At-10-Tion!

Break Time has finished its construction,
Now is the time for le author to update~

UPDATE

Saturday, January 22, 2011

Dream 11 : Will You Be My Date?


                “Em!!Cuba teka?” suara Kara riang kedengaran. Tapi bila masa pula Kara tak ceria... Mujurlah mereka tidak tahu lagi dan masih memanggil dia Em. Dia memandang ke arah Suzy.Gadis itu menjungkit bahu. Tanda tak tahu apa apa pun.
                “Kita ada ball 2 minggu lagi!!” teriak Kara. Suzy menarik tangan Kara untuk mendiamkan gadis itu. Mata-mata dalam kelas sudah memandang mereka. Em tersengih.
                “Sorry, Kara demam sikit hari ni...” Neophyte yang lain kembali menumpukan perhatian pada kerja mereka.
                “Kau gila cakap kuat-kuat?” marah Suzy. Giliran Kara pulak tersengih.
                “So dari mana pulak kau dapat cerita ni?” soal Em. Ingin tahu juga. Baru saja Kara ingin menjawab. JinKi sudah masuk ke kelas mereka. Senyuman yang lelaki itu lemparkan ada sedikit cacatnya pada Em.
                “Hari ni senior ajar kelas kami ke?” soal seorang Neophyte perempuan. JinKi membalas,
                “Senior kamu yang lain semuanya sibuk...”balas JinKi.
                “Even Senior Xander?Senior Tiffany?” soal Neophyte itu lagi.
                “Senior Tiffany tolong Senior Jacky dengan Senior GiNa untuk Alphard Ball...”Beberapa jeritan kecil dari Neophyte perempuan kedengaran. Neophyte yang lelaki pun tak kurang terujanya. Seorang Neophyte mengangkat tangannya.
                “Yes, Rani?” soal JinKi.
                “Senior pergi dengan siapa?” soalnya. Wajah JinKi berubah warna. Merah malu untuk berbicara tentang soal itu. Em bangun.Malas untuk menyertai mereka. Pemergiannya dihantar oleh pandangan JinKi.
               “Kara!Suzy, selalu ke dia macam tu sekarang ni?” soal JinKi. Jika sebelum hubungan mereka diketahui mereka rapat, dan dia sendiri membuat personal tutor untuk gadis itu. Tapi kini, mereka sudah lama tak berbicara. Gadis itu seolah-olah mengelak dari dirinya.
                Seorang Neophyte perempuan menjawab,
                “Dia mengada-ngada la senior! Selalu skip kelas...” Suzy berang.
                “Senior tak tanya kau pun...Tak payah la jawabkan...”tempelak Kara. Sedikit bengang dengan Neophyte itu.
                “Ada yang tak kena kot senior...Dah seminggu dia masuk je kelas...Hari ni je tak tahu kenapa...” jawab Suzy. Nadanya masih berbaur kemarahan.
                “Suzy, Kara, sudahlah...Emily, duduk...Jangan menyampuk lain kali ya...” ujar JinKi dalam nada lembut. Bukan dia tak kenal Suzy kalau meletup boleh hancur Alphard dibuatnya.
               “Okay, kita mula dengan kelas sekarang. History of Wizards...” JinKi terusan bersuara. Menceritakan sejarah Wizard. Namun dalam kepalanya hanya Em dia runsingkan.
                “End of class...Jangan lupa ajak siapa yang awak suka untuk ke ball...” JinKi memandang ke arah Kara. Menggesa gadis itu untuk mengajak Kiseop. Kara tersengih. Memahami isyarat JinKi itu.
                “Jom! Cari Em...” ajak Kara. Risau juga bila tiba-tiba gadis itu keluar kelas. Namun lebih bengang dengan Emily yang mengjengkelkan itu.
                “Opps, nak cari kawan baik korang tu ke?” perli Emily. Suzy menjeling kearah gadis itu. Apa masalah perempuan ni entah.Nak mencari pasal pula...
                “Kau nak ke tepi atau kau nak aku bagitahu ramalan kematian kau...Aku gifted bahagian tu...”bisik Kara. Wajah Emily berubah. Kara tersenyum riang. Suzy pula ketakutan melihat riak Kara. Sebaik saja Emily menghilang, Suzy bersuara.
