At-10-Tion!

Break Time has finished its construction,
Now is the time for le author to update~

UPDATE

Monday, January 10, 2011

Diamond 12 : Vince

            Storm mengetap bibir. Dia perlu selamatkan keenam Lady termasuk anaknya. Dalam diam dia berdoa agar Vince cepat bangun. Pintu diwujudkan kembali dan dia melangkah keluar. Matanya menangkap arah yang dipandang Nami. Gadis itu terduduk tiba-tiba. Dia tahu mengapa. Anak muda yang terbaring dikatil itu. Pintu itu dihilangkan dari luar. Tetapi masih boleh dibuka dari dalam. Dalam hati dia berdoa agar anak muda itu sudah sedar.
            “Ma,” panggil Rainie. Storm memandang wajah anaknya itu. Betapa rindunya dia pada satu-satunya puteri yang dia dan Trevor ada. Crystal terkejut. Ini kali kedua dia berjumpa wanita didepannya. Dia pernah berjumpa dengannya sekali. Tapi dia tak tahu siapa. Dia ingat lagi pesanan yang diberi,
            “Kawal ruang dan masa dan kamu pasti berjaya,” Aya dan Gwen masih mengitari sekeliling. Gwen ternampak pasu kecil herba milik Storm. Dia perlu mencari masa yang sesuai. Dia memandang kearah Aya. Mengisyaratkan pada gadis itu. Aya mengangguk faham. Kini mereka perlu menanti peluang. Trixie menghampiri Storm.
            “Lama kita tak jumpakan,” ujar Trixie. Wajahnya kelihatan sangat dingin. Storm menahan wajahnya dari beriak. Trixie dahulu...
            “Cikgu, cikgu dah lupa saya ke?” soalnya. Storm memandang wajah Trixie. Senyuman kejam terukir.
            “Lepaskan mereka Trixie,” ujarnya. Trixie ketawa kuat.
            “Hmm..Kita mulakan dengan dialah” tunjuk Trixie pada Rainie. Serentak itu. Akar pokok mengenai tubuh Trixie tanpa sempat ditahan Winter. Aya membekukan salah seorang dari mereka yang mengelilinginya.Rei membisikkan sesuatu pada Luna. Tangan gadis itu mengeluarkan api. Ryo pula memanah ke arah salah seorang lagi yang mengelilingi mereka. Tanpa mereka sedari, Nami dihampiri salah seorang orang dari akademi.
            “Nami!” Crystal memeluk Nami agar gadis itu dapat dilindungi. Kyuu yang turut sibuk menahan serangan dari yang lain tidak menyedari Ladynya dan Nami dalam bahaya.
            Baru saja tangan lelaki itu mahu menyentuh bahu Crystal tangannya ditepis sesuatu. Mata Nami berkaca melihat susuk tubuh didepannya. Crystal turut sama memandang tak percaya. Jake menghampiri Lady Phantom.
            “My lady, saya rasa Lady patut gunakan kuasa Lady untuk selamatkan mereka.” Winter menghampiri Rainie yang masih memandangnya tak percaya. Dia pasti dengan mudah gadis itu dia pengapakan. Namun perhitungannya silap. Ryo menarik Ladynya kedalam pelukan. Mata Ryo memandangnya tajam. Mencabar dia untuk mendekati Rainie. Dia tersenyum.
            “Rainie, tolong abang please?” rayu Winter. Dia pasti teknik ni akan berjaya. Rainie memandang wajah Ryo. Mata lelaki itu masih lagi memandang Winter.
            “Abang, yang bunuh papa kan?” suara Rainie kedengaran. Cuaca diluar bertukar buruk. Ryo memandang Ladynya kini. Wajah itu penuh duka. Mata Rainie tajam memandang kearah Winter. Kecut juga lelaki itu bila gadis itu terusan memandangnya.
            Angin diluar makin kuat bertiup. Storm kalut melihat Rainie sudah dikawal perasaannya. Ryo mengisyaratkan pada Jake untuk membawa mereka semua keluar. Jake mengangguk. Trixie cuba untuk menghalang mereka namun dia tertolak ketepi dengan akar pokok. Jake menggosok kepala Ladynya. Agak cekap Ladynya bertindak. Namun, Nami masih berteleku dilantai. Crystal sedaya upaya mengajak Nami untuk keluar. Dia sendiri merasakan ada kemusnahan yang akan berlaku.Nami enggan bergerak. Sehingga akhirnya Crystal berputus asa.Gadis itu bangun dan memegang bahu Vince.
            “Kita kena cepat, dan dia perlukan awak,” ujar Crystal.
            “Yes, My lady,”balas Vince perlahan. Dia sendiri rindukan Ladynya itu. Tubuh Nami dipeluk erat.
