At-10-Tion!

Break Time has finished its construction,
Now is the time for le author to update~

UPDATE

Sunday, February 20, 2011

Kissed 2 : Need A Hand?



                Kibum menyumpah dirinya dalam diam. Tak menyangka akan berjumpa dengan mereka berenam bukan berlima. Baru dia sedar siapa mereka, Shadow Masters. Bodoh benar dia tak pernah memberitahu mereka tentang Yui. Yui, gadis itu dalam bahaya. Matanya meneliti setiap seorang. Matahari yang sudah menghilang menandakan dia sudah terlepas peluang menyelamatkan gadis itu.
                “Kau, soul kau dah dibarterkan...Kau dulu, Shadow Boy kan?” soal Niel. KiBum diam. CAP mendengus.
                “Niel, soul dia dulukan kau dan L.Joe rebut. Untuk soul yang dibarterkan. Kim Ae Ra...” sengaja Changjo tekankan pada nama Ae Ra. Niel ketawa.
                “Oh, Ae Ra...Jadi kau KiBum...Hmm..Dari Shadow Boy kau jadi Legendary Masters, tapi kau kena ingat sesuatu...” Niel menghilang dari tempatnya. Sesaat kemudian, KiBum terduduk. Perutnya ditumbuk kuat oleh Niel. Lelaki itu sempat berbisik,
                “Aku masih lagi master kau...” KiBum meludah ketepi.
                “Aku bukan hamba shadow!” Dia cuba menyerang balas. Namun gagal, Niel terlalu pantas. Keadaan itu berulang beberapa kali. Ricky pura-pura menguap.
                “Niel, mainan kau ni membosankan lah...” ujar lelaki itu. KiBum mengah. Dia tak tahu apa yang perlu dia lakukan.
                “Kenapa kau tak join main sekali?” soal Niel. Senyuman sinis terukir.
                “Kau dah ajak,” Chunji menggumam sesuatu. Satu bola hitam muncul, menelan KiBum ke dalamnya. Kelima-lima mereka tersenyum.  Niel mengangguk kearah Chunji. Lelaki itu lebih mahir bermain dengan perasaan bersalah. Chunji tersenyum. Dia memulakan tugasannya.
                KiBum memandang sekelilingnya. Kevin dan Ae Ra sedang bergurau. Ae Ra...Dia menghampiri mereka.
                “Ae Ra,” panggilnya. Gadis itu berpaling tersenyum sebelum memeluk erat dirinya.
                “Abang!! Jom, Ae Ra penat masak untuk hari ni...” Beberapa makanan terhidang elok diatas hamparan. KiBum terdiam.
                “Kau ni kenapa?” soal Kevin. Dia memandang lelaki itu. Ada sesuatu yang tak kena.
                “Abang, cepatlah,” Ae Ra menyuakan pinggan kertas ke arahnya. Dia menyambutnya. Dia masih tak faham, apa yang berlaku. Tiba-tiba masa berputar laju. Kepalanya sakit. Dia merasakan dirinya berubah.
                “No, Ae Ra jangan!”
                “Kevin ini untuk abang Ae Ra.”
                “Shadow Masters, aku tukarkan soul aku untuk dia,”
                “Jangan, Ae Ra, please. Abang minta dekat kamu jangan buat macam tu,” rayu KiBum tubuhnya makin lemah. 6 orang yang lain baru saja sampai dan disaat mereka sampai itu, cahaya hitam menyelubungi Ae Ra. Sebaik saja mereka betul-betul disisi KiBum, Ae Ra melangkah keluar. Namun itu bukan lagi gadis periang yang mereka kenali.
                “Opps, hmmm...Legendary Wizards...Sayangkan kau tak menjadi Shadow macam aku...Kuasa aku melebihi kuasa yang korang semua ada...”gadis itu ketawa. Tawanya terlalu nyaring dan menakutkan. Legendary yang lain mengambil posisi berjaga-jaga. Dengan kuasa Shadow, entah apa yang Ae Ra mampu lakukan. Dan akhirnya apa yang mereka takut terjadi, terjadi jua... Ae Ra menyerang mereka. Nampaknya kuasa dari Shadow mampu membuatkan gadis itu menyerang ketujuh – tujuh mereka serentak.
                “Ae Ra!” panggil KiBum. Cuaca bertukar buruk. KiBum mengalih pandangannya pada Kevin. Lelaki itu mengawal cuaca sekarang ini.
                “Kenapa? Mahu bermain lagi?” soalnya. Gadis itu menyerang KiBum bertubi-tubi. Namun dapat dielakkan oleh KiBum. Saat itu matanya melihat dalam pergerakan perlahan. Ada air mata membasahi wajah gadis itu.
                “Kenapa kau elak? Kenapa kau tak bunuh je aku?” Saat itu KiBum tahu satu-satunya cara adalah dia kehilangan adiknya itu. Legendary Wizards yang lain mengunci pergerakan Ae Ra. Dan KiBum dalam tangisan memohon maaf dan menikam tubuh Ae Ra dengan Swords of Light yang wujud entah dari mana.  Ae Ra tersenyum memandangnya. KiBum memangku kepala Ae Ra.
                “Kenapa abang Ae Ra menangis? Abang tak boleh menangis tau, janji dengan Ae Ra?”gadis itu bersuara dalam payah. Pipi abangnya diusap. Sebelum dia perlahan-lahan menghilang.
                “Jangan menangis lagi abang tau...”itu pesanan terakhir Ae Ra sebelum menghilang. Entah berapa lama dia menangis dia pun tak tahu. Mengapa Ae Ra mengambil tempatnya? Mengapa tak biarkan dia saja di ambil Shadow? KiBum terduduk. Dia menangis.Tanpa dia sedari, Chunji tersenyum sinis. Lelaki ini permainan yang menyeronokkan. Terlalu rasa bersalah. Masa untuk dia memanipulasikan master ini.
                “Kau, sebab kau, Ae Ra pergi...Kenapa kau tak pergi senyap-senyap saja?” KiBum terkejut. Suara Kevin kuat memarahinya. Dia mendongak. WajAh teman baiknya itu terlalu merah. Menahan perasaan marah. KiBum menghampiri Kevin.
                “Kevin, aku...”
                “Kenapa bukan kau saja?Kenapa kau tukar soul kau dengan dia?” Kevin masih lagi memarahinya. KiBum bingung, kepalanya berdenyut. Tiba-tiba bahunya dipegang seseorang. Dia mendongak.
                “Kau jangan percaya dengan mainan dia ni,” suara Kevin lantang kedengaran. KiBum cuba berdiri namun tak mampu, mujur sempat dia disambut Eli.
                “Kau masih tak okay lagi, biar Kevin, Kiseop, Dongho, Soohyun dan Xander uruskan diorang tu...” Eli menggumam sesuatu. Dan perkara terakhir yang KiBum nampak adalah lelaki di Avalon itu.
                “Shadow Masters,” suara Kevin memberitahu yang lain.
                “Mereka berlima tu?”Soal Xander. Eli mengangguk. Kemudian KiBum menambah.
               “Berenam. Diorang berenam. Mereka dah jumpa Yui...” Lemah suaranya menambah.



Nukilan,








P/S: Jeng2 sorry lambat post...Sgt terleka mengedit gambar donghae~~~

Thursday, February 17, 2011

Kissed 1 : Pertemuan


                “Aish, dia ni tak ada kerja lain ke?” Yui mendengus sambil memandang kearah KiBum yang sedang enak menikmati gelato yang dihantar Kris. Dia memeluk tubuh sambil mencebik. Danny ketawa kecil melihat telatah pekerjanya yang seorang itu.
                “Saya rasa, dia betul-betul sukakan awak, Yui...Pergilah selesaikan apa saja masalah awak dan dia,” cadang Danny. Yui merenung tajam ke arah Danny. Lelaki itu ketawa kecil. Mata Yui menangkap bayang seseorang lelaki duduk dimeja. Belum diambil pesanan lagi. Dia meluncur kearah itu.
                “Welcome to Avalon. What’s your flavor today?” soalnya. Rautnya dimaniskan. Lelaki itu membalas senyumannya.
                “Gotcha~~” perlahan nadanya. Hampir saja tak didengari. 
                “Maaf, apa perisa encik hari ni?”  Lelaki itu ketawa kecil.
                “Apa yang terbaik hari ni...” Yui mencatit.
                “Kejap ya,” Dia meluncur kedalam kembali. Kertas pesanan dihulurkan pada Danny. Lelaki itu segera membuat gelato itu. Krys sudah berada disisinya.
                “ Handsomelah lelaki dekat meja kau tu...” puji Kris. Danny sudah mengangkat keningnya.
                “Ai, awak saya ada dekat sini je,” Danny bersuara. Kris ketawa kecil dan mencubit pipi Danny.
                “Dan saya sayang awak je,” Yui segera mengambil pesanan itu dan berlalu sebelum mendengar bicara mereka. Tak mahu mendengar mereka berkasih sayang.
                “Ni, gelato encik...” Yui tersenyum tika meletakkan mangkuk yang dihias cantik itu.
                “Cantik...” Perlahan lelaki itu bersuara. Yui tersenyum. Sebelum meluncur ke dalam. Lelaki itu terasa ada seseorang sedang memandangnya. Dia tersenyum bila melihat kearah KiBum.
                “Legendary Masters...” dia tersenyum lagi. Jadi Shadow Girl miliknya diminati oleh Legendary Masters. Menarik. Pastinya gadis itu miliknya. Baru saja dia mahu bangun bahunya ditepuk.
                “Niel,”
                “Kau dah jumpa dia?” soal lelaki yang dipanggil Niel itu.
                “Hati-hati, ada Legendary Masters tunggu dia,” satu suara lagi menyampuk. Lelaki itu masih tersenyum.
                “Aku nak korang uruskan master tu...Aku nak jumpa dengan Shadow Girl aku...” 5 kepala mengangguk.  KiBum masih tak berganjak. Dia merasakan ada sesuatu yang tak kena. 6 lelaki itu masih lagi direnung. Dia merasakan ada sesuatu yang tak kena pada mereka itu, tapi tak mampu diutarakan. Tangannya mendail nombor  Kevin, nalurinya mengatakan dia memerlukan seorang teman sebentar lagi. Perhatiannya beralih kearah Yui. Dia masih rindukan gadis itu.  Matahari semakin menghilang dari kaki langit.
                “Bye, jumpa esok, Kris, Danny, awak jangan buat bukan-bukan dekat kawan saya tau, pergi date je,” pesan Yui. Kris dan Danny ketawa kecil.  Yui keluar dari kedai. Memeluk tubuh. Cuaca agak sejuk malam ini. Dia mendongak ke langit. Dua butir bintang bersinar terang.
                “Mama, papa, tengok Yui boleh je hidup seorang diri,” bisiknya perlahan. Entah mengapa dia enggan pulang lagi saat ini. Dia melangkah ke taman. Dia duduk dibawah sebatang pohon sebelum berbaring.
                “Tapikan, mama, papa, Yui rindukan abang. Mesti abang benci dekat Yui kan, yalah, Yui tinggalkan dia, tanpa sebarang pesan... Ma, pa, Yui ni adik yang jahatkan? Tapi Yui tak nak abang tukar tempat dengan Yui. Ma, Yui penatlah, mama tengokkan Yui kejap ya,” dia terlelap disitu. Lelaki yang sama di Avalon tadi menghampirinya, dan duduk disebelahnya. Bibirnya mengukir senyuman.
                “You are mine, forever...” dia berbisik. Yui terjaga, entah berapa lama dia terlelap. Jantungnya berdegup kencang. Mimpinya tadi, ada seorang lelaki menghampirinya dan berbisik,
                “You are mine, forever...” perlahan dia menuturkannya. Matanya menangkap kelibat seseorang disebelahnya. Segera ditutup mulutnya sebelum dia menjerit.
                “Maaf, kalau saya terkejutkan awak...” Lelaki itu bersuara sambil tersenyum. Yui menggeleng. Dia cuba menenangkan diri. Nafas dihela perlahan...
                “Salah saya...Erm, saya Yui awak?” soalnya cuba beramah.
                “Awak tahukan bahaya awak tidur dekat sini, macam mana kalau ada orang jahat kacau awak tadi?” soal lelaki itu lagi. Yui menjungkit bahu. Memang salahnya.
                “Sini saja saya boleh nampak bintang...Awak nampak bintang dua dekat atas tu?” soalnya. Sambil menunjuk kearah dua bintang yang bersinar terang. Entah mengapa, ringan saja mulutnya bersuara dengan lelaki asing itu. Lelaki itu mendongak sekilas sebelum mengangguk.
                “Itu mama dengan papa saya, dekat sini saja saya boleh nampak dengan jelas mereka. Saya rindukan mereka.” Lelaki itu tersenyum. Gadis ini benar-benar menarik minatnya. Seperti gadis yang menukarkan soulnya untuk Legendary Masters yang ditemuinya dahulu.  Mungkin dia perlu bermain. Mendapat kepercayaan gadis ini, untuk mengikat gadis ini dengan dirinya. Dia tersenyum. Dia akan pastikan gadis ini menjadi miliknya.
                “Saya rasa awak patut balik sekarang. Dah lewat sangat ni, mari saya hantarkan,” Yui melihat jam ditangan. Sudah menginjak ke pukul 12 tengah malam. Dia bingkas bangun. Dia menggeleng.
                “Tak apa, saya balik sendiri...”
                “Yui, nama saya L.Joe...Dan kita akan berjumpa lagi lepas ni, bukan?” soal lelaki itu. Yui mengangguk. Sebelum berlari ke arah bilik sewanya. Jantungnya masih lagi berdegup kencang.
                “L.Joe...” ujarnya perlahan.

Nukilan,








P/S : Yeay first chapter~~~Sila la komen ye~~~~

Shadow Kissed

 Yeay!!seperti yang ramai nak, ni Sekuel Legendary Masters....Kita akan kenal dengan castnye lps cter ni abh...hahaha
Dalam cerita ni, Yui atau Em, masih kekal dekat Avalon, tpi kali ni, ada sekumpulan lelaki memang mencari dia....Siapa??
Kejap lagi kita tahu...okay nina nak post kejap je lagi~~~

Nukilan,

Monday, February 14, 2011

100th Follower~~~

yeay!!!follower ke 100....nina xpernah sngka blog nina terchenta ni bley capai follower 100....
walauapa apa pun, gamsahabnida kepda follower kpda follower ke-100 nina, Ice Princess, gomawo, terima kasih byk2....

okay, sudah cter follower, minggu ni nina ad test, so tersangatlah nk mintak maaf sbb xdpt nk update...
abh je test khamis ni, nina try update okay....
lgi skali thanks jgak kpda follower nina yg lain~~~YOu GUYS CHEER UP MY day~~~

Nukilan