                “Kau gila ke? Bermain-main dengan kematian...” Kara memeluk lengan Suzy.
                “Kematian tu, bukanlah sesuatu yang menakutkan sebenarnya bila kita benar-benar dah bersedia untuk menghadapinya. Dan kelebihan melihat garis kematian juga bukan sesuatu yang menakutkan. Ia mengajar aku untuk lebih menghargai kehidupan.” Suzy tak berkelip memandang Kara. Hebatnya temannya berfalsafah.
                “Hey, kau kenapa?Jom cari Em...Aku dah lapar la...” gesa Kara sambil mengusap perutnya. Tanpa dia sedari, falsafahnya tadi didengari seseorang. Kiseop diam dibalik dinding. Benar juga kata-kata Kara. Kematian mengajar untuk menghargai kehidupan. Kenapa dia perlu membenci hadiah nya itu?
                “Abang! Jom makan...”ajak Yuuki. Perlahan-lahan dia cuba melihat kearah yang dilihat oleh Kiseop. Dia tersenyum. Kara dan Suzy.
                “Abang cepatlah...Nanti susah nak makan...Berita pasal ball tu dah leak out...” gesa Yuuki. Bukan dia tak tahu sebentar lagi pasti mereka tak dapat makan tengah hari. Maklumlah, JinKi telah membocorkan rahsia tentang ball itu lebih awal.
                Em duduk bersandar dipokok oak itu. Membiarkan angin petang menyapu mukanya. Dia masih memikirkan apa jawapan yang KiBum mahu berikan...Entah mengapa dia tertidur malam itu. Sudah seminggu dia tak melihat KiBum. Rindu pula pada lelaki itu. Kejap. Dia rindukan lelaki itu? Apa sudah terjadi padanya? Pipinya ditampar perlahan.
                “Tak sakit ke Yui, tampar banyak kali tu?” soalan itu membuatkan dia terduduk. Silau mentari menyukarkan dia untuk mengenal pasti siapa yang bersuara.
                “Boleh abang duduk?”  Abang Jinki, dia mengangguk. Agak kekok kini dengan JinKi.
                “Yui dah jauh dengan abang...Yui marahkan abang ke?”soal JinKi. Em diam. Dia memang rindukan abangnya. Seminggu tanpa gangguan dari KiBum menyebabkan dia menyelami sedalamnya peristiwa yang pernah berlaku dan mengingati kembali segala macam kisah lalu. Dan ianya berhasil. Dia rindukan abangnya dan juga papanya. Tangan JinKi dipegang.
                “Abang, papa?” soalnya sepatah. Terkejut dengan tindakan mengejut Em dan juga soalan itu menyebabkan JinKi diam.
                “Abang, please...Yui nak tahu...” rayu gadis itu.
                “Papa dah tak ada...Papa dah mati 9 tahun lepas...Dia diserang Shadow masa cari Yui dan mama...” Tangan yang memegang lengan JinKi terjatuh. JinKi memeluk bahu Em. Gadis itu menangis. Kepala Em ditarik kebahunya.Dibiarkan adiknya menangis sepuasnya.
                “Abang takkan tinggalkan Yui lagi...Dan abang takkan biar Yui keseorangan lagi...Abang janji Yui,”ujar JinKi. Em memandang wajah abangnya itu. Wajah lelaki itu juga basah dek air mata. Dikesat airmata itu.
                “Abang jangan menangis lagi..Nanti kak Jacky yang susah tau...” sempat lagi dia mengusik JinKi. JinKi ketawa. Hidung Em yang merah dicuit.
                “Abang...”rengek gadis itu. JinKi ketawa besar.
                “So, Yui boleh terima abang sebagai abang Yui la?” soal JinKi saat mereka berjalan masuk ke dalam bangunan Alphard. Em yang berjalan disebelah JinKi memeluk lengan JinKi.
                “Yui, sentiasa rindukan abang Yui... Dan Yui gembira sebab Yui dah jumpa abang Yui...” bisik Em pada telinga JinKi. JinKi mengusap kepala adiknya sebelum mencium dahinya.
                “Jangan skip kelas lagi...” pesan JinKi. Em mencebik.
                “Dah tu, ada orang tak suka dekat Yui..Yui pun rasa tak suka nak duduk dalam kelas tu...”jawab Em.
                “Macam-macam. Esok tutor macam biasa okay?” soal JinKi. Em menggeleng. JinKi pelik.
                “Kenapa?”  Em memandang sekeliling. Enggan memberi jawapan.
                “Yui,” suara JinKi memanggilnya menyebabkan dia tersengih.
                “Ya, abang?” dia ingin bermain-main pula.
                “Kenapa?” soal JinKi. Tersenyum melihat telatah adiknya itu.
                “Erm.. Rahsia...Tapi, Yui janji Yui akan praktis okay?Please!!” rayu Em sambil membuat wajah comel. JinKi akhirnya mengangguk. Kalah dengan wajah comel Em.
                “Yalah, yalah...Jangan lupa praktis tau,” pesan JinKi. Sebelum berjalan ke bilik Legendary.
                “Abang!” Em berlari memeluk abangnya.
                “Yui sayang abang,” ujar Em sebelum berlari untuk mencari Kara dan Suzy. Baru saja dia ingin berpaling, suara seseorang menyapanya.
                “Wah, bukan main kau, siap peluk senior lagi,” perli orang itu. Em berpaling.
                “Emily kan? Kenapa kau cemburu? Jangan, untuk ball itu, senior JinKi takkan pergi dengan kau...” balas Em.
                “Kau!” Jari Emily hampir ke mukanya.
                “Wow, jaga-jaga dengan jari kau tu...Nak aku patah-patahkan ke?” soal Em. Entah mengapa dia merasa ingin marah teramat sangat. Baru saja dia mahu mendekati Emily, suara KiBum kedengaran.
                “Baru seminggu saya tak jumpa awak, awak dah naik gila macam ni??” Emily segera menunduk hormat.
                “Senior!” bukan dia tak dengar  segala provokasi yang Emily berikan pada Em. Namun untuk masa ini, dia perlu menenangkan gadis itu. Muka gadis itu dipegang dan terus dikucup bibir gadis itu. Wajah Em berubah warna. Riak marah juga telah hilang. Dan dia sendiri tak bercadang untuk buat cara baikkan? Kedengaran derapan kasut berlalu pergi. Em menolak tubuhnya. Menjauhkan diri.
                “Apa, a-apa senior buat ni?”terkejut benar dia dengan tindakan KiBum.
                “Satu cara proposal yang baru suka tak?”
                “Hah?” KiBum ketawa kecil. Rindu sungguh dia pada gadis itu. Kira tindakannya tadi hanya sekadar melepas rindu. Tangan gadis itu digenggam.
                “Yui, awak nak tak pergi ball tu dengan saya?” kedengaran pula beberapa keluhan. KiBum tersenyum. Di Alphard manalah wujud privasi. Em masih diam. Seperti patung tak bernyawa pun ada juga.
                “Yui, will you be my date?” Em terus menolak tubuh lelaki itu.
                “Gila!” dia terus berlari. Hinggalah dia terlanggar Kara dan Suzy.
                “Em!Jumpa pun kau...Aku dah..”terkejut dia bila Em memeluk Suzy. Suzy yang kaget dengan tindakan drastik Em itu menepuk perlahan belakang gadis itu.
                “Kau okay ke ni?” soal Kara. Risau pula melihat tingkah laku Em itu.
                “Kara, Suzy, Yui!” panggil Jacky. Dia segera menghampiri mereka.
                “Kamu berdua boleh balik. Biarkan dia dengan saya okay?” pinta Jacky. Kara dan Suzy mengangguk. Segera ditinggalkan mereka berdua. Jacky menjelmakan bangku ditepi dinding. Dan menggesa Em untuk duduk. Rambut gadis itu ditolak ke tepi.
                “Kenapa ni, Yui? Cerita dekat akak?” bukan dia tak dengar dan lihat apa yang KiBum lakukan tadi.Serasanya mahu saja dia mencekik-cekik teman baiknya itu.  Em menggeleng.
                “Yui ingat tak yang akak minta tolong hari tu, boleh tak?” Jacky cuba mengubah topik. Em tersengih dan mengangguk.
                “Jom!” ajak Jacky.


Nukilan,




p/s: dh siap cter nie...nina dlm proses update okay!