At-10-Tion!

Break Time has finished its construction,
Now is the time for le author to update~

UPDATE

Friday, January 14, 2011

Dream 4 : Unexpected

                “That was unexpected of you,” kata-kata itu membuatkan dia berpaling. Wajah Jacky tersenyum menyapa pandangannya. Dia tersengih. Tahu apa yang gadis itu maksudkan.
                “Jom, makan,” ajak JinKi. Jacky tersenyum mendengar pelawaan JinKi itu. Tangan lelaki itu dipaut dan mereka beriringan ke cafe.
                “Kenapa tadi?” soal Jacky. JinKi berhenti menyuap pastri ke mulut. Diletakkan kembali pastrinya itu.
               “Entahlah,saya tak tahu, suddenly je saya rasa macam saya kena jaga dia. Macam abang awak faham tak?” soal JinKi. Jacky tersenyum. Faham total dengan keadaan JinKi itu. Apa yang dia ingat tentang JinKi ialah ibu lelaki itu menghilang bersama adik perempuannya. Sejarah sebenar tiada siapa pun yang tahu, melainkan JinKi. Dia sendiri enggan memaksa lelaki itu bercerita. Telefon bimbit Jacky berbunyi.
                “Maaf,” panggilan itu dijawab. JinKi diam lama. Em mengingatkan dia kepada adik dan ibunya yang hilang.
                “JinKi, saya kena pergi dulu. Agensi yang telefon tadi, sorry,” beritahu Jacky. JinKi yang seolah tersedar dari mimpi, hanya mengangguk. Jacky berlalu dalam fikirannya JinKi agak lain hari ini.
                “Mama, mama nak pergi mana?” soal JinKi. Wanita yang dipanggil mama itu memukul dia tanpa sebab. Adiknya yang sedang tidur itu terjaga.
                “Abang,” panggil si kecil. Saat JinKi menghampiri adiknya dia tertolak ketepi. Entah mengapa, sejak 3 bulan yang lalu, mamanya seolah-olah benci padanya. Dia baru berumur tujuh tahun. Setiap tingkahnya ada saja habuan.
                “Abang,” si adik berlari ke arah JinKi sebelum sempat JinKi memeluk adik kesayangannya itu adiknya ditarik oleh mamanya. Dan mereka keluar. Keluar tanpa pulang-pulang. Seharian JinKi menunggu. Menunggu dan terus menunggu. Sehingga malam menjelang. Dia masih didepan rumah mereka hingga dia terjaga dalam dukungan papanya.
                “Papa, mama, adik...” Papanya hanya mengusap lembut kepalanya dan menggumamkan calming spell. Menenangkan hatinya dan menyebabkan dia lena tidur. Keesokkan harinya bila dia bangun, dia segera berlari ke bilik utama. Kosong. Dia berlari pula ke bilik adiknya, juga kosong.
                “Pa, mama dengan adik mana?”soalnya. Papa hanya diam. Dia faham. Apa yang berlaku semalam bukan mimpi. Papa hanya diam. Dan sejak hari itu papa sendiri jarang berada dirumah. Dia sendiri dijaga oleh makciknya. 5 tahun kemudian baru dia tahu kisah sebenar.
                “Mama JinKi adalah mortal, manusia biasa, dan papa JinKi adalah Wizard. JinKi lahir sebagai Wizard, dan juga adik JinKi. Mama JinKi pada mulanya tak kisah akan itu. Mungkin tekanan dari nenek yang tak habis-habis mahukan papa JinKi kahwin dengan seorang Wizard juga. Dan dalam tika emosi mama JinKi tak stabil tu, Shadow ambil kesempatan. Menawarkan janji untuk mama JinKi menjadi Wizard. Mama JinKi sayangkan JinKi tahu...Jangan sesekali fikirkan yang bukan-bukan.” Pesan Annabeth.
                “Makcik...” baru saja dia ingin bertanya kedengaran suara papa diluar. Merintih kesakitan. Mereka berlari keluar.
                “Papa!!” JinKi meriba kepala papanya. Saat ini dia benar-benar berharap dia adalah seorang Healer. Luka papanya agak teruk.    
                “Abang, kenapa ni?” soal Annabeth.
                “Abang dah jumpa Emmy, papa dah jumpa mama, JinKi,” ujar papanya dalam payah.
                “Pa, papa pun nak tinggalkan JinKi jugak ke?” soalnya. Tapi soalannya sepi tanpa balasan. Papanya telah kaku. JinKi menjerit dan pohon berdekatan terbakar. Annabeth diam. Perlahan-lahan ditarik anak yang sedang menangis itu. Dipeluk dan ditenangkan.
                “Senior JinKi, Pengarah panggil,” seorang penuntut menegurnya. JinKi mengangguk dan menguntumkan senyuman ceria. Dia berjalan ke bilik Pengarah. Pintu diketuk.
                “Andrew,” panggilnya. Lelaki itu mengisyaratkan agar dia duduk.
                “Well, saya ada good dan bad news untuk kamu...” buka Andrew. JinKi pasti ini bukan hal tadi.
                “Orang saya dah jumpa mama kamu,” ujarnya sepatah. Wajah JinKi diteliti. Ada emosi gembira disitu. Dia serba salah untuk memberitahu JinKi. Lama dia diam.
                “Andrew!”  Pintu bilik itu diketuk. Mereka berpaling. Annabeth melangkah masuk.
                “Makcik,” JinKi bangun dan memberikan kerusi yang dia duduki pada makciknya. Annabeth memeluk dahulu tubuh anak buahnya. Sudah lama dia tak bertemu anak buahnya itu. Sejak anak itu diterima masuk kesini. Kira-kira setahun selepas kejadian itu.
                “Jadi Andrew, boleh kami tahu sekarang?” soal JinKi. Dia tak sabar mahu tahu dimana ibunya dan adiknya, Yui.
                “Saya minta maaf terlebih dahulu... Emerald Roosevelt dah mati 2 tahun lepas. Dia dibunuh oleh Shadow. Dan adik kamu tak dapat dikesan.” Ujar Andrew senada. JinKi terdiam. Wajahnya yang gembira bertukar sedih.
                “Kak Emmy dah tak ada?” soal Annabeth. Dia berpaling melihat wajah anak buahnya itu. JinKi kelihatan tersangat lemah kini. Tangan itu digenggam.
                “Dan Yui?” Andrew menarik nafas. Terasa agak sukar untuk meneruskan bicara.
                “Setakat ni, kami percaya dia masih hidup. Dan mungkin juga dia hidup dalam pelarian.”
                “Dan kemungkinan dia turut menjadi Shadow adakan?” soal JinKi sebelum dia bangun. Pipi Annabeth dicium sebelum dia keluar. Annabeth hanya memandang hingga bayang JinKi hilang.
                “Betulkah Andrew?” Lelaki itu mengangguk. Dan menghulurkan file yang berada diatas meja itu. Semasa Annabeth mahu mengambil file itu, matanya menangkap gambar seseorang.
                “Emerald Roosevelt,” sebutnya perlahan. Andrew turut sama melihat. Pelajar baru itu.
                “Neophyte baru. KiBum jumpa semasa dia dikejar Shadow.Seorang Shifter.”
                “Andrew, kau cakap dia dikejar Shadow? Dan wajah dia, sama dengan Kak Emmy. Andrew aku nak jumpa dia.” Andrew menilik kembali file milik Em. File itu ditutup.
                “Maaf, Annabeth, sebanyak mana aku nak tolong kau, Emerald baru saja balik dari field trip yang membawa kejutan terhebat dalam dirinya. Aku tak boleh tambahkan lagi kejutan dalam diri dia. Kalau benar apa yang kau fikirkan tu,” ujar Andrew.
                “Tolong Andrew, dari jauh pun tak apa,” ujar Annabeth. Separuh merayu. Andrew terpaksa bertegas.
                “No, Annabeth, kita bincang lain kali. Aku perlu jumpa dengan seseorang. Silakan.” Tunjuk Andrew.  Annabeth mencebik. Dan dia berlalu keluar. Tanpa dia sedari cara dia berlepas baru saja dilihat oleh seseorang. Dan dia sendiri tak menyangka akan menjadi saksi satu hari nanti.



Nukilan

p/s: mungkin nina dpt abh kn trus story ni dlm blan feb...tpi xsure...idea utk Legendary Masters tengah mencurah-curah.... JYP adalah Andrew, n Yoon Yoo Sun adalah Annabeth...peace~~~

4 comments:

fallenmoon ( Liya Zafrina ) said...

Em adik JinKi kan? :D

Nina Aziz said...

@fallenmoon
emmm~~~~teka lah...hehehe

Unknown said...

owh...
mama Jinki mortal rupanya..
sambung2
nak tau camne Em terima pasal ni
:D

Nina Aziz said...

@Haruno Hana 하나
dlm proses ni...nina tgh typing2 dlu...