At-10-Tion!

Break Time has finished its construction,
Now is the time for le author to update~

UPDATE

Friday, January 21, 2011

Dream 10 : KiBum's Story



                KiBum mengeluh. Sementara tangannya lincah membuka butang kemejanya.
                “Wooo...mengagaklah nak buat show pun,” perli DongHo.
                “Kau yang masuk tak ketuk pintu,” balas KiBum. DongHo tersengih. KiBum mencampakkan kemeja yang dipakainya tadi ke wajah DongHo.
                “Aku nak mandilah!”
                “HAHA...Mandilah..Kitorang tunggu kau dekat sini,” jawab satu suara lain. KiBum berpaling. Serius rahangnya rasa nak terjatuh. Kiseop mengangkat tanda peace pada lelaki itu.
                “Baik kau tutup mulut kau tu dan cepat pergi mandi!” marah SooHyun.  Mata KiBum meneliti sekitar biliknya. Kesemua mereka ada disini...
                “Tunggu kejap,” putusnya. Dia melangkah ke bilik mandi. 15 minit kemudian, dia melangkah keluar dengan pakaian tidurnya. Wajah keenam-enam orang teman yang sudah menjadikan biliknya seperti bilik mereka sendiri diperhatikan. DongHo yang duduk dikerusi belajarnya ditolak.
                “Okay, kenapa?” masing-masing sudah memakai baju tidur. KiBum pelik, tak takut nampak dek wizard yang lain ke mereka ni?Dengan baju tidur yang langsung tak nampak sesuai dengan penampilan mereka pada siang hari.
                “Apa maksud kau Legendary Masters lebih penting petang tadi?” soal Eli. KiBum pasti soalan itu akan ditanya oleh Eli.
                “Sebelum tu, tutup pintu dan pasangkan shield paling kuat. Sebab ni adalah rahsia dalam kalangan Legendary Masters saja.” Kiseop menutup pintu dan menggumamkan spell yang membuatkan bilik itu hilang dan reaper menjaga pintu. Menghalang sesiapa dari mendekati pintu itu.
                “Serius aku tak faham kenapa orang takut sangat dengan Reaper...”Xander lantang bersuara. Muncul idea nakal dikepala Kiseop. Sengaja dia menjelma sebagai reaper dan mengejutkan Xander. Jeritan Xander kedengaran sebelum diikuti suara tawa teman yang lain. Kiseop tersenyum sinis sebaik saja dia kembali ke rupanya. Xander menjeling kearah lelaki itu.
                “Okay, okay...Berbalik pada kisah aku tadi, aku dah dapat pastikan, Em atau Yui adalah Shadow Girl.” Ujar KiBum.
                “Macam mana kau pasti?” soal Kevin. Dalam fikiran mereka berenam sudah tersedia berbagai soalan.
                “Woi! Jangan terfikir pun nak tanya benda lain...”
                “Macam mana kau tahu KiBum?” soal SooHyun. DongHo pula menyampuk.
                “Masa kau keluar dengan dia petang tadi ke?”
                “Fokus!” marah KiBum. Yang lain sudah tersenyum simpul. KiBum sedikit bengang. Wajahnya sudah pasti berubah merah. Kalau tak masakkan senyuman setiap mereka makin lebar.
                “Masters,” suara KiBum naik seoktaf. Masing-masing memandang wajah lelaki itu.
                “Kita tak boleh benarkan Shadow claim dia,”ujar KiBum. Wajah enam orang masters itu dipandang.
                “Kau pun tahu satu-satunya cara barter soul dia dengan soul orang lain. Endingnya tetap sama...”balas Eli. KiBum mengeluh.
                “KiBum, kau tahukan kitaorang takkan sesekali benarkan kau buat barter tu,” ujar Kevin bagaikan memahami keluhan KiBum.
                “Dia baru jumpa abang dia yang dah terpisah sejak lama. Dan kalau aku yang pergi pun, tak salah...” putus KiBum.
                “No, kau silap. Salah. Salah kalau kami biarkan kau bertukar tempat dengan dia walaupun benar apa yang kau cakapkan tu, salah sebab kami biarkan kau salah guna soul yang Ae Ra korbankan untuk kau...Kita mesti cari cara lain...”kata-kata Xander mengembalikan semula, kesemua masters ke kenangan lampau. Mereka sudah saling mengenali antara satu sama lain.
                “Jangan, Ae Ra, please. Abang minta dekat kamu jangan buat macam tu,” rayu KiBum. 6 orang yang lain baru saja sampai dan disaat mereka sampai itu, cahaya hitam menyelubungi Ae Ra. Sebaik saja mereka betul-betul disisi KiBum, Ae Ra melangkah keluar. Namun itu bukan lagi gadis periang yang mereka kenali.
