahkan diri untuk tersenyum. Kenapa seolah pernah dia merasa kepedihan itu?
            “Kak Lilac, Sir Damon dan Stefan datang!” beritahu Freddie. Lilac bingkas bangun menghampiri kedua abangnya itu. Baru saja mereka bertiga mahu menlangkah pergi, Freddie memanggil Damon.  Lelaki itu berpaling.
            “May  I have a word with you, Sir?” soal Freddie. Damon mengangguk.
            “Stefan, bawa Lilac balik. Nanti aku balik sendiri.” Stefan mengangkat tangan mengisyaratkan dia faham. Damon duduk dibangku penonton dalam gim itu. Freddie mengambil tempat disebelah Damon.
            “Maafkan saya Sir, tapi saya nak tahu apa jadi dengan kak Lilac. Masakan dia tak tahu langsung apa yang telah terjadi pada Chris...Saya tahu ada sesuatu yang pernah terjadi...” Damon mengeluh. Dia tahu persoalan ini akan terbit, tapi bukan dari mulut anak muda ini. Dari Casey. Tapi Casey, dari cerita Daniel tadi menampakkan lelaki itu turut tertekan.
            “ Kau betul-betul nak tahu?” soalan Damon dibalas anggukkan Freddie.
            “Kenapa?” sekali lagi Damon bertanya.
            “Saya sayangkan kak Lilac sepertimana Sir dan Sir Stefan sayangkan dia...Dan kalau boleh saya mahu dia gembira...” balas Freddie. Itu setulus perasaan yang ada pada Lilac.
            “Lilac, tahu Chris dah tak ada...Tapi dia tak dapat terima hakikat itu...Mereka masih berhubung dulu...Selepas kembar Adrian berpindah. Chris dan Lilac, memang sentiasa saling menyayangi. Ada satu hari tu, Lilac gembira, mendapat panggilan dari Chris yang datang melawat kami dan mahu ketemu dengannya. Tapi dia balik petang tu dengan tangisan. Puas kami pinta dia bercerita, hinggalah, dia bercerita...” Damon terhenti. Masih terasa basah bahunya yang menjadi tempat Lilac menangis. Masih terdengar sedu Lilac tika itu.
            “Chris minta mereka berpisah...Tanpa sebab...Stefan terus saja mencari Chris...Kami rahsiakan ini dari Lilac, Chris sebenarnya sakit.Sakit yang membawa maut. Sakit selepas kemalangan tu...Kemalangan yang heboh tu...Freddie, Chris tak mati kerana accident tu, tapi kerana darah yang diberikan padanya, disahkan HIV positif...Chris tak mahu berpisah dengan Lilac, tapi itu untuk kebaikkan Lilac juga...” Sebaik saja berita kematian Chris sampai pada kami, Lilac pengsan...2 hari. Sebaik saja dia sedar, riaknya seolah tiada apa yang berlaku, malah mulutnya rancak bercerita serta meminta untuk datang ke sini, untuk bertemu dengan Chris...Seolah-olah memorinya tentang peristiwa sedih tentang Chris hilang. Dia trauma...” Freddie terkejut. Jadi memang ada sesuatu terjadi pada gadis itu.
            “ Freddie, tolonglah kami untuk sedarkan Lilac dari mimpi itu...Aku tahu ini agak keterlaluan, tapi kami perlu semua yang boleh untuk membantu. Casey sendiri sudah berputus asa...” beritahu Damon sekaligus menyatakan permintaannya. Freddie mengangguk. Memang itu yang dia mahu..Mahu Lilac gembira direaliti...
            Lama Freddie berteleku disitu, hingga dia tidak menyedari bila Damon berlalu. Yang penting rancangannya untuk menyedarkan gadis itu...

No comments: