At-10-Tion!

Break Time has finished its construction,
Now is the time for le author to update~

UPDATE

Friday, January 15, 2010

Kisah Kita 4 : Audition For Manager??

“Adrian!” panggil Damien. Daniel disisi Damien tersenyum. Casey menghampiri Damien dan Daniel.
“ Ini, form ni, tolong lekatkan diboard notice, bagitahu pemain lain, pemilihan untuk menggantikan Chrissy dibuat pada minggu depan, got it?” soalan mengakhiri arahannya. Casey mengangguk.
“ Coach, do we really need to limit to girls only?” soal Casey.
“ Well, kalau kamu rasa lelaki boleh buat kerja and rajin, saya tak kisah,” balas Daniel. Casey mengangguk. Dia menunduk hormat sebelum berjalan pergi. Tanpa disedari sesiapa, perbualan antara mereka bertiga itu, didengari oleh Wicked QBees.. Senyuman terukir dibibir Natalia. Dia pasti kali ini, Casey akan memandang kearahnya. Suzana dan Alexa turut tersenyum. Masing- masing membayangkan wajah kacak pemain bola keranjang NDC, terutamanya Jay, Kei, Ryyan dan juga The Cynical Jimmy. Peluang sekali seumur hidup.
Sebaik saja Casey menampalkan notis itu, sekumpulan pelajar perempuan mengerumuni notice board itu. Keadaan riuh seketika.
Casey mengelengkan kepalanya melihat telatah pelajar perempuan sekolahnya itu. Mereka, pemain NDC hanyalah manusia biasa. Bahunya ditepuk dari belakang menyebabkan dia berpaling. Jay dan Kei tersengih melihatnya.
“ Hah, kenapa?” soalnya, pura-pura marah. Serentak itu, tawa Jay dan Kei pecah.
“ Sir Stefan cari kau,” beritahu Jay setelah tawa mereka reda. Casey pelik. Stefan mahu bertemu dengannya, kenapa, Maryposa ke?Pelbagai soalan berlegar dalam kepalanya. Jay dan Kei pula mengambil tanggungjawabnya memerhatikan pelajar perempuan North Diamond College diserang histeria. Agak kelucuan melihat telatah itu. Casey telah lama berlalu ke bilik Stefan. Dalam perjalanan kebilik Stefan, dia terserempak dengan gadis yang tiba-tiba menerpa masuk ke gim semalam.
“ Ohayo, senpai!”ucap gadis itu. Mata Casey meneliti gadis itu, comel, sedikit keanakkan namun cukup menyatakan dia seorang yang ceria.
“ Hai, saya...”
“ Hana minta maaf senpai, sebab meluru masuk semalam. Hana cuma mahu bertemu sensei Daniel...” jelas gadis itu sebelum Casey sempat memperkenalkan diri. Casey tertawa.
“ Bukanlah, saya tak kisah pun tentang hal tu, Hana student baru ke?” soal Casey.
“ Ya, Hana dari program pertukaran pelajar dari Jepun. Gembira dapat bertemu senpai Adrian!” ujar gadis itu.
“ Macam mana Hana kenal...” kata-katanya dipotong Stefan.
“ Adrian my office now!” arah Stefan. Hana menunduk hormat sebelum berlalu ke keriuhan di dewan.
“So, aku buat konklusi kau main sama hebat dengan Chris.” Puji Stefan. Casey tersengih.
“ Thanks, actually bila kau turn up semalam aku terkejut...Since when kau main basket,” jelas Casey. Stefan ketawa.
“ Nampaknya aku memang ada hidden talent.”
“Jadi, why do you summon me, Mr Stefan Matthews Andrews?” soal Casey.
“ Lilac...” nama itu menyebabkan dahi Casey berkerut.
“ Sebelum dia datang sini, dia tak tahu apa yang dah terjadi. Pada Chris dan kau...” terang Stefan.
“Jadi kau jangan terkejut kalau tiba-tiba dia pergi, bila dia tahu...Harapan dia bila kesini adalah,”kata-kata Stefan dipotong oleh Casey,
“ Untuk berjumpa dengan Chris...Satu-satunya dihati Maryposa...”
“ Maaf, aku kena pergi dulu,” ujar Casey tiba-tiba. Stefan faham. Casey terluka dengan kenyataan itu. Lilac hanya mahu bertemu dengan Chris bukannya Casey. Ryyan tersenyum pintu. Kini dia dapat kelemahan Casey. Dia akan pastikan NDC pimpinan Casey jatuh. Dan dia akan memegang tampuk pimpinan.
“ Ryyan, kenapa awak nak jumpa saya?” soal Natalia. Dipamerkan gaya ayu tak menjadinya.
“ Aku rasa kau memang nakjadi girlfriend, next captain of NDC?” soal Ryyan. Dia tahu dia perlukan pengaruh Natalia dan Sparkle Buzz.
“ Maksud awak,Ryyan?” soal Natalia. Wajahnya ceria. Menjadi teman wanita kepada pasukan berpengaruh di kolejnya satu bonus bagi perempuan gila glamour sepertinya.
“ Senang saja...Aku akan rampas jawatan tu dari Casey Alexander, dan kau adalah girlfriend aku,”ujar Ryyan. Natalia terdiam. Difikirannya terbayang segala populariti yang bakal digapainya. Dia tersenyum mengadap Ryyan.
“ Apa yang perlu dibuat?” Ryyan tersenyum dan menceritakan segala pelannya. Tanpa disedarinya Alexa turut mendengar. Alexa bingung apa yang perlu dilakukannya. Lama dia berfikir. Audition, dia patut sertainya. Namun, dia perlu memberitahu seseorang. Seseorang yang boleh membantu dan akan membantu. Hanya satu nama dimindanya, Kei Simms.
“ Simms!” panggil Alexa sebaik saja tiba dikelas. Kei berpaling. Hanya seorang saja yang memanggilnya begitu. Alexa. Wajah gadis itu dipandang.Alexa mengisyaratkan agar mereka berbicara diluar saja. Kei akur. Langkah diatur mengikut Alexa. Raut manis gadis itu kelihatan gelisah.
“ Kei, Ryyan...dia...dia...” gadis itu kabut. Tak tahu bagaimana harus diberitahu. Kei memegang bahu Alexa.
“ Sayang, chill, okey...Cerita perlahan-lahan...Take deep breath...In, out, in out...” ujar Kei. Risau pula melihat teman wanitanya itu kegelisahan. Alexa mengikut kata Kei.
“ Ryyan nak jatuhkan Casey, Kei,” ujar Alexa. Wajah Kei beku. Reaksinya tak berubah.
“ Semua orang tahu hal tu, baby..”
“Aisy, Ryyan nak gunakan budak baru tu, Lilac Maryposa...And, Natalia akan join audition esok...”beritahu Alexa satu-persatu.
“ Awak tak nak join?” soal Kei. Cuba menutup kerisauan Alexa.
“ Kei, tolonglah serius,” Kei memeluk bahu Alexa.
“ Son’t worry okey...Kami dah ada plan...Dan Casey pun tak tahu. Hanya kami bertiga. So sekarang ni, Alexa, awak join tak audition tu?” soal Kei. Alexa menggeleng. Kei pelik.
“ Kenapa awak tak join? Jangan kata Natalia tak bagi. Alexa, please for once buat apa yang awak nak buat. Alexa saya please, jangan ikut Natalia lagi, please?” pinta Kei. Alexa diam. Bukannya dia mahu mengikut telunjuk Natalia, tapi mereka sepupu. Tambahan pula Alexa menumpang dirumah Natalia. Pasti mereka berperang sekiranya dia enggan mengikut telunjuk gadis itu.
“Alexa?” gadis itu mengangguk, namun sempat menambah,
“ Kalau apa-apa jadi dekat saya, awak kena janji akan ada okey?” Kei mengangguk. Alexa tersenyum senang. Langkah yang diatur kekelas menggambarkan kegembiraannya. Kei masih ditempat itu. Fikirannya menerewang jauh. Casey Alexander, memang betul tindakan kau...Bawa masuk Freddie.Lilac Maryposa...Kau akan kami cuba jauhkan dari Ryyan...Itu antara kata yang bermain difikirannya. Telefon bimbitnya dikeluarkan. Dan dia terus menghantar pesanan pada Jay dan Jimmy.
Petang itu sebaik saja tamat latihan, Jay, Jimmy dan Kei berkumpul di Cafe Melody. Meja diambil meja yang agak tersorok. Rancangan itu adalah top secret.
Jumaat yang dinantikan, mata kesemua ahli pasukan bola keranjang bagai terkeluar dari tempat asalnya. Berpuluh, bukan beratus atau mungkin jua beribu gadis beratur untuk ditemuduga oleh mereka berenam. Masing-masing saling bertukar pandangan, menelan liur bagaimana mahu diselesaikan hal ini secepat mungkin? Daniel yang baru tiba turut terkejut melihat ribuan gadis-gadis yang beratur.
“Okey, guys..kita akan buat satu audition by 3 rooms...Ryyan dengan Freddie, Casey and Jay, Jimmy with Kei.” Bahagi Daniel. Dan serentak itu mereka bergerak ke meja yang telah disediakan.

No comments: