At-10-Tion!

Break Time has finished its construction,
Now is the time for le author to update~

UPDATE

Friday, November 27, 2009

Kisah Kita : The Cast




Lilac Maryposa Andrews – Pelajar baru North Diamond College . Dia merupakan teman sepermainan Casey dan Chris sewaktu kecil. Seorang yang suka menyendiri sehingga dianggap pelik oleh sebilangan besar pelajar North Diamond College.Menyukai Chris sejak dari kecil lagi.



Casey Alexander Adrian – Kapten pasukan bola keranjang. Bermain bola keranjang kerana tidak mahu melupakan kembarnya, Chris. Menyukai Lilac namun beralah demi Chris. Gemar memanggil Lilac, Maryposa. Mencadangkan Lilac menjadi pengurus pasukan bola keranjang NDC.




Ryyan Deniss – Saingan utamanya Casey. Pemain jersi no 6.Rapat dengan Lilac untuk menjatuhkan Casey. Membenci Casey kerana mahu menjadi kapten pasukan bola keranjang. Membina satu pasukan bola keranjang sendiri untuk menyaingi pasukan pimpinan Casey.



Suzana, Alexa dan Natalia – Tiga gadis yang menganggap mereka adalah Ratu North Diamond College. Mereka juga menganggap Lilac sebagai lalat yang cuba menganggu kedudukan mereka. Digelar Wicked QBees oleh sebahagian pelajar North Diamond College. Natalia merupakan ketua pasukan sorak North Diamond College iaitu Sparkle Buzz.



Chris Adam Adrian – Kembar Casey, meninggal dunia kerana kemalangan ketika cuba menyelamatkan Casey dari dilanggar oleh seseorang. Amat meminati sukan bola keranjang, memasuki North Diamond College kerana mahu menyertai pasukan bola keranjang sekolah itu yang sangat hebat.



Stefan Matthew Andrews – Abang Lilac, kembar kepada Damon. Tua tiga tahun dari Lilac. Rapat dengan Casey berbanding Chris. Sangat menyayangi Lilac.



Damon Madread Andrews – Abang kepada Lilac dan Stefan. Anak sulung  keluarga Andrews. Seorang yang pendiam dan sangat berbeza perwatakannya dengan Stefan. Mengetahui rancangan Ryyan untuk mempergunakan Lilac dan juga rancangan Wicked QBees. Berkomplot dengan Stefan dan Casey untuk melindungi Lilac. Dia dan Stefan telah lama menetap di Deseree.



Kei Trevor Simms - Pemain jersi no.7. Setia pada Casey dan seringkali memihak kepada Casey dalam setiap pertelingkahan diantara Casey dan Ryyan.




Jay Raymond Feymore - Pemain jersi no.8. Teman baik kepada Casey. Hanya dia saja yang mengetahui rahsia Casey.



Freddie Greg Trinity - Pemain jersi no.9. Pemain simpanan yang menggantikan Ryyan apabila lelaki itu tegar meninggalkan pasukan untuk membina pasukannya sendiri. Seorang yang lantang bersuara dan sering mengkritik tindak-tanduk Ryyan.




Jimmy Anthony Salvatore - Pemain jersi no.5. Sering kali lantang mengkritik kepimpinan Casey namun disebalik sikapnya yang lepas cakap itu, dia seorang yang setia pada ketua dan orang yang dipercayainya.

Special Appearances by some Cast of Kau Muzikku:



Daniel Reid - Jurulatih sementara pasukan bola keranjang NDC diatas permintaan Kei.



Secret Lover -  Membuat kemunculan semula dalam siri ini??Mungkin...Tapi seringkali muncul juga atas permintaan Kei yang merupakkan adik Travie...

No comments: