At-10-Tion!

Break Time has finished its construction,
Now is the time for le author to update~

UPDATE

Monday, January 17, 2011

Dream 6 : Secret Spirit

                “Selamat pagi.Saya Savant Tiffany. Dan hari ni saya menggantikan senior Kevin untuk kelas kamu,” ujar Tiffany. Wajahnya dihiasi senyuman ceria.
                “Jadi, senior Kevin dah ajar kamu sampai mana?” soal Tiffany. Kedengaran beberapa suara menjawab. Baru saja Tiffany mahu membuka mulut suara Xander kedengaran.
                “Apa awak buat dekat sini?” soal Xander. Tiffany pelik, Xander tidak sepatutnya berada disini hari ni, sebab itu Kevin meminta dia menggantikan dirinya.
                “Kevin mana?” soal Xander apabila soalannya dibiar sepi. Tiffany memandang kearah Neophyte dan berkata,
                “Praktis kembali ajaran senior Kevin.” Dia dan Xander keluar dari kelas. Em memandang ke arah Kara dan Suzy.
                “Trick api, senior Kevin cakap,” ujar Kara. Em mengingati siapakah senior ini...Lelaki dibilik muzik itu. Em sekadar mengangguk. Tidak berminat untuk mengikuti mereka. Suzy menggesa Kara untuk berlatih. Em memandang sekeliling. Akhirnya dia memilih untuk keluar dari bilik itu melalui pintu belakang. Dan dia terlanggar seseorang.
                “Maaf,” ujarnya spontan. Gadis itu ketawa kecil. Em mendongak.
                “Maafkan saya, salah saya...Saya yang tak tengok depan.”Em menelan liur gadis ini, dia betul-betul kenal.
                “GiNa?” soalnya. GiNa memandang wajah Em dengan teliti. Dia sendiri merasakan pernah melihat gadis itu disatu masa.
                “Yui!” GiNa menutup mulutnya tak menyangka, jirannya yang telah lama tak dijumpai itu.Tubuh lampai gadis itu dipeluk erat. Em diam. Sudah lama nama Yui itu tidak disebut.
                “Yui, kakak minta maaf sebab tak ada dengan Yui masa tu...” GiNa terasa bersalah kerana dia sudah berjanji akan bersama gadis itu susah senang. Bagi Em lebih mudah begitu, sekurang-kurangnya GiNa selamat. Telefon bimbit milik GiNa yang berbunyi itu menghentikan niat GiNa untuk berbunyi lebih.
                “Yui, nanti cari kakak tau...Banyak benda kakak nak bagitahu,” ujar GiNa. Agensi model yang dia sertai sudah menelefonnya. Telefon bimbit yang dipegangnya itu dihulurkan pada Em. Em pelik.
                “Untuk apa ni kak?” soalnya. GiNa tersenyum.
                “Senang kakak nak cari nanti...” balas GiNa. Dia tahu segala harta benda milik gadis itu telah musnah.
                “Kakak pergi dulu,bye sayang,” ujar GiNa sebelum berlari keluar dari bangunan itu.Em merenung telefon bimbit ditangannya sebelum memasukkannya kedalam poket. Difikirannya hanya satu. Pokok oak semalam. Punggungnya dilabuhkan diperdu yang sama. Udara segar dihidu sepuasnya. Tangannya terpegang sesuatu dibalik perdu itu. Kertas terlipat kemas. Tertulis Yui didepannya. Dia pasti untuk dia. Suara seseorang berdehem dibalik pokok itu menyedarkan dia, dia tidak keseorangan semalam. Pasti orang itu mendengar tangisannya. Tapi tak mengetahui siapa dia. Dia menghela nafas lega. Kertas itu dibuka.
            Feeling better?
            Dia tersenyum.
            Maaf kalau ganggu semalam...
    Tak apa...Sekurang-kurangnya Yui dah lega sikitkan?Maaf kalau Yui tak suka saya gunakan nama sebagai ganti diri...
            Em ketawa kecil. Kedengaran ketawa dari balik sana juga.
            Erm..saya, Yui tak kisah...boleh yui tahu nama awak?
            Yui panggil saya Ki...
    Ki, maaf ya kalau semalam mengganggu ki...
            Hahaha, tak adalah...Ki rasa lega sebab Yui dah okay...
    Tanpa dia sedari kehadiran orang yang dikenali dengan nama Ki itu menggembirakan hatinya.Entah berapa lama mereka berbicara diatas kertas sekeping itu. Dentingan jam dari clock tower itu menyedarkan Em dari perbualan mereka. Baru dia teringat dia harus berjumpa dengan senior JinKi.
Kertas itu dibiarkan begitu saja.
    Maaf saya kena pergi dulu...
 KiBum menggenggam erat kertas itu.
                “Yui.”
                “KIBUM!!” suara lantang Jacky menyebabkan dia menggigit lidah. Terlupa pada jadual shooting mereka.
                “Sorry, aku terlupa,” ujarnya. Jacky diam.

                “SooHyun!” panggilnya. Lelaki itu berpaling, Jacky tersengih. Tanpa berbicara SooHyun faham. Mereka perlu ke tempat photoshoot dengan cepat.
                “Dekat mana?” soalnya. Jacky tersenyum.
                “Thanks SooHyun!!”      
                Sementara itu...
                “Maaf senior sebab lambat...” ujar Em. JinKi tersenyum. Kepala gadis itu diusap perlahan.
                “Jadi, macam mana kelas?” soal JinKi. Entah mengapa dia terlalu mengambil berat terhadap Em. Gadis itu tersengih.
                “Entah, saya rasa janggal duduk dalam kelas,” balas Em. Berterus terang honesty is the best policy baginya.
                “Hmm, nak senior buatkan special tutor?” soal JinKi. Mata Em bercahaya. Dia memang lambat pick-up jika terlalu ramai dalam satu kelas. Tubuh JinKi dipeluk.
                “Terima kasih, abang!” JinKi terdiam, namun senyuman segera terukir.
                “Dengan syarat, Em kena panggil senior abang okay?” pintanya. Untuk sementara waktu, ini saja caranya untuk melepaskan rindu pada adiknya. Em mengangguk. Cuak juga bila JinKi mengutarakan syarat.

3 comments:

fallenmoon ( Liya Zafrina ) said...

Bestnya jadi Em.Dikelilingi oleh senior2 yang hensem2 :D Hehe..

Nina Aziz said...

@fallenmoon
huk3...nina pun jeles T___T...

Unknown said...

setuju ngan Moon...
hehe
tapi Hana nak Hyung Jun la, x nak KiBum^^