At-10-Tion!

Break Time has finished its construction,
Now is the time for le author to update~

UPDATE

Tuesday, December 07, 2010

Kisah Kita 7 : NDC Kalah?


“ Jay, kau dah ready?” soal Kei. Jay menjungkit bahu.
            “Dude, aku tak tahu nak kata it was good or bad, tapi, untuk Casey kan?” soal Jay kembali. Kei mengangguk.
            “ Terangkan pada aku balik, kenapa korang selalu sangat back up Casey?” bidas Jimmy. Kei memandang tajam wajah Jimmy.
            “ Dia kawan...” balas Jay. Enggan mencetus sengketa.
            “Kalau kawan, dia takkan buat tindakan bodoh ni! Dia sendiri tengah sakit!” naik seoktaf suara Jimmy. Dalam diam mereka mengakui, sesinis-sinis Jimmy, dia masih sayang akan kaptennya itu. Pintu bilik persalinan terbuka. Freddie melangkah masuk. Tubuhnya yang lampai itu diperhati oleh tiga anak muda itu. Ada sesuatu yang lain tentang Freddie. Mata mereka masih lagi menilik keadaan Freddie.
            “Aha!” ujar Kei tiba-tiba. 3 pasang mata memandangnya, Kei tersengih, sebelum menghampiri Freddie.
            “Kenapa kau tak ceria saja?”soalnya. Jay turut sama menghampiri. Manakala Jimmy membuat muka tak pedulinya, namun telinganya masih terpasang untuk mendengar luahan Freddie.
            “Tak ada apa-apalah..Risau game petang nie je,” dalih Freddie. Jay tak puas hati. Namun disimpan saja rasa itu. Jimmy berpuas hati begitu jua Kei. Sebaik saja kedua rakannya itu menghilang, Jay menyoal Freddie.
            “Baik kau bagitahu aku, apa yang ada dalam kepala kau tu,” paksa Jay. Freddie memandang wajah Jay. Sedikit marah kerana Jay terlalu teliti.
            “Kak Lilac,” cuma itu yang disebutnya. Jay memandang ke arah Freddie.
            “Tentang Lilac, aku nak tanya kau sesuatu. Kenapa pada awalnya dia tak cam Casey? Kenapa dia panggil Casey, Adam?” soal Jay. Freddie mengeluh.
            “Maaf, kak Lilac, Freddie perlukan sebanyak mana pertolongan untuk tolong akak.”Monolognya dalam hati. Dengan berat hati, segala yang dia tahu, diceritakan pada Jay.
            “Freddie! Jay! Game dah nak start,” panggil Kei. Mereka berdua pantas bangun. Masing-masing enggan mengulas. Pantas menuju ke gim. Lilac duduk ditepi gelanggang bersama Alexa. Keduanya gusar memikirkan status pemain NDC. Daniel turut sama memerhati, dia juga gusar jika pasukan sedia ada digugurkan.
            “Baiklah, kita akan bermain dengan bersih,” pesan Stefan sebagai referee game kali ini. Ryyan tersenyum sinis. Kebetulan dia tahu kelemahan Casey hari ini.
            Permainan dimulakan sebaik saja Stefan meniup wisel. Bola dipegang oleh Kei sebelum dipass ke Freddie. Casey yang berada di kawasan gol menerima bola dari Freddie dan menjaringkan gol pertama mereka. Separuh minit pertama sudah berlalu. Pasukan Casey mendahului dengan 2 mata. Ryyan memberi isyarat kepada pemainnya.
            Minit kedua diteruskan. Entah mengapa kali ini, Casey digasak teruk. Casey cuba bertahan. Bola dipass ke Jimmy. Sebelum dihantar ke Jay.
            Casey cuba menangkap bola yang dihantar kearahnya namun entah kaki siapa menendang kakinya. Bola terlepas ke tangan Ryyan. Kali ini permainan dikuasa oleh pasukan Ryyan. Daniel sudah cemas begitu juga Alexa dan Lilac.
            Casey menahan kesakitan dikakinya. Bola dihantar kepada Freddie dan Freddie hampir saja menjaringkan gol bola dirampas pemain pasukan Ryyan.
            Freddie tak berputus asa. Namun sebaik saja dia terpandang wajah Casey yang berkerut menahan sakit, bola ditangannya terlepas. Jay turut sama berpaling. Ryyan mengambil kesempatan itu menjaringkan gol.
            “Trinity, Feymore, jaga bola,” laung Casey. Casey cuba untuk mengambil bola. Tetapi dia diasak teruk. Freddie pantas berlari kearahnya, begitu juga Jay. Lilac sudah bangun ditepi gelanggang.
            “Coach,”panggil dia perlahan sebelum rebah. Alexa kalut.
            “Coach, Lilac pengsan,” Tanpa disedari pemain lain, Daniel mengangkat Lilac ke bilik rehat.
            Lilac sementara itu,
            “Adam, Adam dah janji tak nak tinggalkan Lilac,” rengek Lilac.
            “Tapi ini impian Adam, Lilac dah janji nak sokong Adam bukan?”
            “Lilac,”
            “Please, Adam janji, Lilac tetap disini,” tangan Lilac diambil dan diletakkan didadanya.
            “Adam,” lemah suara Lilac kedengaran. Chris tersenyum. Bayangan lelaki itu semakin menghilang, dan digantikan dengan Casey.
            “Alexander, mana Adam?” soal Lilac. Casey membisu. Tubuh lelaki itu kaku. Digoncang sekuat hati tubuh Casey.
            “Alexander, tolong bagitahu saya, mana Adam, please, saya merayu.” Ujar Lilac sebelum melorot jatuh. Dia teresak-esak. Mata Casey mengikut pergerakannya, namun pandangan mata itu suram. Seolah-olah sedang bersedih. Tiba-tiba keadaan gelap. Lilac terkejut.
            “Maryposa,” entah dari mana muncul suara itu.
            “Alexander!” jerit Lilac. Dia bangun mencari punca suara dalam kegelapan itu.
            “Alexander, tolong, tolong saya,” rayu Lilac.  Dia ternampak cahaya putih entah darimana. Lantas dihampiri cahaya itu. Bibirnya tak berhenti menyebut nama Alexander.
            “Maryposa, bangun,” kejut Casey. Terkejut dia bila mendengar gadis itu meracau namanya dan Chris. Lilac terjaga. Tubuh Casey terus dipeluk.
            “Alexander,” dia menangis. Casey yang terkejut dengan tindakan spontan Lilac hanya mengusap lembut kepala gadis itu.
            “Dah, jangan menangis, saya ada dekat sini,” pujuk Casey.
            Lilac bingung. Sudah seminggu dia tidak ke gim bersama Casey. Malah Casey seringkali bersamanya.
            “Alexa!” sapa Lilac. Gadis itu berpaling tersenyum kearahnya.
            “Maaf Lilac sebab tak dapat nak melawat awak.”
            “Alexa, saya nak tahu, dan tolong jangan tipu boleh?” pinta Lilac. Alexa mengigit bibir. Pasti tentang game itu.
            “Please!” rayunya. Alexa akhir mengangguk dalam terpaksa.
            “Game, game hari tu siapa yang menang?” soal Lilac. Nalurinya kuat mengatakan NDC kalah, tapi,
            “Ryyan. NDC kalah,” ujar Alexa perlahan. Lilac tergamam.
            “ Tapi, tak mungkin...”
            “Lilac, masa awak tak sedar tu, Casey diasak teruk. Ryyan dah atur rancangan untuk tambah kecederaan Casey tu...Dan satu lagi, Ryyan tak gugurkan awak dari pengurus pasukan. Awak akan bekerja dengan Natalia.” Beritahu Alexa.
            “Tapi saya tak setuju, saya tak mahu...” bantah Lilac. Kedengaran seseorang ketawa kecil dibelakang mereka.
            “Dennis,” tegur Alexa. Wajahnya dingin. Tangan Lilac ditarik agar gadis itu disisinya.
            “Wow, Alexa...Tak sangka...Lilac, awak tak boleh nak tolak. Yalah, bukan ke bola keranjang saja jalan awak nak jumpa Adam awak?” ujar Ryyan. Kepala Lilac berdenyut taktala nama Chris dibangkitkan.
            “Tak bukan itu caranya, saya pasti...Dan maaf, Ryyan, saya terpaksa menolak. Satu-satunya pasukan yang saya akan uruskan adalah NDC, jadi silalah awak cari pengurus baru,” ujar Lilac. Ekspresinya dibekukan. Biar tak ada yang tahu kepalanya sakit kini. Ryyan kelihatan berang dan menumbuk dinding sebelum berlalu pergi. Automatik tangan Lilac naik ke dahinya. Cuba mengurut menghilangkan sakitnya datang.
            “Awak ok ke?Muka awak pucat, awak tak sihat ke? Jom kita pergi bilik rawatan,” Lilac menolak cadangan Alexa dan cuba berjalan baru saja berapa langkah dia berjalan dia terlanggar seseorang dan dunianya kelam.

No comments: