At-10-Tion!

Break Time has finished its construction,
Now is the time for le author to update~

UPDATE

Sunday, September 05, 2010

Soul 3 : Lending A Helping Hand


Mika duduk di bangku ditaman. Mindanya pelik. Bagaimana seorang manusia biasa mempunyai kebolehan telepath? Gifted? Atau keturunan magis? Lama dia termenung. Entah dari mana sebilah pedang jatuh didepannya. Dia mendongak. Raut serius Hunter menyapanya.
“Hunter,” dia bingkas bangun. Mika terkejut, cepat Hunter mengesannya.
“Mika, aku akan lengahkan masa, aku nak kau cari mereka secepat mungkin. Hanya 9 lagi kau perlu cari. Kau sendiri pengawal unsur api, Mika, “ ujar Hunter. Kekal serius.
“Hunter,” tangan pemuda itu mendekati kepalanya. Sihir melupakan kedengaran. Dan Mika  rebah.
“Kau lupa kau jumpa dengan aku, tapi kau ingat apa yang aku cakapkan,” ujar Hunter dan meletakkan Mika yang tidak sedarkan diri ke atas bangku. Lama Mika disitu, sehingga badannya digoncang kasar. Matanya dibuka. Wajah Anna menyapanya.
“Apa kau buat dekat sini?” soal Anna. Mika mengusap lehernya. Pertanyaan Anna tidak dihiraukan. Rantai yang tergantung dileher Anna menarik minatnya. Dia merapatkan dirinya dengan Anna, terlalu rapat hingga dia ditolak jatuh oleh gadis itu.
“Rantai tu, aku nak tengok boleh?”soal Mika. Anna berkerut.
“Weirdo!” jerit gadis itu sebelum berlari. Rantai bercorak phoenix itu dipegang. Namun langkahnya terhenti apabila sekelilingnya gelap. Mika yang terkejut dek jeritan Anna bingkas bangun. Dia merasakan ada kuasa magis yang kuat dari arah Anna berlari pergi tadi. Magis Dark Demon. Mika berlari kearah itu.
“Yoona lepaskan dia!” jerit Mika. Yoona tersenyum. Tangannya mencekik leher Anna. Anna kehilangan nafas.
“Anna!” satu suara lagi membuatkan Yoona berpaling. Mika bertindak pantas melemparkan bebola plasma kearah Yoona, leher Anna yang dicengkam terlepas. Mika menangkap tubuh gadis itu sebelum mengumam sesuatu. Anna tidur nyenyak. Mika berpaling. HyunMin?  Bagaimana seorang manusia boleh memasuk ruangan magis ini.
“Mika, apa jadi?”Yoona menghampiri HyunMin. Lelaki itu memejamkan mata dan entah dari mana muncul stalagmite. Yoona tercampak kebelakang namun sempat disambut Hunter. Mika menarik nafas lega.
“Bunuh dia!” keluar arahan itu dari mulut Yoona. Tangannya menunjuk ke arah HyunMin. Terkejut HyunMin dibuatnya. Hunter menghampiri HyunMin, terasa bersalah kerana akan membunuh lelaki itu. Mika yang cuba untuk menghalang di halang oleh Yoona.
“Oh tidak Mika. Aku takkan benarkan.” Sinis suara itu kedengaran.
“Mika, kau nak bagitahu aku sesuatu ke?” soal Yoona. Wajah Mika yang ralat memikirkan sesuatu menarik minatnya.
“Kau tahu kau takkan cederakan tubuh ni,” provok Yoona. Mika tersenyum.
“Siapa cakap? Kau tak tahu ke betapa aku tak suka pada Yoona yang selalu membebel tu, pada Yoona yang sangat bising tu?” balas Mika.
Entah mengapa Yoona terduduk. Mika tersenyum. Yoona tak pernah berubah. Melihat keadaan Yoona yang entah apa terjadi itu, Hunter meninggalkan HyunMin. Mika terus mendapatkan HyunMin. Di telinga lelaki itu bersinar. Berwarna coklat. Mika ralit memerhatikan subang ditelinga lelaki itu. Yoona menyerang dengan menghantar satu bebola tenaga berwarna hitam. HyunMin menolak Mika ke tepi dan membina perisai dari tanah dihadapannya. Tindakannya berjaya mematahkan serangan Yoona.
Mika terkejut dek serangan itu membentuk satu bebola api, lantas menguatkan teori dia adalah pengawal unsur api. Bebola api itu dilontar ke arah Yoona sebelum dihentikan oleh Hunter. Raut lelaki itu serius.
“Mika,” panggil HyunMin. Bagai memahami isyarat mata HyunMin, Mika menyerang Hunter bertubi-tubi manakala HyunMin menyerang mengunakan batu-batu kecil. Tiba-tiba kedengaran jeritan Yoona.
“Yoona!” panggil Mika dan Hunter serentak.Hunter menghentikan serangannya dan mendapatkan gadis itu.
“HyunMin, jom,” Mika menarik tangan pemuda itu. Tubuh Anna didukung. Mereka duduk disebuah pondok.
                “Mika, apa yang terjadi, siapa diorang tu? And apa yang aku dah buat tadi?”soal HyunMin bertubi-tubi. Mika menarik nafas dalam. Biarlah dulu perempuan bising ini tidur dulu.
“Kau, pengawal unsur tanah. Salah seorang daripada 9 orang yang aku perlu cari.”
“Jawapan kau tak cukup lengkap.”
“Ok, ok..Persistent. Nama sebenar aku, Mika Amouris, aku bukan dari dunia ni, tapi dari Dunia Magis. Aku melarikan diri dari sana, sebab aku hampir dibunuh oleh Dark Demon. Tragis, keluarga aku semuanya dah dibunuh. Perempuan dan lelaki tadi tu, kawan baik aku, dan kekal sebagai kawan baik aku, Yoona dan Hunter.” Mika berhenti seketika. Kemudian dia menceritakan segala yang terjadi.
“Jadi kau dah jumpa 2 pengawal dan 0 virtue lagi..Api dan Tanah...Dan kau perlu kumpul kesemua ni, untuk Yoona? Ok, aku akan tolong kau.” Ujar HyunMin. Mika tersenyum.
“Jangan sesekali kau buka subang tu,” pesan Mika sebelum keluar. HyunMin memegang telinganya. Ridiculous, dia tak pakai...oh, tidak, dia memang pakai subang.

No comments: