At-10-Tion!

Break Time has finished its construction,
Now is the time for le author to update~

UPDATE

Wednesday, January 05, 2011

Soul 7 : Equal


Mika duduk disebuah kerusi ditaman. Betapa dia mahu segalanya kembali seperti dulu. Dia mengeluh. Teringat kisah lalu.
*Flashback
“Abang Mika, tengok ni, cantik tak adik buat?” soal satu-satunya adik yang dia ada, Dream Amouris.Serigala daripada kristal itu diambil. Adiknya sukakan binatang itu.
“Serigala lagi? Bukan Dream musang ke?” soalnya. Cantik hasil penjelmaan adiknya itu.
“Abangkan serigala, ini untuk abang!” Wajahnya sentiasa tersenyum.
“Kenapa pulak abang serigala?” soal Mika lagi, tak pernah sekalipun dia jemu melayan Dream.
“Sebab, kalau apa-apa jadi dekat adik atau mama, atau papa, atau datuk, abang akan sentiasa dengan kami. Serigalakan sentiasa bersama,” ujarnya. Mika tersenyum. Kepala adiknya digosok perlahan.
“Ada orang tak?” kedengaran suara Yoona. Dream tersenyum lebar dan berlari meninggalkan dirinya.
“Kak Yoona, Abang Hunter!” tubuh kedua orang itu dipeluk. Mika pura-pura bengang.
“Oh, asal Yoona dengan Hunter datang je, Dream lupa abang ye,” mereka ketawa mengekeh.
Mika menunduk memandang tanah.
“Elyna!!” panggil Dream. Elyna muncul dibelakang gadis itu dan mencuit bahunya. Dream berpaling. Senyuman nakalnya terukir.
“Gotcha!” tubuh Elyna dipegang kemas. Wajahnya ceria. Keduanya sangat gembira. Mika menghirup udara petang itu. Manis dari bakeri berdekatan menggoda dirinya.
“Dream, Elyna, jom pergi bakeri,” ajaknya. Keduanya berhenti bermain. Dan saling berlumba ke bakeri yang dimaksudkan.
“Selamat datang, Encik Amouris. Macam biasa?” soal pelayannya. Mika tersenyum menggeleng, membiarkan Elyna dan Dream membuat pilihan. Meletus ketawanya bila melihat hampir satu pinggan besar pastri dipilih mereka berdua.
“Abang Mika!!” marah keduanya serentak. Mika mengusap kepala keduanya.
“Sorry la, abang gelak je pun..”bela Mika.
“Abang bayar semua,” ujar mereka serentak dan membawa pinggan pastri itu ke meja.
“2 Strawberry yogurt, dan saya macam biasa...” ujar Mika. Pelayan itu mengangguk.  Dua gelas strawberry yogurt dan segelas iced mocha muncul didepannya. Duit dihulurkan dan Mika menatang dulang itu ke meja.
Sedang mereka asyik menikmati pastri itu, Dream berhenti tiba-tiba diikuti oleh Elyna. Mika tahu itu maknanya Oracle.Kedua mereka adalah Oracle terbaru dunia Magis ini.Menggunakan magisnya, Mika menghentikan peredaran masa dan pergerakkan.
“Dia sudah kembali. Kembali dan menghantui seluruh dunia magis. Amouris, hanya akan wujud satu, Dark Demon sudah kembali,”senada suara mereka berdua. Mika terdiam. Dia perlu melindungi mereka ini. Teringat pesan papanya,
“Bila Oracle menyampai pesan berbahaya, lindungi mereka Mika, Lindungi Dream dan Elyna.”
Mika tersedar, tubuhnya menggigil. Teringat akan ketakutan maha hebat itu. Dia ingat lagi bagaimana dia berlari kerumah lupa akan pesanan papanya. Lupa pada Dream dan Elyna. Dan dia disambut oleh darah merah milik keluarganya. Yoona berdiri ditengah-tengah bergaun putih dicemari darah dan memegang kolar baju papanya. Hunter tak kelihatan dimana-mana.
Dia berpaling bila mendengar jeritan Elyna dan tangisan Dream. Mika terasa dirinya lemah. Tanpa dia sedari, tingkahnya diperhatikan Anna dan Yoona. Masing-masing tidak menyedari kehadiran satu sama lain. Anna pelik melihat tingkah Mika itu. Seolah-olah terlalu bersedih. Baru saja dia nak bergerak ke arah Mika, dia ternampak Yoona menghampiri lelaki itu, dia kenal wajah Yoona. Perempuan beriak kejam semalam.  Matanya tajam memerhatikan Yoona.
“Gotcha!” ujar Yoona sambil mencekik leher Mika. Terkejut lelaki itu. Anna segera keluar dari tempat persembunyiannya. Dan entah dari mana ditangannya muncul busur yang berapi.Pelik, dia tidak merasakan kepanasan busur itu.
“Makcik! Baik kau lepaskan dia!” Jerit Anna. Yoona berpaling, dia mengetap bibir. Bodoh benar tindakannya kali ini. Ke mari tanpa Hunter. Kalau tidak pasti tiada masalah dia untuk menghapuskan satu-satunya Amouris yang tinggal dan sekaligus, berkuasa didunia mereka. Anak panah dari Anna terkena sipi pada lengannya. Dia melepaskan Mika dan menyerang Anna. Terkejut Anna bila dihantar bebola elektrik hitam. Namun sempat juga dia mengelak. Mika menarik nafas laju-laju sebelum bangun dan menghentikan pergerakan Yoona. Dia tahu tak lama akan bertahan jampi itu. Tangan Anna ditarik sambil itu mulutnya tak berhenti memarahi dan mereka berlari.
“Kau dah tak sayang nyawa kau? Kau gila? Kau ingat dia takkan bunuh kau? Kalau dia Yoona yang dulu, mungkin kau akan dipeluk, tapi dia bukan Yoona!! Kau boleh mati!!!” marah Mika. Anna mengigit bibirnya.
“Dah tu kau nak mati? Kalau kau mati, sia-sia je usaha kau cari kitorang...Pencarian kau masih panjang Mika!” balas Anna. Mika terdiam. Dalam diam sebenarnya dia berterima kasih pada Anna kerana sudi membantunya.
“Terima kasih,” perlahan terucap dari bibir Mika. Anna memandang tak percaya.
“Owh, how sweet...” suara Yoona membuatkan mereka berpaling. Gadis itu tersenyum sinis memandang mereka.
“Mika, kita nak buat apa ni?” baru saja Mika hendak membalas, satu tembok dari batu wujud. Menghalang pandangan mereka dari melihat Yoona.
“HyunMin!” panggil Anna. Lega terasa.
“Nasib baik korang okay...”ujar HyunMin.Mujur dia juga tergerak untuk mengekori mereka.
“Oh, sudahlah buat sesi berterima kasih.”ujar Yoona.
“Well, kenapa, kau teringin ke nak berterima kasih dekat kami?” provok Anna. Mindanya mendengar satu persatu fikiran Yoona.
Awak boleh dengar sayakan? Dia akan serang awak dari tepi. Awak kena lari. Dan cakap pada Mika, saya minta maaf...Saya akan halang dia dari bertindak dan saya nak awak bawa mereka berdua lari dari sini...Dan ingatkan Mika untuk terus mencari...
Mata Anna tak berkedip memandang Yoona yang tiba-tiba terjatuh. Tindakan Mika mahu menghampiri gadis itu dihalangnya.
“Dia suruh kita lari,”ujarnya. Tangan Mika dan HyunMin ditarik. Dari jauh dia mendengar,
Terima kasih Anna kerana berada dengan Mika.


 Nukilan,

2 comments:

Cik Sabby said...

Bila nak ada sambungan untuk ep8 dan seterusnya? been've waiting from jan till nov. dah khatam baca 2 kali. hihi >.<v

Nina Aziz said...

@Cik Sabby
huhu sorry2 nina busy skit kblakangan nie...nina cbe update soon ><