            “Maafkan Vince Nami...Tapi kita kena keluar dulu,kemudian Nami nak marah Vince ke, apa ke, Vince tak kisah...”Tubuh Nami didukung keluar. Tinggal didalam, hanya Ryo, Winter, Rainie dan orang dari akademi yang masih tak sedarkan diri. Atas dasar kasihan, Aya mengarahkan Hans untuk membawa Trixie keluar. Storm mewujudkan satu rumah untuk mereka berlindung. Cuaca makin teruk.
            “Kenapa abang buat macam tu? Abang tahukan saya ada papa saja masa tu,kenapa? Abang bunuh papa saya?” marah Rainie. Air matanya mulai mengalir. Serentak itu, hujan mulai turun. Guruh kedengaran, kilat pula saling menyabung. Langit sudah tidak kelihatan birunya.
            “Rainie, awak tak perlu buat apa-apa, biar saya yang selesaikannya...”pujuk Ryo. Gadis itu benar-benar marah kini.Ryo memegang wajah Rainie, untuk melihat wajahnya. Mata gadis itu masih lagi memandang ke arah Winter.
            “Rainie, Rainie, kalau awak biar emosi awak kawal diri awak, awak mungkin hilang kawan-kawan awak...Dan mama awak juga...Biar saya saja yang selesaikan okay...”mata Rainie beralih kewajahnya. Lama. Winter merasakan dia juga tak mampu berbuat apa-apa perlahan-lahan mengundur diri. Namun sempat dia melihat kucupan Ryo pada Rainie. Perlahan-lahan, cuaca bertukar cerah. Crystal menghela nafas lega. Hanya Ryo saja dapat menenangkan Rainie sejak mereka terlibat dengan kekusutan ini...
            “Crystal, dah lama saya tak jumpa kamu,” suara Storm kedengaran. Crystal mengangguk.
            “Rainie lagi lama, Lady,” balasnya. Storm mengangguk faham. Mereka menunggu kelibat Ryo dan Rainie dan juga Winter.
            Sementara itu,
            “Nami,”panggil Vince. Gadis itu masih membisu. Vince menggaru kepalanya. Tiba-tiba, dadanya terasa sakit. Nampaknya dia belum betul-betul pulih lagi. Dipegang dadanya itu. Cecair berwarna merah mulai membasahi dadanya. Nami memandang kearah Vince. Dia dengar aduhan Vince itu. Baju lelaki itu mulai dibasahi darah merah. Lelaki itu tersenyum manis sebelum rebah.
            “Vince!” jeritan Nami itu membuatkan semua berpaling. Mujur Nami sempat memeluk tubuh itu sebelum dia jatuh.
            “Gwen, tolong Nami,”ujar Nami. Air matanya menitis lagi. Tolonglah biar Vince selamat. Pintanya. Gwen segera berlari keluar. Dia pasti ada pohon itu didepan rumah Storm.
            “Aya, ambilkan kain bersih, Jake, sediakan air sejuk..Kyuu, air panas...Cepat...Hans, cari kain balut.”arah Crystal.Baju Vince digunting dengan berhati-hati. Jake dan Kyuu membawa air yang dipinta. Aya menghulurkan sehelai kain bersih. Crystal membersihkan luka Vince. Gwen menghampiri Crystal. Daun dari taman herba milik Storm yang telah dihancurkan dihulur.
            “Untuk hentikan pendarahan,” ujarnya. Hatinya rawan melihat Nami terusan menangis. Rainie yang baru masuk menghampiri Nami. Pelik.Kemudian matanya menangkap tubuh Vince yang terbaring. Pasti gadis itu risaukan butlernya. Matanya meninjau sekeliling. Singgah seketika pada wajah Ryo, sebelum beralih pada wajah Storm. Storm tersenyum. Puterinya.Rainie memeluk bahu Nami menenangkan gadis itu. Perasaannya sebenarnya bercampur aduk...
            Tapi kini, yang penting, teman disisi.Luna duduk disebelah Nami dan menggenggam erat tangan gadis itu. Crystal tekun membersihkan luka Vince dan membalutnya. Daun yang dilumatkan oleh Gwen turut sama diletakkan sebelum luka itu dibalut.
            “Kita berehat dekat sini dulu...Bolehkah Lady Phantom?” soal Aya. Wajah mereka masing-masing kelihatan letih.Storm mengangguk.Rumah kecil yang berteraburan perhiasannya dimasuki. Beberapa buah bilik diwujudkan. Mujurlah rumah kecil itu sudah mempunyai 3 bilik. Jadi hanya 3 bilik saja yang perlu dia wujudkan.
            “Mama,”panggil Rainie. Setelah usai mereka membersihkan diri dan rumah kecil itu. Storm memeluk tubuh kecil anaknya. Rindu sungguh pada Rainie.


Nukilan,

No comments: