At-10-Tion!

Break Time has finished its construction,
Now is the time for le author to update~

UPDATE

Monday, January 17, 2011

Dream 5 : Legendary Wizards

                Em duduk dimeja belajar. Bilik yang disediakan di Alphard Wizard cukup mewah baginya walaupun sudah sebulan lebih dia disitu. Dia bangun dan duduk ditepi tingkap. Malam yang indah. Perlahan-lahan dia mengingat kembali apa yang terjadi 2 tahun yang lalu. Dia baru 15 tahun ketika itu. Setiap hari dia melihat mamanya menangis. Meratap dan memohon maaf. Tapi dia tak tahu pada siapa. Dia ingat nama yang selalu disebut mamanya JinKi, dan David. Sejak dia menginjak 7 tahun dia mendengar nama itu.
                “Yui, maafkan mama sayang, tolong maafkan mama,”itu kata-kata terakhirnya. Kata-kata sebelum mamanya dilapah dengan kejam, dia menjerit. Namun tak seorang pun tak ambil kisah. Dia menangis meratap..Meminta dari makhluk dari bayang itu berhenti satu pun tak menjadi. Tanpa dia sedari air matanya membasahi wajah.
                “Em, awak ok ke?” soal Kara. Mukanya segera diusap.  Mengusir segala duka yang bersisa. Dia menunduk dan berlalu keluar. Kara menggaru kepalanya yang tak gatal. Aku masuk bilik dia, bukan dia dekat bilik aku.. Niat nak mengajak gadis itu makan malam terbantut. Kara keluar dan mendapatkan Suzy yang sudah berwajah kelat.
                “Kau ni, mana dia?” soal Suzy.
                “Dia dah keluar.” Ujarnya. Suzy pelik. Bukan sudah seharian gadis itu berkurung dalam biliknya. Kara segera menarik tangan Suzy ke cafe. Enggan melayan pertanyaan Suzy selanjutnya.
                Em berjalan entah kemana. Bunyi muzik dari salah satu bilik itu menarik minatnya. Dia memberanikan diri melangkah masuk. Bilik muzik yang kosong tapi rakaman lagu masih terpasang. Dia melihat sekeliling bilik itu dan matanya tertumpu pada set drum disatu sudut. Dia menghampiri drum set itu dan mulai memainkannya mengikut rentak muzik yang terpasang dari tadi. Tanpa dia sedari tingkahnya diperhatikan KiBum. Kevin menepuk bahu temannya itu. Dia hanya memakai t-shirt putih  dan seluar berwarna hitam. Rambutnya juga masih basah.
                “Jauh kau merantau,” ujarnya. KiBum tersenyum. Matanya masih fokus pada Em. Kevin turut sama memandang kearah yang sama.
                “So, itu Neophyte baru tu?” soalnya. KiBum mengangguk. Kevin menggaru kepalanya yang tak gatal. Baru saja lepas dibasuh rambutnya itu mana datang gatal pulak. Bila masa la kawannya yang seorang ni jadi bisu.
                “Aku kena pergi sebelum diorang sedar aku tak ada. Mau kena dengan Jacky nanti,” ujar KiBum teringat akan photoshootnya.
                “Kau datang guna apa?” soal Kevin. Pelik dengan perangai temannya.
                “Portal.”
                “SooHyun?” KiBum hanya menggeleng. Walaupun dia tahu dengan SooHyun mereka akan sampai lebih cepat. Dia mahu berjalan. Itu saja. Kevin menarik tangan KiBum.
                “Hei, tolong bagi dekat GiNa. Jangan cakap aku bagi,” ujar Kevin. Beg kecil bertukar tangan. KiBum mengangguk. Bukan sekali dua dia menjadi mangsa Kevin. Kevin memerhati KiBum hingga hilang dari pandangannya. Dia mendengar rentak yang dimainkan Em. Tangannya ditepuk.
                “Wow, hebat...” pujinya.Em berhenti bermain. Terkejut. Segera dia berlalu dari kawasan itu dan menunduk meminta maaf.
                “Maaf,” ujarnya. Kevin tersenyum.
                “No need...So awak Neophyte baru tu kan?” soalnya. Em mula memikirkan maksud perkataan itu. Kevin ketawa. Terlupa gadis itu tak biasa dengan nama itu.
                “Pelajar barukan?” soalnya. EM mengangguk. Nampaknya dia perlu biasakan diri dengan nama begitu.
                “Saya Kevin, dan awak?” soal Kevin lagi.
                “ Em,” ujarnya. Kadangkala mahu saja dia menggunakan namanya, tapi dia takut. Takut dijumpai oleh mereka.
                “Em, nice meeting you...And saya rasa awak boleh je datang lagi ke bilik ni, kalau awak nak...Tak ramai dalam Alphard ni minat muzik. Sekurang-kurangnya saya ada kawan...” Em mengangguk dan meminta diri. Sebenarnya dia gembira dapat membuat sesuatu yang telah lama dia tak buat. 
                “Oppss,” suara ceria seseorang yang dilanggarnya membuatkan dia menunduk hormat.
                “Haha, tak apa, eh Emerald kan? Saya Yuuki dan ini abang saya Kiseop.” Yuuki tersenyum. Em tak dapat menahan senyumannya turut tersenyum. Kiseop cuma tersenyum sedikit. Dia dah mendengar cerita dari mereka yang lain.
                “Awak nak join kami ke cafe untuk dinner?” pelawa Yuuki. Em menggeleng dan pantas meminta diri. Entah kali ini kakinya membawa dia keluar dari bangunan Alphard Wizard. Dia terus melangkah hingga suara seseorang menghentikan langkahnya.
                “Awak nak lari ke?” Dia berpaling. Seorang lelaki dengan kamera tergantung dilehernya tersenyum.
              “Saya SooHyun, dan awak Em kan...Haha...Mereka memang tak boleh nak tutup mulut dari bercerita dari semalam,” ujar SooHyun dapat menangkap riak terkejut gadis itu.
                “Maaf bukan sengaja nak kejutkan awak.”
                “Boleh saya tanya sesuatu sini dekat mana?” soal Em. Lidah digigit itu bukan soalan sebenarnya yang dia ingin tahu.
                “Sini, Alphard Wizard. Tempat terbaik untuk Wizards mengasah bakat mereka. Well tak lah macam movie Harry Potter tu. Kami baru je 5 tahun hidup...Kami tak ada sistem rumah cuma sistem ranking. Tapi ranking tu tak bermakna kami akan sombong dengan ranking kami...”
                “Neophyte, Adept, Savant dan Legendary kan?” sampuk Em. Beberapa kali dia mendengar perkataan itu. SooHyun tersenyum dan mengangguk.
                “Yup, 10 marks for you...Macam awak tengok tadi, kelas Neophyte akan diajar hanya oleh Savant dan Legendary dan selalunya Legendary yang mengajar.” Em mengangguk. SooHyun terus bercerita.
                “Awak tahu, Alphard Wizards ada mempunyai  Legendary Masters yang dah hilang bertahun-tahun dahulu.” Em berkerut, tak memahami maksud SooHyun.
                “Hmm, Legendary Masters terakhir dibunuh oleh Shadow. Dan sejak dari itu tiada lagi Legendary Masters sehinggalah Alphard dibentuk. Dan pada masa itu Shadow tak terlintas pun nak mencari di Alphard. Maklumlah, Alphard ni macam sekolah yang baru nak bertatih bukan macam sekolah wizard yang lain.” Terang SooHyun.
                “Bodohnya, kalau mereka sedar, tempat yang dikenali selalunya kita akan terjumpa orang yang kita nak cari,” Em menggigit bibir sebaik saja dia tersedar. SooHyun ketawa besar.
                “Haha, tak apa. Betul jugakkan teori tu,” balas SooHyun.
                “Se-nior, boleh saya tanya satu soalan?” soal Em. SooHyun mengangguk.
                “Legendary Masters tu dari kalangan se-nior yang berstatus Legendarykan? Berdasarkan apa yang senior bagitahu tadi, pengajar kelas Savant dan Legendary tidak termasuk dalam cerita itu. Dan daripada apa yang saya dengar hanya 9 orang saja yang berstatus Legendary. Maknanya dari 9 orang itu, 7 adalah Legendary Masters, dan ada kemungkinan besar senior adalah salah seorangnya,” ujar Em. SooHyun terdiam. Dia tahu tidak ada seorang pun yang sedar akan fakta itu melainkan gadis didepannya itu. Tanpa dia sedari, DongHo yang baru muncul dari balik angin turut mendengar teori itu. Dia berdehem mematikan kesunyian itu. Ditangannya ada satu beg yang dihulurkan pada SooHyun.
                “Ini Legendary Wizard DongHo and DongHo ini Em,” DongHo hanya mengangguk.

                “SooHyun, jom, aku ada benda nak bagitahu ni,” ujar DongHo. SooHyun mengangguk. Em sedang mengukur keluasan tanah yang dia pijak.
                “Em!” panggilnya dan butang kamera ditekan.
                “Kami pergi dulu.Dan jangan lepas kawasan herba tu...Bahaya..” Em mengangguk. Sedikit tergamam dengan silauan flash kamera tadi. Sebaik saja SooHyun dan DongHo menghilang dari pandangan, Em menarik nafas lega. Pokok oak yang berdekatan dengan kawasan herba liar yang diberitahu SooHyun tadi. Tanpa disedarinya, ada seorang lagi duduk disebalik pokok itu.
                Em menekup mukanya kelutut. Esakkan kecil kedengaran.
                “Ma, mama kenapa mama tinggalkan Yui?Yui tak tahu apa yang patut Yui lakukan...”ujarnya setelah menangis lama. Dia menarik nafas dalam.Menenangkan diri sebelum dia bangun dan melangkah kedalam bangunan. Tangan KiBum yang tadi mahu menenangkan gadis itu kembali kesisi.KiBum mengeluh. Dan dia berjalan kembali ke Alphard.




Nukilan,

4 comments:

Bulan @ Moon said...
This comment has been removed by the author.
fallenmoon ( Liya Zafrina ) said...

Moon rasa JinKi tu abang Em lah :D

Witch a.k.a Okie said...

sy pn rasa JinKI tu abg Em
superb la cita ni~
smbg lh...:)

Unknown said...

suka3
hehe
sambung3
JinKi tu memang abang Em, kan?
ada kat cast dulu^^