At-10-Tion!

Break Time has finished its construction,
Now is the time for le author to update~

UPDATE

Sunday, November 29, 2009

13 : Pahit Madu, Manis Hempedu

            “ Ezra, Heart,” panggilan itu membuatkan mereka berdua berpaling. Riak benci terlukis diwajah mereka.Rebbecca dan Sebastian tersenyum sinis disisinya. Lady Ferra tertunduk. Dia sedar salahnya jua kerana memaksa kedua-dua anaknya itu mengikut katanya. Dia gagal sebenarnya walaupun dia berjaya dalam perniagaannya. Air matanya menitis jatuh. Mutiara jernih itu bagaikan menarik kedua anaknya menghampirinya.
            “ Maafkan mama, Ezra, Heart...mama gagal jadi mama yang baik untuk kamu. Maafkan mama...” pinta Lady Ferra.Heart dan Ezra berpandangan. Lama.
            “Maafkan mama, mama tak kisah kalau kamu tak nak kahwin dengan Rebbecca, Ezra...Heart pun sama.”Berubah riak wajah kedua-dua adik beradik Richmore itu.
            “ Lady Ferra!!Awak dah gila? Rela hilang kontrak tu?” soal Rebbecca nyaring. Sedikit bengang.

            “ Saya lebih rela hilang kontrak dengan Richmore, dari anak-anak saya,” beritahu Lady Ferra tegas. Rebbecca pantas menarik rambut Lady Ferra sebelum menampar wanita itu kuat. Tamparan itu menyebabkan tubuh Lady Ferra terjatuh namun sempat ditampung Ezra.
            “ Mama,” panggil Heart. Sebelum dia menghampiri Rebbecca dan menampar wajah gadis itu.
            “ Tolong keluar dari Serenity! Kau tak layak untuk berada dekat sini.”marah Heart.Rebbecca segera menghampiri Ezra. Wajah lelaki itu lebih marah dari yang disangkanya.
            “ Travie, Victor, tolong tunjukkan perempuan ni dengan abang dia sekali jalan keluar. Jangan bagi diorang datang sini balik!” laung Ezra pada Travie dan Victor yang berada dimuka pintu.
            “ Heart, awak perempuan paling tak guna saya pernah jumpa. Jalang!” Kata-katanya itu didengari oleh Victor.  Kolar baju lelaki itu ditarik.
            “ Bro, kau tak puas lagi ke kena ngan aku dulu? MR Richmore? Tolonglah.” Marah Victor sebelum menolak kasar lelaki itu keluar.
            “ FYI, that girl have much more dignity than you. And additional information for you, she’s mine.” Bisik Victor pada Sebast ian.  
            “Well, that’s the last of them. Travie, jom balik!Kerja kita berlambak lagi dekat office tu.” Ajak Victor.  Blazer disangkut ke bahu sebelum dia keluar. Heart serba salah, wajah Lady Ferra dilihat silih ganti dengan wajah Ezra. Keduanya mengangguk. Dia berlari keluar.
            “ Victor,  saya lapang hujung minggu nie,” beritahu Heart. Wajahnya merah, malu barangkali. Victor mulai blur. Travie sedikit bengang berkata,
            “ She’s free, ask her on a date!” Victor tersenyum sumbing.
            “ Awak nak keluar dengan saya? We can go somewhere,” ujar Victor perlahan.
            “ Jangan cakap, awak tengah malu.Awak memang one of the kind,” ujar Heart dari jauh. Victor makin tertunduk. Heart ketawa.
            “ Ahad, pukul 3, saya tunggu awak.” Beritahu Heart sebelum masuk kedalam.
            “ YES!!!”jerit Victor sambil melompat persis kanak-kanak yang baru mendapat gula-gula. Travie menemplak.
            “ Kau tahu, kau one of the buaya ever live, tapi kenapa kau naive sangat dalam kes nie?”
            “ Just drive, Mr Simms.” Arah Victor, senyuman masih terlukis diwajahnya.
            “Okey, okey...” Travie tertawa kecil sebelum keaadaan kembali sunyi.Lama mereka terdiam.
            “ Kau rasa, Daniel akan marah ke?” soal Travie tiba-tiba.
            “ Mungkin, tapi aku rasa dia akan faham. Dia sayangkan Delaila, dan dia tahu satu-satunya benda  yang mampu buat Delaila tersenyum adalah Ezra,” balas Victor.   Travie mengangguk sambil memandang sekilas pada wajah Victor.  Kadangkala dia pun pening dengan masalah ini.
            “ Actually apa yang kau bincangkan dengan Lady Ferra?” soal Victor. Travie tersenyum.
            “ Hey itu rahsia aku...”
            “ Siapa kau sebenarnya Travie?” soal Victor. Bukan dia tak kenal dengan Mr Evans. Lelaki itu merupakan salah seorang daripada peguam cara yang terkenal di Deseree.
            “ Aku dari keluarga Simms. A branch dari keluarga Edree.” Victor berpaling.
            “ Kau bergurau kan Travie?” soal Victor lagi.
            “ Mr.Evans pun dari keluarga Edree, one of family branch...” beritahu Travie.
            “Kau bohongkan?” Travie ketawa kecil.
            “ Victor, that’s the truth.” Kereta dipandu ke anak syarikat milik keluarga mereka berdua.
            “ Mama, dah la tu jangan menangis lagi. Heart dengan Ezra tak kisah apa yang mama dah buat as long as mama dah sedar.  Bagi kami itu dah cukup.”
            “ Ezra mama minta maaf...Maaf yang menyebabkan kamu kehilangan Delaila dulu...” Ezra hanya menggeleng.
            “ Ma, apa yang berlaku antara Ezra dengan Delaila adalah yang ditulis oleh takdir. Ezra tak kisah ma...Biarlah Ezra kehilangan Delaila, tapi Ezra dapat mama Ezra balik,” luah Ezra. Senyuman terlukis di wajah Ezra.  Heart tersenyum.
            “ Ma, mama dah penatkan, pergilah tidur dekat bilik.  Marie, tunjukkan bilik pada mama saya,” arah Heart.Gadis itu tersenyum dan mengajak Lady Ferra ke bilik.  Sebaik saja Lady Ferra menghilang, Heart memegang bahu kembarnya.
            “ Ezra,” wajah lelaki itu masih terukir dengan senyum.
            “ Heart, aku tak kisah kalau hilang my love, tapi aku gembira sebab dah dapat mama balik.” Hart memeluk kembarnya itu. Ezra menangis teresak-esak dibahu Heart.
            “ Ezra,come on, bro...Please jangan menangis lagi.” Pinta Heart.
            “ Heart, aku hilang dua benda terpenting hidup aku demi kasih mama...aku tak kisah Heart,aku tak kisah kehilangan Daniel dan Delaila untuk mama...Untuk kau...” ujar Ezra dalam tangisnya itu.
            “ Shh...kau tak hilang lagi semua tu, Ezra...Jangan mengaku kalah sebelum masanya...” pujuk Heart.Tanpa mereka sedari, seseorang telah mendengar luahan itu. Lady Ferra menangis teresak-esak...Semuanya salah dia. Terlalu sombong. Terlalu angkuh, terlalu pentingkan diri tanpa menghiraukan putera dan puterinya itu.
            Dalam tangis itu, Lady Ferra nekad. Segalanya perlu dibetulkan. Segalanya. Dia mahu anak-anaknya gembira. Sudah banyak kesilapannya pada mereka.
            Sinar suria pagi itu membangunkan menerangi kamar yang didudukinya. Tanpa pengetahuan sesiapa, Lady Ferra menyusup keluar. Namun tidak disedarinya, langkahnya diperhatikan seseorang. Seseorang yang  tahu, Lady Ferra akan memperbetulkan segalanya.