At-10-Tion!

Break Time has finished its construction,
Now is the time for le author to update~

UPDATE

Tuesday, December 28, 2010

Dream 2 : Life is Weird


                “JinKi masuk,” arah Andrew. Emerald berpaling. Ini bukan lelaki yang tolong dia. Itu dia pasti.
                “Yes, sir?” JinKi tersenyum. Emerald menafsirkan mungkin lelaki ini hampir normal. Ataupun senyumannya itu memang dari hati.
                 “Kamu tolong tengokkan dia ya,” ujar Andrew.
                “Ay,ay sir,” tangan diangkat lagak menabik.
                “Emerald, kamu akan bermula dari bawah. Jika ada apa-apa yang kamu tak faham, tanya JinKi okay?” Emerald mengangguk.
                “Welcome to Alphard Wizard, Neophyte Wizard Emerald.” Ujar Andrew. Emerald mengangguk..
                “Jom,”ajak JinKi. Emerald hanya mengikut langkah lelaki itu. Sudah agak jauh mereka berjalan, JinKi berhenti tiba-tiba.
                “Oh, kamu yang semalam tu!” Seolah-olah baru tersedar. Emerald pelik. Kenapa pula senior ni?
                “Kenapa senior?” soal Emerald. JinKi menyampuk.
                “Ahh~~tolong jangan panggil saya senior, panggil JinKi ok?” Emerald mengangguk.
                “Awak tak kenal saya ke?Awak ni boleh tahan tinggi juga kan?” soal JinKi bertubi-tubi.
                “Erm, JinKi, apa awak cakap ni?”
                “Oh, saya lupa awak pengsan semalam. Anyway, nasib awak baik masa jumpa Shadow tu, Legendary Wizard ada,” ujar JinKi. Makin bingung Emerald dibuatnya.
                “Saya tak faham satu benda pun...”
                “Emerald.”
                “Em, panggil saya Em,” potong Emerald.
                “Em, awak ni umpama api yang baru nak hidup, banyak yang awak kena belajar. Apa kata saya bawa awak pergi kelas awak? Jom,” tangan Emerald ditarik. Neophyte papan tanda didepan bilik itu. JinKi mengetuk pintu.
                “Saya hantar awak dulu ya, kita jumpa nanti waktu rehat.” Kedengaran suara yang menyuruh mereka masuk.
                “Selamat pagi, Xander!” ujar JinKi dengan senyuman trademarknya itu.
                “Morning, and this is?” soal Xander sambil menunjuk kearah Emerald. Bukan dia tak tahu apa yang terjadi semalam.
                “Ini, Neophyte baru. Aku tinggalkan dia dekat tangan kau ya,” beritahu JinKi. Xander mengangguk.
                “File dia?” tanya Xander. Entah dari mana muncul file dari tangan JinKi.
                “Nah, Em, jumpa waktu rehat nanti. Tunggu dekat sini,” pesan JinKi.
                “Duduk sebelah Suzy. Suzy!” Seorang gadis mengangkat tangan. Emerald kenal gadis itu. Gadis yang dia jumpa sebaik saja dia bangun.
                “JinKi,aku ada something nak bagitahu kau,” ujar Xander. Dia tahu bukan mudah untuk dia berjumpa dengan JinKi.  Mereka keluar dari kelas itu. Kara nampak peluang itu.
                “Hi, tadi kita tak sempat berbual panjang. Lagi sekali nama saya Kara dan ini kawan baik saya Suzy,” kenal Kara. Suzy mendengus.
                “Kawan baik apanya, kalau aku bergaduh dengan DongHo kau back-up dia,” perli Suzy. Kara tersengih.
                “Kau ni, KiSeop kan ada...Aku terfokus dekat dia...” balas Kara. Suzy mendengus. Kara memeluk Suzy.
                “Ok, ok, lain kali aku back up kau ok?” pujuk gadis itu.
                “Wah, bagus, tak adalah saya kena jadi social study mentorkan,” suara Xander membuatkan mereka berpaling.
                “Senior Xander, ini Em,” ujar Kara.
                “Selamat berkenalan. Saya Xander.”ujar Xander. Senyuman terukir dibibirnya. Emerald menunduk sedikit. Em menunduk. Mungkin dia patut biarkan sementara.
                “Saya Em,” Xander menepuk bahu Em.
                “Oklah, hari ni, kita akan buat field trip.” Kedengaran sorakan riang.
                “Siapa yang akan temankan kami?” soal Kara. Wajahnya teruja.
                “Senior Dongho,” wajah Suzy menjadi kelat.
                “Senior Eli, Senior Kevin dan Senior KiBum,” ujar Xander. Kedengaran suara  teruja pelajar lain. Em memandang kearah Xander. KiBum? Lelaki yang selamatkan dia tu.
                “Em, awak tak nak keluar ke?”  dia diam. Entah mengapa tiba-tiba dia merasakan dunianya kini pelik. Dia mula ada kawan, sesuatu yang dia tak pernah dapat. Kara dan Suzy berjalan keluar.
                “Life is weird.” Ujarnya. Tanpa dia sedari. Ada seorang lagi didalam bilik itu.
                “Life definitely weird,” ujar lelaki itu. Em berhenti berjalan bagaikan terdengar suara seseorang. Namun difikirkan kembali mungkin hanya mainan perasaannya saja. Dia melangkah perlahan menyertai kumpulan Neophyte yang lain. Lelaki itu turut sama menyertai kumpulan itu tanpa sesiapa sedari.


 
P/S : PEndek sgt ke??hm...after yg satu lgi post ni nina akan post yg pnjang...sbb mula2 tkut anda semua confuse dgn watak.....hehehe PEACE!!! 
UKISS fighting!!

3 comments:

fallenmoon said...

ala, nak senior kiseop jugak! :D
Hehe..best! U-Kiss fighting!

Nina Aziz said...

moon: heheh....kiseop ad jgak nnti...hehehe ^^

Haruno Hana 하나 said...

nak KiBum..
my bro in law~
hahaha
xD