                “Opps, hmmm...Legendary Wizards...Sayangkan kau tak menjadi Shadow macam aku...Kuasa aku melebihi kuasa yang korang semua ada...”gadis itu ketawa. Tawanya terlalu nyaring dan menakutkan. Legendary yang lain mengambil posis berjaga-jaga. Dengan kuasa Shadow, entah apa yang Ae Ra mampu lakukan. Dan akhirnya apa yang mereka takut terjadi, terjadi jua... Ae Ra menyerang mereka. Nampaknya kuasa dari Shadow mampu membuatkan gadis itu menyerang ketujuh – tujuh mereka serentak.
                “Ae Ra!” panggil KiBum. Cuaca bertukar buruk. KiBum mengalih pandangannya pada Kevin. Lelaki itu mengawal cuaca sekarang ini.
                “Kenapa? Mahu bermain lagi?” soalnya. Gadis itu menyerang KiBum bertubi-tubi. Namun dapat dielakkan oleh KiBum. Saat itu matanya melihat dalam pergerakan perlahan. Ada air mata membasahi wajah gadis itu.
                “Kenapa kau elak? Kenapa kau tak bunuh je aku?” Saat itu KiBum tahu satu-satunya cara adalah dia kehilangan adiknya itu. Legendary Wizards yang lain mengunci pergerakan Ae Ra. Dan KiBum dalam tangisan memohon maaf dan menikam tubuh Ae Ra dengan Swords of Light yang wujud entah dari mana.  Ae Ra tersenyum memandangnya. KiBum memangku kepala Ae Ra.
                “Kenapa abang Ae Ra menangis? Abang tak boleh menangis tau, janji dengan Ae Ra?”gadis itu bersuara dalam payah. Pipi abangnya diusap. Sebelum dia perlahan-lahan menghilang.
                “Jangan menangis lagi abang tau...”itu pesanan terakhir Ae Ra sebelum menghilang. Entah berapa lama dia menangis dia pun tak tahu. Mengapa Ae Ra mengambil tempatnya? Mengapa tak biarkan dia saja di ambil Shadow?
                Bahunya ditepuk oleh Kevin mengembalikan dia pada saat ini.  
                “Tolong jangan salahkan diri kau lagi tentang Ae Ra tu...”ujar Kevin. KiBum menggigit bibirnya. Tak mahu memberi kata putus.
                “KiBum tolonglah, jangan korbankan hidup kau yang Ae Ra dah korbankan. Kita akan cari jalan lain,” pujuk SooHyun.
                “Bersurai. Tapi ingat, kita kena jaga dia betul-betul...”pesan KiBum. Kiseop menurunkan pelindung yang dia buat dan mereka beransur keluar hingga akhirnya tinggal KiBum dan Kevin.
                “KiBum jangan bertindak ikut perasaan...”ujar Kevin. KiBum masih diam. Lama hingga akhirnya,
                “Aku punca kau bersedih selama ni kan? Kau sayangkan Ae Ra macam mana aku sayangkan Yui...Dan aku punca Ae Ra mati.”
                “KiBum! Aku dan Ae Ra bukan ditakdirkan untuk satu sama lain. Lagipun aku dah gembira dengan GiNa. Tolong berhenti salahkan diri kau. Cuba kau fikirkan Em...Tak mungkin dia sanggup biarkan orang lain mengambil tempat dia...Sekarang ni aku nak kau kosongkan fikiran kau dari sebarang perasaan bersalah dan fikirkan jalan untuk kita selamatkan Em dari Shadow tanpa mengorbankan nyawa lain termasuk kau!”kuat suara Kevin. Kecut juga dia mendengar nada lelaki itu.
                “Kau menakutkan aku...”perlahan KiBum memberitahu.
                “Baru kau tahu pemuzik macam aku boleh jadi menakutkan?Dah take a rest. Dan jangan fikir lagi pasal tu...” Kevin keluar dari bilik KiBum dan menuju ke bilik muzik. Tempat yang dia mampu berasa tenang. KiBum berbaring diatas katilnya. Matanya merenung ke syiling.
                “Maafkan abang Ae Ra...” walaupun itu bukan salahnya. Soulnya dijadikan barter dalam pertukaran dulu. Dia juga pernah menjadi Shadow boy.Dan satu nyawa telah melayang kerana dia. Nyawa adik kesayangannya. Nyawa satu-satunya keluarga yang dia ada.
                “Ae Ra...”diseru nama adiknya perlahan sebelum dia terlelap.



Nukilan,

P/S: sesape bley bg nina idea cm ne nk end kn story ni x??

3 comments:

Bulan @ Moon said...

Sian Kibum :(

fallenmoon ( Liya Zafrina ) said...

Yg di atas ni Moon ye ;)

Unknown said...

tol cakap Moon, sian KiBum..
tak sangka dia pernah jadi Shadow Boy..
mmg perit kan bila hilang adik sendiri?
:(

p/s: Hana mmg dh jatuh chenta ngan citer ni^^