At-10-Tion!

Break Time has finished its construction,
Now is the time for le author to update~

UPDATE

Sunday, February 07, 2010

Kisah Kita 5 : Casey, Chris??


Casey dan Jay sibuk menemuduga sebahagian daripada gadis-gadis yang beratur itu. Begitu juga yang lain. Calon seterusnya dimeja Casey dan Jay, Natalia. Casey dan Jay berpandangan sebelum Casey mula berkata-kata,
            “Kami perlukan seseorang tanpa komitmen...Bukan seorang ketua pasukan sorak.”  Wajah Natalia masam. Ryyan yang berada dimeja sebelah terus menyampuk,
            “ Tapi kalau dia boleh bagi komitmen tak salah bukan?Lagipun ramai saja yang dah berjawatan dekat sini nak mencuba.” Casey dan Jay berpandangan. Ahli-ahli NDC memandang Casey menanti keputusan lelaki itu. Casey diam lama. Akhirnya, dia berdiri.
            “Harap maaf, sebagaimana kami mahu mengamalkan dasar siapa pun boleh mencuba, kami ingin menetapkan satu garis panduan paling utama. Sesiapa yang berjawatan, permohonan anda ditolak on the spot,” tegas Casey. Kedengaran keluhan dari gadis-gadis yang memenuhi gim itu. Daniel tersenyum. Casey cepat membuat analisis keadaan. Satu sifat yang penting bagi seorang captain. Hampir separuh daripada gadis yang memenuhi ruang gim itu beransur keluar dengan wajah masam. Natalia geram. Tanpa disedarinya, Alexa turut beratur dalam kalangan gadis-gadis yang masih tinggal. Lilac? Tanpa sesiapapun menyedarinya, dia duduk dikerusi penonton, memerhatikan barisan gadis makin pendek. Dia leka memerhatikan mereka sehingga tiba kepada 3 orang gadis terakhir. Dia kenal gadis dimeja Jimmy dan Kei, Alexa kalau tak silap. Matanya beralih kepada meja Ryyan dan Freddie. Ryyan sedari tadi membentak. Kasihan pula pada Freddie. Leka dia memerhatikan tingkah kelima-lima mereka tanpa menyedari dua pasang mata merenung dirinya. Satu pandangan yang penuh dengan cinta dan rindu, dan satu lagi penuh dengan api dendam yang membara.
            “ KAK LILAC!!” panggil Freddie tiba-tiba. Lilac terkejut. Empat pasang mata kini tertumpu pada dirinya. Isy, Freddie ni...Lilac sekadar mengangkat tangannya. Wajahnya sudah merah malu. Siapa tak malu jika ditenung lima jejaka terhangat di kolej. Casey bingkas bangun. Yang lain agak terkejut. Tangan Lilac ditarik dan mereka melangkah keluar. Kejap pegangan itu. Lilac
            “Chris, Chris, Chris Adam!!” jerit gadis itu akhirnya. Casey terpana. Apa yang dah dia lakukan. Segera pergelangan tangan gadis itu dilepaskan. Merah. Wajah Lilac basah dek airmata. Pantas tangan Casey menyeka airmata itu, tanpa disedarinya dia menuturkan nama itu,
            “ Maryposa,”perlahan namun dapat ditangkap Lilac. Lilac memandang wajah Casey. Tangan jejaka itu dipegang. Casey bagaikan tersedar dari kesilapannya tadi. Aduhai, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, hah terimalah padahnya. Wajah lelaki didepannya berbalam. Perlahan dia menuturkan,
            “Casey?” Casey masih membeku. Bibir gadis itu bergetar menahan tangis. Tangan Casey dilepaskan begitu saja. Tangannya menutup muka. Tangisannya makin kuat. Casey tergamam. Perlahan tangannya menarik kepala gadis itu ke bahunya.
            “Maaf,”gumam Casey. Lilac menangis dibahu Casey. Bibir Casey tak habis-habis menutur maaf. Lilac diam. Lama. Tubuh Casey ditolak. Wajah Casey dipandang lama.
            “ Saya nak jumpa Chris.” Ujar gadis itu tiba-tiba. Casey terdiam.
            “Casey!” panggil Jay. Nafasnya termengah-mengah. Wajahnya kelihatan gusar. Casey memegang bahu Jay. Menyuruhnya bertenang.
            “Freddie...Dia...Ryyan...”tiga patah perkataan itu menyebabkan dia berpusing.Untuk masuk kedalam gim.
            “Maryposa, saya harap sangat awak jadi pengurus kami. Awak sendiri dapat analisa perilaku kami bukan, tolong. Demi Chris, sepertimana saya disini...”pinta Casey. Dia segera berlari anak bersama Jay. Lilac turut sama melangkah ke gim. Agak terkejut melihat wajah Freddie. Ryyan tersenyum sinis. Kei dan Jimmy sedang menahan Freddie dari terus menyerang Ryyan yang masih seronok memprovok Freddie. Casey mencerlung tajam kearah Ryyan. Daniel juga cuba menenangkan Freddie.
            “Dennis!!” gema suara Casey kuat. Ryyan berpaling wajahnya seolah mencabar apa jua tindakan Casey padanya.
            “Oh, great, kapten kesayangan kau dah sampai. Macam ni kau cakap sesuai jadi kapten?” provok Ryyan. Kali ini, Kei membalas.
            “ Sekurang-kurangnya, dia hormatkan orang lain.”
            “Ryyan, aku rasa sepatutnya langkah ini diambil dari dulu lagi, kau, bukan lagi team nie...Freddie you, will replace him, understand?”putus Casey. Ryyan menunjukkan riak tak puas hatinya.
            “ Kau nak selamatkan posisi kau sebagai kapten ke, Adrian?” soal Jimmy.  Wajah mereka yang lain terkejut.
            “ Jimmy,” tegur Kei. Jay turut mempamerkan riak tak puas hatinya.
            “ Okey, maybe mungkin minat aku sebenarnya bukan pada bola keranjang, tapi kau tak nafikan, aku dan Chris, kami main style yang sama, Jimmy. Tapi lepas aku ambil alih tempat dia, aku jatuh cinta pada bola keranjang demi Chris. Aku lead korang pun kerana skill yang Chris dah tunjukkan pada aku...Apa beza aku dan Chris?” soal Casey kembali.Suaranya sebak. Chris. Jimmy terdiam. Ryyan menendang kerusi yang berdekatan dengannya. Lilac turut sama terdiam. Persoalan itu jua untuknya. Apa bezanya Alexander dan Adam? Lama dia memerhatikan raut Casey. Freddie yang dipegang Jimmy dan Kei tadi sudah terduduk. Lilac menghampiri Freddie. Kasihnya telah tertumpah pada lelaki itu saat dia mengenali anak muda periang itu.
            “Kak, maluu Freddie depan akak. Aisy..” ujar pemuda itu sambil tersenyum seperti selalu. Namun senyumnya tak lama, kerana dia menyeringai kesakitan akibat luka di bibirnya akibat ditumbuk barangkali. Lilac mengeleng perlahan.
            “ Isy, adik akak ni, kan dah sakit tu...Jom kita pergi bilik kesihatan.”Lilac memapah tubuh lampai Freddie. Perlahan langkah mereka dihantar oleh pandangan ahli kelab yang lain.
            “ Coach, kami nak dia jadi manager kami,” putus Kei dan Jay serentak. Jimmy masih membisu. Casey hanya memerhati bayang Lilac dan Freddie sebelum berpaling mengadap mereka.
            “Coach, saya bukan bersifat bias, tetapi, Lilac Maryposa Andrews is the best candidate. If my brother is here, he would agree to...”lirih suara Casey. Kadangkala mahu saja dia melupakan segalanya dan mengejar bola sepak. Namun demi Chris dia rela bertahan. Alang-alang dah main, apa salahnya teruskan.
            “Casey,” panggil Jay, sebaik saja Daniel menyuruh mereka bersurai. Kata sepakat sudah diputuskan. Lilac pengurus baru mereka.  Casey membisu. Tidak menghiraukan sebarang panggilan. Beg galasnya disandang dan langkah diatur ke bilik sakit. Diluar bilik sakit, langkah Casey terhenti sebaik saja mendengar sesi memujuk antara Freddie dan Lilac.
            “ Akak, Freddie minta maaf, kalau Freddie risaukan akak. Kak Lilac...Please...Okey, Freddie janji takkan gaduh lagi, please akak,” pujuk Freddie. Lilac yang sedang mencuci luka diwajah Freddie memandang wajah Freddie, lama.
            “ Freddie, tahu tak, masa mula-mula Freddie tolong akak, akak dalam hati cakap, nie adik akak...Kakak tak nak tengok adik akak bergaduh. So, boleh janji dengan kakak, takkan gaduh lagi?”pinta Lilac  pula. Freddie tersenyum sambil mengangguk. Lilac tersenyum senang.
            “Hmm..muka macam ni nak balik rumah ke?” soal Lilac. Freddie melihat refleksinya dicermin. Agak jelas kelihatan lebam diwajahnya. Segera dia menggeleng. Lilac mengosok kepala Freddie.
            “Kamu nie, dah tidur rumah akak je malam nie...Nanti kakak telefon ibu cakap Freddie tidur rumah akak malam nie,” putus Lilac. Freddie tersengih segera memeluk Lilac.
            “Sayang kakak!!” Lilac sibuk mengemas barangan yang digunakkannya tadi.
            “ Kak, Freddie nak tanya boleh?” pinta Freddie tiba-tiba. Casey membeku dibalik pintu.
            “ Tanyalah.”
            “ Orang yang akak cerita dekat Freddie dulu, Casey ke?” soalnya . Casey terusan diam.
            “Chris, bukan Casey...Kakak datang hanya untuk cari Chris...” luah Lilac. Casey memegang dadanya. Perit. Nama Chris masih bertakhta dihati Lilac.
            “Tapi bukan ke...” perbualan itu terhenti sebaik saja kedengaran suara Jay memanggil Casey diluar.
            “ Casey, kau buat apa dekat luar ni?” Lilac terkejut. Tak mungkin lelaki itu dengar.
            “ Erm aku nak bagitahu our new manager bout her appointment. Erm, Maryposa, awak adalah manager baru kami along with Alexa.” Beritahu Casey menutup kekagetannya. Senyuman diukir. Perasaannya seperti mana dia meninggalkan bola sepak untuk bola keranjang. Hati Lilac masih pada Chris. Casey masih lagi mengukir senyuman.

No comments: