At-10-Tion!

Break Time has finished its construction,
Now is the time for le author to update~

UPDATE

Monday, November 08, 2010

Diamond 9 : The Fugitives


            Dalam kekecohan itu, Rainie dan Ryo telah menyusup keluar. Mereka melewati taman sebelum tiba didepan sebuah bangunan yang terbakar. Ryo mengamati bangunan tersebut. Asylum dia berjumpa dengan Ladynya. Tinggalan bangunan yang terbakar itu menyedarkannya bahawa sudah 4 bulan peristiwa itu berlalu dan kini mereka menjadi buruan. Kalau benar apa yang dia dengar sebelum mereka keluar tadi.
            “Papa Rainie dulu kerja dekat sini.” Ujar Rainie setelah membisu.
            “Rainie selalu teman papa, sebab mama dah tak de... Mama penuntut dekat akademi tu...Papa butler mama..Papa tak pernah cakap apa jadi pada mama, jadi Rainie percaya, mama masih hidup” ujar Rainie. Nadanya monotone. Gadis itu berjalan memasuk bangunan yang hampir musnah itu.
            “Dekat sini, Rainie pernah menangis sebab papa marahkan Rainie. Dan dekat sini jugak, Rainie jumpa abang Winter buat pertama kali, dia pujuk Rainie. 5 tahun lepas tu, papa mati, sebab bunuh diri. Tapi betul ke papa bunuh diri? Rainie tak percaya. Ryo, papa tak bunuh diri, Rainie tahu tu. Dekat sini jugak, mayat papa dijum...pai.” Ryo menarik Ladynya kebelakang dan memeluk gadis itu. Teresak-esak Rainie menangis didadanya.
            “Shh...Awak dah janji tak nak menangis lagi.” Dalam masa yang sama dia merasakan kehadiran orang didalam sisa bangunan itu.
            “Rainie, belakang saya sekarang,” arah Ryo. Dan disaat itu sekumpulan lelaki mengelilingi mereka. Rainie menjerit. Ryo membuka langkah, Ladynya harus dilindungi walau apa sekalipun keadaannya.
            “Ryo!!” Ryo ternampak satu peluang untuk memboloskan diri. Tubuh Ladynya didukung dan dia terus berlari keluar.
            “Kita kena selamatkan diri...” bisik Ryo perlahan. Setelah agak jauh mereka dari bangunan itu. Rainie tersedar sesuatu.
            “Badge ni, badge ni ada pengesan. Sebab tu diorang tahu kita dekat mana. Ryo, yang lain... Mereka dalam bahaya.” Suara Rainie kedengaran agak cemas. Tangannya menyeluk poket mencari telefon bimbitnya.
            “Hello,” suara Nami menyapanya.
            “Nami, dengar cakap saya, buang semua badge goldilocks,kemudian keluar dari bangunan tu secepat mungkin. Sekarang!”
            “Tapi kena....” talian terputus. Rainie tercengang.
            “Ryo cepat,”gesa Rainie.
            Sementara itu, telefon bimbit ditangan Nami tercampak. Berkecai. Nami berpaling. Dan dia menjerit. Vince segera melindungi Ladynya.
            Keadaan bertambah genting. 4 orang butler perlu melindungi 5 orang Lady. Aya mengatur strategi. Mereka tidak dapat meminta bantuan Luna. Kelihatan gadis itu masih terganggu.
            “Saya hanya boleh lakukannya sekali. Dan pastikan kita terus berlari,” pesan Aya. Dan selepas itu matanya ditutup.
            Salah seorang daripada lelaki yang mengelilingi mereka membeku. Dan serentak itu Aya rebah namun sempat disambut Hans. Jake mendukung tubuh Luna dan mengunakan kuasanya membawa Lady yang lain. Nami yang dilanda panic attack mengumpul nafas.
            “Berhenti dekat taman Jake,ada sesuatu yang perlu kita lakukan. Rainie tunggu kita disana,” beritahu Nami. Jake mengangguk faham.
            “Syukurlah kamu semua masih ok. Kenapa dengan Aya?” soal Rainie. Wajahnya risau.
            “ Dia kepenatan.” Jawab Hans ringkas.
            “Badge, kita kena buang badge tu, Goldilocks dah letakkan sensor. Sebab itu pada hari pertama, mereka tahu saya kemana.” Terang Rainie. Nadanya agak kabut.
            “Betul ke? Bukan mereka ada spy?” soal Gwen. Gwen memukul perlahan mulutnya yang celupar.
            “Apa yang cik Rainie katakan itu betul, badge itu ada alat pengesan,” mereka berpaling. Rei! Butler yang lain mengambil posisi berjaga-jaga. Kecuali Jake.
            “Kenapa kau tak dengan mereka tadi?” soal Jake tenang. Rei memandang wajah bekas teman baiknya itu.
            “Kesetiaan aku pada,”
            “Akademi, kami tahu,” potong Jake.
            “Salah, kesetiaan aku pada Lady aku. Kemana  Luna pergi disitu aku akan ada.Lagipun...” kata-kata Rei terputus apabila dia ditumbuk Kyuu.
            “Kyuu!” Crystal menahan butlernya dari bertindak lagi. Rei mengesat bibirnya. Berdarah. Luna dan Aya masih tak sedarkan diri.
            “Sebelum Rei bercerita, Vince, Kyuu dan Jake, bawa badge ni, dan letakkan di 5 tempat yang berbeza. Kita beli masa,” ujar Nami. Tiga orang butler itu mengangguk walaupun Kyuu kelihatan agak teragak untuk pergi.
            Selepas setengah jam berlalu. Mereka bertiga, buka berdua. Mata masing masing cuba melihat siapa yang tiada. Nami yang duduk disisi Gwen terbangun.
            “Vince,” ujarnya perlahan. Wajah mereka sugul.
            “Jake, mana Vince? Kyuu?” soal Nami. Sedikit terganggu. Jake memandang Kyuu sebelum memandang Lady didepannya.
            “Kami tak pasti. Tapi kami diserang Goldilocks tadi,”
            “Komputer Nami, Nami nak komputer Nami...” pinta gadis itu. Komputer riba gadis itu dibuka.
            “Selamat Siang, Nami,”
            “Carrie, locate Vince sekarang,” arah Nami. Buat sementara waktu mereka menunggu. Masing-masing turut kebimbangan.
            “Vince, tidak dapat dikesan...”Komputer riba itu dicampak Nami.
            “Awak dah janji Vince...” nadanya lirih. Gwen dan Rainie segera mendapatkan gadis itu.
            “Mereka dah mula. Threat terbesar mereka Nami, dan selepas kematian Tuan dan Puan Saora, Vince adalah orang yang Nami paling sayangi,” ujar Rei. Jake mengetap bibir. Bengang dengan ketidak prihatinan Rei.
            “Berhati-hati, Rainie, Ryo juga orang yang penting dalam diri kau,” dan kali ini, Jake terus menumbuk Rei.
            “Kau boleh tak tunjukkan perasaan kau Rei? Kau tak sedar ke, seseorang yang amat penting dalam diri dia hilang. Aku sentiasa silap nilai diri kau Rei...Aku ingat dulu dengan Crystal, kau belajar untuk ada perasaan, tapi, aku silap dan aku dah tak mahu menjangka apa yang kau rasa atau kau mampu atau tak untuk merasa Rei!”
            “Jake! Berhenti,” arah Crystal.
            “Kita kena pergi dari sini, Jake awak bawa Nami boleh?” soal Gwen.
            “Yes, My Lady,”
            “Kyuu, Luna,” arah Crystal. Namun dihalang oleh Rei. Kyuu tak mengendahkan kehadiran Rei terus mendukung tubuh Luna.
            “Status Fugitives akan membahayakan nyawa kalian semua, satu dunia memburu Lady disisi kamu, jangan lupa,” beritahu Rei perlahan.
            “Fugitives? Apa tu?” soal Nami.
            “Fugitives, adalah satu status yang dikeluarkan Goldilocks untuk menghapuskan ancaman mereka. Mama salah seorang fugitives. Satu dunia akan memburu kita hingga ke akhir nyawa...Rekod mereka yang terlepas hanya,”
            “Lady Storm Phantom, satu-satunya lady berstatus fugitives yang terlepas... Namun sehingga kini, kedudukan Lady Phantom tak dapat dikenalpasti. Sumber menyatakan, butler Lady Phantom telah mati membunuh diri. Bloodshed Trevor,” Rainie berhenti berjalan. Matanya bersinar dia memandang ke arah Crystal,
            “Betul ke? Lady Phantom masih hidup? Mama tak mati?”soal Rainie. Raut Crystal berubah.
            “Setahu saya, Lady Phantom tak punya anak...”
            “Papa Bloodshed Trevor dan papa tak bunuh diri!” tegas Rainie.
            “Satu-satunya cara kita kena cari Lady Phantom,  then baru kita boleh pastikan Fugitives atau  tidak.” Putus Crystal. Ketika mereka mulai bergerak, mata Crystal ternampak sesuatu terjatuh. Dia memungut kepingan kertas itu.
             "Storm dan Trevor..."

3 comments:

Atie Irzatie said...

nina.... biler citer ni nak habis... aku tak sabar nak tunggu penghujung citer ni.... best sgt dowh...

Nina Aziz said...

zatie, ade 5 or 6 post lgi kot...

Atie Irzatie said...

lamenyer... takpe... aku akan tetap sabar menanti...